Anda di halaman 1dari 21

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

16

Unit 2 MENTAKSIR BACAAN 9 JAM

SINOPSIS
Tajuk ini menghuraikan tentang kemahiran bacaan dan pendekatan mengajarkan bacaan.
Permasalahan bacaan dan cara mentaksir bacaan dalam kalangan murid-murid berkeperluan
khas turut dibincang. Tidak ketinggalan matlamat pengajaran kemahiran bacaan akan disentuh
sama. (Unit ini merupakan Tajuk 5 dalam proforma PKU 3106 Pentaksiran Dalam Pendidikan
Khas)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1. Mengenal pasti kemahiran-kemahiran dalam bacaan
2. Menghuraikan pendekatan pengajaran bacaan
3. Membincangkan masalah memecahkan kod dan kefahaman
4. Membanding beza kaedah pentaksiran bacaan iaitu senarai semak, analisis ralat dan
pengujian berdasarkan kurikulum.



KERANGKA TAJUK


MENTAKSIR
BACAAN
MASALAH BACAAN
KEMAHIRAN MEMBACA
CARA PENTAKSIRAN


PENDEKATAN
PENGAJARAN BACAAN


PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

17

2.0 PENDAHULUAN
Membaca adalah satu proses kompleks yang melibatkan pelbagai kemahiran. Ia merangkumi
keupayaan individu mengenal pasti dan memecahkan kod teks bercetak serta memahami
kandungan yang dibaca. Oleh itu, aspek - aspek ini akan diuji dalam kalangan murid sama ada
di aliran perdana mahupun yang mengikuti pendidikan khas. Jika individu dapat menguasai
kemahiran ini , ia boleh dianggap sebagai orang yang telah menguasai sebahagian daripada
kemahiran literasi selain daripada menguasai kemahiran menulis.
Tujuan atau matlamat pentaksiran bacaan dalam pendidikan khas adalah
i) menentukan kelayakan murid memasuki program pendidikan khas
ii) merangka pengajaran dan pembelajaran
iii) memastikan kekuatan dan kelemahan khusus untuk menentukan keupayaan tahap
membaca semasa

2.1 KEMAHIRAN MEMBACA
Apabila membicarakan kemahiran membaca, tidak dapat tidak kita akan menyentuh aspek-
aspek berikut yang terangkum dalam kemahiran membaca. Ianya terdiri daripada
i) Kesediaan membaca
ii) Kemahiran memecahkan kod
iii) Kefasihan membaca
iv) Kefahaman
Ketiga-tiga aspek ini sering menjadi masalah kepada murid-murid untuk menguasainya. Ini
disebabkan ketiga-tiga kemahiran berkait antara satu sama lain. Sekiranya gagal menguasai
salah satu kemahiran ianya akan memberi kesan kepada kemahiran membaca yang lain.
Contohnya jika murid bermasalah dalam kesediaan membaca seperti pengamatan, ia akan
memberi kesan kepada penguasaan memecahkan kod dan juga kefahaman.

2.1.1 Kesediaan Membaca
Kesediaan membaca bermaksud adakah murid telah menguasai asas-asas dalam menguasai
kemahiran membaca yang lebih kompleks. Pihak guru dan ibu apa perlu mengetahui sama ada
kanak-kanak / murid telah bersedia dari segi fizikal dan mental serta emosi untuk melakukan
tugasan yang mencabar khususnya membaca. Maklumat daripada pentaksiran kesediaan
membaca dapat membantu guru mahupun ibu bapa tahap bacaan murid dan tahap bacaan
yang akan dihasilkan.
Dalam kesediaan membaca, aspek yang merangkumi asas penggunaan kemahiran
pengamatan, deria dengar dan alat pertuturan serta pemprosesan maklumat perlu berfungsi
dengan baik.
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

18

2.1.2 Kemahiran Memecahkan Kod / Decoding
Memecahkan kod atau decoding adalah asas dalam membaca sama ada membaca kuat atau
senyap. Dua pendekatan yang biasa digunakan untuk mendekod adalah analisis kata / word
analysis dan mengenal pasti kata / word recognition.(Lutfig,1989). Analisis kata dikenali juga
sebagai fonik. Ianya merangkumi aspek fonologi seperti vokal, konsonan, diftong, vokal
berganding dan konsonan berganding . Analisis kata atau fonik banyak membantu murid untuk
mengenal pasti bentuk dan bunyi huruf yang betul. Kemahiran ini amat penting dalam
menguasai bacaan dan seterusnya menulis. Ketidakupayaan menguasai asas bunyi-bunyi huruf
akan memberi kesan kepada bacaan yang ada kaitan dengan kemahiran lain.
Mengenal pasti kata / word recognition pula merujuk kepada keupayaan individu menyebut atau
membunyikan perkataan dalam teks. Apabila murid dapat mengenal pasti kata dan
menyebutnya dengan lancar bererti murid telah menguasai kemahiran mengenal pasti kata.
Seterusnya murid berkeupayaan untuk mebmaca frasa dan ayat serta seteruanya teks bacaan.
Oleh itu ,.menguasai kemahiran memecahkan kod adalah penting kerana ia merupakan asas
dalam bacaan.

