Anda di halaman 1dari 17

SAUDARA MARA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan maksud saudara mara.
2. Membincangkan kepentingan berakhlak terhadap saudara mara di dalam
kehidupan setiap individu
3. Menerangkan cara untuk mengeratkan hubungan antara saudara mara
4. Membincangkan kesan daripada memutuskan hubungan antara saudara mara
PENGENALAN

Sebagai seorang pelajar, saya pasti anda akan tertanya-tanya apakah yang
dimaksudkan dengan saudara mara? Berdasarkan rajah di atas, apakah yang dapat anda
simpulkan?

ISI KANDUNGAN
Apakah yang dimaksudkan dengan saudara mara?

Saudara mara adalah dikaitkan dengan keluarga kembangan yang terdiri daripada
datuk, nenek, ibu dan bapa saudara, sepupu-sepapat dan ipar-duai (Asmin, 2007). Menurut
Kamus Dewan (2007) istilah saudara mara adalah orang yang sama ayah dan ibu iaitu abang,
akak dan adik serta orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Hubungan ini wujud
atau ditemui dalam masyarakat tradisional di mana beberapa generasi yang mempunyai
hubungan darah ataupun terjalin melalui proses perkahwinan. Dalam masyarakat Asia seperti
masyarakat di Pakistan, India, dan Alam Melayu, hubungan kekeluargaan yang mempunyai
pertalian darah adalah sangat penting. Hidup secara individu tidak digalakkan dalam
keluarga. Hal ini kerana setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dan saling
melengkapi serta bekerjasama antara satu sama lain. Masyarakat Melayu tradisional
dahulunya mengamalkan kehidupan secara bersama iaitu terdapat saudara mara yang tinggal
bersama di bawah satu bumbung dan juga tinggal berhampiran antara satu sama lain.
Hubungan kekeluargaan ini seharusnya dijaga dengan baik agar nasab keturunan tidak hilang
dan dapat diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Oleh itu, setiap agama menyarankan
umatnya memaklumkan kepada anak-anak tentang salasilah keluarga. Ibu bapa perlu menjaga
hubungan baik institusi kekeluargaannya dengan melahirkan rasa cinta kepada mereka yang
mempunyai pertalian darah.

Adakah anda tahu pentingnya berakhlak terhadap saudara mara dalam


kehidupan kita?
Tolong menolong
Suatu ketika dahulu, nenek moyang kita begitu mudah mendapatkan pertolongan
dengan saudara mara dan masyarakat lain ketika berlakunya sesuatu bencana. Hal ini kerana
mereka begitu menjaga hubungan dengan ahli keluarga sekiranya terdapat saudara mara yang
menghadapi kesusahan maka mereka akan saling bantu-membantu agar bebanan yang
dihadapinya dapat dikurangkan. Begitu juga sekiranya sesuatu majlis atau kenduri, semua
saudara mara akan datang menolong dalam menyiapkan urusan majlis tersebut daripada awal
sehinggalah berakhirnya majlis. Islam merupakan sebuah sistem perkumpulan yang begitu
kukuh, di mana menyeru manusia untuk bersatu padu dalam mengerjakan kebaikan seperti
firman Allah SWT:
2

tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan


tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (QS. al-Maidah: 2)
Oleh itu, Islam mensyaratkan keakraban hubungan kekeluargaan sebahagian daripada
ciri-ciri kehidupan mukmin. Setiap mukmin tidak boleh mengetepikan cara hidup
bermasyarakat sedemikian walaupun berada di tengah-tengah masyarakat moden. Pertalian
persaudaraan itu dimulai dengan yang lebih dekat mengikut tertibnya sampai kepada yang
lebih jauh. Kita wajib membantu mereka dalam kesukaran. Sebab dalam kehidupan kita ini
hampir semua orang mengalami berbagai kesukaran dan kegoncangan jiwa. Apabila mereka
memerlukan bantuan yang bersifat material maka bantu dengan cara tersebut sekiranya
mengalami masalah kegelisahan jiwa maka cubalah sedaya upaya memberi nasihat
keagamaan agar hati mereka menjadi tenang. Hal yang demikian, saudara mara amatlah
penting dalam kehidupan setiap individu kerana mereka adalah tempat yang boleh kita
meminta bantuan dan nasihat ketika senang dan susah.

