Anda di halaman 1dari 37

1

PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA :


REALITI SEMASA & PROSPEK KE ARAH PENGGUBALAN AKTA
PROFESION GUAMAN SYARIE

Oleh : Tuan Musa Bin Awang (P.P.N),1

ABSTRAK

“Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan amanah kepada yang


berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka hukumlah dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”2

PENDAHULUAN

Hak mempertahankan diri sudah lama dikenali oleh masyarakat dunia. Pelbagai bangsa sudah
menerima amalan guaman melibatkan dalam usaha membentuk pihak-pihak yang terlibat
dalam pertikaian. Pada zaman Nabi Musa a.s, di kalangan kaum Yahudi terdapat tokoh-tokoh
yang terlibat dengan profesion yang menyamai profesion guaman. Tokoh-tokoh ini bertugas
menyelesaikan masalah yang timbul antara individu tanpa menerima apa-apa bayaran.
Kedudukan mereka seolah-olah sebahagian daripada anggota kehakiman.3

Dalam undang-undang Rom, seorang wakil boleh mengambil tempat pihak yang mendakwa
atau yang didakwa melantiknya melalui kata-kata simbolik yang diucapkan di hadapan pihak
lawan.4 Cara ini kemudiannya berakhir dengan diganti oleh satu wakil yang dikenali dengan
wakil awam atau pendakwaraya.5

Profesion peguam sebenarnya telah dilaksanakan lebih awal, bukanlah profesion yang
dicetuskan oleh Empayar Gestinios sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah ahli undang-
undang.6 Dakwaan tersebut semata-mata berpandukan kepada undang-undang pertama
mengenai profesion guaman yang diluluskan oleh Napoleon pada tahun 1810 selepas Revolusi
Perancis. Peraturan ini terpakai bagi setiap orang yang mahu menjalankan profesion guaman
di negara Perancis hingga ke hari ini.7

1 Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Kertas ini dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Mahkamah
Syariah 2017- 60 Tahun Pasca Kemerdekaan: ‘Menelusuri Cabaran, Melestari Masa Hadapan’ pada 29 Ogos 2017.
2 Al-Quran, Surah An-Nisa’ (4), ayat 58
3 Ahamad Zaghlul, 1318-1900, Al-Muhamat, Mesir ; al-Ma’ruf, hlm. 4
4 Mashhur Hassan Mahmud, 1407H/1987M, Al-Muhamat, Edisi 1, Aman, Jordan : Dar al-Farha’, hlm 37.
5 Ibid.
6 Ibid., hlm. 39.
7 Ibid., hlm. 40.

1
2

SEJARAH KEPEGUAMAN DALAM ISLAM

Di antara ajaran dalam Islam ialah ‘menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari
melakukan kemungkaran’. Secara tersiratnya, ia menjadi panduan kepada seluruh umat Islam
bahawa prinsip pembelaan dan pendakwaan dalam Islam adalah untuk keselamatan dan
kesentosaan umat Islam sejagat. Setiap individu berhak ke atas dirinya untuk berbuat
kebaikan dan mencegah diri daripada melakukan kemungkaran. Juga berhak untuk
menasihati orang lain supaya berbuat perkara yang sama.

Islam memerintahkan penganutnya menyelesaikan masalah atas dasar keadilan. Dalam


proses undang-undang, semua manusia adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan dia
bersalah. Undang-undang yang dikuatkuasakan adalah berlandaskan prinsip tersebut, dimana
keadilan mengatasi segala perkara Allah s.w.t menegaskan perkara ini di dalam firman-Nya :

Bermaksud : Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan amanah kepada


yang berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka hukumlah dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.8

Keadilan yang wajib ditegakkan oleh umat Islam meliputi segala aspek dan bidang kehidupan.
Berlaku adil dalam semua tindakan menjadi tuntutan Islam, tanpa mengira perbezaan bangsa,
kebudayaan, warna kulit dan sebagainya. Implikasi daripada prinsip-prinsip tersebut, maka
lahirlah institusi guaman di dalam Islam yang lebih dikenali sebagai Wakalah bi al-Khusumah.

Islam mensyariatkan bahawa seseorang boleh menyerahkan urusannya kepada orang lain
untuk menguruskannya, kerana tidak semua orang mampu menguruskan urusannya secara
bersendirian. Di dalam al-Quran telah menyebutkan ayat tentang kisah penghuni gua al-kahfi9
yang secara jelas tidak melarang seseorang mewakilkan urusannya kepada seseorang yang
lain untuk menguruskannya. Dengan syarat, orang yang diwakilkan itu mestilah seorang yang
layak, berkemampuan dan mempunyai kepakaran.

Jelaslah bahawa sejak zaman permulaan Islam lagi, Allah telah menganjurkan kepada umat-
nya prinsip amalan guaman Islam yang dikenali sebagai Wakalah bi al-Khusumah. Cuma istilah
ini tidak popular di kalangan umat Islam, berbanding perkataan peguam yang digunakan pada
hari ini. Kehadiran Peguam Syarie di Mahkamah Syariah hari ini bukanlah suatu perkara yang
enteng atau remeh, kerana mereka menjalankan tugas atau peranan yang pernah dijalankan
oleh sahabat-sahabat Nabi S.A.W, samada di zaman Rasulullah S.A.W, mahupun di zaman
sahabat Khulafa’ Ar-Raasyidin dan zaman-zaman selepasnya.

8 Al-Quran, Surah An-Nisa’ (4), ayat 58


9 Al-Quran, Surah al-Kahfi (18), ayat 19.

2
3

Wakil di zaman Rasulullah S.A.W

Terdapat hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang menjadi dalil pensyariatan wakil dalam Islam.
Rasulullah pernah melantik wakil-wakil baginda dalam banyak perkara termasuk perkahwinan,
mengutip zakat, jual beli, urusan pemerintahan dan sebagainya.

Jabir bin Abdullah r.a pernah berkata, “suatu ketika aku berhajat untuk keluar ke Khaibar, lalu
aku pergi berjumpa baginda Rasulullah S.A.W. Aku menceritakan tentang hajatku untuk ke
Khaibar kepada baginda. Mendengar demikian, baginda S.A.W telah bersabda. “jika kamu
berjumpa wakilku, maka ambillah daripadanya lima belas gantang (gandum). Jika dia meminta
daripadamu bukti (yang engkau adalah wakilku) maka letakkanlah tanganmu ke atas bahu
sebagai bukti.”10

Baginda s.a.w pernah mengutuskan al-Su’at r.a untuk mengutip zakat. Baginda juga telah
mewakilkan ‘Amru bin Umaiyyah al-Damiri r.a dalam menikahkan Ummu Habibah bin Abu
Sufyan.11 Rasulullah juga telah mewakilkan Abu Rafi’i r.a untuk menerima pernikahan
Maimunah binti al-Harith. Baginda juga melantik pegawai sebagai wakil Baginda untuk
memungut zakat, mengelolakan askar, dan mentadbir negeri serta daerah.12 Baginda juga
melantik ‘Urwah al-Bariqi r.a untuk membeli seekor kambing kibas.

Wakil di zaman Khulafa’ Ar-Raasyidin

Menurut Al-Baihaqi13 dalam sunannya bahawa diriwayatkan, seorang wanita telah datang
kepada Sayidina ‘Umar r.a membuat iqrar melakukan zina, dan meminta Sayidina ‘Umar r.a
menjalankan hukuman rejam. Sayidina ‘Ali r.a telah meneliti kes tersebut, dan didapati
bahawa perempuan tersebut telah diperkosa dan penzinaan berlaku bukanlah dengan
kerelaannya, tetapi semata-mata untuk menyelamatkan dirinya daripada kebuluran. Kejadian
itu berlaku ketika perempuan tersebut terlalu dahaga, dia terjumpa seorang lelaki yang
memiliki susu lalu meminta sedikit susu daripadanya. Lelaki tersebut bersetuju memberikan
susu kepada perempuan itu dengan syarat dia menyerahkan dirinya. Khalifah ‘Umar r.a
setelah mendengar cerita perempuan tersebut, dan setelah mendengar keterangan Sayidina
‘Ali r.a, telah membebaskan perempuan tersebut. Dalam kes ini Sayidina ‘Ali r.a bertindak
sebagai pembela terhadap perempuan tersebut. Beliau berjaya membuktikan bahawa sekali
pun perempuan itu membuat iqrar melakukan zina, tetapi keadaan bagaimana zina itu berlaku
perlu dipertimbangkan.

Dalam suatu kes yang lain, seorang perempuan telah mendakwa seorang pemuda cuba
mencabul kehormatannya dan menjatuhkan maruahnya. Perempuan itu telah membawa bukti
kesan air mani di tubuh dan kainnya. Lalu Khalifah ‘Umar r.a menjatuhkan hukuman
keseksaan (pemenjaraan) kepada pemuda tersebut. Pemuda itu telah merayu kepada Khalifah
‘Umar r.a dan berkata. “Wahai Amir Al-Mu’minin, pastikanlah kebenaran kes saya ini. Demi

10 Al-Syed Al-Imam Muhammad bin Ismail Al-Kahlani (1960), Subul al-Salam, Jil. 3, Mesir : Mustafa al-Babi al-Halabi,a
hlm. 65.
11 Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya, Jil. I, hlm. 468.
12 Wahbah al-Zuhaili (Dr.), Fiqh dan Perundangan Islam (terjemahan), Jil. 5, hlm. 150.
13 Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (t.t), Al-Turuq Al-Hubmiyyah : Matba’ah Al-Madani, hlm. 79.

3
4

Allah saya tidak melakukannya, sebenarnya dialah yang cuba memperdayakan saya.”
Mendengar keterangan pemuda itu, Khalifah ‘Umar r.a telah meminta pendapat Sayidina ‘Ali
r.a. Sayidina ‘Ali r.a telah memerhatikan kesan cecair yang ada di kain perempuan tersebut,
lalu diambil air mendidih dan disiramnya. Cecair tersebut menjadi beku dan putih. Beliau
mendapati rasanya seperti putih telur. Sayidina ‘Ali r.a mengherdik perempuan tersebut.
Akhirnya perempuan itu mengaku perbuatan tipu dayanya.14 Dalam satu tersebut, Sayidina
‘Ali r.a telah mengemukakan rayuan dan membela seorang lelaki yang telah dihukum bersalah
dan hendak dipenjarakan. Kerana ilmu dan kepakarannya yang luas dalam bidang Syariah
menyebabkan Sayidina ‘Ali r.a dapat membuktikan lelaki tersebut tidak bersalah. Sayidina ‘Ali
r.a bertindak sebagai wakil atau peguam, telah berjaya membantu Hakim dalam menegakkan
keadilan sehingga Hakim bersedia mengkaji semula keputusannya.

Suatu kisah lain di zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a, seorang isteri telah datang mengadu
kepada Khalifah Umar, “Wahai Amir al-Mukminin, aku tidak pernah lihat lelaki yang lebih baik
dari suamiku. Dia berjaga sepanjang malam, berpuasa sepanjang siang (walaupun cuaca
panas), dia tidak berbuka puasa.” Umar r.a setelah mendengar kata-kata perempuan itu beliau
berdo’a : “Keampunan kepada Allah kerana perempuan ini mendapat suami seperti itu.”
Mendengar kata-kata Umar r.a, Ka’ab bin Thur al-Azdi yang berada di sisi Umar r.a pada ketika
itu berkata. “Sesungguhnya perempuan itu membuat pengaduan mengenai suaminya, tuan…”
Umar terkejut lalu bertanya kepada perempuan itu, “Benarkah demikian?” Jawab Ka’ab, “Ya”.
Lalu Umar memanggil perempuan tersebut dan berkata, “Tiada apa yang perlu dimalukan.
Katakanlah perkara yang sebenarnya. Sesungguhnya dia (Ka’ab) mengatakan, sebenarnya
kamu ingin membuat pengaduan terhadap suami kamu yang tidak member nafkah batin pada
kamu. Benarkah?” Lalu perempuan itu menjawab, “Benar, wahai Umar.” 15 Daripada kisah di
atas, Ka’ab telah bertindak sebagai wakil atau peguam mewakili peguam tersebut yang malu
untuk menceritakan perkara yang sulit berkenaan dengan dirinya.

Di zaman pemerintahan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan r.a, ‘Abdullah bin Ja’far r.a menjadi wakil
(peguam) kepada ‘Ali bin Abi Talib r.a dengan Talhah bin ‘Ubaidullah r.a.16 ‘Ali r.a telah
mendakwa Talhah r.a atas perbalahan mengenai sebuah empangan air antara tanah ‘Ali r.a
dan tanah Talhah r.a. Talhah telah mendakwa ‘Ali telah merosakkan tanamannya, dan ‘Ali
menafikannya.

Dalam satu kes lain, ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a pernah menjadi peguam kepada Hassan bin
Thabit r.a. Menurut al-Jubairi,17 telah berlaku perselisihan antara Hassan bin Thabit (penyair
terkenal di zaman Nabi s.a.w) dengan seorang lelaki lain. Khalifah ‘Uthman r.a telah
menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Hassan. Lalu Hassan telah pergi berjumpa Ibnu
‘Abbas r.a dan menceritakan perkara tersebut. Kata Ibnu ‘Abbas r.a :- “kebenaran pergi
bersamaku.” Ibnu’ Abbas mewakili Hassan dan berhujah di hadapan ‘Uthman. Lalu ‘Uthman
r.a telah memberikan keputusan baru di mana Hassan telah menang.” Dalam kisah ini
menunjukkan bahawa diharuskan perwakilan walaupun dalam proses rayuan tentang

14 Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, (t.t), Al-Turuq Al-Hubmiyyah : Matba’ah Al-Madani op.cit., hlm. 70.
15 Ahmad Abdul Mun’iem, al-Bahaie (Dr) (1965), Tarikh al-Qada’ fi al Islam, Mesir : Matba’ah Lajnah al-Bayan al-A’rabi,
hlm. 110.
16 Al-Sharkasyi, op.cit., hlm. 3.
17 Al-Jubairi (1955), Nasab Quraisy, Qaherah : Dar al-Ma’arif, hlm. 26.

