Anda di halaman 1dari 10

YB MENTERI KEDUA KERAJAAN

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan


seperjuangan yang berpandangan jauh delegasi
kerajaan, barisan pembangkang yang berwawasan,
seterusnya sidang perwakilan hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian. Salam perpaduan, salam
perdebatan, salam kerukunan bumi Tuhan.

Tuan Yang Dipertua,


Pada hari ini, dewan bersidang untuk membahaskan
satu usul yang cukup bernaslagi menarik untuk
diperdebatkan. Usul hari ini berbunyi PENERBANGAN
TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

Bangkit pembangkang pertama telah mentakrifkan


usul.Kesalahan utama pihak pembangkang ialah mereka
tidak menunjukkan pendirian yang jelas dan tersendiri
untuk menunjukkan usul pada hari ini wajar DITOLAK.

Selesai sudah masalah pentakrifan usul dan


menegakkan kembali pentakrifan kami dibarisan
kerajaan.

Tuan Speaker Dewan, (BIDAS HUJAH KETUA


PEMBANGKANG)

1
Bangkit pembangkang pertama sebentar tadi membawa
hujah
…………………………………………………………………
……………………….………………………………...
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
.
Namun masalahnya ialah ………………………………….
…………………………………………………………………
.………………………………………………………………...
………………………………………………………………...
…………………………………………………………………
.
Saya buktikan dengan fakta kes ini
……………………….
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
.
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
.

Selesai bidasan pembangkang pertama.

2
Tuan Yang Dipertua,

Menyusul kepada hujah kami yang kedua di bawah kata


kunci iaitu DARI ASPEK MENJANA EKONOMI
NEGARA YANG MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.

Penerbangan tambang murah akan menyemarakkan


lagi pelancongan domestik. Sehubungan ini,
pelancongan domestik terus dipromosi untuk menarik
lebih ramai rakyat tempatan melancong di dalam negeri.
Dikenal pasti sebagai satu sektor yang mengalami
pertumbuhan pesat, pelancongan domestik boleh
merangsang penggunaan swasta, mengurangkan aliran
keluar tukaran asing serta menanam rasa cintakan alam
semula jadi di Malaysia. Pelancongan domestik yang
kukuh dan pesat juga mampu mengurangkan naik turun
jumlah ketibaan pelancong akibat kesan luaran seperti
bencana alam, wabak penyakit dan ancaman
keselamatan. Di samping itu, penawaran harga
kompetitif oleh syarikat penerbangan tambang murah
dan Sistem Penerbangan Malaysia serta pakej percutian
domestik yang berpatutan turut merangsang
pelancongan domestik. Pelaksanaan masa bekerja lima
hari seminggu bagi sektor awam sejak Julai 2005 telah
merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan.

3
Penerbangan tambang murah menjana ekonomi negara
yang menguntungkan pengguna apabila wujud ribuan
peluang pekerjaan di sektor penerbangan. Pembukaan
KLIA 1 dan KLIA 2 telah mewujudkan sekurang-
kurangnya 1000 hingga 3000 peluang pekerjaan kepada
anak Malaysia. (Utusan Malaysia, 27 Julai 2011)
Perkara ini sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup
masyarakat tempatan. Anak-anak mudah yang baru
meninggalkan alam persekolahan boleh bekerja secara
tetap mahupun sambilan berdasarkan kelulusan,
pengalaman dan kemahiran dengan gaji atau upah yang
setimpal.

Enam rahsia pemasaran AirAsia


Menurut AZLEEN ABDUL RAHIM dalam artikel yang
bertajuk “Enam Rahsia Pemasaran Air Asia”
menyatakan, “Dilahirkan pada tahun 2001, kini AirAsia
telah menjadi satu jenama global. Tune Air Sdn. Bhd.,
daripada sebuah syarikat yang bermasalah, telah
dijadikan sebuah syarikat penerbangan tambang murah
bertaraf dunia oleh dua sahabat karib Fernandes dan
Datuk Kamarudin Meranun. AirAsia bukan sahaja telah
membuat revolusi terhadap industri penerbangan di
Asia, malah mereka juga mengubah industri
pelancongan di benua ini.

4
Tuan Yang Dipertua,

Kedua-dua MAS dan AirAsiaX telah berjaya membawa


masuk pelancong ke negara ini. Kajian menunjukkan
bahawa terdapat anjakan sebanyak 12 kali terhadap
kesannya kepada sesebuah negara. Tahun 2012,
kedua-dua syarikat penerbangan tersebut telah
membawa masuk 7.5 juta penumpang. Jumlah
penumpang ini menjanakan pendapatan sebanyak
RM12.7 juta untuk negara. Ini mendatangkan impak
yang bukan sedikit kepada rakyat Malaysia. Kepesatan
ekonomi negara membawa banyak kemaslatan kepada
rakyat yakni pengguna teramai perkhidmatan syarikat
penerbangan tambang murah.

Oleh sebab itu, Penerbangan Tambang Murah memang


mampu menjana ekonomi negara melalui lapangan
terbang yang berkonsepkan pusat beli belah seperti di
KLIA2. Pelbagai gedung perniagaan milik anak
tempatan diberi peluang untuk beroperasi demi mengaut
keuntungan di samping pengalaman.

Pesawat Bayu Air akan memulakan operasi


penerbangan pada Ogos 2016, dengan perancangan
fasa pertama ke Jeddah dan Madinah bagi destinasi
umrah dan laluan pelancongan ke China. Ketua
Pegawai Eksekutif Mohd Saifulrizal Raffien berkata Bayu
5
Air akan menggunakan tiga pesawat Boeing 777-200
dan menyediakan hidangan masakan kampung selain
menawarkan produk perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) tempatan. Beliau berkata konsep yang
diketengahkan Bayu Air akan dapat memperkasakan
lagi produk PKS tempatan selain mempromosikannya ke
peringkat dunia. Ini akan memberikan pengalaman baru
dan keselesaan kepada para penumpang dan kami
amat komited dalam menjadikan perkhidmatan kami
yang terbaik. Secara tidak langsung ia juga akan dapat
membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
masyarakat tempatan bagi menjana ekonomi negara
Mohd Saifulrizal berkata penglibatan pihaknya dalam
industri itu akan membuka peluang pekerjaan seperti
anak kapal dan juruterbang kepada orang ramai
terutama bekas kakitangan Malaysian Airlines (MAS).

Oleh itu, AirAsia telah dinobatkan sebagai 'Syarikat


Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia' di Majlis
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2014,
menjadikan jumlah kemenangan sebanyak enam kali
diterima oleh syarikat penerbangan itu. AirAsia turut
memenangi anugerah ‘Syarikat Penerbangan Tambang
Rendah Terbaik Asia’ bagi enam tahun berturut-turut.
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax
merupakan mercu tanda kecemerlangan global bagi

6
syarikat penerbangan dan salah satu anugerah paling
berprestij bagi industri penerbangan.

Kaji selidik tahunan global yang dijalankan sepanjang


tempoh 10 bulan dan merangkumi lebih daripada 245
syarikat penerbangan, dari syarikat penerbangan
antarabangsa yang terbesar hingga ke syarikat
penerbangan domestik yang lebih kecil. Sebanyak 18.9
juta kaji selidik pelanggan telah dikumpul, yang
mengukur standard produk barisan hadapan dan
perkhidmatan sesebuah syarikat penerbangan itu,
melalui 41 petunjuk prestasi utama.

Seterusnya hujah ketiga di bawah mauduk bicara DARI


ASPEK MENIKMATI PERKHIDMATAN YANG LEBIH
BERKUALITI DAN MENGUNTUNGKAN.

Cara Pemasaran online terus kepada pelanggan lebih


baik dan lebih terancang. Tanpa melalui ejen
pelancongan sebagai penggerak utama dalam penjualan
tiket, mereka menumpukan seluruh usaha ke arah
pemasaran melalui internet dan e-Commerce. Mereka
sedar bagaimana internet mampu mengubah dunia dan
mereka mengeksploitasikannya untuk merealisasikan
visi mereka. Penggunaan iklan secara online, laman
web dan telefon pintar dijadikan kaedah utama

7
berbanding cara tradisional yang menggunakan tiket
fizikal ataupun tempahan melalui call centre.

AirAsia memastikan pengalaman dan expectation para


pelanggan ketika membuat tempahan tiket secara online
dijadikan satu pengalaman yang amat mudah. Ia berada
di tangan anda sendiri, di telefon pintar anda.
Penggunaan media sosial oleh pengusaha syarikat
penerbangan tambang murah untuk berinteraksi secara
terus dengan pembeli akhirnya mereka membentuk
komuniti sendiri. Penggunaan media sosial digunakan
sebaiknya bagi menarik lebih ramai komuniti yang setia
dengan AirAsia. Mereka berjaya membuat satu integrasi
media sosial di AirAsia. Malah, Fernandes dan
Kamarudin sendiri begitu aktif menggunakan media
sosial.

Mereka berinteraksi secara langsung dengan sesiapa


sahaja. Mereka menggalakkan semua pekerja mereka
menggunakannya dan berinteraksi melalui media sosial
secara aktif dan agresif. Mereka sedar bahawa media
sosial mampu menjadikan perhubungan online di antara
satu sama lain sebagai satu persahabatan yang akrab.
Ini strategi relationship marketing mereka.

Tanggal 20 Disember 2015, Rayani Air telah dilancarkan


di negara kita. Syarikat itu merupakan syarikat
8
penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, di
peringkat dunia, konsep sama sudah lama diguna pakai
syarikat penerbangan lain seperti Royal Brunei Airlines,
Saudi Arabian Airlines dan Iran Air. Rayani Air
memperkenalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan
patuh syariah mewajibkan anak kapal kabinnya
memakai tudung bagi yang beragama Islam,
menyediakan makan minum daripada sumber halal,
melarang minuman keras dan mengamalkan bacaan
doa sebelum memulakan penerbangan. Sejak
pelancaran penerbangan sulungnya, Rayani Air
mencetuskan fenomenanya tersendiri apabila konsep
patuh syariah yang dilaksanakan syarikat itu menerima
pelbagai reaksi dan menjadi tumpuan dunia.

9
penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, di
peringkat dunia, konsep sama sudah lama diguna pakai
syarikat penerbangan lain seperti Royal Brunei Airlines,
Saudi Arabian Airlines dan Iran Air. Rayani Air
memperkenalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan
patuh syariah mewajibkan anak kapal kabinnya
memakai tudung bagi yang beragama Islam,
menyediakan makan minum daripada sumber halal,
melarang minuman keras dan mengamalkan bacaan
doa sebelum memulakan penerbangan. Sejak
pelancaran penerbangan sulungnya, Rayani Air
mencetuskan fenomenanya tersendiri apabila konsep
patuh syariah yang dilaksanakan syarikat itu menerima
pelbagai reaksi dan menjadi tumpuan dunia.

Anda mungkin juga menyukai