Menjadi wali bagi wanita


Pengertian wali menurut istilah ialah penjaga, pelindung, penyumbang, teman, pengurus,
dan juga digunakan dengan erti keluarga dekat. Wali adalah orang yang memiliki kuasa
penuh untuk menjalankan sesuatu akad nikah atau mengahwinkan seseorang perempuan. Hal
yang demikian, hak menjadi wali nikah terhadap seorang perempuan mengikut susunan
keutamaan seperti di bawah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Bapa
Datuk dan ke atas
Saudara lelaki seibu-sebapa (adik beradik)
Saudara lelaki sebapa (adik beradik)
Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa (anak saudara)
Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan ke bawah
Saudara lelaki bapa seibu sebapa (bapa saudara)
Saudara lelaki bapa sebapa (bapa saudara)

Perpindahan wali akrab (dekat) kepada wali abad (jauh) boleh berlaku atas sebab-sebab
tertentu seperti wali akrab telah keluar daripada Islam, belum baligh, tidak sempurna akal,
fasik, dan wali akrab telah meninggal dunia. tidak dapat dinafikan bahawa dalam menikahkan
seorang wanita sama ada baligh atau tidak, anak dara atau pernah berkahwin mestilah ada
walinya yang memegang kuasa kewalian ke atas akad pernikahan tersebut. Sekiranya
3

pernikahan berlaku tanpa wali maka pernikahan tersebut dianggap batal. Hal yang demikian,
hubungan antara saudara mara adalah penting untuk kita jaga kerana mereka merupakan wali
kepada anak perempuan sekiranya berlaku sesuatu terhadap wali akrab.

Hadanah (Penjagaan dan Pemeliharaan Anak)


Dari sudut bahasa, hadanah bererti menjaga dan mengasuh anak kecil dengan
menanggung nafkah dan mendidiknya. Dari sudut syarak, hadanah didefinisikan sebagai
menjaga orang yang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang
menyakitkannya kerana tidak mumayyiz lagi seperti kanak-kanak dan orang besar yang gila.
Hukum hadanah ke atas kanak-kanak adalah wajib, kerana mengabaikannya bererti
membiarkannya kepada bahaya dan kebinasaan. Saudara mara hendaklah peka terhadap
susunan hak penjagaan anak kerana sekiranya berlakunya penceraian, hak penjagaan lebih
tertumpu kepada ibu, kerana ibu mempunyai ciri-ciri dan sifat yang lebih sesuai untuk tujuan
pengasuhan jika dibandingkan dengan bapa, sekalipun bapa telah berkahwin lain. Namun
begitu, sekiranya berlakunya kematian ibu bapa maka saudara mara bertanggungjawab untuk
menjaga anak-anak yang telah di tinggal.
Mazhab Syafie berpendapat bahawa orang yang utama sekali berhak mengasuh
kanak-kanak adalah ibunya, kerana belas kasihan serta kasih sayang dapat diberikan dengan
sepenuh hati dan seikhlas murni. Mengikut mazhab Syafie, jika ibu telah hilang kelayakan
untuk mengasuh atau meninggal dunia, hak tersebut akan berpindah kepada nenek sebelah
ibu hingga ke atas kemudian bapa. Selepas itu, nenek sebelah bapa hingga ke atas, kakak
atau adik perempuan seibu sebapa, kakak atau adik perempuan seibu, kakak atau adik
perempuan sebapa, anak perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu sebapa, anak
perempuan kepada kakak atau adik perempuan seibu. anak perempuan kepada kakak atau
adik perempuan sebapa, emak saudara sebelah ibu, emak saudara sebelah bapa dan waris
lelaki yang boleh menjadi waris kanak-kanak sebagai asabah. Oleh itu, susun atur hak
penjagaan anak ditentukan agar kanak-kanak tidak menerima kesan yang buruk akibat
penceraian atau kematian ibu bapa.

Membantu Untuk Membentuk Akhlak Mulia

Akhlak dalam boleh dibahagikan kepada dua iaitu mahmudah dan mazmumah.
Akhlak mahmudah adalah akhlak yang sangat dituntut di dalam Islam yang merangkumi
segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia dari sekecil-kecil perkara hingga
sebesar-besar perkara seperti bertakwa, ihsan, jujur, amanah, memelihara lidah, bersabar,
lemah lembut dan banyak lagi. Rasulullah saw ada bersabda:
Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada. Iringilah kesalahanmu dengan
berbuat baik, nescaya kebaikan itu menghapusnya. Dan pergauilah manusia dengan
akhlak yang terpuji (HR Tirmizi)
Menurut Musa Subaiti (1995) akhlak mahmudah boleh dibentuk melalui didikan dan
latihan oleh para pendidik yang berkualiti. Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula
dari rumah yang dilaksanakan oleh ibu bapa. Namun begitu, saudara mara yang lain perlu
membantu di dalam membentuk akhlak seseorang. Misalnya, datuk dan nenek perlu
memainkan peranan yang penting dalam menasihati dan menunjukkan akhlak yang baik
kepada cucunya. Datuk dan nenek adalah orang yang begitu banyak pengalaman di dalam
kehidupan. Oleh itu, mereka lebih mengetahui cara yang terbaik di dalam mendidik anakanak. Selain itu, peranan ahli keluarga sendiri seperti abang dan kakak perlu menunjukkan
akhlak yang baik kepada adik-adik yang lain agar mereka juga terbiasa dengan sikap yang
sedemikian. Abang dan kakak perlu menunjukkan akhlak yang mulia seperti sering
membantu adik sekiranya terdapat masalah, menasihatinya dengan perkara kebaikan,
berlemah lembut di dalam percakapan dan sebagai. Akhlak yang mulia tidak mungkin akan
dapat meresap ke dalam jiwa seseorang, selagi ia tidak membiasakan jiwanya berakhlak
dengan akhlak yang mulia dan meninggalkan kelakuan dan perangai yang jahat dan keji
secara istiqamah sehingga benar-benar menjadi kebiasaan dan merasa suatu kenikmatan
ketika melakukannya. Hal ini adalah penting untuk mewujudkan suasana yang mengamalkan
akhlak mulia agar akhlak tersebut berkekalan di dalam kehidupan. Bagi mewujudkan suasana
ini, semua ahli keluar dan saudara mara perlu mempraktikkan akhlak ini di dalam kehidupan
masing-masing bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia lagi terdidik.

Membantu Di Dalam Membuat Keputusan.


5

Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting di dalam


kehidupan seseorang. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam setiap individu,
baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala
kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun
yang besar. Kadang-kadang kita rasa macam sukar hendak buat keputusan atau menentukan
pilihan. Setiap orang sudah pasti akan membuat pilihan yang berbeza-beza dalam hidup
mereka. Kita boleh membuat pilihan yang terbaik dalam hidup, tetapi pastikan pilihan yang
kita buat itu adalah yang membawa kebaikan dalam kehidupan kita. Jangan sesekali tersilap
membuat pilihan. Hal ini kerana merugikan dan menyusahkan hidup kita kelak.
Menurut Suprajitno (2004) apabila sukar membuat keputusan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sendiri maka cubalah berbincang atau mendapatkan pandangan
orang lain yang boleh dipercayai dapat membantu. Di sinilah pentingnya saudara mara dalam
membantu kita untuk membuat pilihan yang tepat dengan mengambil kira baik dan buruk, di
mana mereka akan berusaha memberi cadangan dan nasihat yang terbaik agar kita dapat
membuat keputusan yang tepat. Setiap daripada kita akan menghadapi perkara ini di dalam
pelbagai aspek seperti mencari pasangan hidup, memilih bidang pelajaran, mencari kawasan
rumah dan sebagai. Mendapatkan bimbingan daripada saudara mara adalah satu keputusan
yang tepat bagi membantu kita untuk keluar daripada kekeliruan untuk memutuskan sesuatu
keputusan. Kita boleh meminta bantuan daripada datuk, nenek, abang, kakak, bapa saudara
atau sepupu untuk meminta cadangan dan pandangan daripada mereka. Cadangan tersebut
membolehkan kita jadikan panduan untuk membuat sesuatu pertimbangan . Antara keputusan
yang sukar di dalam kehidupan adalah untuk memilih pasangan hidup. Hal yang demikian,
kita perlu meminta pandangan daripada kedua-dua ibu bapa, atau dan nenek atau bapa
saudara kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang tersebut. Selain itu, sekiranya
menghadapi delima untuk memilih bidang untuk melanjutkan pelajaran, kita dapat meminta
pandangan daripada saudara mara kita yang sudah menjejakkan kaki ke menara gading agar
kita dapat membuat pilihan yang tepat.

Mendapat Darjat Yang Tingga Di sisi Allah


6

Seseorang anak yang melayani saudara mara, sahabat-sahabat atau orang yang ada
hubungan dengan ayah maka Allah swt akan meninggikan darjat kebaikan seperti mana
sabdaan Rasululluh saw.
Sayidina Abdullah bin Umar r.hu berkata Rasulullah saw telah bersabda,
sesungguhnya antara kebaikan yang paling tinggi darjatnya yang boleh dilakukan
oleh seseorang anak kepada ayahnya sepeninggalan ayahnya ialah melayani orangorang yang ada hubungan dengan ayahnya dengan baik. (Misykat: Muslim)
Amalan ini mendapat darjat yang tertinggi kerana layanan anak kepada orang yang
mempunyai hubungan dengan ayahnya ketika dia masih hidup. Ketika ayahnya masih hidup,
hubungan yang dijalinkan atas sebab-sebab atau kepentingan tertentu seperti mempunyai
hubungan darah, pekerjaan, berjiran atau sebagainya. Namun begitu, setelah kematian
ayahnya, seorang anak masih melayan dengan baik orang-orang tersebut hendaklah bebas
daripada kepentingan-kepentingan peribadi malahan semata-mata kerana penghormatan
kepada ayah. Hal yang demikian, melayani orang-orang tersebut adalah amalan yang begitu
mulia sehingga amalan tersebut merupakan kebaikan yang paling tinggi daripada amalanamalan lain. Oleh itu, hubungan ini hendaklah diteruskan walaupun ayahnya telah meninggal
dalam tempoh yang lama kerana ganjarannya begitu besar.

Bagaimanakah untuk mengeratkan hubungan antara saudara mara?


Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan atau menjalinkan
hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga dan sesama penganutnya. Ikatan persaudaraan ini
diikat dan dibina atas dasar perasaan cinta dan patuh kepada Allah swt. Ikatan persaudaraan
Islam juga tidak sama sekali dibina atas kepentingan dunia yang bersifat peribadi. Nabi saw
telah menyatakan bahawa ikatan persaudaraan sesama muslim adalah salah satu bukti
keimanan seseorang itu kepada Allah swt. Malah jika tiada rasa cinta kepada saudaranya atau
sesama muslim maka cacatlah iman seseorang itu seperti mana sabda Rasulullah saw:
Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya
(seagama) sepertimana dia mencintai dirinya sendiri (Hadith Muttafaqun Alaih).

Ziarah Menziarahi
Antara cara untuk mengeratkan hubungan antara saudara mara ialah dengan
menziarahi mereka ketika sakit mahupun sihat. Sayyidina Hassan r.hu meriwayatkan bahawa
Rasulullah saw bersabda,dua langkah yang sangat disukai oleh Allah swt, pertama langkah
yang diambil untuk menunaikan solah berjemaah di masjid. Kedua, langkah yang diambil
untuk pergi menziarahi saudara mara. Menziarahi saudara kita yang diuji dengan kesakitan
ini merupakan tuntutan agama. Malah ganjaran syurga akan diberikan bagi mereka yang
menziarahi saudara mara atau sesama muslim atas ikatan persaudaraan kerana Allah swt
seperti mana sabda Nabi saw:
Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit atau menziarahi saudara seagama
kerana Allah swt maka malaikat akan berkata kepadanya: Beruntunglah kamu dan
beruntunglah urusanmu dan (ketahuilah) bahawa kamu telah menempah syurga
sebagai tempat tinggalmu. (Hadith direkodkan oleh Imam al-Tirmidhi dan Imam Ibn
Majah)
Hikmah kita dituntut untuk menziarahi saudara mara kita yang sakit ialah untuk
mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama muslim. Amalan ziarah juga membolehkan
yang jauh menjadi dekat, yang renggang menjadi rapat, yang bersengketa menjadi damai,
yang susah menjadi mudah dan hubungan akan terbina dengan rasa kasih sayang serta
keakraban antara saudara mara. Amalan ini juga memberi ruang kepada kita supaya
menginsafi diri dan tidak hanya bersikap individualistik. Kehidupan saudara mara tidak sama,
dan perbezaan taraf kehidupan kadangkala memberi impak kepada persepsi manusia. Namun
begitu, persepsi tidak sepatutnya membolehkan saudara yang berada atau kaya melupakan
saudara yang miskin, yang sihat tidak terkenangkan yang sakit dan apatah lagi yang muda
melupakan si tua. Perasaan takbur dan sombong harus dibuang jauh-jauh kerana manusia
harus sedar bahawa setiap nikmat yang dimiliki adalah anugerah Allah yang patut disyukuri
dan dikongsi bersama. Oleh itu, sekiranya dalam diri setiap insan mempunyai sikap yang
sebegini eratan kekeluargaan dengan saudara mara akan menjadi lebih akrab.