2.1.3 Kefasihan membaca
Kefasihan membaca merujuk kepada keupayaan individu membaca dengan kuat. Apabila murid
berupaya membaca dengan lancar, ia dianggap fasih dalam membaca. Tingkah laku membaca
yang dianggap sebagai menguasai bacaan kuat dan lancar terdiri daripada
i) sebutan yang betul
ii) mengetahui tanda baca dan menterjemahnya dengan betul spt. noktah , koma
dsb.
iii) intonasi suara yang betul dan sesuai
iv) membaca dengan lancar
v) menunjukkan keyakinan / tanpa ragu-ragu
Walaupun kefasihan membaca banyak merujuk kepada aktiviti membaca kuat, kemahiran ini
dapat dilihat dalam membaca senyap atau mentalis. Kefasihan ini lebih menjurus kepada
memaham kandungan teks atau petikan. Jika murid fasih membaca , kebarangkalian untuk
memaham apa yang dibaca adalah tinggi.





PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

19

2.1.4 Kefahaman
Kefahaman boleh didefinisikan sebagai proses yang mengenal pasti sama ada individu
memahami apa yang dibaca atau tidak. Jika gagal mentafsir maklumat sudah pasti ia gagal
memberi tindak balas yang betul atau sewajarnya. Menurut Smith (1983)
Once we get a word into common use, we like to give it as many meanings as possible;
this is a characteristic of all the worlds languages and seems to reflect the way the
human brain works best, using a few elements very productively rather than many
elements in a restricted manner. (m.s. 4)
Tiga aspek kefahaman yang diberi penekanan adalah
i) Makna perkataan / perbendaharaan kata
ii) Memahami soalan-soalan pelbagai aras
iii) Membuat ringkasan / rumusan / analisis terhadap bahan bacaan
Tahap-tahap kefahaman terdiri daripada:
i) Literal
ii) Inferens
iii) Kritik
Manakala elemen-elemen yang mempengaruhi kefahaman individu apabila membaca
termasuklah
i) Pemilihan teks kandungan, struktur dan bahasa
ii) Kesesuaian teks menurut pengetahuan sedia ada dan pengalaman murid
i) Tugasan yang disediakan penguji arif tentang apa yang murid perlu lakukan

Oleh itu menguasai kemahiran memaham merupakan matlamat akhir dalam membaca. Untuk
mencapai tahap ini murid perlulah menguasai kemahiran-kemahiran lain yang terangkum dalam
bacaan.


Latihan 1


Anda tahu tentang kemahiran membaca bukan? Oleh itu, senaraikan
kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam membaca.

Pilihlah bentuk grafik yang menarik untuk senarai tersebut.



PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

20

2.2 PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN
Untuk menguasai kemahiran membaca, banyak pendekatan dan kaedah yang boleh
dilaksanakan. Dua pendekatan yang sering dilaksanakan adalah kaedah bottom-up dan kaedah
top-down.

2.2.1 Kaedah bottom-up
Dalam membaca, kaedah bottom-up memberi penekanan kepada penguasaan asas membaca
sebelum membaca pada peringkat yang lebih tinggi. Ini bererti murid-murid akan diajari atau
diperkenalkan kepada elemen yang paling kecil atau asas dalam bahasa iaitu mempelajari
bunyi dan abjad untuk menguasai kemahiran fonologi. Ini diikuti dengan perkataan, pembinaan
ayat, membaca teks atau petikan dan seterusnya memproses teks untuk kefahaman.
Kaedah ini memberi tumpuan khusus bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu
berbentuk sequential atau menurut turutan. Murid-murid perlu mahir dalam mendekod sebelum
kemahiran kefahaman. Oleh itu, kaedah fonik, kaedah abjad dan kaedah suku kata menjadi
asas utama untuk murid belajar membaca menurut kaedah in.

Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Bottom-up
Kefahaman
Membaca teks
Membina ayat
Perkataan
Abjad
Bunyi

2.2.2 Kaedah top-down
Kaedah top-down juga dikenali sebagai kaedah pemprosesan maklumat. Ia memerlukan murid-
murid memproses teks pada peringkat tinggi terlebih dahulu. Ini dikuti dengan memberi
tumpuan kepada struktur teks / petikan, proses pembinaan ayat dan perkataan. Contohnya
meramal maksud perkataan daripada petikan yang dibaca.
Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada /
prior knowledge dengan apa yang diajari oleh guru. Pendapat , pengetahuan dan pengalaman
murid memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendekatan ini. Melalui kaedah ini
memberi peluang yang luas untuk murid memberikan pendapat atau fikiran mereka . Soalan-
soalan yang dikemukakan juga merangkumi aras aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian selain
daripada pengetahuan dan kefahaman.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

21


Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Top-down
Kefahaman
Membaca teks
Membina ayat
Perkataan
Abjad
Bunyi

Kesimpulan
Kedua-dua kaedah membaca yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahan
tersendiri. Ini disebabkan tidak semua murid boleh membaca menggunakan sesuatu kaedah.
Sebagai contoh murid-murid disleksia lebih sesuai mempelajari kemahiran membaca dengan
kaedah fonik. Manakala murid-murid autistik lebih sesuai dengan kaedah seluruh bukannya
kaedah fonik ataupun kaedah suku kata. Dengan keperluan yang pelbagai, adalah wajar untuk
guru mentaksir keupayaan membaca dengan cara yang pelbagai juga. Apa yang mustahak
adalah murid boleh membaca sebaik mungkin.
Walau bagaimanapun, kelemahan murid dalam membaca bukan sahaja terletak kepada diri
murid-murid berkenaan. Faktor guru juga boleh menyebabkan murid lemah dalam membaca.
Kepekaan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah membaca amat penting. Ini disebabkan
tidak semua murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan menggunakan satu kaedah
yang sama khususnya murid-murid berkeperluan khas.




Berehat seketika



2.0 Pelbagai cara pengumpulan maklumat





Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk berehat
dan minum secawan kopi.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

22

2.3 MASALAH BACAAN
Pada kebiasaannya murid sering menghadapi masalah memecahkan kod, kefasihan membaca
dan kefahaman. Sebagai contoh, jika murid bermasalah dalam memecahkan kod, adalah sukar
untuknya menguasai kemahiran kefasihan dan memaham. Ini menunjukkan bahawa masalah
dalam membaca sering berkait rapat antara satu sama lain.

2.3.1 Masalah berkaitan kebolehan memecah kod
Masalah memecahkan kod merupakan masalah asas yang menyebabkan wujudnya masalah
membaca. Masalah-masalah yang sering dikenal pasti dalam masalah memecahkan kod
adalah
Keliru dengan bunyi
Keliru dengan abjad
Hubung kait antara bunyi dan abjad
Menyebut kata dengan betul
Masalah-masalah yang dinyatakan di atas boleh menjadi lebih serius jika murid menghadapi
masalah fizikal terutama pada alat artikulasi. Namun,guru atau ibu bapa / penjaga perlu lebih
prihatin terhadap murid-murid tersebut. Bantuan yang diberi kepada mereka hendaklah sesuai,
agar tidak terlalu ketinggalan dalam menguasai kemahiran ini.

2.3.2 Masalah kefasihan membaca
Pelbagai kesilapan dilakukan oleh murid untuk membaca dengan lancar. Dalam kalangan
murid-murid berkeperluan khas wujud masalah apabila diminta membaca dengan kuat. Menurut
Pierangelo & Giuliani (2009), kesilapan yang sering dikenal pasti berlaku dalam kalangan
murid-murid berkeperluan khas semasa membaca terdiri daripada :
Peninggalan / Omission
Penambahan / Insertion
Penggantian / Substitution
Salah sebutan / Mispronunciation
Teragak-agak / Hesitation
Terbalik / Inversion
Meninggalkan tanda baca / Disregard punctuation
Pengulangan / Repetition
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

23

Didapati membaca kuat merupakan satu masalah utama dalam menguasai kemahiran
membaca. Ini boleh menyebabkan mereka enggan membaca atau mendiamkan diri apabila
disuruh membaca. Kekurangan dalam membaca kuat ini juga boleh memberi kesan ke atas
emosi dan jati dirinya.Kesilapan-kesilapan di atas akan berterusan jika intervensi tidak diambil
dengan segera. Kedua-dua pihak iaitu guru dan ibu bapa / penjaga memainkan peranaan
penting dalam membantu murid berkenaan.

2.3.3 Masalah berkaitan kefahaman
Kefahaman merupakan matlamat akhir dalam membaca. Namun begitu terdapat sebilangan
murid yang gagal menguasai kemahiran ini. Masalah-masalah kefahaman yang wujud terdiri
daripada
Tidak faham apa yang dibaca
Tidak memahami soalan beraras tinggi
Tidak tahu makna perkataan
Tidak memahami konsep-konsep yang abstrak
Gagal membuat generalisasi tentang petikan

Jika masalah-masalah yang dinyatakan di atas gagal diatasi, murid akan menghadapi masalah
memaham petikan atau bahan bertulis. Masalah akan berlanjutan sekiranya intervensi tidak
dilakukan untuk mengatasi masalah ini.


