Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR-FAKTOR BANJIR KILAT

Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-


merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah
antara bencana alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh
mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan
sehingga boleh membawa kematian.

Punca banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa


faktor. Antaranya ialah akibat hujan berterusan. Hujan yang
berterusan tanpa henti selama beberapa jam akan menyebabkan
banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan
dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah
keluar sehingga menyebabkan kawsaan tanah rendah dipenuhi
air.

Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga kini


semakin berkurangan akibat aktiviti pembangunan dan menjadi
punca berlakunya banjir kilat. Hal ini menyebabkan air hujan
terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang
turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke
dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan
dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.

Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula


adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
sempurna. Parit yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering
tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat
menampung sejumlah air yang banyak. Maka air melimpah
keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku


secra semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi
jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk memelihara
kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan
dengan terancang maka masalah banjir kilat akan berterusan.
Susun semula perenggan di bawah mengikut urutan yang betul.

 Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga kini


semakin berkurangan akibat aktiviti pembangunan dan menjadi punca
berlakunya banjir kilat. Hal ini menyebabkan air hujan terus turun ke
bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat
menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila
sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak,
maka berlakulah banjir kilat.

 Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku


secra semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi
jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk memelihara
kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan
dengan terancang maka masalah banjir kilat akan berterusan.

 Masalah banjir kilat yang sering melanda bandar pula adalah


disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang
dibina terlau kecil dan cetek serta sering tersumbat. Apabila berlaku
hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang
banyak. Maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir
kilat berlaku.

 Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau


dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana
alam yang kerap berlaku di negara kita dan boleh mendatangkan
beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh
membawa kematian.

 Punca banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor.


Antaranya ialah akibat hujan berterusan. Hujan yang berterusan tanpa
henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di
kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air
yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan
kawsaan tanah rendah dipenuhi air.
Tajuk :

Pendahuluan

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Penutup

Anda mungkin juga menyukai