Anda di halaman 1dari 6

Konsep Syahadah Dan Syarat Kebolehterimaannya Dalam Undang-Undang

Keterangan

1. Pendahuluan

Syahadah merupakan suatu kalimah yang berbentuk suatu kesaksian. Secara


asasnya di dalam Islam, Syahadah adalah suatu ucapan berbentuk kesaksian
seseorang Muslim dengan menyatakan kepercayaannya kepada Allah dan Nabi
Muhammah S.A.W merupaka Rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah
merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam. Syahadah mempunyai bebrapa
makna yang boleh dirujuk oleh setiap individu. Antaranya ialah definisi syahadah dari
segi istilah ialah mengethui, bersumpah, hadir, pemberitahuan dan penyaksian.

Selain itu, dari segi istilah pula adalah satu penyaksian bahawa tiada tuhan
yang disembah selain Allah dan Nabi Muhammah SAW itu adalah utusan-Nya.
Dalam menzahirkan penyaksian ini, adalah perlu untuk seseorang membuat suatu
pengakuan berbentuk ikrar seterusnya diikuti dengan melaksanakan segala yang
telah ditetapkan oleh Allah swt serta mencegah larangannya. Oleh itu, definisi
syahadah secara boleh dirangkumkan sebagai satu bentu pengakuan lisan,
pemberitahuan yang berbentuk pengiktirafan dalam menunjukkan kepada umum
akan keyakinan kita kepada Ilahi bahawa Allah sahaja yang layak disembah maka
sekali gus membidas segala bentuk cubaan untuk menyukutukan Allah swt serta
percaya bahawasanya Muhammad adalah Rasul Allah.

Menurut tokoh dan karyawan Islam terkemuka yang bernama Abdul Karim
Zaidan, beliau mengulas dengan lebih lanjut mengenai konsep dah definisi
syahadah ini. Antara penjelasan beliau yang dapat dinukilan di sini adalah dimana
beliau mendefinisikan syahadah sebagai satu bentuk pengakuan, pemberitahuan
serta ketereangan (pernyataan). Beliau selanjutnya menyimpulkan, oleh yang
demikian, individu-individu yang menyaksikan atau memperlihat sesuatu peristiwa
atau situasi adalah dianggap sebagai saksi bagi kejadian tersebut. Hal ini adalah
kerana individu itu mampu memberikan keterangan secara jelas sama ada melalui
lisan mahupun tingkah laku (perbuatan) dan menimbulkan satu keyakinan yang utuh
kepada hakim dihadapannya kelak.
Menurut Undang-undang perkataan al-syahadah dan al-bayyinah mempunyai
kaitan yang sangat rapat sehingga perbincangan tentang keduanya tidak dapat
dipisahkan dan saling berkait. Kedua-kedua konsep ini adalah satu bentuk
keterengan saksi. Perkataan dan konsep syahadah di dalam Undang-Undang
Syariah di Malaysia boleh merujuk kepada seksyen 3 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) di mana, seksyen ini mempuruntukan maksud
syahadah serta bayinah. Konsep syahadah dan Bayinah ada dua konsep yang perlu
di fahami bagi mengenal pasti isu dan permasalahan yang melibatkan undang-
undang keterangan Syariah di Malaysia. Perkataan syahadah dan saksi ditafsirkan
oleh sekyen 3 Enakmen Keterangan Mahkamah Negeri Selangor dimana seperti
“Syahadah” ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan
menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan sesuatu hak atau kepentingan

Selanjutnya, syahadah juga sebagai apa-apa bentuk pernyataan


(keterenagan) yang di lafazkan di hadapan Yang Arif Hakim di mahkamah dengan
menggunakan lafaz asyhadu bagi membuktikan dan menjelaskan tentang sesuatu
haknya atau kepentingan terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, saksi di dalam
prosiding Mahkamah adalah bukan seorang plaintif ataupun orang yang disabitkan
kesalahan.

Konsep syahadah ini secara umumnya adalah luas dan meliputi pelbagai
aspek sebagai contoh hukum, rukun kesaksian, syarat, penarikan semula kesaksian,
bilangan saksi dan hukum kesaksian palsu, kedudukan saksi kanak-kanak, Wanita
serta keterangan orang bukan Islam, dengan merujukkan kepada nas-nas Al-quran
dan al-sunnah serta pandangan mazhab-mazhab yang lain. Rujukan ini adalah
penting disebabkan konsep syahadah di dalam system perundangan itu sendiri
merupakan suatu perkara yang amat mustahak bagi seseorang hakim memutuskan
atau menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Sekiranya kesaksian ini dilaksanakan
secara tidak benar maka ia mampu menjadi seuatu bentu penganiayaan kepada
individu yang dijatuhi hukuman tersebut.

