Anda di halaman 1dari 2

AQILAH NASRIN BINTI AHMAD SAKRANI | LIA170015 or 17195048/1

1. Bagaimanakah anda mengharmonikan ayat-ayat Quran dan Hadis yang bercanggah


berhubung dengan hukum memberi keterangan? (3 markah)

Contoh situasi boleh diambil di sini adalah kesalahan hudud iaitu mencuri. Sekiranya, kita
menyaksikan ada seorang ibu mencuri di kedai tetapi niatnya untuk mencuri adalah kerana anaknya
telah seharian tidak makan. Jadi, sebagai contoh, dalam hadis ada menyatakan bahawa jika kita
menutup kesalahan seseorang dalam Islam, Allah akan menutup kesalahannya di dunia dan akhirat.
Selain itu, Mazhab Shafie menyatakan juga harus untuk tidak menjadi saksi.

 Dapat simpulkan bahawa hukum memberi keterangan sangat bergantung pada kes,
sama ada kes jenayah ataupun kes mal
 Dengan cara ini, hukum memberi keterangan dapat diharmonikan

2. Terangkan “al-shahadah al-tasamu’”. (3 markah)

Merujuk kepada kesaksian berdasarkan dengar cakap dan juga situasi di mana seseorang
menyampaikan kesaksian di hadapan hakim berdasarkan apa yang sudah dia dengar dan telah
tersebar luas.

Maksud tersebar luar adalah khabar mashur yang sampai secara mutawatir. Mutawatir di sini
merujuk kepada rantaian. Sebagai contoh, jika orang yang duduk di tempat yang berbeza tetapi
masih menerima berita yang sama, maka wujud elemen mutawatir. Hal ini demikian kerana mustahil
untuk mereka semua mereka-reka cerita. Terdapat dua pendapat juris iaitu, 2 khabar lelaki sudah
memadai dan 2 khabar lelaki tidak memadai.

Namun begitu, di zaman moden ini, 2 individu tidak menjadi indicator yang sesuai untuk
menentukan sama ada sesuatu perkara itu “tersebar luas” ataupun tidak kerana kemudahan
teknologi. Shahadah al-tasamu hanya boleh digunakan dalam kes mal dan diruskan dalam kes nasab,
kematian, nikah, perlantikan hakim, wakaf dan persetubuhan dengan isteri.

3. Terangkan sumpah orang yang menuntut. (3 markah)

i. Sumpah Jalibah: sumpah PYM bersama keterangan seorang saksi bagi mensabitkan tuntutannya.
PYM tiada keterangan lain. Boleh juga berlaku sekiranya PKT enggan memberi sumpah penafian.

ii. Sumpah tuhmah: Sumpah yang dilakukan oleh Penuntut untuk menafikan sebarang tohmahan
atau tuduhan yang terkena ke atas pihak yang kena tuntut atau dengan tujuan untuk
membersihkan pihak yang kena tuntut bila sesuatu tuntutan itu tidak dapat dibuktikan

iii. Sumpah istizhar: Sumpah yang bertujuan untuk memperkuatkan dan memperjelaskan tuntutan
dan menolak sebarang tohmahan yang terkena kepada Penuntut setelah ia berjaya membuktikan
tuntutannya.
AQILAH NASRIN BINTI AHMAD SAKRANI | LIA170015 or 17195048/1

4. Berikan 2 hujah penggunaan qarinah sebagai satu kaedah pembuktian. (3 markah)

a) Golongan yang menerima – majoriti mazhab yang menerima qarinah adalah mazhab utama
dan juris modern
 Alasan yang diberikan oleh mereka adalah
- bersandarkan dalil Quran dan hadis (mereka menerima tetapi penerimaan tidak
mutlak)
- Hanya qarinah yang kuat sahaja (sehingga boleh mencapai tahap yakin atau berat
sangka) akan diterima.
- Selain daripada itu mereka menerima qarinah berdasarkan logik akal. Sebagai
contoh, hakim membuat keputusan berdasarkan qarinah yang kuat keengganan
bersumpah. Hakim perlu membuat keputusan untuk mengelakkan ketidakadilan (kes
mal)

b) Golongan yang menolak


a) Golongan ini menolak atas dasar qarinah bersifat tidak tetap
- Hadis “Jika aku hendak merejam seseorang tanpa keterangan, nescaya aku merejam
perempuan yang pada zahirnya menimbulkan keraguan dari segi percakapannya,
keadaannya dan orang yang masuk kepadanya (kediamannya).” Dapat disimpulkan
di sini bahawa Nabi tidak menghukum zina berdasarkan qarinah.
- Dalam kes zina, juris berbeza pendapat sama ada qarinah boleh digunakan atau
tidak tetapi majority mengatakan dalam kes hudud, qarinah tidak diterima.

 Qarinah diterima dalam kes mal sahaja

5. Di hujung minggu, Hakim Ali diziarahi sepasang suami isteri yang ingin menyelesaikan
masalah perkahwinan mereka. Ketika bertengkar, suami tersebut berkata kepada
isterinya, “aku ceraikan engkau”. Kes itu dibawa kehadapan Hakim Ali di Mahkamah
Syariah.
Berikan pendapat anda. (3 markah)

Isu di atas merujuk kepada maklumat khas yang diperolehi oleh Hakim selepas pelantikan beliau dan
maklumat diterima diluar mahkamah.

Mazhab Zahiri – diharuskan untuk Hakim mendengar kes yang ada maklumat khas yang
diketahuinya. Manakala Mazhab Shafie ada dua pendapat sama ada harus ataupun tidak. Ia
diharuskan dalam kes mal sahaja. Oleh itu, menurut mahzab Shafie, Hakim Ali boleh mendengar kes
penceraian yang disaksikan beliau tetapi mengikut zaman modern, perkara ini akan menimbulkan isu
bias.

Anda mungkin juga menyukai