4
5

keputusan yang telah dijatuhkan. Menurut Zafir al-Qasimi, kes ini adalah bukti relevan contoh
perwakilan dalam Islam. Walaupun Hassan seorang penyair, tetapi dia tidak mahir berhujah
dalam perbicaraan. Ibnu Abbas sebagai seorang yang faqih dan petah berhujah telah
bertindak sebagai peguam membela Hassan.18

Demikian beberapa contoh peranan sahabat-sahabat Nabi S.A.W bertindak sebagai peguam
dalam membantu Khalifah atau Hakim dalam menghukumkan dengan adil dan sebenar-
benarnya. Peranan ini berterusan sehinggalah ke hari ini. Jika ada pihak atau di kalangan
Peguam Syarie sendiri yang memandang rendah atau enteng terhadap profesion guaman
syarie ini, maka ia adalah suatu pandangan yang negative dan sceptical yang perlu diubah.

Sejarah Peguam Syarie Di Malaysia

Secara umumnya peguam di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu
Peguambela dan Peguamcara ; dan Peguam Syarie. Peguam Syarie pula terbahagi kepada
dua kategori iaitu Peguam Syarie yang bukan Peguambela dan Peguamcara ; dan Peguam
Syarie yang juga Peguambela dan Peguamcara.

Peguambela dan Peguamcara di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Profesion Undang-
Undang 1976 (Akta 166). Manakala di Sabah mereka juga tertakluk kepada Ordinan
Peguambela Sabah dan di Sarawak tertakluk kepada Ordinan Peguambela Sarawak.19
Manakala Peguam Syarie tertakluk kepada Akta atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam
negeri-negeri dan juga tertakluk kepada kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan Peguam
Syarie negeri-negeri. Bagi Peguam Syarie yang juga Peguambela dan Peguamcara, mereka
bukan sahaja tertakluk di bawah Akta atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan
peraturan kecil Peguam Syarie, pada masa sama juga tertakluk di bawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976 (Akta 166).

Sejarah profesion guaman di Tanah Melayu bermula sejak abad ke-19, di mana undang-
undang seperti Majallah Ahkam Johor 1331H telah memberi hak kepada siapa yang mendakwa
dan didakwa berwakil kepada sesiapa yang mereka pilih.20

Dalam undang-undang Islam di Tanah Melayu sebelum Merdeka, telah terdapat peruntukan
untuk membenarkan kehadiran peguam di mahkamah syariah. Dalam Enactment No. 3 Of
1952, Administration Of Muslim Law Enactment, Selangor 1952, iaitu antara undang-undang
pentadbiran agama Islam terawal di Tanah Melayu, terdapat peruntukan untuk membenarkan
kehadiran Peguambela dan Peguamcara21 bagi mewakili pihak-pihak yang bertikai di
mahkamah syariah. Seksyen 50 Enactment No. 3 Of 1952, Administration Of Muslim Law
Enactment (Selangor), 1952 yang masih dalam versi Bahasa Inggeris, berbunyi seperti berikut
-
Section 50. Advocates and Solicitors.

18 Zafir al-Qasimi (1978), Nizam al-Hukmi fi al-Shariati wa al-Tarikh al-Islami, Beirut : Dar al-Nafais, hlm. 383.
19 Lihat Seksyen 2, Akta Profesion Undang-Undang 1976 (Akta 166).
20 Artikel 1516. Majalah Ahkam Johor adalah kod undang-undang sivil syariah kerajaan negeri Johor yang dikuatkuasakan

pada 1331H/1913M.
21 Tiada lagi peruntukan khusus kepada Peguam Syarie pada waktu tersebut.

5
6

(1) Notwithstanding anything contained in any written law, no advocate and solicitor shall have the
right to appear in any Court on behalf of a party to any proceedings if such appearance would
be contrary to the provisions of Muslim law.
(2) Any advocate and solicitor so appearing shall plead in the language of the Court or through an
interpreter provided by him and approved by the Court.

Di Terengganu, Enactment No. 4 Of 1955, Administration Of Muslim Law Enactment,


(Terengganu) 1955 (1374H), juga dalam versi Bahasa Inggeris, Seksyen 30 Enakmen tersebut
berbunyi –
Section 30. Advocates and Solicitors and Pleaders.
(1) Notwithstanding anything contained in any written law, no advocate and solicitor or pleader shall
have the right to appear in any Court on behalf of a party to any proceedings such appearance
would be contrary to the provisions of Muslim Law.
(2) Any advocate and solicitor or pleader so appearing should plead in the language of the Court or
through an interpreter provided by him and approved by the Court.

Manakala Seksyen 31 Enakmen sama berbunyi –


Section 31. Representation by Agent.
Every party to any proceeding shall appear in person in criminal proceedings and in person or by
advocate and solicitor or pleader in civil proceedings.

Peruntukan hampir sama terdapat dalam Enactment No. 5 Of 1956, Administration Of The
Law Of The Religion Of Islam Enactment (Pahang) 1956 22 ; Enactment No. 1 Of 1959,
Melaka Administration Of Muslim Law 23; Enactment No. 9 Of 1962, Kedah Administration
Of Muslim Law Enactment 24 ; Enactment No. 1 Of 1966, Kelantan Shar'iyah Courts And
Muslim Matrimonial Causes Enactment, 1966. 25

Selepas Merdeka, peruntukan yang merujuk khusus kepada “Peguam Shariah” dapat dilihat
dalam undang-undang Islam di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Seksyen 51 Enakmen
Pentadbiran Ugama Islam (Perak) 1965 (Enakmen No. 11 Tahun 1965) yang membenarkan
peguam Shari’ah hadir mewakili mana-mana pihak dalam perbicaraan di mahkamah. Seksyen
tersebut berbunyi –
(1) Peguam Shar'iah boleh-lah mengambil bahagian dalam mana2 Mahkamah bagi satu pehak dalam
perbicharaan.
(2) Majlis hendak-lah menyediakan daftar nama pada tiap2 tahun bagi orang2 yang di-dapati layak dan
berkemahiran dalam hukum Shara' supaya boleh menjadi pembela dalam Mahkamah yang di-
tubohkan di-bawah Undang2 ini. Orang2 itu akan di-kenali sa-bagai Peguam Shar'iah.
(3) Peguam Shar'iah tidak boleh hadhir dalam mana2 Mahkamah bagi mana2 pehak dalam satu2
perbicharaan melainkan dengan lesen bertulis yang di-keluarkan oleh Majlis dengan menjelaskan
bayaran yang di-tetapkan. Lesen yang demikian hendak-lah di-keluarkan tiap2 tahun dan ditanda
tangani oleh Yang di-Pertua.

Apabila Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri ditambahbaik sejak awal 1980-an,
peruntukan tentang kehadiran Peguam Syarie dalam prosiding di mahkamah syariah telah
juga ditambahbaik dalam undang-undang tersebut, sama waktu dengan penubuhan
Mahkamah Syariah negeri. Peguam Syarie dibenarkan hadir dalam kes di mahkamah syariah,
untuk mewakili pihak plaintif atau defendan dalam kes mal, atau tertuduh dalam kes jenayah
syariah.

22 Section 43 dan 44
23 Section 46 dan 47
24 Section 47 dan 48
25 Section 14.

6
7

Peruntukan berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri atau Enakmen Mahkamah Syariah Negeri, sebagaimana berikut -

JADUAL 1
Senarai Enakmen/Ordinan/Akta Berhubung Peruntukan Peguam Syarie Mengikut Negeri

NEGERI PERUNTUKAN ENAKMEN/AKTA


Johor Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003.
Kedah Seksyen 46 Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 2008.
Kelantan Seksyen 18 Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982.
Melaka Seksyen 68 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Melaka) 2002.
N.Sembilan Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Pahang Seksyen 66 Enakmen Undang-Undang Islam (Pahang) 1991.
Perak Seksyen 69 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Pindaan 2009).
Perlis Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006.
P.Pinang Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004.
Sabah Seksyen 32 Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004.
Sarawak Seksyen 28 Ordinan Mahkamah Syariah (Sarawak) 2001.
Selangor Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
T’ganu Seksyen 57 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001.
W.P Seksyen 59 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1993.

Sumber : Enakmen/Ordinan/Akta yang sedang berkuatkuasa.

Kemudiannya, berdasarkan enakmen ibu tersebut, suatu undang-undang kecil atau peraturan
kecil berhubung Peguam Syarie telah diperkenalkan di hampir keseluruhan negeri-negeri,
kecuali Sabah. Perak merupakan negeri terawal yang mewujudkan undang-undang kecil untuk
Peguam Syarie, iaitu dinamakan Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Perak) 1980,26 diikuti oleh
Johor (1982), Terengganu (1987) dan negeri-negeri lain.

Senarai undang-undang kecil Peguam Syarie yang terawal mengikut turutan tahun adalah
sebagaimana berikut –

1. Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Perak), 1980.


2. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Johor), 1982.27
3. Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i (Terengganu), 1987.28
4. Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah), 1988.29
5. Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Kelantan), 1988.
6. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka), 1989.
7. Peraturan-Peraturan Peguam Syariah (Pahang) 1990.
8. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor), 1991.
9. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Sarawak), 1992.30
10. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Wilayah Persekutuan), 1993.

26 (Pk. P.U. 28/81)


27 Mula berkuatkuasa pada 20hb. Julai, 1982.
28 Berkuatkuasa pada tarikh sama dengan tarikh mula berkuatkuasa Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.
29 Mula berkuatkuasa pada 9hb. Mac, 1988.
30 Mula berkuatkuasa pada 1 haribulan September, 1992.

7
8

11. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis), 1995.31


12. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang), 1997.
13. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan), 2011.

Sebahagian kaedah-kaedah ini telah dibatalkan dan digantikan dengan kaedah baru, iaitu –

1. Kaedah-Kaedah Peguam Syariah (Perak) 1980 telah dibatalkan dan digantikan dengan
Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003.
2. Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Kelantan) 1988 telah digantikan dengan Kaedah-
Kaedah Peguam Syarie (Kelantan) 2000.
3. Peraturan-Peraturan Peguam Syariah (Pahang) 1990 telah dibatalkan dan digantikan
dengan Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Pahang) 1995.
4. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 1991 telah dimansuhkan dan digantikan
dengan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 2008.
5. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2011 telah dibatalkan dan
digantikan dengan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sembilan 2012.
6. Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i (Terengganu), 1987 telah dibatalkan dan digantikan
dengan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Terengganu) 2015.32
7. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Johor), 1982 telah dibatalkan dan digantikan dengan
Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor), 2015.33
8. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Kedah 1988 telah dimansuhkan dan digantikan dengan
Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah Darul Aman) 2016.34

Negeri Sabah sahaja yang belum mempunyai undang-undang kecil berkaitan peguam syarie.
Walaubagaimanapun, peruntukan umum berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Seksyen
32, Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004.

Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Pahang), 1995 pernah dipinda sebanyak 3 kali iaitu pada
tahun 2011, 2013 dan 2015. Manakala Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003 pernah
dipinda sekali pada tahun 2015 dengan meminda Kaedah 25 berkenaan keanggotaan
Jawatankuasa Rayuan. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor, 2008 dan Kaedah-Kaedah
Peguam Syarie (Wilayah Persekutuan), 1993 dalam proses untuk dipinda.35

Terkini, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan Peguam Syarie yang sedang berkuatkuasa


di negeri-negeri adalah sebagaimana berikut :

31 Mula berkuatkuasa mulai 1hb. Jun 1995.


32 Mula berkuatkuasa pada Jun 2015.
33
Berkuatkuasa pada 29 September 2016.
34 Mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2016.
35 Penulis terlibat dalam Jawatankuasa Pindaan kaedah-kaedah tersebut.

8
9

JADUAL 2
Senarai Terkini Kaedah/Peraturan Peguam Syarie Mengikut Negeri

NEGERI KAEDAH/PERATURAN
Johor Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor), 2015.
Kedah Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah Darul Aman), 2016.36
Kelantan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kelantan), 2000.37
Melaka Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka), 1989.
N.Sembilan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan), 2012. 38
Pahang Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Pahang), 1995. 39
Perak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak), 2003.40 (Pindaan 2015)41
Perlis Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis), 1995.
P.Pinang Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Pulau Pinang), 1997.
Sabah tiada
Sarawak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Sarawak), 1992.
Selangor Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor), 2008.42
T’ganu Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Terengganu), 2015.
W.P Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan),
1993.

Sumber : Enakmen-enakmen dan Kaedah-kaedah yang sedang berkuatkuasa.

REALITI SEMASA PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA

Perbezaan Peruntukan Undang-Undang Berhubung Peguam Syarie

Peruntukan berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri atau dalam Enakmen Mahkamah Syariah Negeri.43 Akan tetapi, peruntukan-peruntukan
tersebut BERBEZA antara satu negeri dengan negeri yang lain dari segi seksyen dan
peruntukan. Senarai Seksyen dan Enakmen di negeri-negeri yang berkaitan Peguam Syarie
adalah sebagaimana di dalam JADUAL 1 yang tersebut di atas.

Sebagai perbandingan perbezaan peruntukan antara negeri-negeri, Penulis mengemukakan


beberapa contoh-contoh peruntukan seperti berikut –

Seksyen 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 memperuntukkan –

36 Menggantikan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 1988.


37 Menggantikan Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Kelantan), 1988.
38 Menggantikan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan), 2011.
39 Menggantikan Peraturan-Peraturan Peguam Syariah (Pahang), 1990.
40 Menggantikan Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Perak), 1980.
41 Pindaan 2015 - Kaedah 2. Pindaan kaedah 25. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perak) 2003 [Pk.P.U. 17 tahun 2003],

dipinda dalam kaedah 25 dengan menggantikan subkaedah (2) dengan subkaedah yang berikut: -“(2) Jawatankuasa Rayuan
hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang dilantik oleh Majlis dari kalangan orang yang mempunyai kompeten dan
pengalaman dalam hal undang-undang.” Dibuat 6 Julai 2016 [JKSPk. 600-1/1/5; PU.Pk. 70/2003].
42 Menggantikan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor), 1991.
43 Di Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak, peruntukan berhubung Peguam Syarie terdapat dalam Enakmen/Ordinan

Mahkamah Syariah.

9
10

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2),(3) dan (4), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang
mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi
mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.
(2) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan untuk –
(a) mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam Syarie; dan
(b) mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.
(3) Walau apa pun subseksyen (1) –
(a) mana-mana anggota dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau
(b) mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman 1971, boleh bertindak
sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah
Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa-kuasa di bawah
Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] dan Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] atau mana-
mana undang-undang bertulis tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai
Peguambela dan Peguamcara di bawah Akta itu.
(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam
Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di
Malaysia bolehlah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Johor apabila permohonan dibuat
olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima
sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.
(5) Seseorang yang sebelum saja seksyen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi seorang Peguam
Syarie di bawah Enakmen terdahulu hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah diterima
menjadi seorang Peguam Syarie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi
pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah itu.
(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada
seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di
dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di
hadapannya.

Seksyen 28, Ordinan Mahkamah Syariah (Sarawak), 2001 memperuntukkan –

(1) Tertakluk kepada subsekyen (2) dan (3), Ketua Hakim Syar'ie Negeri boleh, apabila dibayar fi yang
ditetapkan, menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi
tentang Undang-Undang Islam dan Enakmen-Enakmen mengenai hal ehwal Islam yang berkuat kuasa
dalam Negeri, menjadi Peguam Syar'ie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di
hadapan Mahkamah Syariah.
(2) Ketua Hakim Syar' ie boleh membuat kaedah-kaedah untuk-
(a) mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam
Syar'ie; dan
(b) mengawal selia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syar'ie.
(3) Walau apapun subseksyen (1) –
(a) mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau
(b) mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26], boleh bertindak
sebagai Peguam Syar'ie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam
Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa
Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau Ordinan Peguambela Sabah [Bab 2] atau
Ordinan Peguambela Sarawak [Bab 110] tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai
Peguambela dan Peguamcara di bawah Akta atau Ordinan-Ordinan itu.
(4) Walau apapun subsekyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi Peguam Syar'ie di
bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia
boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, hendaklah diterima sebagai Peguam Syar'ie bagi negeri Sabah
apabila permohonan dibuat olehnya dan diluluskan oleh Ketua Hakim Syar'ie Negeri dengan
menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syar'ie di
Negeri lain itu.
(5) Seseorang yang, sebelum sahaja Enakmen ini mula berkuat kuasa telah diterima menjadi Peguam
Syar'ie di bawah Enakmen dimansuhkan hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dan apa-apa kaedah
mengenai Peguam Syar'ie yang dibuat di bawah Enakmen ini, disifatkan telah diterima menjadi Peguam
Syar'ie dan hendaklah berhak hadir di mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak
kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.
(6) Walau apa-apa juga yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang
pun, selain Peguam Syar'ie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-

10
11

mana Mahkamah Syariah bagi mewakili mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan
Mahkamah itu.

Seksyen 59, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993


memperuntukkan –

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Majlis boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai
pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak-
pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.
(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-kaedah—
(a) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan fee-fee bagi penerimaan
Peguam Syarie; dan
(b) untuk mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), Majlis boleh mengecualikan mana-mana anggota Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan Persekutuan atau mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3
Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] daripada peruntukan seksyen ini.
(4) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, tiada
seorang pun selain daripada Peguam Syarie atau orang yang dikecualikan di bawah subseksyen (3)
berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa
prosiding di hadapannya.

Ulasan & Analisa

Kebanyakan negeri memperuntukkan perkara berhubung Peguam Syarie dalam Enakmen


Pentadbiran Agama Islam, kecuali negeri Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak yang
memperuntukkannya dalam Enakmen/Ordinan Mahkamah Syariah. Secara umumnya,
Peguam Syarie ialah seseorang yang telah diterima atau diterima masuk atau diberi surat
kuasa atau dilantik sebagai Peguam Syarie menurut peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama
Islam atau Enakmen Mahkamah Syariah.

Bersumberkan punca kuasa dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam atau Enakmen/Ordinan
Mahkamah Syariah inilah, negeri-negeri telah mewujudkan Kaedah-Kaedah atau Peraturan-
Peraturan Peguam Syarie Negeri, sebagaimana dalam Jadual 1 tersebut di atas.

Kebanyakan undang-undang negeri memberikan kuasa kepada Majlis untuk menerima atau
menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang
Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie, kecuali Kelantan memberikan kuasa tersebut kepada
Qadhi Besar, Sabah dan Sarawak memberikan kuasa tersebut kepada Ketua Hakim Syarie
Negeri.

Undang-undang negeri juga memberikan kuasa kepada Majlis untuk membuat peraturan bagi
mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam Syarie dan
mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie. Di Sabah dan Sarawak,
kuasa tersebut diberikan kepada Ketua Hakim Syarie negeri.

Satu isu hangat yang pernah timbul berkaitan dengan peruntukan yang menyebutkan “Majlis
boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi
tentang Hukum Syarak menjadi Peguam Syarie…”.

11
12

Isu tersebut timbul apabila Victoria Jayaseele Martin, 51, yang memperolehi Diploma dalam
Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) pada 2004, telah memohon untuk diterima sebagai Peguam Syarie di Wilayah
Persekutuan. Permohonannya ditolak oleh Jawatankuasa Peguam Syarie pada 9 September
2009 dengan alasan bahawa permohonannya tidak dapat diproses kerana syarat utama
pemohon mesti merupakan seorang Islam.

Victoria kemudiannya memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi tetapi ditolak oleh
mahkamah yang berpendapat MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk
menetapkan peraturan menerima Peguam Syarie. Victoria tidak berpuashati dengan
keputusan tersebut dan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Pada 21 Jun 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) bertindak di luar batas undang-undang ketika enggan memproses
permohonan Victoria untuk beramal sebagai Peguam Syarie. Panel tiga hakim diketuai oleh
Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin
dan Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan
peguam berkenaan. Mahkamah memutuskan bahawa pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-
Kaedah Peguam Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam saja layak memohon
sebagai Peguam Syarie sudah melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Mereka berpendapat bahawa perkataan ‘mana-mana orang’ yang dinyatakan dalam Seksyen
59 (1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk
orang yang bukan Islam. Mahkamah berpendapat, jika niat badan perundangan adalah untuk
menghalang orang bukan Islam diterima sebagai Peguam Syarie, maka ia harus dinyatakan
dalam akta itu. Hampir keseluruhan negeri mempunyai peruntukan seperti tersebut, iaitu
menggunakan perkataan ‘mana-mana orang.’44

Isu tersebut telah dirayu dan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac 2016
yang mengubah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Mahkamah Persekutuan
membangkitkan persoalan bagaimanakah seorang peguam beragama Kristian hendak
melaksanakan tugas sebagai peguam syarie dan membantu Mahkamah Syariah menegakkan
undang-undang syariah, walhal kepercayaannya nyata bercanggah dengan akidah Islam.
Keputusan majoriti 3-2 itu dicapai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif,
Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Azahar Mohamed manakala keputusan menentang dicapai
oleh Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Zaharah Ibrahim.

44 Lihat Fasal 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 ; Seksyen 46, Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 2008
; Seksyen 18, Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982 ; Seksyen 68, Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Melaka) 2002 ; Seksyen 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 ; Seksyen 69 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam (Perak) 2004 (Pindaan 2009) ; Seksyen 80, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perlis) 2006 ; Seksyen 80,
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004 ; Seksyen 32, Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004 ; Seksyen
28, Ordinan Mahkamah Syariah (Sarawak) 2001 ; Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ; Seksyen
57, Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001 ; Seksyen 59, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

12
13

Jika keputusan Mahkamah Persekutuan adalah sebaliknya, sudah tentu maka ia akan memberi
kesan yang besar terhadap peruntukan yang sedia ada serta kesan terhadap profesion
guaman syarie di Negara ini. Keputusan tersebut sepatutnya menjadi iktibar, pengajaran dan
panduan kepada pihak berkuasa negeri untuk membuat penyelarasan dan/atau
penyeragaman terhadap peruntukan tersebut.

Perbezaan Kelayakan Dan Syarat


Untuk Diterima Masuk Sebagai Peguam Syarie

Berdasarkan punca kuasa yang diberikan oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Enakmen
Undang-Undang Islam atau Enakmen/Ordinan Mahkamah Syariah, hampir semua negeri telah
mengadakan Kaedah-kaedah atau Peraturan-peraturan berhubung kelayakan, syarat
perlantikan, tatacara penerimaan masuk, kod etika, jawatankuasa perlantikan, dan
sebagainya.

Sebagai perbandingan, Penulis kemukakan beberapa peruntukan dalam Kaedah Peguam


Syarie Negeri berhubung syarat dan kelayakan untuk diterima masuk sebagai seorang Peguam
Syarie, iaitu Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (1993), Kaedah-Kaedah
Peguam Syarie Pulau Pinang (1997), dan Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Kedah Darul
Aman (2016), sebagaimana berikut :

Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993


memperuntukkan –

Seseorang boleh diterima menjadi Peguam Syarie jika dia –


(a)
(i) seorang Islam dan telah lulus peperiksaan akhir yang membawa kepada ijazah sarjana muda Syariah
dari mana-mana universiti atau mana-mana institusi pengajian Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia; atau
(ii) seorang Islam yang menjadi anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan Persekutuan; atau
(iii) seorang Islam yang menjadi peguambela atau peguamcara yang didaftarkan di bawah Akta Profesion
Undang-Undang 1976; atau
(iv) telah berkhidmat sebagai Hakim Syarie atau Kathi dengan mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia
selama tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun;
(b) telah mencapai umur dua puluh satu tahun;
(c) berkelakuan baik dan-
(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah;
(ii) tidak pernah dihukum menjadi seorang bankrap;
(d) seorang Warganegara Malaysia; dan
(e) sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara, telah lulus peperiksaan Sijil Peguam Syarie.

Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Pulau Pinang 1997 memperuntukkan –

Mana-mana orang yang memenuhi syarat-syarat yang berikut adalah layak untuk dilantik menjadi
Peguam Syarie -
(a) seorang Pegawai Undang-Undang Kerajaan Persekutuan;
(b) seorang Pengamal Undang-Undang yang memiliki sijil yang sah dikeluarkan di bawah Akta
Profesion Undang-Undang, 1976 [Akta 166]; atau
(c) seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun; dan
(d) seseorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Undang-Undang
yang diiktiraf oleh MAINPP dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan
Persekutuan; dan

13
14

(e)
(i) telah mendapat latihan profesional yang diiktirafkan oleh MAINPP di dalam bidang kehakiman
Islam; atau
(ii) berkemahiran dalam Hukum Syarak; dan
(f) berkelakuan baik, dan-
(i) tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah
(di bawah mana-mana undang-undang bertulis) yang menjadikannya tidak layak menjadi seorang
Peguam Syarie; atau
(ii) tidak pernah dihukum menjadi seorang bankrap; atau
(iii) tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan dalam
paragraf 33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (I) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 55]; dan
(g) seorang warganegara Malaysia.

Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Kedah Darul Aman 2016 memperuntukkan-

(1) Tertakluk kepada subperaturan (4), mana-mana orang yang memenuhi syarat yang berikut adalah
layak untuk menjadi seorang Peguam Syarie:
(a) seorang yang beragama Islam;
(b) seorang warganegara Malaysia;
(c) berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-
apa kesalahan jenayah (di bawah undang-undang bertulis), bukan seorang yang bankrap atau tidak
pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan di dalam
perenggan 33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360];
(d) tidak dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas kapasitinya sebagai seorang peguam bela dan
peguam cara;
(e) memiliki kelayakan akademik-
(i) Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di dalam
subperaturan (2); atau
(ii) seorang peguam bela dan peguam cara dan mempunyai diploma lepasan ijazah dalam bidang
Undang-undang Syariah dan amalan dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah menjalani latihan dalam kamar tidak kurang
daripada tiga bulan; dan
(f) telah lulus ujian bertulis atau temu duga atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa.
(2) Penerimaan masuk mana-mana pemohon sebagai Peguam Syarie di bawah subperenggan (1)(e)(i)
hendaklah tertakluk kepada syarat berikut:
(a) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana institusi pengajian tinggi
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia selain daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dia
hendaklah juga memiliki-
(i) diploma dalam jurusan undang-undang pentadbiran kehakiman Islam daripada Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia; atau
(ii) mana-mana diploma lepasan ijazah yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan
(iii) telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan di mana-mana firma guaman syarie;
dan
(b) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-
undang (Syariah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau setaraf dengannya, dia telah
tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan dari mana-mana firma guaman syarie, dengan
syarat Jawatankuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan seseorang berkelayakan
daripada menjalani sesuatu tempoh latihan dalam kamar atau sebahagian daripadanya apabila
permohonan dibuat kepadanya dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan bahawa ada hal
keadaan yang mewajarkan tempoh latihan dalam kamar itu dikecualikan atau dipendekkan.
(3) Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah
menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum
sahaja latihannya bermula.
(4) Penasihat Undang-Undang Negeri, Peguam Kanan Persekutuan dan Peguam Persekutuan di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah atau pegawai yang dilantik di bawah Akta Bantuan Guaman
1971 [Akta 26] dan Pegawai Syariah hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai Peguam Syarie oleh
Majlis di bawah Peraturan-Peraturan ini dan peraturan 9 adalah tidak terpakai bagi pegawai itu dan,

14
15

pegawai itu boleh, jika tugas rasmi memerlukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana
Mahkamah.