Saling Doa Mendoakan


Salah satu tanda eratnya tali persaudaraan adalah mendoakan kebaikan kepada mereka
tanpa pengetahuannya. Ketika mendoakan kebaikan kepada saudaranya yang berada jauh dari
8

tempatnya dengan doa yang baik-baik maka doa tersebut akan dikabulkan oleh Allah swt
seperti sabdaan Rasulullah saw:
Dari Ummu Darda dan Abu Darda Radhiyallahu anhuma bahwasanya Rasulullah
Shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Doa seorang muslim untuk saudaranya
(muslim lainnya) yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah. Di
atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut terdapat seorang malaikat yang
ditugaskan menjaganya. Setiap kali orang muslim itu mendoakan kebaikan bagi
saudaranya, nescaya malaikat yang menjaganya berkata, Amin (semoga Allah
mengabulkan) dan bagimu hal yang serupa.(HR Muslim)

Nabi Muhammad ada bersabda bahawa doa merupakan senjata orang-orang mukmin. Hal ini,
perintah berdoa juga banyak dijelaskan dalam Al-Quran, salah satu daripadanya ialah dalam
Surah Al-Mukminun ayat 60 mafhumnya berdoalah kamu, nescaya Aku (Allah) akan
perkenankannya. Firman diatas menjelaskan bahawa Allah meletakkan satu perintah pada
ayat berdoalah kerana Allah ingin menggalakkan hamba-hambanya berdoa kepada-Nya
kerana kita akan memperoleh banyak hikmah daripadanya. Antara hikmahnya ialah,
melindungi saudara mara daripada anasir-anasir jahat seperti sihir dan santau yang dapat
memporak-perandakan ikatan persaudaraan yang sudah terjalin. Natijahnya, kita haruslah
selalu berdoa agar ikatan tali persaudaraan tidak akan renggang dan kekal sehingga ke anak
cucu.
Memaafkan Kesalahan Saudara Mara
Amalan yang sangat mulia ketika seseorang mampu bersabar terhadap perbuatan
buruk yang ditimpakan orang kepadanya serta memaafkan kesalahan orang padahal ia
mampu untuk membalasnya. Perbuatan buruk boleh dilihat dalam pelbagai bentuknya seperti
cacian, pukulan, merampas hak, dan sebagainya. Memang sebuah kewajaran bila seseorang
menuntut haknya dan membalas orang yang menyakitinya. Dan dibolehkan seseorang
membalas kejelikan orang lain dengan yang semisalnya. Namun alangkah mulia dan baik
akibatnya bila dia memaafkannya. Allah berfirman:
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Barang siapa
memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.
Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. (Asy-Syura: 40)
9

Ayat ini menyebutkan bahawa tingkat pembalasan ada tiga:

Pertama: Adil, iaitu keburukan dibalas dengan keburukan yang serupa, tanpa
menambahi atau mengurangi. Misalnya jiwa dibalas dengan jiwa, anggota tubuh

dengan anggota tubuh yang sepadan, dan harta diganti dengan yang sebanding.
Kedua: Kemuliaan, iaitu memaafkan orang yang berbuat buruk kepadanya kerana dia

merasakan ada perbuatan baik yang telah dilakukan ke atas dirinya.


Ketiga: Zalim iaitu berbuat jahat kepada orang dan membalas orang yang berbuat
jahat dengan pembalasan yang melebihi kejahatannya (Muhammad Abdulmuthi,
2011)
Sikap yang perlu ada di dalam diri setiap orang ialah memaafkan kesalahan atau

kesilapan yang dilakukan oleh saudaranya. Sikap ini dapat mengelakkan daripada berlakunya
keretakan di dalam sesuatu perhubungan seperti tidak bertegur, iri hati, bergaduh dan
sebagainya. Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa. Wajib
memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan kesalahan orang meskipun
tidak diminta. Hubungan antara ahli keluarga, saudara mara dan masyarakat akan terbina
kukuh sekiranya setiap anggota keluarga memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa
manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Mengadakan Aktiviti Bersama
Pada zaman yang moden ini, setiap orang sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu
tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan saudara mara. Oleh itu, hubungan
kekeluargaan antara saudara mara semakin lama menjadi semakin renggang. Bagi menjaga
hubungan tersebut, kita boleh menetapkan satu hari yang membolehkan semua ahli keluarga
dan saudara mara berkumpul. Pada hari tersebut semua ahli keluarga akan berkumpul dan
bergotong-royong untuk menyiapkan juadah untuk santapan bersama. Selalunya berlaku
ketika hari raya di mana terdapat di antara ahli keluarga mengadakan rumah terbuka. Pada
hari tersebut setiap ahli keluarga akan saling kenal mengenali dan bertanyakan khabar antara
satu sama lain. Perbuatan seperti ini akan mewujudkan kasih sayang dan setiap anggota
keluarga merasakan diri mereka dihargai serta diingati. Menurut Ahmad Zawai (2008)
kadangkala majlis kekeluargaan boleh dieratkan dengan pemberian hadiah sebagai tanda
kasih sayang dan kesyukuran berada dalam satu-satu keluarga. Islam mengajarkan agar kita
menanamkan semangat saling mencintai dengan cara saling mencintai antara saudara mara.
Manusia mempunyai kecenderungan untuk membenci dan mencintai. Hal yang demikian,
10

