Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Pada tarikh 11 Mac dan 12 Mac 2013, semua guru pelatih PISMP ambilan Januari 2011 telah

mengelolakan Kejohanan Olahraga Tahunan di Stadium Jubilee, Kuching. Kami telah membahagikan tugasan dengan rata di antara 12 kumpulan. Bagi kumpulan saya, kami bertugas dalam Hakim Penamat dan AJK Makanan. Antara kebaikan yang telah saya peroleh dalam KOT ini adalah pengalaman dalam mengelolakan satu kejohanan. Misalnya, saya merupakan salah satu pegawai bertugas untuk Hakim Penamat. Sebelum ini, saya tidak pernah melibatkan diri dalam tugas tersebut. Dalam KOT ini, tugas saya adalah merekodkan giliran atlet yang sampai ke garisan. Ini merupakan satu pengalaman yang baharu buat saya. Bukan itu sahaja, menerusi KOT ini, hubungan silaturahim antara satu sama lain dapat dieratkan. Contohnya, kumpulan kami telah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain dalam mengangkat peralatan,

membahagikan makanan dan sebagainya. Ini secara tidak langsung telah mengeratkan hubungan kami semua tanpa mengira kaum. Kami bekerjasama bersungguh-sungguh bagi menjayakan kejohanan kali ini. Namun, saya mendapati bahawa KOT ini mempunyai kelemahannya. Antara kelemahan termasuk kekurangan fasiliti. Contohnya, meja dan kerusi, payung besar dan sebagainya. Kumpulan kami terpaksa mengongsikan

peralatan tersebut dengan kumpulan lain. Selain itu, sesetengah peralatan yang telah usang dan rosak masih digunakan kerana tiada lagi peralatan yang dapat menggantikannya. Ini menimbulkan kerisauan terhadap

keselamatan para atlet. Selain itu, makanan yang diberikan adalah terlalu sikit. Ini menyebabkan sesetengah atlet tidak cukup makan. Keseluruhannya, KOT kali ini telah memberikan saya satu pengalaman yang indah buat saya. Walaupun terpaksa bekerja di bawah matahari yang terik, saya tetap berasa bersyukur kerana tugasan KOT dalam dua hari ini dapat dijalankan dengan lancarnya.

Anda mungkin juga menyukai