Untuk memudahkan perbincangan dan perbandingan, Penulis telah membuat jadual ringkas
tentang kelayakan dan syarat Peguam Syarie di negeri-negeri sebagaimana di dalam Jadual
3 seperti berikut :

JADUAL 3
Jadual Kelayakan & Syarat Penerimaan Masuk Peguam Syarie
Berdasarkan Kaedah-Kaedah/Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Negeri

J K K M N P P P P S S S T W
O E L E . A E E . A A ‘ ‘G .
KELAYAKAN DAN SYARAT H D A L S H R R P B R N A P
PENERIMAAN MASUK O A N A M A A L N A A G N
R H T K B N K I G H W O U
A A L G S A R
N N K
Beragama Islam √ √ √ - √ √ √ - - - √ √ √
Warganegara Malaysia √ √ √ - √ √ √ √ √ √ √ √ √
Berkelakuan baik dan tidak pernah √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
disabitkan dengan apa-apa
kesalahan jenayah
Bukan seorang bankrap √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ -
Tidak didapati bersalah menurut √ √ - - √ - - √ √ - √ √ √
Seksyen 33 (6)(a),(b),(c),(e),(f),
(h),(k),(l) Akta Kebankrapan 1967
[Akta 55].
Tidak dipecat, hilang kelayakan √ √ - - √ - - - - - √ √ -
atau digantung (atas kapasiti)
sebagai Peguambela &
Peguamcara
Ijazah Sarjana Muda Syariah √ √ - - √ √ √ √ - √ √ √ √
Seorang Peguambela & - - √ - - √ √ √ √ √ - - -
Peguamcara yang didaftarkan di
bawah Akta Profesion Undang-
Undang 1976
Seorang Peguambela & √ √ - - √ - √ - - - √ √ -
Peguamcara dan mempunyai
diploma lepasan ijazah dalam
Undang-Undang Syariah dan
Amalan
Lulus ujian bertulis atau temuduga √ √ - - √ - √ - - - √ √ -
atau kedua-duanya sekali
Memiliki Diploma lepasan Ijazah √ √ - - √ - √ - - - √ √ -
dalam bidang undang-undang
Syariah
Sarjana Muda Undang-Undang & √ √ - - √ - - - √ - √ √ -
Sarjana Muda Syariah (LLB.S)
Latihan dalam kamar √ √ - - √ - - - - - √ - -
Penasihat Undang-Undang Negeri, - √ - - - - - √ - - √ √ -
Pegawai Syariah di Pejabat
Penasihat Undang-Undang Negeri
Pegawai yang dilantik bawah Akta - √ √ - - - √ - - - √ √ -
Bantuan Guaman 1971

15
16

Anggota perkhidamatan - - √ - - - √ √ √ √ √ - √
kehakiman dan perundangan
Persekutuan
Umur (18 tahun, 21 tahun) - - √ - - √ √ - √ - - - √
Peguambela dan Peguamcara - - √ - - √ - - - - - - √
telah lulus peperiksaan Sijil
Peguam Syarie
Jurusan perundangan Islam - - √ - - - - - - - - - -
Tidak melakukan kesalahan - - - √ - - - - - - - - -
menghina Mahkamah Syariah
Tidak mengemukakan keterangan - - - √ - - - - - - - - -
palsu dalam Mahkamah Syariah
Pemastautin tetap √ - - - √ - √ - √ - - -
Lulus Peperiksaan Sijil Peguam √ - - - - - - - - √ - - √
Syarie
Telah berkhidmat sebagai - - - - - √ √ - - - - - √
Qadhi/Kadhi/Pegawai Hal Ehwal
Islam negeri atau
Persekutuan/Hakim Syarie
Telah dilantik sebagai Peguam - - - - - - √ - - - - - -
Syarie oleh mana-mana pihak
berkuasa agama Negeri
Telah mendapat latihan - - - - - - - √ √ √ - - -
profesional dalam bidang
kehakiman Islam
Berkemahiran dalam Hukum - - - - - - - √ √ √ - - -
Syarak
J K K M N P P P P S S S T W
O E L E . A E E . A A ‘ ‘G .
KELAYAKAN DAN SYARAT H D A L S H R R P B R N A P
PENERIMAAN MASUK O A N A M A A L N A A G N
R H T K B N K I G H W O U
A A L G S A R
N N K

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Ulasan & Analisa

Nama statut
Sebahagian besar negeri menamakan undang-undang kecil Peguam Syarie dengan nama
Kaedah-Kaedah Peguam Syarie, kecuali Pahang dan Kedah yang menamakannya sebagai
Peraturan-Peraturan Peguam Syarie. Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Melaka adalah antara
peraturan kecil yang paling lama iaitu tahun 1889. Sebelum ini Kaedah-Kaedah Peguam Syarie
yang paling lama ialah di Johor (1982), tetapi telah berlaku pindaan pada 2015. Negeri Sabah
belum mempunyai peraturan kecil Peguam Syarie. Dalam usaha penyeragaman undang-
undang syariah di negara ini, nama statut adalah perkara utama yang perlu diselaraskan
antara semua negeri supaya tidak lagi berlaku sebarang perbezaan.

Islam
Negeri-negeri yang meletakkan syarat Islam ialah :

16
17

JADUAL 4
Senarai Negeri Yang Memperuntukkan “Islam” Sebagai Syarat Kelayakan

NEGERI KELAYAKAN ISLAM


Johor √
Kedah √
Kelantan √
Melaka -
N.Sembilan √
Pahang √
Perak √
Perlis -
P.Pinang -
Sabah -
Sarawak -
Selangor √
T’ganu √
W.P √

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri yang sedang berkuatkuasa.

Negeri Melaka, Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak tidak meletakkan syarat Islam bagi Peguam
Syarie. Ini bermaksud, bukan Islam juga boleh memohon sebagai Peguam Syarie di empat
negeri tersebut. Oleh sebab itulah Victoria Jayaseele Martin yang masih tidak berpuashati
dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac 2016 telah menulis surat kepada SS
Mufti Negeri Perlis memohon beliau diterima sebagai Peguam Syarie di negeri tersebut.45

Rentetan daripada itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia cawangan Negeri Perlis (PGSMPs)
telah mengadakan kunjungan hormat bersama YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis pada 6
Jun 2017 dan mengemukakan pendirian Persatuan menolak sama sekali sebarang usaha
membenarkan bukan Islam beramal sebagai Peguam Syarie di negeri tersebut atau di mana-
mana negeri sekalipun.

Penulis menggesa negeri-negeri yang tidak meletakkan syarat Islam dalam Kaedah-Kaedah
Peguam Syarie supaya berbuat demikian. Pemerintah mempunyai kuasa eksklusif untuk
membuat peraturan menyekat kehadiran bukan Islam di mahkamah syariah, atas kepentingan
umat Islam, mengelakkan mudarat tertentu atau yang bersifat mendatang.

Pada Disember 2010, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
telah membuat keputusan menolak pelantikan individu bukan Islam sebagai Peguam Syarie.
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ini sepatutnya diraikan dan diiktiraf di
peringkat negeri, dengan memasukkan syarat Islam dalam Kaedah-kaedah Peguam Syarie,
bagi negeri-negeri yang belum berbuat demikian.

45
SS Mufti Perlis adalah salah seorang Ahli Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Perlis selain Ketua Hakim
Syarie sebagai Pengerusi ; Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah sebagai setiausaha ; Pendakwa Syarie; Tuan
Zulmi Bin Sabri (Pengerusi PGSMPs) sebagai wakil Peguam-Peguam Syarie; dan seorang lagi Ahli Majlis yang
berkemahiran dalam Hukum Syarak.

17
18

Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac 2016 yang mengubah
keputusan Mahkamah Rayuan sepatutnya menjadi pencetus kepada pihak berkuasa negeri
untuk membuat pelarasan terhadap peruntukan dan kaedah undang-undang berkaitan syarat
Islam tersebut.

Ijazah Syariah
Dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Kelantan (2000) tidak memperuntukkan secara nyata
bahawa lulusan Syariah boleh diterima masuk sebagai Peguam Syarie. Kaedah 9
memperuntukkan - “Seseorang boleh diterima menjadi peguam Syarie, jika dia
(a) (i) seorang Islam dan mempunyai kelayakan yang ditetapkan di bawah Seksyen 18 (2)
Enakmen. “ Menurut Seksyen 18 (2) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan)
1982, seseorang itu disifatkan sebagai layak dan berkemahiran di dalam perkara berkenaan
dengan Hukum Syarak untuk memohon sebagai Peguam Syarie, jika dia seorang pemegang
ijazah dalam jurusan perundangan Islam dari mana-mana pusat pengajian tinggi yang diiktiraf
oleh Kerajaan atau seseorang yang pernah berkhidmat sebagai Qadhi bagi suatu tempoh tidak
kurang daripada sepuluh tahun.46

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka) 1982 juga tidak menyatakan lulusan Syariah boleh
diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie. Seksyen 68 (1) Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Melaka) 2002 hanya menyatakan peruntukan umum bahawa Majlis boleh menerima
mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum Syarak
sebagai Peguam Syarie.

Dalam sub-Seksyen 9 (d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang), seseorang


berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf
oleh Majlis adalah layak dilantik menjadi Peguam Syarie. Perkataan ‘dan’ digunakan dalam
peruntukan tersebut. Ini bermaksud bahawa pemohon yang berkelulusan Sarjana Muda
Syariah masih tidak boleh memohon sebagai Peguam Syarie di Pulau Pinang, kecuali yang
berkelulusan Sarjana Muda Syariah dan Sarjana Muda Undang-Undang atau dikenali sebagai
LLB.S (double degree).47

Maka, menurut kaedah-kaedah ini, secara literalnya lulusan Syariah tidak boleh memohon
sebagai Peguam Syarie di Johor dan Pulau Pinang. Jadi bagaimanakah lulusan Syariah
diterima masuk sebagai Peguam Syarie di negeri-negeri tersebut?

Secara alternatifnya, Pemohon yang berkelulusan Ijazah Syariah masih boleh diterima masuk
sebagai Peguam Syarie di negeri-negeri yang tidak mempunyai peruntukan tersebut, dengan
menggunapakai peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam, dengan syarat
pemohon tersebut telah pun mempunyai Sijil Peguam Syarie mana-mana negeri lain. Sebagai
contoh, Seksyen 80 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004
memperuntukkan bahawa –

46 Kaedah 9 (a)(i) Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kelantan) 2000 dibaca bersama Seksyen 18 (2) Enakmen Pentadbiran
Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982.
47 Kursus yang ditawarkan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

18
19

“Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menjadi seorang Peguam
Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri di
Malaysia hendaklah diterima sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Pulau Pinang apabila permohonan
dibuat olehnya kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah
diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.”

Peruntukan ini memberikan kuasa kepada Majlis untuk menerima mana-mana orang yang
telah diterima menjadi seorang Peguam Syarie di mana-mana Negeri di Malaysia, dengan
orang itu mengemukakan permohonan kepada Majlis dan menyertakan bukti (Sijil Peguam
Syarie) yang menunjukkan bahawa dia telah diterima sebagai Peguam Syarie di Negeri lain
itu. Peruntukan yang sama juga terdapat di negeri Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, dan Terengganu.48

Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah
Persekutuan menyebutkan secara jelas bahawa lulusan Sarjana Muda Syariah boleh diterima
sebagai Peguam Syarie.

Kaedah-kaedah Peguam Syarie yang ada tersebut adalah merupakan undang-undang


berkenaan dengan profesion guaman syarie. Adalah menjadi suatu yang agak pelik dan
janggal apabila undang-undang berkaitan profesion kepeguaman syariah, tetapi tiada
peruntukan untuk lulusan Syariah memohon sebagai Peguam Syarie. Maka, adalah wajar bagi
negeri-negeri tiada peruntukan untuk lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah diterima masuk
sebagai Peguam Syarie, segera memasukkan peruntukan demikian.

Peguambela dan Peguamcara


Hampir kesemua Kaedah-kaedah Peguam Syarie Negeri membenarkan Peguambela dan
Peguamcara yang telah didaftarkan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 untuk
diterima masuk sebagai Peguam Syarie, kecuali Melaka tidak memperuntukkannya secara
jelas tentang perkara tersebut.49

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Johor50, dan Negeri Sembilan51 mensyaratkan seorang
Peguambela dan Peguamcara memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang
setaraf dengannya.

Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah), 2016 mensyaratkan seorang Peguambela dan


Peguamcara juga disyaratkan mempunyai diploma lepasan ijazah dalam bidang Undang-
undang Syariah dan amalan dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah menjalani latihan dalam kamar tidak kurang
daripada tiga bulan.52

48 Lihat juga Fasal 80 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003 ; Seksyen 46 (4) Enakmen Mahkamah Syariah
(Kedah) 2008 ; Seksyen 68 (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Melaka) 2002 ; Seksyen 57 (4) Enakmen Pentadbiran
Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 2001.
49 Lihat Kaedah 6, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka).
50
Kaedah 9 (1) (g) (iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015.
51 Kaedah 9 (1)(g)(iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012.
52 Kaedah 9 (1)(e)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 2016.

19
20

Di Perak, seorang Peguambela dan Peguamcara juga disyaratkan memiliki Diploma Undang-
Undang Syariah dan Amalan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau setaraf
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.53

Di Selangor, seorang Peguambela dan Peguamcara bukan sahaja disyaratkan mempunyai


Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang undang-undang dan amalan dari universiti yang diiktiraf
kerajaan, malah juga perlu menjalani latihan dalam kamar selama tidak kurang tiga bulan
dengan seorang Peguam Syarie yang aktif beramal selama tempoh tidak kurang tujuh tahun.54

Di Terengganu, seorang Peguambela dan Peguamcara juga disyaratkan mempunyai Diploma


atau Ijazah dalam bidang Undang-Undang atau Undang-Undang Syariah dari mana-mana
Universiti atau Institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dan telah lulus
ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa. 55

Manakala di Negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan, seorang Peguambela dan Peguamcara boleh memohon sebagai Peguam Syarie
walaupun tidak memiliki Diploma lepasan ijazah atau menjalani latihan dalam kamar untuk
tempoh tertentu.

Penulis berpandangan, syarat memiliki Diploma lepasan ijazah bagi Peguambela dan
Peguamcara ini sepatutnya diwajibkan dan diselaraskan ke negeri-negeri lain. Bagi
Peguambela dan Peguamcara yang berhasrat untuk beramal di Mahkamah Syariah, Diploma
lepasan Ijazah tersebut sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penguasaan hukum hakam
Syariah, seterusnya dapat mempertingkatkan tahap professional Peguam Syarie. Jika lulusan
Ijazah Syariah pun dikehendaki mempunyai Diploma lanjutan Syariah tersebut, maka apatah
lagi bagi seorang Peguambela dan Peguambela yang tidak belajar tentang syariah di peringkat
sarjana muda.

Diploma Lepasan Ijazah


Di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor, dan Terengganu, lulusan Ijazah
Sarjana Muda Syariah disyaratkan juga memiliki diploma lepasan ijazah atau Diploma lanjutan
(post graduate diploma) iaitu Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), atau Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam
daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), atau mana-mana diploma lanjutan yang
setaraf daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Diploma lanjutan tersebut dikatakan lebih menekankan teori dan amalan merangkumi bidang
feqah dan prosiding di mahkamah syariah, bertujuan meningkatkan penguasaan syariah dan
mempertingkatkan tahap professional Peguam Syarie, terutama bagi lulusan sivil yang bukan
lulusan Syariah.

53 Kaedah 9 (c), Kaedah-Kaedah Peguam Syariah (Perak) 2003.


54 Lihat Kaedah 8 (1)(e)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008.
55
Lihat Kaedah 16 (1)(e)(ii) dan (f), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Terengganu) 2016.

20
21

Jika benar itulah tujuan Diploma tersebut diwajibkan, kenapa syarat untuk memiliki Diploma
tersebut tidak dilaksanakan oleh negeri-negeri lain? Setakat ini, hanya lima buah negeri sahaja
menjadikannya sebagai syarat kelayakan dalam Kaedah-kaedah Peguam Syarie.56

Adalah munasabah sekiranya syarat memiliki diploma tersebut diwajibkan kepada lulusan
Syariah atau pengajian Islam dari universiti-universiti luar Negara, kerana silibus
matapelajaran lebih kepada undang-undang di Negara tersebut. Persoalannya, mengapakah
lulusan Syariah dari universiti tempatan juga dibebankan dengan syarat memiliki diploma
lanjutan tersebut sedangkan apa yang dipelajari di peringkat diploma lanjutan tersebut hampir
atau lebih kurang sama dengan apa yang dipelajari di peringkat sarjana muda?

Umur
Negeri Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Selangor dan Terengganu tidak
menyebutkan had umur yang melayakkan seseorang memohon sebagai Peguam Syarie. Johor
dan Kedah mensyaratkan pemohon mestilah berumur lebih 18 tahun. Manakala Kelantan,
Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mensyaratkan pemohon mestilah
berumur lebih 21 tahun. Had umur ini juga adalah suatu perkara yang tidak sukar untuk
diselaraskan antara semua negeri. Memandangkan kebanyakan negeri mengkehendaki
pemohon hendaklah memiliki ijazah sarjana muda, maka had umur minima 21 tahun adalah
sesuai dengan mengambilkira tempoh pengajian peringkat ijazah sarjana muda di universiti
tempatan.

Berkelakuan baik
Keseluruhan negeri menitiberatkan soal akhlak dan tingkahlaku seorang Peguam Syarie
dengan mensyaratkan seorang Peguam Syarie hendaklah berkelakuan baik ; dan tidak pernah
disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain dengan apa-apa kesalahan jenayah,
samada di Mahkamah Syariah atau di Mahkamah sivil ; dan bukan seorang yang bankrap
(yang belum dilepaskan), atau dihukum menjadi bankrap atau tidak pernah menjadi bankrap
atau tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang berkaitan
dengan Seksyen 33 (6)(a),(b),(c),(e),(f),(h),(k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 55].57

Negeri Melaka menambah syarat tiada seorang pun layak diterima masuk dan didaftarkan
sebagai Peguam Syarie jika dia telah melakukan suatu penghinaan terhadap mana-mana
Mahkamah Syariah Negeri Melaka atau telah mengemukakan keterangan palsu dalam
Mahkamah Syariah.58

Kedah59, Negeri Sembilan60 dan Selangor61 menambah syarat orang tersebut tidak pernah
dipecat, hilang kelayakan atau digantung sebagai Peguambela dan Peguamcara.

56 Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.


57 Lihat Peraturan 9 (b)(ii), Peraturan-Peraturan Peguam Syarie (Kedah) 1988 ; Kaedah 9 (1)(e), Kaedah-Kaedah Peguam
Syarie (Negeri Sembilan) 2012 ; Seksyen 8 (1)(c)(iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Perlis) 1995 ; dan Kaedah 9 (f)(iii),
Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang) 1997.
58 Kaedah 6 (b) dan (c), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Melaka) 1989.
59 Kaedah 9 (1) (d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 2016.
60 Kaedah 9 (1)(f), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012.
61 Kaedah 8 (1)(d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008.

21
22

Kewarganegaraan
Secara umumnya, sebahagian besar Negeri mensyaratkan Peguam Syarie mestilah seorang
warganegara Malaysia. Negeri Pahang dan Sarawak membenarkan seorang pemastautin tetap
memohon sebagai Peguam Syarie.

Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (double degree)


Di Johor62, Kedah,63 Negeri Sembilan,64 Pulau Pinang65 dan Selangor,66 terdapat peruntukan
tentang lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Ijazah Sarjana Muda Syariah atau
yang setaraf dengannya daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Ijazah
ini lebih dikenali sebagai LLB.S, yakni pelajar akan memperolehi dua ijazah sekaligus, iaitu
sivil dan Syariah (double degree).

Di Negeri Sembilan, lulusan dua ijazah ini tidak perlu lagi mempunyai Diploma lepasan Ijazah
sebagaimana disyaratkan kepada lulusan Sarjana Muda Syariah dan Peguambela dan
Peguamcara. Di Selangor, lulusan dua ijazah ini juga tidak perlu mempunyai Diploma lepasan
Ijazah sebagaimana disyaratkan kepada lulusan Sarjana Muda Syariah dan Peguambela dan
Peguamcara, tetapi dikehendaki menjalani latihan dalam kamar selama sembilan (9) bulan di
mana-mana firma guaman Syarie.

Latihan Dalam Kamar


Setakat ini, Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor sahaja yang memasukkan syarat
latihan dalam kamar kepada pemohon sebagai Peguam Syarie di negeri-negeri tersebut.
Ringkasnya, tempoh latihan dalam kamar di negeri-negeri tersebut adalah sebagaimana
berikut:
JADUAL 5
Negeri-negeri Yang Mensyaratkan Latihan Dalam Kamar

Negeri Kelulusan Tempoh Latihan Syarat Penyelia


Dalam Kamar (Pengalaman)

Negeri Sarjana Muda Syariah 6 bulan 5 tahun


Sembilan
Peguambela & Peguamcara Tiada -
Sarjana Muda Undang-undang dan Tiada -
Syariah (Double Degree)
Selangor Sarjana Muda Syariah 9 bulan 7 tahun
Peguambela & Peguamcara 3 bulan 7 tahun
Sarjana Muda Undang-undang dan 9 bulan 7 tahun
Syariah
(Double Degree)
Kedah Sarjana Muda Syariah 9 bulan 7 tahun
Peguambela & Peguamcara 3 bulan 7 tahun
Sarjana Muda Undang-undang dan 9 bulan 7 tahun
Syariah (Double Degree)

62
Kaedah 9 (1)(g)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015.
63 Lihat Kaedah 9 (1) (2) (b), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Kedah) 2016.
64 Lihat Kaedah 9 (1)(g)(ii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012.
65 Lihat Kaedah 9 (d), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Pulau Pinang) 1997.
66 Lihat Kaedah 8 (2)(b), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008.

22
23

Johor Sarjana Muda Syariah 6 bulan 5 tahun


Peguambela & Peguamcara Tiada -
Sarjana Muda Undang-undang dan Tiada -
Syariah (Double Degree)

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Di Johor dan Negeri Sembilan, sebelum pemohon diterima masuk sebagai Peguam Syarie,
pemohon hendaklah menjalani latihan dalam kamar (chambering) selama enam bulan di
mana-mana firma guaman syarie, di bawah seliaan seorang Peguam Syarie (master) yang
aktif beramal di mana-mana negeri di Malaysia, bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun.
Syarat latihan dalam kamar ini hanya terpakai kepada lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah
sahaja, tidak kepada lulusan dua Ijazah (double degree) atau Peguambela dan Peguamcara.67

Penulis tidak pasti apakah justifikasi dibezakan antara lulusan Sarjana Muda Syariah dengan
lulusan dua Ijazah atau Peguambela dan Peguamcara dalam menjalani latihan dalam kamar.
Berkemungkinan ia mengambilkira bahawa Peguambela dan Peguamcara telah menjalani
latihan dalam kamar selama sembilan bulan di firma guaman sivil sebelum didaftarkan sebagai
Peguambela dan Peguamcara. Namun perlu ditekankan bahawa latihan dalam kamar sivil
amat berbeza dengan latihan dalam kamar Syariah. Tidak semestinya seseorang pelatih itu
turut mempelajari selok-belok undang-undang Syariah dan prosedur Mahkamah Syariah
semasa dia menjalani latihan dalam kamar sivil.

Manakala di Kedah dan Selangor, samada pemohon dari kalangan yang memiliki Ijazah
Sarjana Muda Syariah ; atau Peguambela dan Peguamcara ; atau memiliki dua Ijazah (double
degree), kesemua mereka perlu menjalani latihan dalam kamar sebelum boleh diterima masuk
sebagai Peguam Syarie. Cuma tempoh latihan sahaja yang berbeza di antara ketiga-tiga
kelayakan itu, iaitu selama sembilan (9) bulan bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah68 ;
dan lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah (LLB.S)69 serta selama tidak kurang
tiga (3) bulan bagi Peguambela dan Peguamcara70 ;

Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Peguam Syarie mempunyai budi bicara untuk


mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani sesuatu tempoh latihan dalam
kamar atau memendekkannya, jika permohonan dibuat dengan disokong oleh keterangan
yang memuaskan bahawa wujudnya hal keadaan yang mewajarkan tempoh latihan dalam
kamar itu dikecualikan atau dipendekkan.71

Latihan dalam kamar tersebut hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang
dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada 7

67 Lihat Sub-Kaedah 9 (1) (g) (i), (2) dan (3), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012 dan Sub-Kaedah 9
(1)(g) (i) dan (2) Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Johor) 2015.
68 Lihat Kaedah 8 (2)(a)(iii), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Selangor) 2008 dan Kaedah 9 (2)(a)(iii), Kaedah-Kaedah

Peguam Syarie (Kedah) 2016.


69 Kaedah 8 (2) (b) (Selangor) ; Kaedah 9 (2)(b) (Kedah).
70 Kaedah 8 (1) (e)(ii) (Selangor) ; Kaedah 9 (1)(e)(ii) (Kedah).
71 Kaedah 8 (2)(b).

23
24

tahun bagi Kedah dan Selangor manakala tidak kurang 5 tahun bagi negeri Johor dan Kedah,
sebelum latihannya bermula. 72

Bilakah latihan dalam kamar tersebut sepatutnya bermula dan dikira? Adakah
selepas seseorang itu memperolehi Sarjana Muda Syariah atau diterima sebagai Peguambela
dan Peguamcara, dia boleh terus menjalani latihan dalam kamar, atau ia hanya akan dikira
selepas dia memperolehi Diploma lepasan Ijazah tersebut? Dalam Kaedah-Kaedah kedua-dua
negeri tersebut tidak dinyatakan secara jelas.

Apa yang diamalkan hari ini, apabila seorang graduan tamat pengajiannya di universiti dan
memperolehi ijazah sarjana muda atau graduated, mereka akan terus memohon kepada
mana-mana firma untuk menjalankan latihan dalam kamar. Pada masa yang sama, mereka
akan melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Lanjutan di universiti-universiti sekitar
tempat firma mereka menjalankan latihan dalam kamar.

Berdasarkan kefahaman secara literal, peruntukan dalam ketiga-tiga Kaedah tersebut


mengkehendaki latihan dalam kamar tersebut hanya dikira setelah pemohon memiliki Diploma
lepasan Ijazah, kerana telah menjadi syarat bahawa pemohon perlu memiliki Ijazah Sarjana
Muda dan juga Diploma lepasan Ijazah, sebelum boleh diterima sebagai Peguam Syarie. Maka
sepatutnya tempoh latihan dalam kamar hendaklah dikira bermula selepas pemegang Sarjana
Muda Syariah atau Peguambela dan Peguamcara tersebut memiliki Diploma lepasan Ijazah.
Mereka boleh melakukan latihan dalam kamar sebelum atau semasa mengambil pengajian
peringkat Diploma lanjutan, tetapi menurut kehendak undang-undang, tempoh latihan
tersebut hanya dikira selepas tarikh mereka memperolehi Diploma lanjutan tersebut.

Ada pro dan kontra berhubung perkara ini. Sekiranya latihan dalam kamar tersebut diambilkira
dari tarikh pemohon memperolehi Diploma lepasan Ijazah, maka mereka perlu menunggu lagi
satu atau dua tahun sebelum boleh memohon sebagai Peguam Syarie di Selangor dan Negeri
Sembilan. Walaupun secara secara dasarnya syarat ini adalah baik, iaitu untuk memastikan
calon-calon Peguam Syarie benar-benar mahir dan mempunyai berkualiti, tetapi ia akan
menyebabkan seseorang yang berhasrat menceburi profesion guaman syarie terpaksa belajar
dan menunggu lebih enam tahun sebelum layak memohon sebagai Peguam Syarie. Hanya
orang yang benar-benar mempunyai ketahanan jati diri, ketahanan minda dan tough sahaja
yang akan sabar menunggu dan menceburi bidang ini.

Pada 2015, Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor telah membuat ketetapan bagi
memperincikan dan menjelaskan perkara ini, dengan menetapkan bahawa tempoh latihan
dalam kamar tersebut hendaklah dikira selepas tarikh mereka memperolehi Diploma lanjutan
tersebut. 73

Lulus Peperiksaan atau temuduga


Sebahagian negeri seperti Johor, Kelantan, Pahang, dan Wilayah Persekutuan mensyaratkan
pemohon perlu lulus peperiksaan Sijil Peguam Syarie. Negeri Sembilan mensyaratkan telah

72 Kaedah 8 (3).
73 Penulis adalah salah seorang Ahli dalam Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri Selangor.

24
25

lulus ujian bertulis atau temuduga sekiranya difikirkan perlu.74 Kedah, Perak dan Selangor
menyebutkan telah lulus temuduga atau peperiksaan bertulis atau kedua-duanya, mengikut
kehendak keadaan atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.75

Bagaimana pula hal keadaannya dengan negeri-negeri yang tiada peruntukan tentang syarat
peperiksaan, ujian bertulis atau temuduga dalam Kaedah Peguam Syarie, tetapi mengadakan
atau menjalankan sesi ujian bertulis atau temuduga semasa menerima permohonan
kemasukan Peguam Syarie di Negeri-negeri tersebut? Adakah tindakan ini bertentangan
dengan kehendak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri?

Daripada analisa yang dibuat terhadap kaedah-kaedah Peguam Syarie negeri-


negeri, dapat disimpulkan bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara dari
sudut kelayakan dan syarat penerimaan masuk seorang Peguam Syarie antara
satu negeri dengan negeri yang lain. Seseorang yang berhasrat untuk beramal
sebagai Peguam Syarie perlu membaca empatbelas (14) Kaedah atau Peraturan
yang ada.

Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Terengganu mempunyai syarat
kelayakan akademik yang terkini dan paling ketat berbanding dengan negeri-negeri lain,
kerana kaedah-kaedah ini adalah yang paling terbaharu, iaitu diwartakan pada tahun 2003
(Perak), tahun 2008 (Selangor), tahun 2012 (Negeri Sembilan), tahu 2015 (Terengganu dan
Johor) dan terbaharu 2016 (Kedah). Walaubagaimanapun, masih terdapat perbezaan di
antara Kaedah-Kaedah yang terbaharu tersebut.

Perbezaan Penubuhan, Keanggotaan,


Syarat Lantikan Jawatankuasa Peguam Syarie

Dalam melaksanakan tatacara perlantikan Peguam Syarie, Kaedah-Kaedah Peguam Syarie


atau Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Negeri membenarkan penubuhan satu
jawatankuasa yang dianggotai oleh orang-orang tertentu, untuk suatu tempoh tertentu, serta
dengan syarat-syarat tertentu. Secara ringkasnya, nama dan keanggotaan Jawatankuasa
Peguam Syarie negeri-negeri adalah sebagaimana dalam Jadual 6 berikut:

JADUAL 6
Nama dan Keanggotaan Jawatankuasa Peguam Syarie Negeri-Negeri

Negeri/ Nama Pengerusi Ahli Tetap Ahli dilantik Tempoh S/usaha Elaun Jumlah
Ahli Jawatankuasa lantikan Ahli
Johor Jawatankuasa Penasihat  Ketua Pegawai  Wakil PGSM 3 tahun Ketua ada 6
Peguam Undang2 Eksekutif MAIJ Johor Penolong
Syarie Negeri  Mufti atau wakil Pengarah
 Ketua Hakim UU
Syarie Syariah
 Ketua Pendakwa
Syarie

74Kaedah 9 (1)(h), Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012.


75Kaedah 9 (a)(iv), Kaedah-Kaedah Peguam Syariah (Perak), 2003. Lihat juga Kaedah 8 (1)(f), Kaedah-Kaedah Peguam
Syarie (Selangor) 2008.

25
26

Kedah Jawatankuasa Ketua  Penasihat  Seorang wakil 3 tahun Ketua ada 7


Peguam Hakim Undang2 Negeri Peguam Penolong
Syarie Syarie  Setiausaha Majlis Syarie Pengarah
 Ketua Pendaftar  Seorang yang (UUKI)
JKSN arif dalam
 Ketua Pendakwa Hukum Syarak
Syarie
Kelantan Jawatankuasa Ketua  Pendakwa Syarie 3 orang dilantik 2 tahun Ketua ada 5
Kelayakan & Hakim Sultan Pendaftar
Tatatertib Syarie
Melaka X X X X X X X
Negeri Jawatankuasa Ketua  Penasihat  Wakil Peguam 3 tahun Ketua ada 7
Sembilan Peguam Hakim Undang2 Syarie Pendaftar
Syarie Syarie Negeri/wakil  Seorang
 Hakim Mahkamah berkemahiran
Rayuan Syariah Hukum Syarak
 Hakim Kanan MTS
 Ketua Pendakwa
Syarie
Pahang Jawatankuasa Pengerusi  Penasihat 2 orang dilantik 3 tahun S/usaha ada 5
Peguam Undang2 Negeri Majlis Majlis
Syarie  Ketua Pendakwa
Syarie
Perak Jawatankuasa Ketua  Mufti/wakil Seorang Peguam 2 tahun Ketua ada 5
Penerimaan Hakim  Penasihat Syarie atas syor Pendaftar
Peguam Syarie Undang2 Ketua Hakim
Syarie Negeri/wakil Syarie
 Ketua Bahagian
UU Syariah, JAIP
Perlis Jawatankuasa Pengerusi  Pendakwa Syarie  Seorang wakil 3 tahun Pendaftar ada 5
Peguam dilantik Peguam MTS
Syarie Majlis Syarie
 2 orang Ahli
Majlis
berkemahiran
Hukum Syarak
P.Pinang Jawatankuasa Ahli Majlis  Ketua Pendakwa 2 orang 3 tahun Ketua ada 5
Peguam Syarie berkemahiran Pendaftar
Syarie  Penasihat Hukum Syarak
Undang2
Negeri/wakil
Sarawak Jawatankuasa Hakim  Ketua Pendakwa  Seorang 3 tahun Dilantik ada 6
Peguam MTS Syarie Peguam dari
Syarie  Pendaftar MTS Syarie yang kalangan
dilantik oleh ahli-ahli
KHS
 2 orang ahli
lainberkemahi
ran
Kehakiman
Islam/ Hukum
Syarak
Selangor Jawatankuasa Ketua  Penasihat  Seorang 3 tahun Ketua ada 7
Peguam Hakim Undang2 Peguam Pendaftar
Syarie Syarie Negeri/wakil Syarie
 Seorang Hakim  Seorang
Mahkamah berkemahiran
Rayuan Syariah Hukum Syarak
JKSM
 Seorang Hakim
Kanan MTS
 Ketua Pendakwa
Syarie
T’gganu Jawatankuasa YDP Majlis  Penasihat Tiada Pesuruh- ada 6
Khas Panel Undang2 tempoh jaya HEA
Peguam Negeri/wakil
Syarie  Mufti
 Ketua Hakim
Syarie
 Ketua Pendakwa
Syarie

26
27

 Ketua Pendaftar
MRyS
Wilayah Jawatankuasa Ketua  Peguam 2 orang dilantik 3 tahun Pendaftar ada 5
P’sekutu Peguam Hakim Negara/wakil oleh Majlis MTS
an Syarie Syarie  Ketua Pendakwa
Syarie
Negeri/ Nama Pengerusi Ahli Tetap Ahli dilantik Tempoh S/usaha Elaun Jumlah
Ahli Jawatankuasa lantikan Ahli

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Ulasan & Analisa

Nama Jawatankuasa
Kebanyakan negeri menamakan jawatankuasa yang menerima kemasukan Peguam Syarie
sebagai “Jawatankuasa Peguam Syarie”. Kelantan menamakan sebagai “Jawatankuasa
Kelayakan & Tatatertib”, Perak menamakan sebagai “Jawatankuasa Penerimaan Peguam
Syarie”, dan Terengganu menamakan sebagai “Jawatankuasa Khas Panel Peguam Syarie”. Di
Melaka, tiada peruntukan khusus berhubung Jawatankuasa Peguam Syarie, keanggotaan dan
syarat lantikan.

Keanggotaan Jawatankuasa
Keanggotaan dan bilangan ahli dalam jawatankuasa adalah berbeza di antara negeri-negeri.
Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Peguam Syarie negeri-negeri mempunyai keanggotaan
sekurang-kurangnya 5 orang sehingga 7 orang.

Secara umumnya, Ketua Hakim Syarie akan bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa,
kecuali Johor dipengerusikan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri, Pahang tidak
menamakan jawatan Pengerusi jawatankuasa, Perlis Pengerusi dilantik oleh Majlis, di Pulau
Pinang seorang Ahli Majlis sebagai Pengerusi, di Sarawak Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
sebagai Pengerusi, dan di Terengganu dipengerusikan oleh Yang Di Pertua Majlis.

Secara umumnya juga, Ketua Pendaftar dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa, kecuali
Johor dan Kedah Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Syariah sebagai setiausaha. Di
Pahang, setiausaha Jawatankuasa adalah Setiausaha Majlis, di Sarawak setiausaha dilantik
daripada kalangan ahli jawatankuasa, manakala di Terengganu, Pesuruhjaya Hal Ehwal
Agama sebagai setiausaha jawatankuasa.

Negeri Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan
Terengganu menjadikan Penasihat Undang-undang Negeri atau wakilnya sebagai anggota
dalam Jawatankuasa Peguam Syarie. Manakala di Wilayah Persekutuan, Peguam Negara atau
wakilnya akan berada dalam jawatankuasa tersebut. Tiada peruntukan berhubung Penasihat
Undang-undang Negeri atau wakilnya sebagai anggota dalam Jawatankuasa Peguam Syarie
di Kelantan, Melaka, Perlis, dan Sarawak.

Negeri Johor, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak,
Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan mewajibkan Ketua Pendakwa Syarie atau
Pendakwa Syarie dalam Jawatankuasa Peguam Syarie. Negeri Perak menamakannya sebagai
Ketua Bahagian Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak.

27
28

Negeri Sembilan dan Selangor turut menamakan seorang Hakim Mahkamah Rayuan dan
seorang Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah sebagai ahli Jawatankuasa tersebut.
Peruntukan ini tidak terdapat di negeri-negeri lain. Manakala di Kedah, Setiausaha Majlis
Agama Islam Perlis dinamakan sebagai ahli dalam Jawatankuasa Peguam Syarie. Manakala di
Perak dan Terengganu menamakan Mufti atau wakilnya dalam Jawatankuasa tersebut.

Tempoh lantikan
Kelantan, Perlis dan Sarawak seramai tiga orang ahli Jawatankuasa yang dilantik. Manakala
di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah
seramai dua orang yang dilantik. Di Perak dan Johor seorang sahaja ahli jawatankuasa yang
dilantik. Secara puratanya, seseorang ahli Jawatankuasa yang dilantik hendaklah memegang
jawatan selama tempoh tiga tahun, dan dia adalah layak dilantik semula selepas tamat
tempoh tiga tahun tersebut. Hanya negeri Kelantan dan Perak yang memperuntukkan tempoh
lantikan selama tempoh dua tahun, tetapi boleh dilantik semula selepas tamat tempoh
tersebut.

Wakil Peguam Syarie


Negeri Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sarawak dan Selangor sahaja yang
memperuntukkan wakil Peguam Syarie dalam Jawatankuasa tersebut. Di negeri-negeri lain,
tiada peruntukan untuk wakil Peguam Syarie sedangkan Jawatankuasa tersebut adalah
berkenaan dengan Peguam Syarie.

Sepatutnya setiap negeri perlu mengadakan peruntukan tentang sekurang-kurangnya


seorang wakil daripada Peguam Syarie dilibatkan dalam Jawatankuasa tersebut. Sebagai
alternatif, sehingga sehingga Kaedah atau Peraturan tersebut dipinda, perlantikan wakil
Peguam Syarie boleh dibuat menggunakan peruntukan “yang berkemahiran Kehakiman
Islam/Hukum Syarak” atau “dilantik oleh Majlis”.

Ketidakseragaman keanggotaan Jawatankuasa menyebabkan kesukaran kepada pemohon


sebagai Peguam Syarie. Ada sesetengah negeri permohonan kepada pihak mahkamah, ada
yang dimohon di Majlis Agama Islam. Cara permohonan yang berbeza, borang permohonan
yang berbeza, bayaran permohonan yang berbeza, adalah antara reality dan mehnah yang
perlu ditempuhi oleh seseorang yang mahu menceburi profesion sebagai Peguam Syarie.

28
29

Perbezaan Fee Permohonan, Pendaftaran dan


Sijil Amalan Peguam Syarie

Kadar bayaran bagi Sijil Peguam Syarie Negeri-negeri juga tidak selaras sebagaimana berikut:

JADUAL 7
Jadual Bayaran Fee Permohonan, Pendaftaran & Perbaharui
Sijil Peguam Syarie Mengikut Negeri

NEGERI Fee Fee Pendaftaran Fee Sijil


Permohonan (RM) Amalan/Perbaharui
(RM) (RM)
Johor - 30.00 30.00
Kedah - 500.00 250.00
Kelantan 20.00 10.00 250.00
Melaka 50.00 - 100.00
N.Sembilan - 500.00 100.00
Pahang 10.00 100.00 50.00
Perak 10.00 - 100.00
Perlis - - 100.00
P.Pinang - - 100.00
Sabah - - NIL
Sarawak - 100.00 50.00
Selangor - 500.00 100.00
T’ganu 50.00 - 100.00
W.P 10.00 100.00 100.00

Sumber : Kaedah-kaedah Peguam Syarie di Negeri-negeri

Sekiranya seorang Peguam Syarie memiliki empatbelas (14) sijil Peguam Syarie, maka secara
keseluruhannya beliau perlu membayar sebanyak RM1,430.00 setahun.

Akibat daripada ketidakseragaman ini mengakibatkan perbezaan atau tidak keseragaman


dalam aspek kelayakan, permohonan dan penerimaan masuk, bayaran fee serta tatatertib
Peguam Syarie di seluruh negara. Perbezaan ini mengundang beberapa kelemahan dan
masalah sebagaimana yang dikemukakan tersebut di atas. Peguam syarie perlu mendapatkan
Sijil Peguam Syarie di setiap negeri dan mengisi boring permohonan yang berbeza, membayar
fi yang berbeza bagi melayakkan mereka beramal di Mahkamah Syariah negeri tersebut.
Amalan tersebut tidak praktikal dan menyusahkan kerana perlu mendapatkan sijil di setiap
negeri.

Realitinya seorang Peguam Syarie yang sudah berpengalaman bertahun-tahun dengan


Mahkamah Syariah di sesebuah negeri perlu mengisi borang permohonan dan menjalani
temuduga atau ujian semula jika ingin memohon Sijil Peguam Syarie di negeri lain. Terdapat
kes Peguarn Syarie yang telah lama beramal, tetapi gagal dalam peperiksaan tersebut.
Keadaan ini menunjukkan tidak ada unsur pengiktirafan terhadap kelayakan dan pengalaman
Peguam Syarie tersebut di negeri lain. Adalah lebih praktikal jika terdapat satu pengiktirafan
diberikan oleh semua negeri dengan hanya satu sahaja tapisan. Oleh itu, Peguam Syarie yang
sudah lulus dan memiliki Sijil Peguam Syarie layak diiktiraf di negeri-negeri lain. Keadaan ini
amat jauh berbeza dengan peguam sivil, di mana amalan peguam sivil adalah menyeluruh
untuk satu negara.

29
30

PROSPEK PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA

Peguam Syarie Memainkan Peranan Besar

Suasana di hadapan majlis kehakiman tidak sama bagi semua orang. Ada yang bijak, lancar
dan petah berhujah. Ada yang gugup, kelu, tergamam, gementar dan lain-lain. Menurut Ibnu
Qudir, diharuskan wakil dalam perbalahan sebagai ganti dari kelemahan seseorang untuk
menguruskan kesnya secara sendirian kerana sebab-sebab seperti sakit, tua, cacat dan lain-
lain.76 Jika tidak, sudah tentu akan menyulitkan.

Peguam Syarie berperanan besar untuk mengimbangi antara pihak-pihak yang bertelagah di
hadapan Hakim. Perlu diwujudkan persamaan, terutama apabila salah seorang dari mereka
lebih baik atau lebih pintar dari yang seorang lagi. Malah, Hakim boleh mengarahkan pihak
yang lemah melantik peguam bagi tujuan keseimbangan.

Dalam satu kisah diriwayatkan oleh al-Khusyairi,77 aduan telah dibuat kepada Hakim Ahmad
bin Baqiy oleh dua orang lelaki. Beliau melihat kepada seorang daripadanya dan mendapati
percakapannya baik, dan ditoleh kepada seorang lagi, hakim tidak memahami akan
pertuturannya, tetapi mata orang itu memperlihatkan kebaikan dan kebenaran. Maka ditegur
kepada orang itu – ‘Wahai kamu, sekiranya boleh carikanlah orang lain yang dapat bercakap
bagi pihakmu dan aku dapati kawanmu itu lebih memahami apa yang dicakapkannya.’

Peguam Syarie memainkan peranan penting dalam prosiding Mahkamah samada ianya berada
di pihak yang menuntut (Plaintif) atau pihak yang kena tuntut (Defendan). Peguam Syarie
membantu Mahkamah melicinkan perjalanan perbicaraan, dan seterusnya mempercepatkan
keputusan dibuat. Kejayaan satu-satu kes ataupun sesuatu keputusan adalah bergantung di
atas peranan yang dimainkan oleh Peguam Syarie.

Satu peranan yang amat mengikat Peguam Syarie dalam perbicaraan Syariah peranan dalam
memberi khidmat nasihat agama dan Hukum Syarak kepada anak guamnya, terutama dalam
soal-soal kemusykilan hukum hakam Islam, samada munakahat, muamalat, jinayah dan
sebagainya. Jika nasihat salah yang diberi, maka akan memberi kesan berpanjangan kepada
maqasid Syariyyah, melibatkan agama, hartabenda, nasab keturunan dan sebagainya.

Peguam Syarie juga berperanan memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada anak
guamnya, terutama dalam meredakan tekanan dan soal-soal berkaitan prosiding Mahkamah.
Kadang-kadang perbicaraan mahkamah yang panjang meletakkan anak guam dalam keadaan
tertekan, stres dan sebagainya. Maka mereka boleh memainkan peranan memberikan
kaunseling bagi meredakan tekanan anak guam dengan menasihati supaya bersabar dengan
proses mahkamah.

76 Syamsudin Ahmad, Ibnu Qudir (1970), Nata’iju al-Afkar, Mesir : Syarikah Maktabah wa Ma’ba’ah Mustafa al-Halabi wa
Auladuhu, hlm. 5.
77 Al-Syarkasyi, op.cit., hlm. 8.

30
31

Peguam Syarie juga berperanan menjadi pendamai dan mencari jalan penyelesaian di luar
Mahkamah di antara dua pihak yang bertikai (sulh). Sekiranya setiap Peguam Syarie faham
peranan dan tugas mereka, maka ia akan memudahkan Mahkamah dan mempercepatkan
penyelesaian sesuatu kes perbicaraan. Secara teori dan praktikalnya, penyelesaian secara sulh
antara kedua belah pihak lebih memuaskan hati pihak-pihak kerana ia dicapai secara
persetujuan bersama dan redha-meredhai antara pihak-pihak.

Seseorang tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah, maka Peguam
Syarie boleh mewakilinya untuk membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi, supaya
mendapat keadilan yang sewajarnya. Begitu juga jika seseorang telah disabitkan dengan
sesuatu kesalahan, dan anak guam tidak berpuashati dengan hukuman yang dijatuhkan, maka
Peguam Syarie boleh mewakili anak guamnya untuk membuat rayuan di mahkamah lebih
tinggi, supaya diringankan hukuman,78 dikaji semula atau diketepikan keputusan yang telah
diputuskan. Tugas Peguam Syarie ialah membantu Mahkamah agar dapat menghukum
dengan adil, tepat dan berkesan. Peranan Peguam Syarie dalam proses rayuan adalah lebih
besar berbanding perbicaraan di mahkamah rendah, kerana ia akan melibatkan lebih banyak
tatacara dan proses penghujahan hukum Syarak dan undang-undang.

Peguam Syarie turut berperanan membantu Hakim Syarie berijtihad. Keputusan yang dibuat
di mahkamah sivil tidak sama dengan mahkamah syariah. Di mahkamah sivil, keputusan kes-
kes terdahulu akan mengikat keputusan seorang hakim sedangkan di mahkamah syariah,
keputusan kes terdahulu tidak mengikat. Jadi setiap keputusan adalah ijtihad bagi hakim. Jadi
peranan Peguam Syarie adalah membantu hakim di dalam berijtihad. Maka, sudah tentu
pembantu untuk ijtihad sesuatu hukum, mestilah orang yang juga mahir di dalam hukum itu.

Sebenarnya banyak peranan yang boleh dimainkan oleh Peguam Syarie dalam pengukuhan
dan pemerkasaan institusi guaman syarie di negara ini. Namun peranan ini seakan terbatas
dengan realiti permasalahan sebagaimana yang diutarakan di atas.

Peguam Syarie Adalah Kerjaya Profesional

“Kerja” atau “Pekerjaan” menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Keempat) ialah :
1. Usaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan,
menyediakan, dsb) sesuatu.
2. Pekerjaan sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah.
3. (segala) tugas atau urusan (yg telah ditentukan sbg tanggungjawab), kewajipan,
peranan.
4. Sesuatu (apa sahaja) yg dilakukan, perbuatan.

Manakala istilah "Profesional" diambil dari perkataan Inggeris iaitu “Profession” yang
bermaksud pekerjaan atau kerjaya. “Profesional” menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
(Edisi Empat) ialah :

78Hj. Nadzim Hj. Abdul Rahman, Pendakwaan Dan Pembelaan Di Mahkamah Syariah, Kertas Kerja Seminar Guaman
Syarie Universiti Malaya, pada 19hb. Januari 1991, hlm.24.

31
32

1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang¬-undang, perubatan,


dll.) Contoh: golongan profesional; ahli profesional.
2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk
melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu.
3. melibatkan pembayaran dilakukan sbg mata pencarian, men¬dapat bayaran.
Contoh: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis profesional.
4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahiran) sesuatu
bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional.

Peguam Syarie adalah suatu “pekerjaan profesional” yang berasaskan kepada kemampuan
atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, memerlukan kecekapan dan
memperlihatkan kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang diceburinya, dan ia
melibatkan pembayaran di mana pekerjaan yang dilakukan secara profesional itu merupakan
mata pencarian dan pekerjaan tetapnya.

Selain memiliki keahlian, juga harus memainkan peranan yang sesuai dengan keahlian yang
dimilikinya tersebut. Seorang profesional tidak seharusnya berhenti mendalami bidang
keahlian yang dimiliki. Seseorang profesional juga harus selalu melakukan inovasi serta
mengembangkan kemampuan yang dimiliki supaya mampu bersaing untuk tetap menjadi
yang terbaik di bidangnya. Dalam ertikata lain, seseorang profesional hendaklah memastikan
bahawa ilmu pengetahuannya terkini dan up to date.

Seseorang profesional, khasnya seorang peguam, di bawah undang-undang sivil, mempunyai


kewajipan berhati-hati dan menggunakan kemahiran (duty of care). Di dalam kes Ross v
Caunters [1979] 3 AER 580, ianya menyatakan bahawa peguam mempunyai kewajipan
berhati-hati dan menggunakan kemahiran (duty of care) terhadap pelanggan mereka dan juga
kepada pihak-pihak ketiga yang telah mengalami kerugian atau kerosakan disebabkan
tindakan mereka.

Kerjaya sebagai seorang Peguam Syarie adalah kerjaya yang profesional, bersandarkan
kriteria-kriteria berikut :

 Peguam Syarie bergiat di dalam bidang profesion yang khusus di dalam undang-
undang syarie. Orang-orang selain Peguam Syarie tidak dibenarkan hadir di dalam
sesuatu prosiding Mahkamah Syariah. Seksyen 34 Akta Tatacara Mal Mahkamah
Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 memperuntukkan bahawa seseorang
Peguam Syarie hendaklah dilantik dan berwakalah terlebih dahulu oleh kliennya
menggunakan Borang MS 5, dan borang tersebut hendaklah difailkan, sebelum
Peguam Syarie tersebut boleh mengambil apa-apa tindakan di mahkamah.
 Peguam Syarie melalui proses kemasukan sebagai Peguam Syarie, proses tapisan
kelayakan, menduduki ujian bertulis atau temuduga lisan atau kedua-duanya, malah
kelayakannya berdasarkan ijazah undang-undang atau ijazah Syariah ; dan/atau
diploma lanjutan undang-undang Syariah (post-graduated diploma), atau berdasarkan
pengalaman mengendalikan kes-kes Syariah bagi pihak kerajaan. Sesetengah negeri
mensyaratkan Latihan Dalam Kamar (chambering) antara 3 bulan sehingga 9 bulan.
Oleh yang demikian, proses kemasukan Peguam Syarie memerlukan kelayakan atau

32
33

kemahiran yang khusus yakni undang-undang syariah, bukan diterima masuk secara
sembrono, sewenang-wenang atau sesiapa sahaja boleh menjadi Peguam Syarie, bagi
memastikan peguam syarie tersebut boleh melaksanakannya secara cekap (teratur)
dan dapat memperlihatkan kemahiran tertentu.
 Sebelum diterima masuk, seseorang Peguam Syarie dikehendaki menjelaskan bayaran
penerimaan masuk dengan kadar atau jumlah tertentu, sebelum Sijil Amalan Peguam
Syarie dikeluarkan.
 Penerimaan masuk seseorang Peguam Syarie akan diisytiharkan oleh seorang Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah, dan akan diadakan satu majlis khusus untuk pengisytiharan
tersebut. Setelah diisytiharkan secara, baharulah secara rasmi seseorang itu boleh
digelar sebagai Peguam Syarie.
 Peguam Syarie juga mempunyai pakaian rasmi yang khusus berserta jubah yang
khusus yang mempunyai kod warna yang khusus, semasa mereka hadir di hadapan
Mahkamah Syariah.
 Peguam Syarie juga dikehendaki membuat pembayaran tahunan untuk
memperbaharui lesennya (sebagaimana peguam mahkamah sivil). Hanya dengan
lesen yang diperbaharui tersebut, mereka dibenarkan hadir dan terlibat di dalam
prosiding kes-kes Syariah untuk tempoh selama setahun, dan perlu diperbaharui
semula pada tahun berikutnya.
 Hasil daripada pekerjaan profesional yang dijalankan tersebut, Peguam Syarie
menerima pendapatan, yang dibayar oleh anakguamnya.
 Seorang Peguam Syarie juga dikehendaki mendalami bidang keahlian yang dimilikinya
dan harus selalu melakukan inovasi serta mengembangkan kemampuan yang dimiliki
supaya mampu bersaing dan menjadi yang terbaik di bidangnya. Hal ini jelas, kerana
terdapatnya arahan-arahan amalan yang dikeluarkan, dari masa ke semasa oleh
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan juga kes-kes duluan yang diputuskan
oleh Mahkamah Rayuan sepertimana yang tercatat dalam Jurnal Hukum. Persatuan
Peguam Syarie Malaysia (PGSM) sebagai sebuah pertubuhan yang menaungi seluruh
Peguam Syarie terlibat secara langsung untuk memberi pandangan kepada organisasi–
organisasi yang terlibat di dalam undang-undang Syariah seperti Mahkamah Syariah,
JKSM, Majlis Agama Islam negeri dan sebagainya. Malah PGSM kini terlibat secara
langsung dalam Jawatankuasa Arahan Amalan JKSM. Pada masa sama, PGSM yang
sehingga kini mempunyai lapan (8) cawangan negeri yang berdaftar79 sentiasa
mengadakan program-program berkala yang bertujuan memberi pendedahan, latihan,
advokasi skil dan sebagainya, dari semasa ke semasa kepada Peguam Syarie yang
beramal. Malah dalam sesetengah program, ia diwajibkan kepada Peguam Syarie.
 Seseorang Peguam Syarie juga terikat dengan bai’ah profesionalnya semasa
kemasukannya sebagai peguam syarie. Seseorang Peguam Syarie boleh dikenakan
tindakan disiplin atau tatatertib oleh Jawatankuasa Peguam Syarie negeri, jika berlaku
perlanggaran etika dan disiplin dalam menjalankan amalan profesionalnya. Arahan
Amalan JKSM Tahun 2002 telah menggariskan peruntukan mengenai etika dan
penampilan para peguam Syarie, yang mengikat mereka.

79
Cawangan Negeri Sembilan (PGSMNS), cawangan Melaka (PGSMM), cawangan Selangor (PGSMS),
cawangan Pulau Pinang (PGSMPP), cawangan Johor (PGSMNJ), cawangan Perlis (PGSMPs), cawangan Kedah
(PGSMK) dan cawangan Wilayah Persekutuan (PGSMWP).

33
34

 Seseorang Peguam Syarie juga terikat dengan kepatuhannya kepada Mahkamah


Syariah, samada di hadapan mahkamah atau di luar mahkamah. Seseorang Peguam
Syarie boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah berdasarkan Seksyen 229
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah sesuatu negeri. Kesan daripada tindakan tersebut,
seseorang Peguam Syarie berisiko untuk dikenakan denda dan/atau penjara dan
berisiko untuk digantung lessen amalannya.
 Peguam Syarie juga mempunyai kebertanggungjawaban (duty of care) terhadap
kliennya dan juga terhadap pihak ketiga, bukan sahaja dari sudut Hukum Syarak,
malah juga dari sudut undang-undang, untuk mengelakkan klien atau pihak lain
mengalami kerugian atau kerosakan disebabkan tindakan mereka. Peguam Syarie
dikehendaki bersifat amanah, fatanah, siddiq, cekap dan bertindak berdasarkan
hukum Syarak. Sekiranya peguam gagal berbuat sedemikian, mereka boleh dikenakan
tindakan undang-undang yang setimpal dengan kesalahan atau kegagalan mereka.

Maka dengan itu, memandangkan kerjaya sebagai seorang Peguam Syarie adalah bersifat
“Profesional” dalam semua erti perkataan tersebut, maka, suatu akta yang mengawalselia
profesion Peguam Syarie perlu diwujudkan di peringkat persekutuan.

Merealisasikan Akta Profesion Guaman Syarie

Mewujudkan undang-undang atau Akta Profesion Guaman Syarie adalah menjadi matlamat
utama penubuhan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pada 2001, bertujuan menaik
taraf profesion Peguam Syarie seiring dan sejalan dengan peguam sivil, seterusnya
memperbaiki kelemahan yang wujud, selain menjamin kesinambangunan profesion Peguam
Syarie di Negara ini. Beberapa perbincangan secara formal dan tidak formal telah berlangsung
dan akhirnya membawa kepada perbincangan serius dan formal berkenaan cadangan Akta
Profesion Guaman Syarie (APGS), sebagaimana kronologi berikut -

 Beberapa siri mesyuarat telah dihadiri oleh wakil PGSM bersama Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara serta wakil Negeri dan lain-lain,
untuk mencari penyelesaian terbaik dalam memastikan APGS tersebut menjadi
kenyataan, dengan mengambilkira pandangan dari pelbagai pihak termasuk dari
Negeri-negeri.

 Dalam mesyuarat yang diadakan pada 4 Mac 2010 di JAKIM, PGSM telah menimbulkan
cadangan supaya menjadikan Rang Undang-undang Akta Guaman Syarie (APGS)
tersebut terpakai ke seluruh Malaysia. Peruntukan Perkara 76 (1) Perlembagaan
Persekutuan telah dibawa ke perhatian mesyuarat, iaitu kuasa Parlimen untuk
membuat undang-undang bagi Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu, yang berbunyi -
(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut
satu persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(a) bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara
Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu
organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan ; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri
atau lebih; atau

34
35

(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.

 Sehubungan dengan itu, pihak PGSM telah memulakan satu perancangan untuk
menggunapakai peruntukan Perkara 76 (1) Perlembagaan tersebut iaitu dengan
menyebabkan Dewan Undangan Negeri membuat satu permintaan kepada Kerajaan
Persekutuan untuk membuat satu undang-undang yang seragam di seluruh Malaysia
berkenaan guaman Syarie ini.

 Selanjutnya, beberapa siri mesyuarat telah diadakan di JAKIM untuk membincangkan


penyediaan satu kertas konsep untuk membawa usul Akta ini kepada Parlimen.

 Pada 1 Julai 2011, semasa ucapan merasmikan Persidangan Pegawai Syariah Seluruh
Malaysia Kali Ke-13 dan Konvensyen Peguam Syarie Kali Ke-2 di Hotel Grand Season
Kuala Lumpur, YAB Perdana Menteri telah menekankan keperluan mewujudkan Akta
Profesion Guaman Syarie sepertimana Akta Profesion Undang-undang 1976, dan
memberi jaminan bahawa penggubalan Akta Guaman Syarie akan dibuat secepat
mungkin.

 Rentetan daripada itu, pada 27 Julai 2011, satu mesyuarat bersama Y.Bhg Tan Sri
Peguam Negara, Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam dan PGSM telah diadakan dan
Tan Sri Peguam Negara telah meminta PGSM sebagai sebuah NGO yang menaungi
semua Peguam Syarie mendapatkan mandat Peguam Syarie untuk Peguam Negara
menyegerakan penggubalan Akta tersebut.

 PGSM telah membentuk satu Jawatankuasa Bertindak di peringkat PGSM untuk


mengadakan satu Bengkel bagi membincangkan kertas konsep dan draf awal Akta
Profesion Guaman Syarie dan mendapatkan mandat dari majoriti Peguam Syarie yang
bersetuju suatu Akta di peringkat Persekutuan diujudkan.

 Pada Februari hingga Mac 2012, PGSM telah mengumpulkan tandatangan majoriti
Peguam Syarie yang telah bersetuju supaya diujudkan satu undang-undang berkaitan
profesion guaman syarie di peringkat Persekutuan, serta bersetuju memberikan
mandat serta tanggungjawab kepada PGSM untuk menjalankan usaha-usaha ke arah
merealisasikan Akta tersebut sehingga berjaya.

 Dengan sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir
bin Baharom, satu Bengkel Draf Akta Profesion Guaman Syarie telah diadakan pada
21-23 Mac 2012, bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi Selangor.
Seramai 75 orang wakil-wakil Peguam Syarie dari seluruh Negara. Susulan itu,
beberapa mesyuarat dan perbincangan telah diadakan dari semasa ke semasa untuk
menyiapkan draf Kertas Konsep dan draf Akta tersebut. Hasilnya, satu draf Akta
Profesion Guaman Syarie (APGS) telah berjaya disiapkan.

 Pada Januari 2013, Kertas Konsep dan Draf Akta tersebut telah diserahkan kepada
Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya jabatan berkenaan.

35
36

 Pada 28 Mac 2013, dalam Mesyuarat Komuniti Syariah Jabatan Peguam Negara
Berhubung Dengan Penggubalan Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie
yang dihadiri oleh penasihat undang-undang negeri, Majlis Agama Islam negeri,
Mahkamah Syariah negeri, ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Sivil dan Syarak JAKIM,
PGSM, Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam Malaysia dan lain-lain, antara cadangan
undang-undang yang telah dibincangkan ialah Rang Undang-Undang Profesion
Guaman Syarie yang telah disediakan oleh pihak PGSM.

 Pada 18 April 2014, PGSM diminta oleh Jabatan Peguam Negara meminta pihak PGSM
menyediakan pandangan bertulis mengenai asas dan punca kuasa bagi mewujudkan
Rang Undang-undang Profesion Guaman Syarie tersebut, khususnya mengenai
penubuhan Majlis Peguam Syarie Malaysia, Badan Peguam Syarie Malaysia, Lembaga
Kelayakan dan Lembaga Tatatertib, bagi merealisasikan cadangan mewujudkan Akta
Profesion Guaman Syarie (APGS) di peringkat Persekutuan yang terpakai bagi seluruh
negara Malaysia.

 Susulan itu, pada 23 hingga 24 Mei 2014, bertempat di Hotel Flamingo, Ampang
Selangor, PGSM telah mengadakan Persidangan Meja Bulat berkenaan cadangan Akta
tersebut, yang dirasmikan telah Y.Bhg Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Penasihat
Seksyen Syariah Jabatan Peguam Negara. Persidangan Meja Bulat tersebut telah
dihadiri oleh seramai 40 orang pimpinan persatuan Peguam Syarie negeri-negeri,
wakil-wakil Peguam Syarie negeri-negeri di seluruh Negara termasuk Sabah dan
Sarawak, wakil Jawatankuasa Syariah Majlis Peguam Malaysia serta beberapa orang
peguam syarie senior, bagi mencari asas undang-undang yang mewujudkan punca
kuasa untuk mewujudkan Akta Profesion Peguam Syarie di peringkat Persekutuan.
Sebanyak dua (2) pembentangan telah diadakan iaitu oleh Y.Bhg Profesor Madya Dr
Shamrahayu bin Abd Aziz (UIA) dan Y.Bhg Profesor Emeritus Dr Shad Saleem Faruqi
(UiTM). Hasil daripada pembentangan tersebut, ahli-ahli Persidangan telah
membincangkan dan merumuskan pandangan undang-undang berhubung punca
kuasa berhubung penggubalan rang undang-undang Profesion Guaman Syarie di
peringkat Persekutuan.

 Pandangan berhubung punca kuasa untuk menggubal Akta Profesion Guaman Syarie
di peringkat Persekutuan telah dipanjangkan oleh PGSM kepada Peguam Negara pada
18 Ogos 2014.

 PGSM telah mendapat jawapan daripada Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara
yang menyatakan pandangan bahawa Akta Profesion Peguam Syarie boleh
direalisasikan melalui peruntukan Perkara 76 (1), Perlembagaan Persekutuan.

 Setelah lebih enam (6) tahun (2011-2017) daripada tarikh janji yang dibuat oleh YAB
Perdana Menteri tersebut, PGSM baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan dengan
mengulangi desakan supaya kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk
mengotakan janji yang pernah dibuat pada 6 tahun yang lepas iaitu pada 1 Julai 2011.

36
37

 Insha-Allah pada 13 Oktober 2017 akan datang, satu Konvensyen Nasional Peguam
Syarie Malaysia Kali ke-4 akan diadakan bagi menghimpunkan seluruh Peguam Syarie
mengadakan desakan yang holistik kepada kerajaan untuk membentangkan Rang
Undang-Undang Akta Profesion Guaman Syarie di Malaysia.

 Penulis mengambil kesempatan ini menggesa agar sidang Dewan Undang Negeri
meluluskan suatu usul di peringkat DUN untuk membuat satu permintaan kepada
Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perkara 76 (1) Perlembagaan Persekutuan, agar
membuat satu undang-undang yang seragam di seluruh Malaysia berkenaan guaman
Syarie ini.

 Sementara Akta Profesion Guaman Syarie (APGS) direalisasikan, PGSM mengisi ruang
dan masa yang ada dengan usaha menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
meminda Kaedah-Kaedah Peguam Syarie yang sedia ada, dengan memasukkan
peruntukan-peruntukan yang terbaharu dan semasa.

Sesetengah pihak mempertikaikan masa yang lama diambil, belum menampakkan Akta
tersebut akan dibentangkan di Parlimen. Perlu ditegaskan bahawa usaha mengadakan sesuatu
undang-undang yang belum ada adalah lebih sukar dan memerlukan lebih banyak masa serta
tenaga, berbanding meminda undang-undang yang telah sedia ada. Tambahan pula, Akta ini
akan melibatkan usaha mengharmonikan bidangkuasa kerajaan persekutuan dan bidangkuasa
kerajaan negeri-negeri, merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Malaysia,
Jadual Sembilan, Senarai 2, Senarai Negeri yang meletakkan segala hal-hal berkaitan dengan
agama Islam adalah di bawah bidangkuasa negeri masing-masing.

KESIMPULAN

Profesion Peguam Syarie harus terus berkembang sejajar dengan perkembangan


perundangan Islam di Negara ini. Penglibatan dalam profesion ini bukan sahaja dari kalangan
Peguambela dan Peguamcara, tetapi juga lulusan Syariah dari dalam Negara dan luar Negara.

Permasalahan-permasalahan yang ada boleh merencatkan usaha ke arah memprofesionalkan


kerjaya Peguam Syarie di negara ini. Belum lagi diambikira masalah aduan dan etika Peguam
Syarie yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Wallahu’alam.

Musa Awang
17 Ogos, 2017
maa46050@yahoo.com

37

Anda mungkin juga menyukai