kita hendaklah membina rasa cinta dan kasih sayang terhadap saudara mara dengan memberi
hadiah. Orang yang diberi hadiah berasa dirinya sering mendapat perhatian dan dimuliakan
oleh orang yang diberi hadiah.
Berkumpulnya semua ahli keluarga dan saudara mara adalah medan terbaik untuk
saling ingat-mengingati dan memberi nasihat, setiap keluarga yang besar selalunya terdapat
di antara mereka adalah alim ulama atau pendakwah, di kesempatan ini dapatlah memberi
bimbingan dan nasihat kepada semua kaum kerabat agar mereka mentaati perintah Allah swt
dan meninggalkan semua perbuatan yang ditegahNya. Selian itu, melakukan aktiviti riadah
bagi mengisi masa lapang yang. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti yang berfaedah
akan merugikan kita. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama pada masa lapang seperti
berbasikal bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah. Aktiviti riadah bersama
ini dapat merapatkan hubungan antara saudara mara. Hubungan keluarga yang rapat boleh
menjadikan sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan
kasih sayang antara satu sama yang lain.

Tahukah anda apakah kesannya sekiranya memutuskan hubungan dengan


saudara mara?
Banyak orang memutuskan tapi persaudaraan dengan alasan masalah rumah tangga,
berebut warisan, pertengkaran dan perbalahan. Akan tetapi kenyataan yang sebenarnya ialah
mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai hebat dan dahsyatnya azab
memutuskan tali persaudaraan serta tidak memahami hubungan persaudaraan dalam
kaitannya dengan hubungan ketuhanan. Antar akibatnya adalah seperti berikut:
Mendapat Laknat Dan Dijauhkan Daripada Rahmat Allah
Menyambung hubungan dengan saudara mara adalah salah satu langkah paling agung
dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Sebaliknya, memutuskan hubungan antara saudara
mara adalah salah satu dosa yang paling besar dan membinasakan. Faktor yang mendorong
seseorang untuk memutuskan ikatan persaudaraan adalah di dalam dirinya terdapat sifat
dengki, tidak sama taraf, tidak mendengar nasihat, melakukan kesalahan, terasa hati, benci
dan sebagainya. Allah swt menjelaskan bahawa memutuskan
11

tali persaudaraan akan

menyebabkan turunnya laknat dan dijauhkan daripada rahmatNya sehingga orang yang duduk
bersama dengan orang yang melakukan dosa ini pun akan terhindar daripada rahmat Allah
swt dengan firman Allah swt:
(kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbangkan dan
khuatirkan, jika kamu dapat memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di
muka bumi dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
(Muhammad:22)
Hal ini menunjukkan bahawa memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum
kerabat yang Allah swt perintah agar disambungkan merupakan salah satu penyebab turunnya
laknat dan dijauhkannya dari rahmat Allah swt dan syurgaNya serta akan mendapat
pembalasan yang buruk di akhirat di mana Allah swt menempatkan orang-orang ini di neraka.
Bukan sahaja orang yang memutuskan ikatan persaudaraan ini akan dihalang memasuki
syurga, malahan orang yang menghalalkan perbuatan ini juga tidak akan mendapat tempat di
syurga kerana perbuatan seperti ini adalah haram di sisi Islam. Harus berhati-hati dengan
setiap perbuatan kerana tindakan memutuskan hubungan ini bukan sahaja mendapat
pembalasan neraka di hari akhirat tetapi di dunia lagi Allah swt menunjukkan kemurkaanNya
dengan menyegerakan hukuman dan pembalasan seperti mana sabdaan Rasulullah saw:
Sayyidina Abu Bakrah r.hu meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,tidak
ada dosa yang lebih layak untuk Allah swt menyegerakan azab balasannya di dunia
selain daripada azab yang disimpan di akhirat lebih daripada perbuatan zalim dan
memutuskan silaturrahim (Miskat: Tirmizi dan Abu Daut)