Menurut konteks Mazhab Syafie al-Syahadah dari sudut bahasa bermakna


hadir. Ia juga memberi maksud kepada sesuatu perkhabaran yang pasti (khabar
qat‘i). Perkatan ini mempunyai makna yang sama dengan al-bayyinah disebabkan
melalui keterangan ini, sesuatu kebenaran dapat diperjelaskan. Manakala, dari sudut
istilah ia bermaksud suatu perkhabaran tentang sesuatu dengan lafaz yang khusus
iaitu lafaz asyhadu (aku bersaksi atau aku naik saksi). Pensabitan kesaksian ini
adalah berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang sahih.

Namun begitu, terdapat pelbagai syarat yang perlu ditetapati oleh seseorang
dalam memberikan kesaksiannya dan syarat-syarat ini adalah termaktub di dalam
Seksyen 83(1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) seperti
berikut :-

“Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah


kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan
syarat bahawa mereka adalah `aqil, baligh, `adil, mempunyai ingatan yang
baik dan tidak berprasangka.”

Selanjutnya, sekiranya seseorang itu tidak mampu memberikan syahadah


atas sebab seseorang itu tidak menepati syara-syarat di atas maka dengan merujuk
kepada sub-seksyen 83(2) sehingga (7), seseorang itu dibenarkan untuk
menzahirkan kesasiannya atas dasar bayyinah.

“83(2) Seorang yang bukan Islam adalah berwibawa untuk memberikan


bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut
Hukum Syarak.

Huraian – Bayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seseorang


Islam boleh diterima , jika dikehendaki

83(3)Seseorang yang tidak `adil ialah berwibawa untuk memberikan


bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan syahadah

83(4)Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tak sempurna


akal adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi tidak berwibawa
memberikan syahadah

Huraian - Bayyinah seorang yang belum dewasa dalam kes kecederaan


yang dilakukan oleh beberapa orang yang belum dewasa ke atas yang lain
boleh diterima dengan syarat bahawa mereka tiada perselisihan faham dan
mereka berada di tempat kejadian itu.
83(5)Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa
atau mengidap hilang ingatan adalah berwibawa untuk memberikan
bayyinah tetapi tidak berwibawa memberikan syahadah

83(6)Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan


baiknya dengan pihak penentang dan mempunyai kepentingan dengannya,
adalah berwibawa untuk memberikan bayyinah tetapi tidak berwibawa
memberikan syahadah

83(7)Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan


buruknya dengan pihak menentang adalah berwibawa untuk memberikan
bayyinah tetapi tidak berwibawa untuk memberikan syahadah.”

Tambahan itu, menurut pandangan Imam Al-Nawawi mengenai konsep


syahadah, syarat-syarat saksi adalah seperti berikut:-

a) beragama islam;
b) seorang yang merdeka;
c) individu yang mukallaf;
d) adil dan sentiasa menjaga kehormatan serta maruah diri; dan waras dan celik
akal.

Secara asas, ahli ulama fiqh telah bersepakat secata ijma’ dalam menetapkan syarat
utama sebagai seorang saksi adalah muslim dan dewasa, adil, menjaga maruah diri
dan seseorang yang tidak mempuyai kepentingan (tiada tohmahan).

Sesungguhnya, imam Al-Syafie dan sebahagian ulama besar di dalam mazhab ini
mempunyai pendapat yang sangat tegas dimana mereka menolak apa-apa bentuk
kesaksian orang bukan islam, orang fasiq serta kanak-kanak. Hal ini adalah
bertujuan bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku ke atas sesuatu perbicaraan.
Namun begitu, di dalam keadaan ini, keterangan golongan tersebut akan diterima
sebagai bayinnah dan bukan al syahadah.
Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah
(Negeri Selangor) 2003
(EKMS) mendefinisikan
syahādah sebagai apa-apa
keterangan yang diberikan di
Mahkamah dengan menggunakan
lafaz asyhadu
untuk membuktikan suatu hak
atau kepentingan. Manakala saksi
pula dalam
peruntukan dan statut yang sama
telah didefinisikan sebagai tidak
termasuk
plantif, defendan dan orang
tertuduh. Ini menunjukkan
bahawa syahādah
atau kesaksian adalah sifat
keterangan bagi seseorang saksi

Anda mungkin juga menyukai