Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN RMUSAN 1

TEMA 1 : KESIHATAN DAN KEBERSIHAN

BAHAN 1 : PETIKAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini. Kemudian tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengunah maksud asal petikan.

Pada zaman sains dan teknologi yang tidak pernah menemui titik noktahnya, kita acapkali
tersentak apabila dikejutkan oleh isu pengabaian amalan pemakanan sihat. Piramid makanan
merupakan panduan yang amat berguna dalam merancang pemakanan sihat. Pemilihan cara
masakan juga merupakan antara amalan pemakanan sihat. Makanan perlu dimasak dengan cara
memanggang, membakar, mengukus atau merebus, sebaliknya makanan yang diproses, bergoreng,
berminyak, dan berasaskan santan wajar dikurangkan. Pengambilan pelbagai jenis buah dan sayur
pula dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan kita.

Sebaliknya, tabiat makan yang buruk ternyata hanya memberikan impak negative. Amalan
pemakanan tidak sihat ini menyumbang kepada risiko sindrom metabolic yang mempunyai lima
komponen sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak. Komponen tersebut ialah diabetes,
tekanan darah tinggi, obesity, kolesterol tinggi dan hati bengkak. Dalam jangka pendek, amalan
pemakanan yang buruk akan mengakibatkan tekanan, keletihan dan mengurangkan keupayaan kita
untuk belajar atau bekerja.

Pengabaian pemakanan sihat ini juga dapat mengurangkan keupayaan seseorang untuk
menjalani gaya hidup yang aktif dan menyeronokkan. Makanan kurang sihat seperti makanan ringan
dan makanan segera yang diambil secara berlebihan juga akan mengundang penyakit radang paru-
paru yang dapat membawa kepada penyakit asma yang kronik. Tidak dapat dinafikan bahawa
masyarakat Malaysia gemar makan makanan ringan kerana dapat menjimatkan masa. Sebaliknya
mereka tidak sedar dalam perisa tambahan makanan tidak sihat ini sering kali dimasukkan bahan
kimia. Sekiranya makanan segera diambil secara berlebihan , badan akan menjadi lemah dan
seterusnya memberikan kesan terhadap ketahanan badan kita. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan
diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit akibat pengambilan makanan tidak sihat, kita harus
membentuk tabiat pemakanan yang seimbang dan sihat.

BAHAN 2: GRAFIK
LATIHAN RUMUSAN 2

TEMA 5: JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN


Bahan 1: Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini. Kemudian tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengunah maksud asal petikan.

Patriotisme bukan sekadar semangat tetapi merupakan sesuatu yang melibatkan soal keyakinan,
kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati diri dan kedaulatan. Sejak dahulu lagi pelbagai
usaha telah dijalankan untuk memupuk semangat patriotic dalam kalangan rakyat. Antaranya termasuklah
mengingatkan muda-mudi tentang detik bersejarah yang dilalui oleh negara sejak prakemerdekaan dan
pascakemerdekaan hingga sekarang. Pejuang tanah air sanggup menggadaikan jiwa raga dan harta benda
mereka semata-mata mahu memastikan tanah air bebas daripada genggaman penjajah. Mereka telah
mengaut hasil bumi Tanah Melayu selama 446 tahun. Maka, sewajarnyalah generasi pelapis disedarkan
tentang erti kemerdekaan yang sebenarnya, menikmati nilai kemerdekaan dan menjiwai pengorbanan pejuang
kemerdekaan.

Penjajahan kuasa-kuasa asing di negara kita berlangsung dalam tempoh yang panjang. Keadaan ini
disebabkan oleh tiada wira yang benar-benar berketerampilan untuk menuntut kemerdekaan tanah air pada
ketika itu. Perpecahan dalam kalangan pembesar Melayu dan perebutan kuasa juga memberi ruang kepada
penjajah untuk terus menunjukkan taring di negara. Kemerdekaan negara yang dicapai pada tarikh 31 Ogos
1957 juga dilalui dengan penuh dugaan. Antara dugaan terhebat dalam perjalanan kea rah pembebasan tanah
air termasuklah peristiwa darurat kesan daripada pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap
pentadbiran British di Tanah Melayu. Darurat hampir meragut peluang negara ini untuk mengecapi
kemerdekaan. Usaha membentuk perpaduan kaum benar-benar teruji semasa revolusi bersenjata PKM ini
berlangsung. Banyak penderitaan dan kerugian harta benda yang terpaksa ditanggung oleh.

Pada awal kemerdekaan negara, perpaduan antara kaum majoriti dan minoriti terlalu lemah. Hal ini
berpunca daripada sistem pentadbiran pihak penjajah. Rakyat pula diasingkan mengikut bidang pekerjaan,
pelajaran dan tarah hidup sehingga menimbulkan isu perkauman. Selepas mencapai kemerdekaan, cabaran
pemerintahan negara terletak sepenuhnya di tangan pemimpin dan rakyat. Segala-galanya dilakukan dalam
segala kekurangan sementelah ekonomi dan sistem pemerintahan masih dikuasai oleh bekas penjajah.
Kekayaan hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu pula diagihkan tidak sama rata antara
kaum. Jelaslah bahawa semangat patriotik merupakan nadi kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan
kemajuan sesbuah negara.

BAHAN 2 : GRAFIK
LATIHAN RUMUSAN 3

TEMA 6 : SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI

Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini. Kemudian tulis satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengunah maksud asal petikan.

Perjuangan untuk menghentikan berita palsu adalah jauh daripada berakhir. Sebaliknya,
penyebaran berita palsu bagaikan sambaran kilat. Oleh itu, masyarakat perlu dididik menerusi
pelbagai platform seperti media sosial dan media arus perdana. Pada masa yang sama, orang ramai
disarankan menyemak yang diterima, fikir dahulu baik buruknya dan lihat dahulu sama ada berita itu
benar atau palsu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ) pula tidak boleh
bersikap lepas tangan. SKMM hendaklah memberikan amaran sekerap yang mungkin bahawa
tindakan tegas akan dikenakan kepada penyebar berita palsu.

Sememangnya berita palsu ini lebih berbahaya daripada virus Covid-19. Hal ini dikatakan
demikian kerana berita palsu merupakan wabak yang mampu menjejaskan produktiviti, reputasi dan
intergriti. Pihak yang mempunyai agenda yang tersembunyi pula sengaja menyampaikan berita palsu
untuk menaburkan fitnah. Maka, timbullah persepsi buruk terhadap individua tau organisasinya.
Perkongsian berita palsu menerusi internet ini turut mencetuskan kekecohan, kekeliruan dan
keresahan dalam kalangan masyarakat.

Seterusnya, berita palsu yang dilaporkan tanpa Batasan ini mampu menggugat kestabilan
negara dan menjeaskan keselamatan orang awam. Perkara yang menakutkan ialah komuniti
mungkin akan hilang kewarasan dalam menilai kebenaran sesuatu berita. Di bawah kesedaran
minda, mereka akan berubah menjadi masyarakat yang cepat sensitif dan gagal mengawal emosi
apabila berhadapan dengan berita palsu. Budaya penyebaran berita palsu juga akan mewujudkan
kognitif negative dalam kalangan masyarakat apabila timbulnya elemen panik, keterujaan dan
permainan emosi. Tuntasnya , penyebaran maklumat yang salah wajar dihentikan demi
kemaslahatan semua pihak.
BAHAN 2 : GRAFIK

BAHAN 3 : GRAFIK

Anda mungkin juga menyukai