Ditutupkan Baginya Pintu Rezeki


Silaturahmi merupakan aktiviti ibadah yang mempunyai keutamaan yang besar, baik
berupa kurnia dunia mahupun pahala akhirat. Di antaranya ialah membuka pintu rezeki dan
memanjangkan umur sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Daripada Abu Hurairah r.hu katanya: aku mendengar Rasulullah sawa bersabda:
barang siapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya,
maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim. (HR Bukhari dan Muslim)

12

Hal yang demikian, orang yang melakukan perbuatan terkutuk ini akan ditutup baginya
semua pintu-pintu langit di mana segala amal kebaikannya tidak akan diterima oleh Allah swt
dan juga hubungan dia dengan Allah swt juga akan terputus. Orang-orang yang memutuskan
silaturrahim akan terperangkap dalam musibah-musibah di dunia ini di mana kehidupannya
menjadi bercelaru dan tiada ketenangan. Oleh itu, adalah penting bagi setiap orang yang
terlibat dengan dosa ini segera bertaubat dan kesal atas perbuatannya serta menjalinkan
semula silaturrahim yang telah putus.

Amal Ibadahnya Tidak Akan Diterima


Ibadah daripada segi bahasa bermaksud merendahkan diri, tunduk, taat, dan
memperhambakan diri kepada orang lain. Manakala daripada segi syarak dapat difahamkan
bahawa ibadah bermaksud taat, patuh dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah swt
dengan mengikut peraturan dan suruhan Allah sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran
dan As-Sunah. Ibadah boleh dibahagikan kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.
Ibadah khusus ialah perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di
dalam rukun Islam seperti solat, Zakat, Haji, dan beberapa amalan khusus yang lain sepert
membaca Al-Quran dan zikir. Ibadah umum pula merujuk kepada perkara atau amalan selain
daripada ibadah khusus yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan Allah swt
termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan. Namun begitu, semua amalan ini
akan ditolak atau tidak diterima oleh Allah swt bagi mereka yang memutuskan hubungan
silaturahim. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw:
Dari Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah saw bersabda:

sesungguhnya amal

umatku dilaporkan (kepada Allah) pada hari kamis malam jumaat, maka tidaklah
diterima amal orang yang memutuskan hubungan persaudaraan (H. R. Bukhari)
Harus diingatkan bahawa memutuskan ikatan persaudaraan mengakibatkan seluruh amal
ibadahnya ditolak oleh Allah. Maka sia-sia sahaja segala amal ibadah yang telah kita lakukan
untuk mendapatkan syurga dan keredaan Allah swt tetapi tidak diterima. Seolah-olah kita
melakukan satu pelaburan tetapi tidak mendapat sebarang untung atau dividen, malah modal
kita lebur begitu sahaja. Hal ini, kita telah bersusah payah melakukan ibadah bagi
mendapatkan pahala tetapi pahala tersebut tidak mempunyai nilai di sisi Allah. Oleh itu,
sekiranya amal ibadah kita telah memenuhi langit dan bumi tetapi kita telah melakukan satu
13

kesalahan iaitu memutuskan tali persaudaraan maka segala amalnya hanya sia-sia dan akan
menyesal di akhirat kelak.

Dicela Oleh Saudara Mara Yang Lain

Anda perlu mencari

buku-buku rujukan, artikel, jurnal, dan laman

sesawang yang berkaitan dengan saudara mara untuk mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda mengenai pentingnya
menjaga hubungan antara saudara mara.

RUMUSAN
Saudara mara adalah orang yang mempunyai hubungan darah ataupun terjalin melalui
perkahwinan.
peranan saudara mara di dalam kehidupan kita adalah sangat penting di mana mereka
adalah tempat untuk kita berkongsi kesedihan dan juga kegembiraan. Kesusahan yang
kita hadapi sentiasa mendapat pertolongan daripada mereka kerana mereka tidak akan
membiarkan orang yang mempunyai pertalian darah dengan mereka hidup di dalam
kesusahan dan kesedihan. Lantaran itu mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk
menjaga dan membantu kita di saat menghadapi kesulitan.
Seterusnya, kita harus menjaga hubungan yang telah terjalin dengan menziarahi
saudara mara ketika mereka sihat mahupun sakit kerana perbuatan tersebut akan
mengeratkan hubungan antara saudara mara. Selain itu, berlemah lembutlah ketika
berbicara dengan saudara mara serta sentiasa mendoakan mereka hidup bahagia di
dunia dan akhirat.
Memutuskan ikatan persaudaraan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Allah swt dan
jauh daripada rahmatNya. Selain itu, orang-orang yang melakukan perbuatan ini tidak
mendapat tempat untuk memasuki syurga Allah swt serta amalan kebaikannya tidak
akan dipandang dan tertolak sama sekali.
14

