Anda di halaman 1dari 2

ROSNAH BT SAAD

REFLEKSI BMM- 3133

Penulisan huruf besar di dalam ayat.


Saya telah mengajar Bahasa Melayu Tahun 2 selama lebih kurang lima tahun di
Sekolah Kebangsaan Malau,Kulim Kedah. Di dalam kelas tersebut, terdapat murid
pelbagai kebolehan kerana sekolah ini hanya mempunyai satu kelas sahaja.
Disebabkan situasi ini, kemahiran mengajar dan komitmen yang tinggi amat diperlukan
untuk mengatasi sebarang masalah yang melanda di dalam kelas.
Pada tahun 2014,saya diberi tugas untuk mengajar kelas Tahun 1 dan 2 sebanyak 24
waktu. Bagi tahun 1,mungkin tidak menjadi masalah kerana saya yang mengajar
mereka tentang bacaan, tulisan, berbicara dan lain-lain lagi. Yang menjadi masalah
sekarang ialah murid-murid tahun dua yang sering melakukan kesalahan penulisan
tanda bacaan di dalam ayat dan ketika menyambung ayat.
Walau pun bilangan mereka di dalam kelas tidak begitu ramai, hanya 12 orang lelaki
dan 9 orang perempuan,tetapi penguasaan kemahiran menulis tanda bacaan dengan
betul adalah terlalu minimum. Ini menjadikan pengajaran saya terbatas setiap kali
melakukan aktiviti bertulis.
Sewaktu di dalam kelas, saya sering mempraktikkan teknik pengajaran secara
kumpulan kerana pada saya teknik ini lebih berkesan untuk memudahkan murid
menguasai setiap kemahiran yang diajar. Namun begitu, masih terdapat murid-murid
kumpulan perdana yang tulisan dan ejaannya agak lemah dan tidak menepati kehendak
soalan.
Setelah mencuba beberapa kali, nampaknya teknik ini hanya berkesan secara
minimum. Bagi sesetengah murid yang cepat menguasai teknik menulis dengan betul,
mereka telah maju ke hadapan, tetapi bagi murid yang lemah dan lambat menguasai
kemahiran, mereka masih di tahap lama.
Setiap kali menulis ayat yang mengandungi kata nama khas atau huruf besar di
hadapan atau menyambung ayat,murid-murid akan melakukan kesalahan dengan
menulis dengan huruf kecil.Kesalahan ini tidak sepatutnya berlaku kerana murid-murid
telah diperkenalkan dengan bentuk-bentuk tulisan , tanda bacaan dan tempat-tempat
yang sepatutnya ditulis menggunakan tanda bacaan yang betul..
Mungkin selepas ini, saya boleh mencuba teknik yang pula.Setakat ini saya telah
mencuba teknik latih tubi dan sering membuat latihan menyalin semula ayat yang
melibatkan penggunaan tanda bacaan untuk mengatasi masalah. Semoga teknik ini
akan lebih berkesan.InsyaAllah..

ROSNAH BT SAAD
REFLEKSI BMM- 3133

Anda mungkin juga menyukai