Anda di halaman 1dari 11

MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546

SEMESTER OKTOBER 2022/2023

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN


LANJUTAN (PACE)UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS

GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

TAJUK TUGASAN

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

DISEDIAKAN UNTUK

PUAN SITI NOOR SHAMILAH MISNAN

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI


( 257546 )

TARIKH SERAHAN

14/12/2022

1
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546

Pengenalan

Apabila menyebut tentang kerajaan , kerajaan di Malaysia sebagai contoh dapat dilihat sebagai

satu badan atau kuasa untuk memerintah dipengaruhi oleh tiga cabang kuasa iaitu eksekutif,

perundangan dan kehakiman.Hal ini diterapkan di Malaysia supaya dapat dibahagikan kuasa

antara pemerintah dan kehakiman dan tidak boleh berlaku gangguan dalam sistem-sistem

tertentu dalam mengadili dan juga memerintah . Hal seperti ini membolehkan negara stabil dan

harmoni tanpa sebarang pertikaian dan salahguna kuasa yang melampau dalam sistem politik

sebagai contoh. Kerajaan Malaysia atau kerajaan Persekutuan merupakan suatu kuasa yang besar

yang berpusat di Putrajaya dan diketuai oleh Perdana Menteri yang juga mendapat gelaran Ketua

bagi Kerajaan.

Serba sedikit berkaitan dengan Program Transformasi Kerajaan , Program Transformasi kerajaan

ini merupakan suatu program daripada kerajaan dalam membantu rakyat dalam meningkatkan

daya perkhidmatan terhadap rakyat pada peringkat yang teratas. Hal ini adalah dengan

memberikan penekanan kepada pihak perkhidmatan awam dalam memberikan perkhidmatan

dengan lebih efektif dan lebih cepat daripada biasa dan dengan program ini orang awam atau

rakyat dapat menerima segala manfaat dengan baik dan selesa kerana kerja buat yang baik dan

cepat. Dalam merealisasikan perkara ini pelbagai jenis inovasi perlu dibuat dalam mengubah

dasar yang sedia ada dan juga perubahan dan penekanan harus diberikan untuk mendapatkan

mutu dan kualiti dalam penyampaian khidmat awam kepada rakyat dengan baik dan cepat

dengan mewujudkan seberapa banyak perkara yang diperlukan oleh rakyat tanpa mengira penat

atau tiada daya supaya inovasi ini dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

2
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546
Kepentingan Mewujudkan Transformasi Kerajaan

Antara kepentingan mewujudkan transformasi kerajaan ini adalah kerana untuk memberikan

kelebihan dan juga keselesaan kepada rakyat dalam membangunkan kewangan atau ekonomi

negara serta mengfokuskan kekuatan dalam memperkasakan bantuan kepada rakyat dengan

memberikan beberapa insentif yang memberansangkan.

Kepentingan mewujudkan transformasi kerajaan ini juga adala untuk membasmi kemiskinan

yang berlaku dalam Malaysia sebagai contoh kerana kemiskinan negara adalah suatu yang utama

yang berlaku dalam Malaysia. Hal kemiskinan ini berlaku sangat tinggi kerana terdapat yang

memiliki kemiskinan walaupun berada di bandar. Kemiskinan yang berlaku adalah kerana gaji

yang diterima oleh rakyat adalah rendah walaupun tinggi di bandar tetapi untuk pengunaan atau

keperluan rakyat di bandar adalah tinggi .

Oleh yang demikian , Keperluan transformasi kerajaan ini untuk rakyat untuk membasmi

kemiskinan dan memberikan sedikit bantuan hidup untuk rakyat dalam menjalani kehiduan

seharian mereka. Transformasi ini dianggap suatu perkara yang berjaya kerana memberikan

keselesaan kepada rakyat yang menerimanya dan juga memberikan rakyat kekuatan dan bantuan

dalam menjalani kehidupan yang baik. Dalam program ini perlu juga mendapatkan beberapa

tujuan yang penting antaranya menyifarkan kemiskinan. Oleh yang demikian ,hal ini dapat

direalisasikan dan juga digunapakai oleh rakyat dalam membantu diri mereka melangsungkan

kehidupan mereka

Seterusnya , Kepentingan seterusnya adalah untuk menampung kekekurangan yang dialami oleh

ekonomi negara antaranya melaksanakan beberapa program atau pelan yang baik dalam menjana

ekonomi negara. Sebagai contoh pelan yang sempurna dalam memberikan kekuatan kepada

3
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546
ekonomi negara adalah kewujudan sistem percukaian dalam perkhidmatan dan juga harga

barangan.Hal ini juga merupakan salah satu cara kerajaan dalam membasmi permasalahan

ekonomi negara yang serius dengan cara membantu rakyat serta rakyat juga membantu dalam

pembangunan ekonomi negara Malaysia . Sedikit pencerahan mengenai sistem percukaian yang

diperkenalkan dalam proses pembikinan program tranformasi negara, iaitu sistem percukaian

GST. GST membawa maksud Cukai barang dan Perkhidmatan yang berupaya untuk mengutip

cukai bagi barang dan juga cukai bagai perkhidmatan yang berlaku atas pembelian atau

perkhidmatan yang telah diberikan kepada semua tidak kira siapa yang menggunakan

perkhidmatan tersebut dari rakyat biasa sehingga rakyat yang paling kaya diseratakan pengutipan

cukai ini. Berdasarkan kepada pernyataan akhbar pendirian daripada kerajaan dalam memberikan

perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan ini telah juga memberikan seberapa dividen yang

sangat besar kepada rakyat semua dan juga negara serta kerajaan berupaya memberikan

penampungan kekurangan daripada hasil minyak dan juga melalui perolehan yang merupakan

hasil kutipan cukai perkhidmatan dan cukai jualan sebanyak RM42 Bilion pada 2016 tahun

tersebut.

Terdapat beberapa contoh mengenai kebaikan dan kepentingan program transformasi kerajaan

ini merujuk media sosial menyatakan bahawa, Program Transformasi Kerajaan merupakan suatu

kemampuan yang diperoleh kerajaan Malaysia bagi membasmi seberapa bidang yang utama

dalam berkaitan rakyat negara Malaysia. Program ini dirasmikan pada 28 haribulan, bulan

januari 2010. Perasmian program ini dibuat oleh Perdana Menteri yang ke – 6 iaitu Datuk Seri

Najib yang juga memberikan jangkaan program ini akan menyumbang kekuatan dalam

menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dan mempunyai pendapatan yang tinggi seperti

yang dinyataan dalam wawasan 2020.

4
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546
Program Transformasi Kerajaan ini juga menjadi tujuan pertama bagi Perdana Menteri pada

waktu itu untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri iaitu Rakyat Perlu

didahulukan dan setiap percapaian harus di Utamakan dan dengan ini Program ini menjadi suatu

asas yang utama dalam melaksanakan misi ini.

Antara kepentingan lain yang boleh diperoleh daripada penghasilan program transformasi ini

adalah dengan adanya program transformasi kerajaan ini wujudlah peningkatan produktiviti oleh

pekerja atau penjawat awam dalam melaksanakan perkhidmatan kepada orang awam dengan

lebih baik dan cepat tanpa perlu merisaukan akan ketidaktelusan dalam penyampaian

perkhidmatan yang diberikan .

Kesan Kepada Rakyat dan Pengurusan Awam

Antara kesan yang dapat dilihat menerusi Program Transformasi Kerajaan ini adalah wujudnya

pelbagai bantuan kepada rakyat dengan mengunakan kebolehan GST sebagai contohnya

pemberian Bantuan 1 Malaysia ( BR1M) dan pelbagai jenis pemberian yang dapat diusahakan

oleh kerajaan menerusi Program ini.

Bagi pengurusan awam ,kesan yang dapat dilihat adalah pengurusan di peringkat penerima dan

pemberian perkhidmatan kepada orang ramai lebih telus dan bersungguh kerana perubahan yang

dibawa oleh program ini menekan kepada konsep yang di bawa oleh Perdana menteri sendiri

iaitu Rakyat Didahulukan Percapaian Di Utamakan .Hasrat ini dapat direalisasikan kerana

kerjasama antara dari peringkat rakyat sehinggalah ke peringkat yang paling atas dalam kerajaan.

Dalam laporan media juga memberikan kata-kata positif mengenai Program Transformasi

Kerajaan ini antara laporan mereka adalah mengenai beberapa hal yang berkaitan peningkatan

5
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546
bantuan kerajaan kepada rakyat dan juga kenaikan laporan kewangan kerajaan Malaysia

menerusi program ini.

Antara laporan yang di buat adalah mengenai Peningkatan tarif kehidupan setiap isi Rumah

mempunyai pendapatan yang rendah . Inisiatif dalam bidang keberhasilan yang utama negara

menunjukan beberapa kesan positif kepada rakyat yang miskin dan diberikan peluang kepada

mereka untuk bersama-sama dalam program yang dicipta oleh Program Transformasi Kerajaan

ini iaitu 1AZAM . Program 1AZAM ini juga disediakan untuk memberikan beberapa peluang

menambah tahap ekonomi dan juga mampu memberikan peningkatan kewangan bagi rakyat

yang miskin untuk menambah kewangan mereka menerusi program ini. Program ini juga

memberikan bantuan kepada beberapa orang tersasar dari pandangan kerajaan dari mendapatkan

bantuan keraja golongan miskin boleh berusaha membantu diri mereka menerusi program ini

dengan mudah dan selesa dan hanya yang diperlukan adalah berusaha untuk mengubah diri

sendiri daripada terus berada dalam kemiskinan yang menyebabkan diri terbeban dan diri berada

dalam kesengsaraan tanpa sebarang penjelasan, ini kerana peluang telah diberikan hanya

diperlukan adalah memberikan minat untuk mengudah kehidupan.

Menerusi program ini juga dapat dilihat bagi kawasan diluarbandar mendapat kemudahan seperti

mendapat jalan raya ,rumah dan juga dapat air serta juga mereka mendapat elektrik untuk

kelangsungan kehidupan harian mereka.Hal yang baik ini dapat dilihat menerusi pelbagai

program yang dijalankan menerusi Program Transformasi Kerajaan ini. Hal ini amat baik jika

diteruskan kerana rakyat mendapatkan keselesaan dan kerajaan juga dapat berterusan kerana

dipercayai sesungguhnya.

6
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546
Bagi Perkhidmatan awam pula transformasi yang dibuat adalah memberikan perningkatan dalam

tanggungjawab sebagai menteri dan juga penjawat Awam. Sebagai contohnya ialah memastikan

sistem penyampaian oleh kerajaan berjalan dengan baik dan juga memberikan penekanan kepada

semua menteri bahawa perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna dan

amanah. Hal ini juga dilihat baik dalam mencapai prestasi dan peningkatan kebolehan bekerja

oleh prkhidmatan awam dan juga dapat dilihat menerusi pernilaian yang pertama oleh Perdana

Menteri Pada bulan November 2009 dan juga Januari 2010

Antara Contoh Jabatan yang terlibat dalam Program Transformasi Kerajaan ini.

Keutamaan diberikan kepada beberapa buah jabatan yang utama yang memikirkan tentang rakyat

dahulu iaitu Dalam Kementerian Pendidikan dengan menyasarkan kepada kebolehan membaca

dan menulis oleh kanak-kanak dan juga mendapat pendidikan awal menerusi beberapa program

yang boleh diberikan oleh kerajaan antaranya program prasekolah yang harus meningkat untuk

merealisasikan impian meningkatkan seberapa banyak kanak-kanak membaca dan menulis.

Seterusnya dalam Kementerian Dalam Menteri dengan menekan pengurangan jenayah yang

berlaku dalam Malaysia dan juga sekiranya indek ini dapat diturunkan negara Malaysia akan

menjadi sebuah negara yang baik dan mendapat pujian keseluruhan dunia kerana mampu

membasmi jenayah dengan baik .Hal ini boleh berlaku sekiranya berlaku ketelusan daripada

pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab mereka dan harus dijalankan menerusi

Program Transformasi Kerajaan ini.

Isu – isu berkaitan dengan Program Transformasi Kerajaan

Seperti yang diketahui Program Transformasi Kerajaan ini pernah dilaksanakan oleh kerajaan

yang ditadbir oleh Perdana Menteri yang ke-6 iaitu Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul

7
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546
Razak dan program ini dilaksanakan untuk menguatkan lagi slogan yang dilaungkan oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Rakyat Di Dahulukan Percapaian Di Utamakan .Program

ini di buat untuk memberikan kekuatan dalam perkhidmatan awam serta memperkasakan

kekuatan dalam pemberian bantuan yang baik kepada rakyat supaya mendapat ke kekuatan juga

untuk melangsungkan kehidupan yang mereka lalui.

Isu positif yang dapat dilihat menerusi Program ini adalah terdapat banyak program yang di

laksanakan antaranya bantuan peniagaan menerusi skim 1AZAM untuk membuat perniagaan

dengan mendapatkan modal yang baik untuk memulakan perniagaan bagi golongan miskin tegar

yang ingin melansungkan kehidupan mereka dengan mencuba diri dalam perniagaan,seterusnya

skim bantuan iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M dengan membantu rakyat mendapat duit

tambahan untuk menampung kekurangan yang dihadapi oleh rakyat dalam melangsaikan

beberapa hasrat yang tidak terbalas oleh rakyat untuk diri sendiri.

Selain daripada itu, terdapat beberapa skim atau program yang memberikan kekuatan bagi rakyat

dengan mendapat pengajian awal bagi kanak-kanak dalam mengenal membaca dan menulis

dengan meningkatkan pelajar dalam program prasekolah yang dibuat sebelum melangsungkan

diri ke sekolah kebangsaan atau sekolah lain-lain ,dengan erti kata lain persediaan diri untuk

menempuh alam persekolahan yang sebenar.Hal ini adalah baik kerana kita perlu mendidik anak-

anak untuk lebih berdaya saing bukan antara dalam negara malahan di seluruh negara dengan

mencipta dan mengeluarkan insan yang bijak pandai dari usia muda.

Seterusnya antara isu positif yang muncul setelah berlakunya program ini adalah terdapat

beberapa kata yang dilemparkan oleh ornag ramai dan juga pihak media akan ketelusan

8
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546
perkhidmatan awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam dengan amanah

dan telus dalam perkhidmatan mereka .

Isu negatif dalam perlaksanaan Program ini adalah,berkaiatan dengan isu perlaksanaan sistem

percukaian GST iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan. Hal ini di nyatakan merupakan suatu

yang juga mmbebankan bagi rakyat kerana keserataan pengutipan cukai dari peringkat paling

kaya sehingga peringkat paling miskin. Hal ini juga menjadi tidak wajar bagi rakyat dan menjadi

suatu perkara yang menjadi bualan dan perdebatan di Parlimen dan juga hal ini menjadi isu

utama segala kelebihan yang berlaku dalam Program ini.Hal ini juga menjadi suatu yang serius

kerana isu dan hal ini juga telah dinyatakan dalam pihak media dan juga menjadi tajuk utama di

dada akhbar luar negeri akan ketidakpahaman kerajaan dalam memberikan kemudahkan kepada

rakyat miskin kerana ini menjadi suatu beban kepada rakyat untuk membayar cukai dan hal ini

juga menjadi isu yang kurang senang kepada rakyat untuk meneruskan kehidupan seharian.

Kesimpulan

Setiap projek atau program yang dilaksakan sememangnya akan menghadapi pelbagai

permasalah dan juga mengandungi kelebihan yang tersendiri. Sepertimana program ini iaitu

Program Transformasi Kerajaan ini memberikan kesan yang baik dan juga terdapat beberapa

kelemahan yang memberikan kekurangan yang tidak senang bagi rakyat. Antara program atau

skim yang wujud dalam Program Transformasi Kerajaan ini banyak memberikan kesenangkan

kepada rakyat dan kelebihan yang diberikan kepada rakyat menyenangkan rakyat dalam

menjalani kehidupan seharian mereka,tidak disangkal setiap perkara yang baik akan berlaku

kelemahan dan perlu ada pemulihan untuk memperkasakan lagi keperluan yang diperlukan oleh

rakyat semua.

9
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546

Rujukan

1) Mahbob, M. H., & Sulaiman, W. I. W. (2014). APA HEBATNYA PROGRAM


TRANSFORMASI KERAJAAN?. Malaysian Journal of Communication, 30 (Special
Issue), 145-158.

2) ZAKI, N. M., & AWAM, P. S. P. TAHAP KEFAHAMAN DAN KESEDARAN


PELAJAR TERHADAP PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP):
TINJAUAN MELALUI.

3) Idris, N. A. H., & Selvaratnam, D. P. (2012). Program pembasmian kemiskinan dalam


kalangan ibu tunggal: Analisis penyertaan dan keberkesanan. Prosiding Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII, 7, 248-259.

4) Kasim, A., Ahmad, M., & Bidin, A. (2020). METAFORA DALAM PENULISAN
BERITA STRATEGIK TERHADAP PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN
(GTP). International Journal of Humanities, Philosophy and Language (IJHPL).

5) Abd Hamid, M. A., Ismail, Z., Kassim Thukiman, I. M., Abdullah, M., & Ismail, F.
(2018). Kajian Kualitatif Kepuasan Rakyat Malaysia Berdasarkan Program Transformasi
Negara (GTP). Edisi Pertama 2018© Fakulti Pengurusan 2018, 294.

10
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHAMED ZAKRI GMGM3043 PEMBANGUNAN ORGANISASI

257546

11

Anda mungkin juga menyukai