Oleh itu, janganlah sekali-kali kita termasuk di dalam golongan yang memutuskan
ikatan persaudaraan kerana azab Allah swt ke atas golongan ini begitu pedih.
Pereratkanlah ikatan silaturrahim agar kehidupan kita dilimpahkan rahmat dan
keberkatan daripada Allah swt.

KATA KUNCI
1.
2.
3.
4.

Definisi saudara mara


kepentingan saudara mara
Cara mengeratkan hubungan
Kesan memutuskan hubungan

PENILAIAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan saudara mara?

2. Nyatakan kepentingan saudara mara di dalam kehidupan kita?

.
3. Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara saudara
mara?

.
4. Terangkan kesan yang diterima oleh orang yang memutuskan hubungan
persaudaraan?

.
5. Pada pandangan anda, sekiranya berlaku keretakan di dalam hubungan antara saudara
mara anda. Apakah tindakan yang perlu anda ambil? Bincangkan.

15

Bagi memantapkan lagi maklumat anda mengenai tajuk ini, diharapkan


anda mencari maklumat-maklumat mengenai perkara tersebut di bawah. Di antara rujukan
yang boleh anda rujuk ialah Aturan Islam tentang Bergaul dengan sesama karangan Dr. Abdul
Aziz Bin Fauzan, Fiqh Perkahwinan Menurut Mazhab Imam Syafie karangan Abdul Khairi
Al Latifi, Undang-undang Keluarga Islam hasil penulisan Abdul Monir Yaacob dan Siti
Shamsiah Md Supi dan lain-lain:- Anda harus berbincang di dalam kumpulan dan tulis isi
utama seperti tajuk di bawah:
1. Terangkan maksud saudara mara
2. Terangkan maksud hadanah
3. Bincangkan kepentingan saudara mara di dalam perkahwinan

Anda dikehendaki memilih satu daripada tajuk-tajuk berikut sebagai


tugasan. Markah kerja kursus akan diambil daripada tugasan ini
1. Bincangkan maksud saudara mara.?
2. Nyatakan faktor yang mendorong seseorang itu ingin memutuskan ikatan
persaudaraan?
3. Jelaskan cara mengeratkan ikatan persaudaraan?

RUJUKAN
Abdul Khairil (2000). Fiqh Perkahwinan Menurut Mazhab Imam As Syafie. Kuala
Lumpur: Al-hidayah Publishers.
Abdul Munir Yaacob dan Siti Shamsiah (2006). Manual Undang-undang Keluarga Islam.
Kuala Lumpur: Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Ahmad Zawai (2008). Panduan Merancang Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur: Utusan
publication & Distributor Sdn. Bhd.
Asming dan Azmin Yusof (2007). Pembentukan Keluarga Impian. Terengganu:
16

Universiti Darul Iman Malaysia.


Azhar Hamid et al (2001). Senario Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Zaman
Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT): Trend, Hala Tuju Dan Model Pendidikan
Moral Keluarga Islam. Jurnal Teknologi, 35(E), 45-70.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2008). Memasuki Gerbang Perkahwinan. Pulau
Pinang: Sinaran Bros Sdn.Bhd.
Kamus Dewan (2007). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Muhammad Abdul Rauf (1997). Wanita dan Keluarga dari Pandangan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Abdulmuthi (2011). Memaafkan Kesalahan dan Mengubur Dendam. Diperoleh
pada 7 Mei, 2015 daripada http://asysyariah.com/memaafkan-kesalahan-dan-menguburdendam/.
Musa Subaiti (1995). Akhlak Keluarga Muhammad SAW. Jakarta: PT Lentera Basritama.
Rezki Perdani Sawai (2009). Permata Berbicara: Komunikasi dalam kaunseling. Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia.
Suprajitno (2004). Asuhan Keperawatan Keluarga: Aplikasi dalam Prakti. Jakarta: Penerbit
Buku Kedokteran EGC.
Zaini Nasohah (2002). Penceraian: Hak Wanita Islam. Selangor: Lohprint Sdn.Bhd.

17

Anda mungkin juga menyukai