Anda di halaman 1dari 10

BAB 8

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK


ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK MENURUT ISLAM

• Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa


mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan
atau penafian hak berdasarkan etnik
1. Berkenal-kenalan (Ta’aruf)
• Melalui ta’aruf kedamaian dan kemakmuran hidup
bersama akan tercapai. Firman Allah Surah al-Hujurat 49:
13
•Ayat tersebut menyatakan bahawa kepelbagaian manusia
ini adalah bagi merangsang serta menggalakkan
berlakunya interaksi, kerjasama serta saling melengkapi
Samb…

• Kenal mengenali di sini bukan hanya bermaksud


mengenali nama sahaja tetapi lebih daripada itu
iaitu mengenali latar belakang keluarga,
keturunan, budaya, adat, tradisi seseorang
individu dan sesebuah bangsa.
• Dengan wujudnya budaya kenal mengenali ini
maka secara tidak langsung akan mengelakkan
perkelahian antara individu, etnik dan juga
bangsa.
samb…

2. Faham memahami (Tafahum)


• Apabila satu-satu etnik mengenali budaya, adat,
tradisi etnik lain, maka akan lahir sifat untuk
memahami budaya etnik tersebut secara lebih
dekat.
• Apabila seseorang memahami budaya etnik lain,
maka mereka tidak akan menentangnya kerana
sedar ia adalah tuntutan agama, masyarakat
dan sebagainya.
• Dengan itu akan melahirkan rasa hormat-
menghormati antara satu samalain.
Samb….

3. Bekerjasama (Ta’awun)
• Apabila wujud persefahaman di antara anggota
masyarakat, maka ia akan melahirkan konsep tolong-
menolong dan bekerjasama dalam satu-satu aktiviti.
• Konsep tolong-menolong di sini bukan hanya terhad
kepada pertolongan berbentuk tenaga sahaja, tetapi
melewati pertolongan kewangan, buah fikiran dan
sebagainya.
• Konsep bekerjasama dan tolong-menolong antara etnik
bukan hanya menguntungkan satu etnik sahaja tetapi
juga seluruh masyarakat. i.e tiada jenayah, keamanan
kekuatan ekonomi, politik dan kemajuan negara dsb.
Samb….

4. Persaudaraan (Ukhwah)
• Dalam konteks Islam, semua orang Islam adalah
bersaudara. Tanpa mengira etnik, warna kulit, pertuturan
dan sebagainya.
• Apabila wujud konsep persaudaraan Islam dalam jiwa
setiap muslim, maka akan lahir sifat ikhlas, belas kasihan
dan sebagainya. Selanjutnya ia tidak akan menyebabkan
seseorang itu melakukan perkara yang tidak baik kepada
saudara seislamnya
• Sifat persaudaraan tanpa mengira etnik dan warna kulit
ini akhirnya menjadikan umat Islam satu kesatuan.
Natijahnya umat Islam akan digeruni dan dihormati oleh
musuh.
samb…

5. Kasih Sayang (Mahabbah)


• Apabila seseorang itu memahmi konsep persaudaraan Islam
maka akan lahir sifat kasih mengasihi antara satu samalain.
• Dengan kasih sayang seseorang akan menyebabkan
seseorang rasa tidak tenang apabila melihat saudaranya
berada dalam kesusahan. Ia merasakan bahawa ia
berkewajipan untuk membantu meringankan kesusahan
saudara seislamnya
• Dalam Islam konsep kasih sayang ini tidak terhad kepada
sesama Islam sahaja, tetapi melewati batasan etnik dan
warna kulit.
• Kasih sayang yang mendalam tehadap anggota masyarakat
dan umat akan membawa kedamaian hidup dalam sesebuah
masyarakat dan negara.
samb…

6. Jamin menjamin (Tadhamun)


• Kasih sayang antara anggota masyarakat akan
melahirkan sifat jamin menjamin dari sudut ekonomi,
sosial, hak asasi manusia dan juga perundangan.
• Ekonomi : Seseorang muslim akan memberi nafkah,
infak, zakat, sedekah, waqf dan sebagainya untuk
menjamin golongan kurang bernasib baik mendapat
pembelaan dan hidup yang lebih sempurna.
• Perundangan : Undang-undang Islam memberi
jaminan bahawa setiap orang, termasuk orang bukan
Islam akan dibela dan di jamin keselamatan jiwa,
harta, akal dan agama masing-masing.
APKIKASI ASAS HUBUNGAN ETNIK

1. Kemesraan komunikasi
2. Budaya ziarah menziarah
3. Hormat- menghormati
4. Bersama dalam membuat keputusan
MAQASID SYARIAH

1. Menjaga agama
2. Menjaga akal
3. Menjaga keturunan
4. Menjaga harta
5. Menjaga nyawa

Anda mungkin juga menyukai