Anda di halaman 1dari 2

Laporan Latihan Amali Lari Berganti-ganti (3 Mac 2015 Minggu 8)

Pada tanggal 3 Mac, pukul 7.45 pagi, kami unit L7A telah berkumpul di padang utama
IPG Kampus Ipoh untuk melakukan latihan amali lari berganti-ganti. Latihan ini dikendalikan
oleh kumpulan Ameera. Latihan ini bertujuan untuk persediaan ujian amali lari berganti-ganti
yang akan diadakan kemudian.
Pertama, kami adakan sesi pemanasan badan dengan berjoging 3 pusingan padang. Ini
adalah untuk memastikan kondisi badan sedia untuk regangan. Selepas selesai larian, kami
berkumpul untuk sesi regangan yang diketuai oleh Putra Amirul Mukmin. Regangan bermula
dari bahagian atas iaitu leher. Kemudian bahagian bahu dan tangan. Fokus utama regangan ini
adalah pada bahagian kaki kerana untuk tujuan larian yang menggunakan banyak otot
dibahagian kaki.
Seterusnya kami diberi taklimat oleh kumpulan tersebut yang menerangkan cara-cara
dan undang-undang serta peraturan dalam acara larian berganti-ganti. Kami diberi baton dan
cuba memegang baton tersebut yang akan digunakan dalam larian berganti-ganti. Antara acara
larian berganti-ganti ialah larian 4X400 meter dan 4X100 meter. Kami kemudiannya diberi
taklimat tentang cara-cara memberi dan menerima baton. Kami dibahagikan kepada 4
kumpulan dengan setiap satu berahli 4 atau 5 orang dan dikehendaki mencuba cara memberi
dan menerima baton semasa larian. Pertukaran baton ini harus dilakukan hanya di dalam zon
pertukaran sepanjang 10 meter. Kami memulakan latihan dengan latihan kesefahaman antara
pelari pemberi dan penerima baton. Ini memerlukan koordinasi tubuh yang menyeluruh dan
persefahaman antara pelari-pelari.
Kami melakukan latihan secara ansur maju, iaitu dengan larian rentak perlahan
kemudian larian kelajuan sederhana dan larian pecut. Kami melakukannya dengan skala jarak
10 meter antara pelari setiap kumpulan. Pelari pertama akan berlari perlahan/jogging dan
memberi baton kepada pelari kedua. Pelari kedua akan terima baton dan pecut ke pelari ketiga
dan seterusnya secara selang-seli. Kemudian aktiviti ini di ulang sekali lagi demi memastikan
kami betul-betul faham dan cekap tentang teknik larian dan hantaran baton.

Pusingan seterusnya semua pelari dalam kumpulan akan berlari berganti-ganti secara
pecut. Kami cuba mengaplikasikan kemahiran menghantar dan menerima baton. Aktiviti
seterusnya ialah larian ulang alik mengambil baton dari skitel dengan jarak larian 10 meter.
Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan dan menggunakan kumpulan yang sama dengan
aktiviti sebelumnya. Pelari pertama akan berlari menuju ke skital mengambil baton dan
berpatah balik menuju ke bahagian belakang kumpulan. Pelari kedua pula bersedia untuk
menerima baton pelari pertama. Kemudian, Pelari kedua akan menuju ke skital serta berpusing
ke skital dan mengulangi langkah pelari pertama tadi. Pasukan yang selesai dahulu dikira
pemenang. Kami memberi tepukan kepada yang berjaya memenangi permainan dan kepada
semua kerana sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Semua diminta menamatkan
larian.
Seterusnya, kami diminta mencuba menggunakan deria pendengaran untuk menerima
isyarat sedia menerima baton dari pada rakan kumpulan. Pelari terdahulu akan memberikan
isyarat suara dan penerima akan mula berlari-lari anak dan tangan diangkat bersedia untuk
menerima baton untuk digenggam. Aktiviti ini amat sukar kerana ia memerlukan koordinasi
telinga dan tubuh badan.
Kami diberi rehat selama 5 minit sebelum bersambung semula dengan menukar giliran
pelari. Encik Krishna memberikan sedikit taklimat berkenaan larian ini dan memberikan
bimbingan teknik yang betul kepada kami. Kami mengulang sekali lagi latihan larian bergantiganti dengan kelajuan pecut. Seterusnya kami mengadakan sesi regangan badan untuk
menyejukkan badan. Sesi ini dimulakan dengan bahagian bawah iaitu kaki sehinggalah ke
bahagian kepala.

Anda mungkin juga menyukai