Anda di halaman 1dari 22

LUMBA

JALAN KAKI
PENGENALAN
 Merupakan acara olahraga dalam kategori perlumbaan jarak jauh.

 Sebelah kaki mesti berada dalam keadaan bersentuhan dengan jalan

atau trek larian pada setiap masa perlumbaan.

 Jarak langkahan adalah dikurangkan, oleh itu bagi mencapai satu

kelajuan yang diperlukan dalam perlumbaan, peserta lumba jalan

kaki mesti mendapatkan satu kadar tempo atau irama semasa larian.

 Acara biasa dipertandingkan adalah 10 kilometer, 20 kilometer dan

50 kilometer.
KEMUNCULAN LUMBA JALAN
KAKI
 Lumba jalan kaki berkembang sebagai salah satu daripada acara-acara trek terawal

yang diperkenalkan pada mesyuarat pertama Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada

1880.

 Catatan pertama lumba jalan kaki datang daripada percubaan untuk menetapkan

undang-undang bagi acara sukan lumba jalan kaki jarak jauh yang popular pada abad

ke-19, iaitu Pedestrianism.

 Pedestrianism telah berkembang seperti juga sukan lumba kaki dan menunggang kuda

yang merupakan sukan yang popular bagi golongan atasan British dan Amerika pada

suatu masa dahulu, selain menjadi tempat meraka untuk melakukan aktiviti pertaruhan.
 Para peserta lumba jalan kaki telah menganjurkan kejohanan lumba jalan kaki

amatur Inggeris yang pertama pada 1866 yang dimenangi oleh John Chambers dan

dihakimi dengan undang-undang "fair heel and toe".

 Peraturan yang agak kabur ini merupakan asas kepada peraturan yang telah

dikodkan semasa mesyuarat pertama Persatuan Olahraga Amatur Inggeris pada

1880, yang merupakan kemunculan olahraga moden.

 Dengan bola sepak, kriket dan beberapa sukan lain dikodkan peraturan

permainannya pada abad ke-19, perubahan sukan Pedestrianism kepada lumba

jalan kaki amatur berlaku agak lewat sama seperti kebanyakan sukan pada masa

sekarang.
TAKRIF LUMBA JALAN KAKI
 Pergerakan langkah yang berterusan supaya
langkah tersebut sentiasa mencecah bumi,
tidak ada jejak yang tidak mencecah bumi
berlaku yang boleh kelihatan (pada mata
kasar).

 Kaki yang berada di hadapan sentiasa lurus


(tidak membengkokkan lutut) dari mula
mencecah bumi sehinggalah keadaan pejalan
benar-benar tegak.
LUMBA JALAN KAKI DALAM
SUKAN OLIMPIK
 Lumba jalan kaki merupakan acara olahraga dalam sukan Olimpik yang

dijalankan di trek atau di jalan raya dengan jarak yang ditetapkan untuk

acara tersebut adalah 20 kilometer bagi kedua-dua lelaki dan wanita serta

50 meter bagi lelaki sahaja.

 Acara lumba jalan kaki membuat kemunculan pertama dalam sukan

Olimpik moden adalah pada 1904 yang dikenali sebagai acara lumba jalan

kaki separuh batu, dan telah dimasukkan ke dalam 10 acara dalam

dekatlon.
 Pada 1906, acara lumba jalan kaki yang berdiri
secara sendiri iaitu lumba jalan kaki jarak 1,500m
and 3,000m telah diperkenalkan semasa sukan
Olimpik, dan kecuali pada 1924, terdapat sekurang-
kurangnya satu acara untuk lelaki bagi setiap
pertandingan lumba jalan kaki.

 Pertandingan lumba jalan kaki bagi wanita menjadi


acara sukan Olimpik hanya pada 1992, setelah
beberapa tahun diminta diperkenalkan.

 Kejohanan Piala Dunia bagi acara lumba jalan kaki


diadakan setahun dua kali, dan acara lumba jalan
kaki muncul dalam Kejohanan Olimpik Dunia
IAAF, Sukan Komanwel dan Sukan Pan Amerika.
PERATURAN
1. Peraturan pertama mewajibkan jari kaki belakang peserta

tidak boleh meninggalkan tanah sehinggalah tumit kaki

depannya menyentuh tanah. Pelangggaran peraturan ini

dikenali sebagai hilang sentuhan atau ‘loss of contact’.

2. Peraturan kedua memerlukan kaki peserta yang menyokong

mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan tanah dan kekal

lurus sehinggalah badan peserta melepasi kaki yang menyokong

tersebut.
 Peraturan-peraturan ini adalah dinilai oleh mata kasar, yang boleh mengundang
kontroversi semasa peserta-peserta berada dalam keadaan pergerakan yang laju.

 Peserta mungkin melakukan kesalahan ‘loss contact’ untuk beberapa milisaat


dalam satu langkahan yang boleh dikesan dengan menggunakan filem kelajuan
tinggi, akan tetapi fasa apungan peserta semasa berlumba adalah tidak mampu
dikesan dengan mata kasar.
Peserta perlu mengekalkan keadaan badannya supaya rendah dengan

tanah (mengelakkan fasa apungan) dengan cara mengekalkan ayunan

lengannya dalam keadaan rendah, iaitu dihayun separas punggung.

Jika terdapat seseorang ternampak bahu peserta lumba jalan kaki naik

tinggi, hal itu mungkin merupakan satu tanda bahawa peserta tersebut

‘loss contact’ dengan tanah. Apa yang menjadikan keadaan pangkal

paha berputar secara berlebihan adalah disebabkan oleh puturan penuh

pelvis oleh peserta. Peserta perlu menggerakkan pelvis ke depan dan juga

mengurangkan pergerakan sebelah kaki lagi dalam usaha untuk

mencapai daya landaran ke depan yang maksimum.


 Kelajuan dicapai dengan cara melangkah dengan laju iaitu mengantikan kaki yang
melangkah secara pantas. Hal ini akan dapat mengurangkan risiko berlakunya keadaan
kaki meninggalkan tanah (fasa apungan). Langkahan yang dibuat adalah pendek dan
pantas, dengan daya tolakan ke depan datang daripada bebola kaki, yang juga dapat
mengurangkan risiko hilang sentuhan dengan tanah.

 Peserta lumba jalan kaki bertaraf dunia (lelaki dan perempuan) secara puratanya dapat
melakukan bawah tujuh dan lapan minit per batu (atau bawah empat dan lima minit
perkilometer), dalam acara 20 kilometer (12.4 batu) perlumbaan jalan kaki.
KESALAHAN

1. KEHILANGAN SENTUHAN DENGAN TANAH/


TERAPUNG

Berlaku apabila kedua-dua belah kaki dilihat tidak bersentuhan


dengan tanah. Sebelah kaki sepatutnya bersentuhan dengan tanah
pada setiap masa.
2. MEMBENGKOKKAN LUTUT

Berlaku apabila kaki yang menyokong dihadapan gagal dilihat


diluruskan semasa bersentuhan dengan tanah dan juga gagal
untuk mengekalkan kaki yang menyokong di hadapan supaya
sentiasa lurus sehinggalah badan melepasi kaki yang menyokong
tersebut
ASPEK PENILAIAN
 Tiga hakim akan ditugaskan memberi amaran kepada
seseorang peserta yang melakukan perlanggaran peraturan
yang boleh menyebabkannya penyertaannya terbatal.

 Terdapat sebuah papan markah yang diletakkan pada


laluan acara lumba jalan kaki supaya para peserta dapat
melihat tahap perlanggaran peraturan yang telah mereka
lakukan.
 Jika perlanggaran peraturan yang ketiga dilakukan oleh seseorang
peserta, ketua hakim akan membatalkan penyertaannya dengan
mengangkat papan bet bewarna merah.

 Bagi tujuan pemantauan yang baik, perlumbaan lumba jalan kaki


adalah lebih sesuai diadakan di trek.

 Seseorang hakim berkuasa untuk memberi amaran kepada peserta


yang berada dalam keadaan melanggar peraturan lumba jalan kaki
seperti kesalahan hilang sentuhan dengan tanah atau
membengkokkan lutut dengan mengangkat papan bet khas untuk
kesalahan tersebut.
 Seseorang hakim hanya diberikan kuasa mengangka tpapan bet
kesalahan untuk seorang sahaja peserta yang melakukan kesalahan
dan ketua hakim tidak dibenarkan mengangkat papan bet kesalahan.
Tugas ketua hakim adalah hanya untuk membatalkan penyertaan
peserta yang telah melakukan tiga kali kesalahan peraturan acara
lumba jalan kaki.

 Pembatalan penyertaan peserta adalah sesuatu yang biasa dalam


kejohanan tahap elit, seperti kes popular yang berlaku pada Jane
Saville yang telah dibatalkan penyertaannya ketika dia sudah berada
dalam keadaan hampir memenangi pinga temas di hadapan ribuan
penyokongnya dalam kejohanan Olimpik musim panas 2000.
PAPAN BET
1. Papan bet amaran yang dipegang hakim perlulah bewarna kuning. Papan bet

pembatalan penyertaan yang dipegang ketua hakim perlulah bewarna merah.

2. Adalah sangat penting semua papan bet yang digunakan hakim dan ketua

hakim diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak dan tidak mudah rosak.

3. Papan bet yang paling sesuai digunakan adalah panjangnya dari hujung

pemeganghingga ke bahagian atas adalah kira-kira 11 inci (28 cm) dan

diameter bulatannya adalah kira-kira 5 inci (13 cm), supaya ianya dapat

dilihat oleh peserta dengan baik.


Papan bet kesalahan
kehilangan sentuhan Papan bet kesalahan Papan
Papan bet
bet pembatalan
pembatalan
dengan tanah. membengkok lutut. penyertaan.
penyertaan.
PERJALANAN PERLUMBAAN

 Dalam Lumba Jalan Kaki melebihi 20km,

peserta boleh meninggalkan laluan atau

balapan dengan kebenaran dan pengawasan

seorang Hakim, asalkan tindakannya tidak

mengurangkan jarak yang patut dilaluinya.


STESEN PERSEGARAN
 Airdan minuman persegaran hendaklah disediakan
di permulaan dan penamat semua perlumbaan.

 Stesen persegaran hendaklah disediakan pada


selang jarak yang sesuai, jika keadaan cuaca
memerlukan ia disediakan.

 Bagi
acara yang melebihi 10 km, stesen persegaran
hendaklah disediakan pada setiap pusingan.
 Peserta yang mengambil persegaran dari tempat yang
lain daripada stesen yang disediakan boleh
menyebabkan beliau dibatalkan.

 Tidak sama sekali pegawai peserta berlari mengiringi


peserta semasa menghulurkan persegaran.
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai