Anda di halaman 1dari 27

SHAD 6317

UNDANG-UNDANG KETERANGAN ISLAM


(SOALAN TUTORIAL NO 5)

DISELIA OLEH: DR AFRIDAH BINTI ABAS

NAMA NO MATRIK

NUR FAQIHAH BINTI A HASNAN G2218358

SITI SALAMIAH BINTI ISMAIL G2220530

MAIZATUL AKMA BINTI MOHD G2230610


ADNAN
FAKTA SOALAN
Din Kicap dituduh melakukan kesalahan qazaf, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 ekoran tindakannya megeluarkan satu tuduhan pada satu sidang akhbar yang
telah diadakan di Hotel Bunga Lili, Kuala Lumpur, pada jam 10 pagi pada 20hb Ogos 2023, di mana dia telah mengatakan
Mat Saman telah melakukan kesalahan liwat.

Sebelum didakwa di Mahkamah Syariah, Din Kicap telah disoalsiasat oleh En Subuh, Pegawai Penguatkuasa Agama Wilayah
Persekutuan. Semasa proses soalsiasat, Din Kicap telah membuat pernyataan yang dia sememangnya telah membuat tuduhan
tersebut sebagai usaha untuk menyekat hasrat .

Pernyataan yang dibuat itu turut disaksikan oleh Fatimah dan Sarah, yang juga Pegawai Penguatkuasa Agama. Semasa
perbicaraan, pihak Pendakwa Syarie telah mengemukakan pengakuan bertulis yang dibuat oleh Din Kicap di hadapan Encik
Subuh, sebagai menyokong pertuduhan terhadap Din Kicap.

Din Kicap menafikan pernyataan tersebut, bahkan menyatakan bahawa dia telah menarik balik pernyataan yang seumpama
itu.

Walau bagaimanapun, mahkamah telah mensabitkan Din Kicap dengan kesalahan qazaf dan menjatuhkan hukuman denda
sebanyak RM4000 serta penjara selama 6 bulan.

Din Kicap tidak berpuashati dengan keputusan tersebut dan berjumpa anda bagi tujuan rayuan. Anda sebagai seorang peguam
syarie, telah bersetuju untuk membantunya berasaskan alasan-alasan berikut:
A)
Iqrar yang dibuat oleh Din Kicap adalah
tidak wajar diterima kerana tidak mempunyai
asas sebagai bahan bukti yang sah.
A) Iqrar yang dibuat oleh Din Kicap adalah tidak wajar diterima kerana tidak
mempunyai asas sebagai bahan bukti yang sah.

Dalil Pengharaman Qazaf:

1. Surah An-Nur ayat ke 4:

‫ٱَّلِذ يَن َيۡر ُم وَن ٱۡل ُم ۡح َص َٰن ِت ُثَّم َلۡم َيۡأ ُتوْا ِبَأۡر َبَعِة ُش َهَدٓاَء َفٱۡج ِلُدوُهۡم َثَٰم ِنيَن َج ۡل َد ٗة َو اَل َتۡق َبُلوْا َلُهۡم َش َٰه َد ًة َأَبٗد ۚا َو ُأْو َلٰٓـِئَك ُهُم ٱۡل َٰف ِس ُقون‬

2. Sabda Rasulluallah SAW mafhumya:

“Jauhilah kamu dari 7 perkara yang membinasakan,” Para sahabat bertanya: “Apakah dia 7 perkara itu
wahai Rasulluallah?”

Jawab Rasullallah SAW : Pertama: syirik,kedua:sihir.ketiga:membunuh,keempat:makan


riba,kelima:makan harta anak yatim,keenam:lari dalam medan perang,ketujuh: membuat tuduhan zina
ke atas Perempuan-perempuan yang baik

Paizah Hj Ismail. Undang-Undang Jenayah Islam. Tradisi Ilmu SDN.BHD, 2002, p. 193.
Mazhab Hanafi:
SIGHAH Takrif Sighah: Pernyataan tentang sesuatu diikuti pula dengan kewajipan hasil daripada pernyataan
itu atau melaluinya pengakuan tentang hak dan kepentingan yang diwujudkan.

Ahmed al-Hasri. Ilm Al-Qada. Vol. 2, Kaheerah, Maktabat al-Kulliat al-Azhariyyah, 1980,p.17.
Al-Muqir SYARAT SIGHAH YANG SAH
Kumpulan Zahairiah + Hanbali + Ibn Qayyim+Shafie
Sighah harus bebas daripada segala syarat, ketetapan dan kesangsian,jika wujud elemen ini maka
Al- Sighah itu tidak sah. - Ibn Hazm Ali B Ibn Ahmed. Al-Muhalla. Vol. 8, Dar al-Fikr, 250(t.th.), p.
SYARAT 250.
Muqarr
IKRAR
Lahu
Mazhab Maliki:
Sighah mestilah tepat, tidak berjenaka atau kebetulan sahaja.- Al-Shirazi Ali Ibn Yusof. Al
AL-
Muhazdhab Fi Fiqh Al-Shafie. Dar al-Fikr, 341(t.th.), pp. 118–120.
Muqarr
Bih
Al-Majallah Perkara 1584:
“Pengakuan yang bersyarat itu tidak sah”.
Mazhab Hanafi : Fakta Soalan:
Tidak tertakhluk kepada hak dan Din Kicap telah membuat pernyataan yang dia sememangnya telah membuat tuduhan tersebut
kepentingan orang lain Al Kasani sebagai usaha untuk menyekat hasrat .
Abu Bakr Ibn Masud . Badai Al-Sanai
Fi Tartib Al-Sharai. Vol. 7, Mesir,
Matbaatul Jamaliyyah , 1907, p. 207.
Syarat Al-Muqirr
Al-MUQIRR
Syafie+Hanbali+Hanafi+Maliki+ Kumpulan Zahariah+Syiah Jaafariah:
Pengakuan yang dibuat adalah secara sukarela,bebas dari keraguaan dan tomahan. -Tanzil -ur-Rehman.
Important Judgements of the Federal Shariah Court. Foundation Press, 1991, p. 56.

Majallah Al Ahkam al-Adliyyah:


“Syarat al-Muqirr berakal, baligh, suiman,rela hati ,tidak ditegah daripada tassaruf”

Ulama Al-Kasani MS :
“jika iqrar itu Ikhbar berkemungkinan besar adalah benar daripada palsu. Oleh itu, ia hanya boleh
disandarkan jika dibuat dengan kerelaan hati .Jika tidak ia hanya dianggap sebagai agakan atau tekaan
Sahaja,dan tiada kesahan berhubung agakan.”- Bahnasi Ahmed Fathi. Nazariat Fi Al-Fiqh Al-Jinayi Al-
Islami. Beirut:Dar al-Shuruuq, 1983, p. 171.

Ulama Muslim bersepakat bahawa pegakuan orang sedang menderita sakit mati berhubung dengan perkara
hudud dan qisas adalah sah, kerana tidak melibatkan prasangka ke atas hak orang lain. Namun, jika
pengakuaanya memihak kepada si penyerang maka tidak sah. - Abu al-Ainain Abdul Fattah. Al-Qada Wal
Isbat Fi Fiqh Al-Islami . Mesir, Maktabat al-Damaniah, 1983, p. 326.

Fakta Soalan:
“Din Kicap telah mengemukan alasan utama dalam Iqrar yang dilakukan adalah untuk sabotaj Mat Saman
daripada menjadi pengerusi persatuan penduduk”
NILAI KETERANGAN

Ahmaf Fathi: Pengakuan itu tidak lebih daripada suatu keterangan yang membezakan antara
kepalsuan dan kebenaran. Ia boleh dijadikan hujah pembuktian undang-undang jika kebenaran
kandungan menyatakan pertimbangan munasabah dalam memastikan kemungkinan pengakuan
yang dibuat itu adalah palsu. -Bahnasi Ahmed Fathi . Nazariat Fi Al-Jinayi Al-Islami. Beirut, Dar
al-Shuruuq, 1983, p. 160.

Imam Sarakashi: “Sebab yang mendorong kita memberi tumpuan lebih kepada kebenaran sesuatu
Iqrar berhubung kepalsuannya adalah berdasarkan kepada godaan naluri manusia
berkemungkinan akan mendorong untuk berbohong tetapi atas dasar kekuatan akal dan keimanan
kepada Allah SWT dia dianggap bercakap benar dan menghindari daripada berbohong. -Al-
Sarakhsi Mohammed Ibn Ahmad . Al-Mabsut. Vol. 17-18, Idarat Ulum Al-Quran, 1987, p. 298.
PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG & KES
SEKSYEN 18 (1)(E) AKMSWP 1997:
1)Iqrar yang berikut tidak boleh diterima: e)Iqrar yang tidak dibuat secara sukarela

Nur Ashida Bt Abu Hanipah lwn KPS Selangor

F:Perayu telah melakukan persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah yang disabitkan kesalahannya di bawah
seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995. Perayu telah dijatuhkan hukuman oleh Hakim Bicara
dengan hukuman RM2500.00 dan penjara selama lima hari. Perayu tidak berpuas hati dan telah membuat rayuan ke
Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

Hakim Bicara telah berpuas hati dan menerima iqrar perayu yang dibuat secara sukarela di hadapan Mahkamah tanpa
syarat dan mahkamah telah menerima sebagai pembuktian dan terus mensabitkan tuduhan yang dkenakan ke atas perayu.

I:Sama ada iqrar atau pengakuan boleh diterima dalam pensabitan sesuatu kes atau tanggungan

Keputusan: Mahkamah Rayuan mendengar hujah-hujah dar keterangan wakil perayu. Dan setelah mendengar alasan-
alasan, hakim perintahkan hukuman penjara 5 hari dibatalkan dan denda sebanyak RM2500.00 dipinda ke RM3000.00.
B)
Iqrar yang dibuat oleh Din Kicap telah
ditarik balik, dengan itu dia tidak boleh lagi
dijadikan bahan bukti.
B) Iqrar yang dibuat oleh Din Kicap telah ditarik balik, dengan itu dia tidak boleh lagi
dijadikan bahan bukti.

BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN QAZAF

Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti –bukti yang berikut:-

1. Syahadah (penyaksian)
2. Iqrar (pengakuan)
3. Yamin (sumpah)

Iqrar merupakan bukti yang menyabitkan kesalahan qazaf keatas Din Kicap, namun
Iqrar yang dibuat oleh Din Kicap telah ditarik balik, dengan itu dia tidak boleh lagi
dijadikan bahan bukti.
● Orang yang membuat iqrar (pengakuan) itu hendaklah seorang yang baligh
dan berakal. Tidak sah iqrar (pengakuan) orang gila, mabuk dan
sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. [Abu Daud: Kitab al-Hudud]
“Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia
baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila
sehingga dia sedar.”

● Iqrar (Pengakuan) hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa


dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan
ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah iqrar (pengakuan)
orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. [Ibn Majah: Kitab al-
Talaq] : “Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang
melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa.”
● Iqrar (pengakuan) hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara
zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang
berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap
Ma’iz bin Malik.

● Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan


sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu
tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada
menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan,
kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima
penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut
di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana
meneruskan hukuman terhadap Ma’iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika
hukuman dijalankan.

Untuk kes Din Kicap semasa prosiding Mahkamah berlangsung Din Kicap menafikan
pernyataan tersebut, bahkan menyatakan bahawa dia telah menarik balik pernyataan
yang seumpama itu.
Pada pandangan para fuqaha ada beberapa tindakan yang dianggap sebagai menarik
balik pengakuan yang telah dibuat iaitu:

1. Menyebut sendiri penarikan balik itu sebelum atau ketika hukuman berkenaan sedang
dijalankan.

2. Cabut lari sewaktu hukuman sedang dijalankan. Walau bagaimanapun kalau perbuatan
melarikan diri itu dilakukan sebelum hukuman itu dilaksanakan dia perlu ditangkap semula
kecuali dia dengan jelas menyatakan menarik balik pengakuannya itu.

3. Berlaku percanggahan dalam pengakuan-pengakuan yang dilakukan oleh beliau.

Dalam keadaan seperti ini penarikan balik pengakuan dikira telah berlaku.
C)
Setakat manakah Pendakwa Syarie
perlu membuktikan kesalahan Din Kicap?
ARAHAN KETUA PENDAKWA SYARIE
Kebolehterimaan
Prima facie Kepentingan Awam Pengakuan &
Keterangan lain

1. Keseriusan kes tersebut; 1. Terdapat keterangan pada diri


1. Keterangan telah ditapis;
2. Terdapat faktor keringanan dan tertuduh sendiri;
2. Keterangan telah melalui
pemberatan; 2. Terdapat dokumen- dokumen
proses penilaian;
3. Usia muda, kecerdikan, tiada yang menyokong; dan
3. Keterangan mencukupi
cacat akal, sihat fizikal kepada 3. Tidak terdapat unsur-unsur
untuk mensabitkan kes;
tertuduh, atau saksi tertuduh; paksaan.
4. Saksi-saksi yang
4. Latar belakang dan riwayat
kompeten, berkredibiliti
hidup tertuduh;
dapat dibawa ke
5. Tahap keterlibatan tertuduh;
Mahkamah.
6. Kesan kesalahan terhadap
agama, ketenteraman awam dan
moral atau akhlak masyarakat
serta imej pihak berkuasa
agama;
Dalam kes ini, tertuduh enggan mengaku salah.
Oleh itu, pihak Pendakwa Syarie hendaklah mengemukakan segala bukti dan
keterangan dalam usaha untuk membuktikan tertuduh telah melakukan
kesalahan sebagaimana yang dipertuduhkan.

Terdapat beberapa kategori dan jenis keterangan


yang boleh dikemukakan antaranya:

1. Iqrar
2. Saksi Bayyinah atau Syahadah
3. Qarinah
Salah satu bentuk keterangan yang boleh dikemukakan oleh Pendakwa ialah
keterangan dalam bentuk iqrar atau pengakuan.

Seksyen 17 (1)(3) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah


Persekutuan (AKMSWP) 1997 menjelaskan terdapat dua jenis iqrar iaitu:

(1) Iqrar ialah suatu pengakuan (3) Sesuatu iqrar yang berhubungan
yang dibuat oleh seseorang, secara dengan apa-apa fakta persoalan atau
bertulis atau lisan atau dengan isyarat, fakta relevan ialah qarinah.
menyatakan bahawa dia mempunyai
obligasi atau tanggungan terhadap
seseorang lain berkenaan dengan sesuatu
hak.
Surah Al-Qiamah: 14-15

﴾15﴿ ‫﴾ َّوَلۡو َاۡل ٰق ى َمَعاِذ ۡي َرؕٗه‬14﴿  ۙ‫َبِل اۡل ِاۡن َس اُن َعٰل ى َنۡف ِس ٖه َبِص ۡي َرٌة‬
Bahkan manusia itu, menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Ibnu Arabi berpendapat bahawa ayat ini menjadi sandaran bagi suatu
prinsip bahawa seseorang itu tidak boleh menarik balik
pengakuannya kecuali berhubung dengan hak Allah.
Suatu fakta keterangan mengenai sesuatu kes yang didakwa itu boleh
dibuktikan melalui keterangan lisan para saksi. Keterangan lisan yang
diberikan oleh saksi-saksi samada sebagai syahadah ataupun bayyinah,
hendaklah diberi secara langsung.

Seksyen 47 (1)(b) AKMSWP 1997 memperuntukkan bahawa:


“(1)Dalam segala hal apa jua pun, keterangan lisan hendaklah diberikan secara
langsung, iaitu
(b)jika ia merujuk kepada fakta yang boleh didengar, maka ia mestilah
keterangan saksi yang mengatakan dia telah mendengar fakta itu”
Kelayakan Dan Kebolehterimaan Wanita Sebagai Saksi

Ulama telah meletakkan beberapa syarat untuk menjadi saksi agar


kesaksian seseorang itu boleh diterima di Mahkamah. Dan syarat-
syarat ini tidak terbatas kepada saksi lelaki sahaja. Maka seorang
wanita itu adalah kompeten menjadi seorang saksi sekiranya
memenuhi syarat-syarat ini:

1. Berakal
2. Baligh
3. Adil bukan fasik
4. Ingatan yang baik
5. Tiada Tohmah.
Seksyen 83 AKMSWP 1997 menjelaskan syarat saksi yang boleh memberi keterangan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau
Bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah 'aqil, baligh, 'adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak
berprasangka.

(2) Seorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan Bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh
diterima mengikut Hukum Syarak.

(3) Seseorang yang tidak 'adil ialah kompeten untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten memberi syahadah.

(4) Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna akal ialah kompeten untuk memberikan Bayyinah
tetapi tidak kompeten memberikan syahadah.

