Anda di halaman 1dari 1

KERBAU YANG BODOH

Hari itu sangat panas. Seekor kerbau duduk berehat di bawah sebatang pokok kerana
penat. Kemudian ia tertidur. Seekor tikus yang berada di situ naik ke atas badan kerbau
sambil bermain-main. Kerbau tidur dengan nyenyaknya.tikus terdengar dengkuran
kerbau itu. Tikus mula menyiasat dari mana datangnya bunyi dengkuran itu. Tikus itu
melompat-lompat di atas badan kerbau untuk mencari bunyi bising itu. Akhirya, tikus
mendapati bunyi bising itu keluar dari hidung kerbau. Tikus menggigit hidung kerbau itu.
Kerbau berasa sakit. Dia pun bangun dari tidur. Ha! Engkau tikus! Kacau tidur saya,
teriak kerbau. Tikus lari dari situ kerana berasa takut. Kerbau mengejar tikus. Tolong
maafkan saya, kata tikus dengan takutnya. Saya mengaku bersalah kata tikus lagi.
Walau bagaimanapun, kerbau enggan memaafkannya. Tikus terus berlari dan
bersembunyi ke dalam tembok. Kerbau pun mencarinya. Untuk menangkap tikus,
kerbau menundukkan kepalanya pada tembok itu. Berkali-kali ia menundukkan
kepalanya, namun ia masih tidak dapat menangkap tikus itu. Mengapa awak
mencederakan kepala awak kerana perkara kecil? Tikus menyindir. Kerbau berasa
malu lalu beredar dari situ.

Anda mungkin juga menyukai