Latihan 2


Bincangkan tindakan telah anda dan pihak sekolah lakukan untuk
mengatasi masalah membaca. Nyatakan kesan tindakan atau program-
program yang telah dilaksanakan untuk membantu murid bermasalah
dalam membaca.







PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

24

2.4 CARA PENTAKSIRAN
Kemahiran membaca boleh ditaksir dengan pelbagai kaedah. Instrumen mentaksir bacaan juga
terdiri daripada pelbagai bentuk. Ini termasuklah senarai semak, analisis ralat, inventori
bacaan, ujian kloz dan sebagainya.
2.4.1 Senarai semak
Dalam kesediaan membaca, aspek yang merangkumi asas penggunaan kemahiran
pengamatan, deria dengar dan alat pertuturan serta pemprosesan maklumat perlu berfungsi
dengan baik. Untuk mentaksir aspek yang dinyatakan tadi, perlulah diuji agar tindakan
seterusnya lebih bermakna dan berkesan sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh murid
berkenaan. Senarai semak boleh digunakan untuk mentaksir pelbagai aspek membaca.
Contohnya kesediaan membaca.
Contoh I : Senarai semak Kesediaan Membaca
Bil. Aspek Kesediaan Membaca 1 2 3 4
1. Dapat membezakan persamaan dan perbezaan
objek.

2. Dapat membezakan persamaan dan perbezaan
dalam gambar.

3. Membaca dari arah kiri ke kanan.


4. Mengenal warna.


5. Dapat melihat dan mengingati objek dalam
gambar.


6. Dapat menghafal alamat dan nombor telefon.


7. Mengetahui nama sendiri.


8. Mengetahui tarikh lahir.


9. Dapat menulis nama dengan ejaan yang betul.


10. Dapat memadan perkataan dengan warna.



Skala:

1. Menunjukkan kemajuan.
2. Masih perlu menunjukkan kemajuan.
3. Tiada menunjukkan kemajuan.
4. Belum diajari.

Diubah suai drp. Modul 2 : Pentaksiran dan Penilaian dalam Masalah Pembelajaran KPLI-
LPBS, 2005.
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

25

2.4.2 Analisis Ralat
Analisis ralat atau analisis kesilapan bermaksud menganalisis kesilapan atau kesalahan yang
sering dilakukan oleh murid semasa melaksanakan tugasan atau latihan yang diberi. Matlamat
analisis ralat adalah untuk mengenal pasti corak atau paten kesilapan yang sering dilakukan
oleh murid. Walau bagaimanapun tidak semua corak kesilapan dapat dikenal pasti dengan
mudah kerana banyak kesalahan dilakukan secara serentak / pada masa yang sama.
Tambahan pula analisis kesilapan merupakan teknik pentaksiran yang subjektif yang
bergantung kepada kemampuan guru untuk membuat penilaian dan pertimbangan. Oleh itu
adalah baik jika analisis kesilapan digunakan sebagai panduan untuk pentaksiran lanjut /
seterusnya.
Bentuk kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid semasa membaca termasuklah :
Pengulangan kesilapan yang sama
Corak / paten kesilapan yang sama
Kesilapan yang tertentu sahaja / spesifik
Langkah-langkah Pelaksanaan Analisis Ralat adalah seperti berikut :
Memberi skor / menyemak hasil kerja
Kenal pasti kesilapan
Mengasingkan kesilapan menurut kategori

2.4.3 Salah kiu / miscue
Analisis kesilapan atau ralat banyak digunakan dalam mentaksir bacaan. Analisis ralat dalam
bacaan turut dikenali sebagai miscue atau salah kiu. Salah kiu atau miscue bermaksud
perbezaan antara apa yang disebut oleh pembaca semasa membaca teks dengan apa yang
sebenar tercetak pada muka surat yang dibaca. Perbezaan ini wujud atau ditentukan oleh
pembaca menurut pemikiran dan bahasa sipembaca yang cuba mentafsir kandungan petikan
tersebut. Kaedah salah kiu juga boleh membantu guru untuk melihat sejauhmana murid
mengguna dan menyesuaikan unsur-unsur grafik, bunyi, ayat dan makna dalam maklumat
yang dibaca.
Dua bentuk salah kiu atau miscue adalah
Salah kiu kuantitatif / quantitative miscues
Penilai mengira jumlah kesilapan bacaan yang dilakukan oleh murid.
Salah kiu kualitatif / qualitative miscues
Penilai memfokus kepada kualiti kesilapan yang dilakukan oleh murid.




PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

26

2.4.4 Kesignifikanan Salah Kiu

Salah kiu dianggap sebagai signifikan jika memberi kesan pada makna bahan bacaan. John
(1985) dlm. Pierangelo & Giuliani, 2009 menyatakan salah kiu merangkumi
Makna ayat atau perenggan berubah dan murid tidak membetulkan kesilapan
berkenaan.
Tidak menyebut langsung perkataan dalam petikan.
Hanya sebahagian perkataan diganti pada perkataan atau frasa dalam petikan
Murid dibantu untuk menyebut sesuatu perkataan

Salah kiu tidak dianggap signifikan apabila
Maksud ayat atau petikan tidak berubah atau berlaku perubahan paling minimum
Diperbetul sendiri oleh murid
Diterima dalam dialek murid
Petikan yang sama dibaca dengan betul pada masa yang lain

2.4.5 Langkah Pelaksanaan Pentaksiran Salah Kiu

Mengenal pasti atau memilih petikan yang sesuai menurut keupayaan semasa murid.
Guru mencatat kesilapan yang murid lakukan semasa murid membaca.
Menganalisis kesilapan untuk menentukan paten kesilapan dan kesilapan serius.
Merumus keputusan untuk menyediakan objektif pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti intervensi yang sesuai.

Contoh 2 : Sampel Salah kiu


kucin lokan kucin
Ada seekor kucing terjatuh ke dalam longkang. Kucing mengiau-ngiau meminta
tolon seoran kucin
tolong untuk diselamatkan. Akhirnya seorang budak lelaki selamatkan kucing itu.


Sampel di atas menunjukkan kesilapan meninggalkan huruf g yang tekal. Kekerapan
yang dilakukan adalah 6 kali. Jika petikan yang dibaca mengandungi 55 patah perkataan,
bererti kadar kesilapannya adalah 11% ( 6/55 = 11%). Kadar kesilapan yang lebih daripada
10% memberi maksud bahawa petikan yang diberi terlalu sukar dan mengurangkan minat
membaca. Oleh itu, penilai perlu menukar kepada petikan yang lebih mudah yang mana murid
boleh membaca dengan 95% betul / tepat. Dalam kes ini murid memerlukan intervensi untuk
mengatasi masalah menyebut huruf akhir dalam perkataan. Contoh aktiviti yang boleh
dilakukan adalah latihan diskriminasi visual menggunakan kaedah seluruh dan mengeja
perkataan menggunakan suku kata.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

27

Latihan 3


Anda dikehendaki memilih satu petikan bacaan. Pilih seorang murid
anda untuk mengujinya membaca petikan tersebut. Laksanakan ujian
menggunakan teknik analisis ralat.

Catatkan masalah yang dihadapi murid anda semasa membaca.
Berdasarkan masalah yang anda peroleh, kemukakan aktiviti-aktiviti
yang anda fikir boleh membantunya mengatasi masalah tersebut.



2.5 PENGUJIAN BERDASARKAN KURIKULUM
Ujian berasaskan kurikulum diadakan untuk memenuhi keperluan murid semasa mengikuti
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk mencapai tahap berkenaan tahap atau aras bahan
dan kadar pembelajaran perlu diwujudkan. Namun begitu, kemahiran atau keupayaan murid
tersebut tidak keluar daripada kehendak kurikulum.
Pelaksanaan ujian ini memerlukan guru mengenal pasti komponen-komponen kurikulum yang
hendak dilaksanakan. Kaedah ujian berbentuk informal dan maklum balas ujian perlu
disediakan. Ini bertujuan agar apa yang diuji menepati keperluan dalam kurikulum. Hasil t
daripada ujian diharap dapat memberi maklumat kepada guru mengenai pencapaian murid dan
tindakan yang perlu diambil.

2.5.1 Kemahiran memecahkan kod
Dua pendekatan yang biasa digunakan untuk mendekod adalah analisis kata / word analysis
dan mengenal pasti kata / word recognition.(Lutfig,1989). Analisis kata dikenali juga sebagai
fonik. Analisis kata atau fonik banyak membantu murid untuk mengenal pasti bentuk dan bunyi
huruf yang betul. Kemahiran ini amat penting dalam menguasai bacaan dan seterusnya
menulis.
Dalam mentaksir kemahiran membaca , aspek fonologi seperti vokal, konsonan, diftong, vokal
berganding dan konsonan berganding perlu diberi penekanan.Pentaksiran ini penting kerana ia
merupakan asas dalam bacaan. Ketidakupayaan menguasai asas bunyi-bunyi huruf akan
memberi kesan yang berkaitan dengan masalah lain.



PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

28

Contoh 3 : Instrumen Membunyikan Abjad (vokal Bahasa Malaysia)
Arahan : i) Sebutkan / Bunyikan Abjad berikut.
ii) Tandakan _X pada ruangan yang sesuai
iii) Catatkan kesalahan yang dilakukan dalam ruangan Catatan.

Abjad Betul Salah Catatan

A

E

I

O

U



Contoh 4 : Instrumen Membunyikan Diftong (Bahasa Malaysia)
Arahan : i) Sebutkan / Bunyikan diftong berikut.
ii) Tandakan X pada ruangan yang sesuai
iii) Catatkan kesalahan yang dilakukan dalam ruangan Catatan.

Diftong Betul Salah Catatan

ai


au


oi










PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

29

Contoh 5 : Instrumen Mengenal pasti suku kata (Bahasa Malaysia)
Arahan : i) Bulatkan suku kata yang betul.
Suku kata Suku kata Pilihan
ce

mu , ce , ci , co , ca , na
di da , bi , du , ku fa , di , ba

mo na , ma , mi , ru, mo, me

tu la , ta , tu , ku fa , fu , lu

ga ya , ju , ga , gi , gu , yu



2.5.2 Kemahiran mengenal perkataan
Kemahiran mengenal perkataan merupakan kesinambungan daripada kemahiran memecahkan
kod. Ia berlaku apabila murid melihat huruf atau perkataan lalu menyebutnya. Banyak cara
boleh dilakukan untuk mentaksir kemampuan murid menguasai perkataan. Inventori tidak
formal biasa diamalkan oleh guru di sekolah. Cara yang lazim dilakukan adalah menyediakan
senarai perkataan dan meminta murid menyebutnya. Pada peringkat awal senarai perkataan
perlu mencakupi perkataan yang sering digunakan dalam kehidupan murid. Kemudian ia
beransur-ansur kepada perkataan yang sukar atau jarang digunakan dan juga perkataan
mujarad.
Contoh 6 : Inventori Mengenal Perkataan
Perkataan Betul Salah Catatan

bubu

bapa

babu

buku


Cara yang kedua adalah dengan membaca kuat petikan yang dipilih berbanding membaca
perkataan secara berasingan. Apabila murid membaca dalam bentuk petikan ia menggunakan
kemahiran menganalisis konteks (contextual analysis skills) dan kaedah lain dalam membaca.
Pentaksiran menggunakan kaedah ini banyak merujuk kepada mentaksir kefasihan membaca.
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

30

2.5.3 Kefasihan membaca
Mengapakah perlu mentaksir kefasihan membaca ataupun dikenali sebagai kemahiran
membaca kuat / oral reading ataupun bacaan mekanis. Membaca kuat adalah penglahiran
keupayaan murid terhadap simbol grafik yang diterjemah dalam bentuk bunyi / fonik.
Kemampuan murid menguasai bunyi-bunyi abjad dengan betul bererti ia tiada masalah dalam
mendekod. Pentaksiran kemahiran membaca kuat biasanya akan melihat aspek murid dari
segi kelancaran membaca, kelantangan atau lontaran suara, nada dan intonasi suara ,
penyebutan huruf / perkataan / frasa / ayat di samping penterjemahan tanda baca semasa
membaca.
Contoh instrumen yang mentaksir kemahiran membaca kuat berbentuk ujian rujukan norma
secara komersial adalah The Gilmore Oral Reading Test dan Gray Oral Reading Test-Revised.
Manakala contoh ujian diagnostik membaca terdiri daripada Stanford Diagnostic Reading Test
dan Woodcock reading Mastery Tests-Revised.
Contoh 6 : Kandungan / subujian Stanford Diagnostic Test
Kemahiran Kandungan

1. Kosa kata Auditori Mengenal pasti perkataan seerti yang disebut oleh
penguji.
Memadan perkataan dengan gambar.

2. Diskriminasi Auditori Mentaksir keupayaan murid terhadap bunyi perkataan
yang mempunyai bunyi yang sama dan berbeza.
Mengenal pasti kedudukan bunyi huruf di pelbagai
kedudukan dalam kata hadapan, tengah dan akhir.

3. Analisis Fonetik Mentaksir kaitan antara huruf bunyi.
Pelbagai bunyi huruf ditaksir.

4. Analisis Struktural Mentaksir penggunaan suku kata, kata akar dan
imbuhan .

5. Membaca Perkataan Mengukur keupayaan mengenal pasti perkataan.
Memilih perkataan yang paling sesuai mewakili gambar
yang ditunjukkan.

6. Kefahaman Membaca Membaca ayat dan memilih gambar yang paling sesuai
dengan ayat yang dibaca.
Menjawab soalan tahap literal menurut konteks petikan
dan perenggan yang dibaca.
Menjawab soalan tahap literal dan inferens.

7. Kadar Mentaksir kadar masa yang diambil semasa bacaan
diuji.

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

31

2.5.4 Kefahaman
Memahami kandungan bahan bacaan merupakan matlamat dalam membaca. Soalan-soalan ini
ada berbagai-bagai bentuk dan juga jenis serta aras. Pembinaan soalan biasanya akan merujuk
kepada Aras Taksonomi Bloom. Ianya terdiri daripada Aras Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi,
Analisis, Sintesis dan Penilaian. Kata Tugasan yang digunakan dalam menyediakan soalan
juga memberi indikasi aras soalan.

Aras Soalan Contoh Kata Tugasan

Pengetahuan Siapa, Bila, Di mana, Berapa, Senarai

Kefahaman Padankan, Suaikan

Aplikasi Selesaikan, Gunakan, Tunjukkan, Buktikan

Analisis Banding beza

Sintesis Hasilkan, Ramalkan

Penilaian Bincangkan, Huraikan


Contoh 7 : Soalan dan aras soalan

Hari demi hari Tenggang bertambah kaya. Kini dia mempunyai beberapa
buah kapal dagang. Rumahnya besar dan cantik. Kawasan rumahnya juga
luas. Sungguh berbeza dengan keadaan pondoknya di hutan!


Soalan

Jenis Soalan Aras soalan
Siapakah yang bertambah kaya?

Literal Pengetahuan
Bandingkan keadaan rumah
Tenggang dahulu dan sekarang.

Inferens Analisis
Apakah perniagaan yang sesuai
dilakukan menggunakan kapal
dagang?

Inferens Sintesis


PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

32

Senarai semak Kefahaman
Rumusan bentuk soalan yang diberikan kepada murid juga boleh dilakukan dengan
menggunakan senarai semak yang berkaitan. Cara ini akan membantu guru mengetahui
setakat mana atau aras keupayaan muridnya dalam kefahaman. Malahan ia boleh dijadikan
panduan untuk guru mempelbagaikan bentuk dan jenis soalan.

Bil. Tingkah laku Semasa Kefahaman Ulasan / Catatan
1 2 3
1. Menjawab soalan-soalan berbentuk fakta dalam
petikan

2. Membuat klasifikasi, kategori dan ringkasan atau
rumusan

3. Membuat inferens dan ramalan berdasarkan petikan


4. Menjawab soalan berbentuk penilaian berdasarkan
petikan

5. Menganalisis petikan secara kritis


6. Tingkah laku lain yang ketara (nyatakan)


Sumber : Ubah suai daripada Teaching Students With Mild Disabilities oleh T. Smith, D. Finn, dan C.
Dowdy (1993) dlm. Assessing Students With Special Needs (3
rd
ed.) oleh J.J. Venn (2004)


Apabila melaksanakan aktiviti membaca untuk tujuan kefahaman khususnya membaca senyap,
guru perlu peka dengan tingkah laku murid-murid. Ini disebabkan wujud tingkah laku-tingkah
laku yang boleh memberi maklumat kepada guru tentang murid berkenaan dan masalah
bacaan yang sedang dihadapinya. Kemungkinan murid berkenaan tidak boleh membaca lancer,
menghadapi masalah ejaan dan masalah berkaiatn membaca yang lain. Adalah baik untuk guru
menggunakan senarai semak untuk tujuan dokumentasi dan rujukan apabila intervensi
dilaksanakan.







Contoh 8 : Senarai Semak Kefahaman

Nama Pelajar : _______________________ Nama Guru : ____________________
Tahap / Gred Petikan: _________________ Tarikh: _________________________


PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

33

Contoh 9 : Senarai Semak Bacaan Senyap

Nama Pelajar : _______________________ Nama Guru : ____________________
Tahap / Gred Petikan: _________________ Tarikh: _________________________


Bil.

Tingkah laku Semasa Membaca Senyap
Pemerhatian
Ulasan / Catatan 1 2 3
1. Menunjuk perkataan satu persatu

2. Menunjuk dengan jari pada setiap baris

3. Membisikkan perkataan

4. Menyebut perkataan dengan kuat

5. Menggerakkan kepala semasa membaca

6. Memegang bahan bacaan terlalu dekat

7. Membaca terlampau lambat.

8. Membaca terlampau cepat / pantas.

9. Mengulang perkataan yang sama

10. Tingkah laku lain yang ketara (nyatakan)


Sumber : Ubah suai daripada Teaching Students With Mild Disabilities oleh T. Smith, D. Finn, dan C.
Dowdy (1993) dlm. Assessing Students With Special Needs (3
rd
ed.) oleh J.J. Venn (2004)

2.5.5 Inventori Bacaan Tak Formal / Informal Reading Inventories
Pentaksiran kefahaman juga boleh dilaksanakan oleh guru. Guru boleh menyediakan sendiri
dengan memilih bidang atau aspek yang hendak ditaksir. Sebagai contoh, guru menyediakan
soalan pada tahap literal sahaja atau pelbagai tahap yang lebih sukar.
Contoh 10 : Inventori Bacaan Tak Formal - Kefahaman
Bidang Perincian Bidang
Perbendaharaan kata

Makna perkataan, perkataan seerti,
perkataan berlawan
Asas Kefahaman

Mengenal tanda arah, iklan, amaran,
masa dan tanda maklumat
Kefahaman

Soalan berbentuk fungsional spt. senarai
nama / benda, keadaan, pendapat,sebab
dan akibat
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

34

2.5.6 Ujian Kloz / Cloze Test
Ujian kloz merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam mentaksir kefahaman. Ujian kloz
memerlukan murid mengisi tempat kosong yang disediakan secara berstruktur dalam petikan
dengan perkataan yang sesuai dengan konteks. Tahap kesukaran sesuatu petikan bergantung
kepada berapa jumlah tempat kosong yang disediakan dalam petikan. Selain daripada menguji
keupayaan membaca, ujian ini berupaya menunjukkan kefahaman murid terhadap pelbagai
bahan bacaan.
Ujian kloz mudah dibina oleh guru. Guru perlu memilih petikan yang terdiri daripada 250 300
perkataan. Kemudian kosongkan setiap perkataan kelima dalam petikan bermula dengan ayat
kedua, Ini dilakukan sehinggalah tamat petikan berkenaan. Walau bagaimanapun guru boleh
mengubah suai jumlah perkataan dalam petikan. Begitu juga dengan jumlah perkataan untuk
setiap tempat kosong menurut keupayaan murid menggunakan petikan yang sama.

Contoh 11 : Ujian Kloz
Sekolah Saya
Saya belajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Dua, Kelang. Sekolah saya besar dan _______ .(1)
Bangunan sekolah saya berwarna _________ (2). Ada lapan ratus orang _______(3)
belajar di sekolah ini.

Jawapan :
1. cantik
2. biru
3. murid

Latihan 4


Anda telah mengetahui langkah-langkah untuk menyediakan ujian kloz.
Kini , anda dikehendaki membina satu set ujian kloz untuk mentaksir
kefahaman bacaan.

Bagaimana, boleh anda hasilkan? Anda hebat, pasti anda akan
menghasilkan sesuatu yang mantap!


PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

35

2.6 MATLAMAT PENGAJARAN

2.6.1 Apakah rumusan yang dapat dilakukan apabila mentaksir kemahiran membaca?

Seperti yang telah dibincangkan , pentaksiran membaca dijalankan untuk mengetahui
kemampuan atau keupayaan menterjemah simbol-simbol grafik kepada bunyi-bunyi yang
bermakna. Dalam proses menterjemah simbol-simbol tersebut, dapat dikenal pasti aspek
membaca yang bermasalah. Data yang diperoleh daripada ujian tersebut dapat membantu guru
mengenal pasti aspek membaca yang kurang dikuasai. Maklumat ujian boleh membantu guru
untuk mengambil tindakan yang seterusnya. Ini termasuklah menyediakan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) dan merancang intervensi yang akan dijalankan. Sebagai contoh guru
perlu peka terhadap strategi, pemilihan teks dan pembinaan bahan bantu belajar yang sesuai.
Diharapkan intervensi yang dilaksanakan berjaya mengatasi masalah murid ataupun
mengurangkan masalahnya dalam membaca.

Kesimpulannya, pentaksiran membaca amat penting dijalankan kerana ia adalah asas dalam
penguasaan ilmu pengetahuan. Pembacaan mekanis dan pembacaan mentalis perlu dikuasai
oleh murid-murid . Hanya melalui pentaksiran bacaan untuk kemahiran yang tertentu dapat
mengetahui keupayaan individu berkenaan dalam membaca.














Syabas dan Tahniah! Anda telah Berjaya menamatkan Tajuk 2



Rujukan :

Lutfig, R.L. (1989). Assessment of learners with special needs. Boston : Allyn & Bacon

McLoughin, J.A. (1994). Assessing special students. (4
th
.ed.). New York : Merrill Pub.

Modul 2 : Pentaksiran dan Penilaian dalam Masalah Pembelajaran KPLI-LPBS, 2005.
Smith, F. (1983).Understanding reading. Cambridge : Cambridge University Press

Ysseldyke, S. (1988). Assessment: Assessment in special and remedial education.(4
th
.Ed.)
Boston : Houghton-Mifflin


PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PGSR

36

Anda mungkin juga menyukai