(5) Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau mengidap hilang ingatan adalah kompeten
untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(6) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dengan
pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.

(7) Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah kompeten
untuk memberikan Bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan syahadah.
Surah Talaq: 2

‫َأشِه دوا َذ ي َعدٍل ِّمنُك م َأقي وا الَّش ٰه َد َة ِلَّلِه‬


‫َو ُم‬ ‫َو‬ ‫َو‬
“… persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan
hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah.”

Muhammad Zuhaili di dalam kitabnya Wasail Ithbat fi al-Syariah al-Islamiah


menyatakan bahawa ayat ini adalah umum mengenai bilangan dua orang saksi
yang diperlukan dalam kes rujuk (raja‟ah). Ganti nama lelaki “kum” tidak pula
menafikan penerimaan saksi wanita.
Kes yang melibatkan keterangan wanita dalam kes jenayah pada zaman Rasulullah saw:

Dalam satu kes di zaman Rasulullah SAW, seorang lelaki telah menyerang seorang wanita
dengan niat untuk memperkosanya. Wanita itu menjerit dan terus pengsan. Seorang lelaki
lain mendengar jeritan wanita itu lalu datang membantu. Lelaki pertama itu terus lari. Tidak
lama kemudian datang sekumpulan orang yang turut mendengar jeritan wanita itu tadi.
Mereka menyangka lelaki kedua itulah si penyerang. Lalu lelaki itu dibawa ke hadapan
Rasulullah SAW. Apabila wanita itu sedar, dia turut memberi “kesaksian” bahawa lelaki
itulah yang menyerangnya. Berdasarkan “kesaksian” wanita itu dan keterangan orang-orang
yang menangkap lelaki kedua itu bahawa mereka mendapati tertuduh sedang merangkul
(memeluk) mangsa tersebut, Rasulullah SAW mendapati lelaki itu bersalah dan menjatuhkan
hukuman rejam. Tetapi lelaki pertama tadi tampil membuat pengakuan bersalah. Lantas
Rasulullah SAW melepaskan lelaki yang kedua tadi.

Berdasarkan kes ini, jelaslah bahawa Nabi sendiri menggunakan keterangan mangsa
wanita dalam penghakiman baginda.
ASPEK PENDAKWAAN
Ulama-ulama fiqh memasukkan satu perbahasan berkenaan hak-hak yang terkait dalam
membincangkan sesuatu perbuatan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Salah satu hak
yang terkait adalah hak yang bercampur di antara hak Allah dan hak individu.

Didalam kitab Al-Muhalla karangan Ibnu Hazim ada menyatakan berkait kes Qazaf, hak
masyarakat awam jelas kelihatan kerana jenayah ini melibatkan perihal maruah dan
kehormatan seseorang individu. Jika dibiarkan akan merosakkan keharmonian masyarakat
kerana berkemungkinan tuduhan tersebut dilakukan secara semberono tanpa bukti yang
jelas.

Dari sudut hak individu pula kerana si tertuduh(Mat Saman) berhadapan dengan
tohmahan masyarakat yang percaya terhadap pertuduhan yang tidak berasas tersebut
hingga menyebabkan maruahnya tercalar dan dimalukan.
Hukuman yang setimpal mesti dikenakan keatas pesalah supaya pesalah sedar akan kesan buruk
yang dipikul oleh orang yang dituduh dan ahli keluarganya serta menjadi suatu pengajaran (al-
tarbiyyah wa al-taadib) dan keinsafan kepada pesalah sekaligus kepada masyarakat secara
umumnya untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.

Selain itu, hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan oleh Mahkamah kerana kesalahan yang
dilakukan itu adalah perbuatan yang diharamkan dari sudut Syarak, maka ia adalah maksiat yang
boleh memudaratkan individu dan masyarakat, di samping ia merupakan kefasadan di muka bumi
Allah SWT sedangkan syariat Islam memerintahkan supaya segala bentuk kemudaratan dan
kejahatan dibanteras.

Maka menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mengambil apa sahaja cara yang harus bagi
memastikan tujuan ini tercapai sekaligus menjalankan tugasnya yang disifatkan sebagai pengganti
atau mewakili masyarakat dan indivldu yang mengalami kemudaratan disebabkan berlakunya
tuduhan yang tidak berasas itu..
SEKIAN,
TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai