Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN MALAYSIA 2

MPU 2163

Name : NUR ADILAH RASYADAHBINTI SUHAIMI


Matrix No : 3042191093
Lecturer : EN. AHMAD ZI AL-HAQQ ABDUL AZIZ
Dasar penswastaan mula mendapat perhatian yang wajar di Malaysia mulai
pertengahan tahun 1983 melalui Dasar Pensyarikatan Malaysia yang menyentuh peranan
sektor swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara. Oleh itu, dasar penswastaan di
Malaysia mempunyai tujuannya yang tersendiri, akan tetapi dasar ini turut menghadapi
beberapa cabaran dalam melaksanakannya.
Antara tujuan dasar penswastaan di Malaysia ialah untuk mengurangkan bebanan
kewangan kerajaan. Penglibatan kerajaan dalam peneyediaan perkhidmatan dari sektor
kesihatan, pertahan, air dan pelabuhan misalnya memakan perbelanjaan yang tinggi. Oleh itu,
dasar ini boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Seterusnya, dasar ini bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kekesanan
negara dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam projek-projek kerajaan. Selain
itu, dasar ini juga meniggikan kecekapan dan penghasilan kerja. Hal ini kerana, daya
pengeluaran dan perkhidmatan sektor swasta lebih cekap.
Di samping itu, dasar ini mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru
dan Dasar Pembangunan Baru. Hal ini bagi mewujudkan lebih banyak peluang penyertaan
Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang seiras dengan matlamat Dasar
Ekonomi Baru.
Antara cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan dasar penswastaan di Malaysia
ialah berlaku kecelaruan dalam aspek perundangan kerana undang-undang atau peraturan-
peraturan yang digubal atau dipinda masih tidak selaras dengan dasar ini. Selain itu,
kebergantungan yang tinggi terhadap sokongan pekerja dan sumber tenaga.
Seterusnya, perancangan penswastaan adalah tidak menyeluruh. Perancangan
penswastaan perlulah menyeluruh dari sudut jangka masa pendek,pertengahan dan panjang
agar penentuan-penetuan secara teliti terhadap sesuatu penswastaan dapat dibuat.
Akhir sekali, pemecahan atau agensi banyak mengganggu urusan lain serta berlaku
persoalan dalam pemecahan perkhidmatan kerana pertimbangan dan kajian tidak dilakukan
secara teliti sebelum sesuatu perkhidmatan itu diswastakan.
Kesimpulannya, kebimbangan terhadap dasar ini timbul oleh kerana dasar ini tidak
dikaji dengan mendalam dan dipraktikkan dengan sempurna walaupun objektif dan tujuan
dasar ini telah disampaikan dengan jelas.

Anda mungkin juga menyukai