Kata jamak daripada perkataan Had. bermaksud mencegah atau menyekat atau halangan. Hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat iaitu suatu bentuk hukuman keseksaan yang telah ditentukan oleh Allah dan ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak Allah untuk kepentingan masyarakat awam. Menurut pengertian lain ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam AlQuran serta ditetapkan oleh Nabi s.a.w melalui hadith baginda.
ZINA Memasukkan hasyafah ke faraj wanita Melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara sah, sedang penzina itu adalah seorang yang waras,baligh dengan kemahuan sendiri serta ia mengetahw perbuatan yang dilakukan itu adalah haram. Syarat Had Zina. 1. Cukup umur 2. Waras 3. Kemahuan sendiri 4. Jelas kelelakian dan kewanitaannya bukan khunsa 5. Masuk kesemua hasyafah kedalam faraj
6.
1. Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya 2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya 3. Qarinah
Keterangan saksi
Jumhur ulama sepakat menyatakan sabit kesalahan dan had zina terhadap seseorang mestilah dengan penyaksian 4 orang saksi lelaki yang adil.
DALIL
. dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehornatannya,kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi,maka sebatlah mereka 80 kali sebat dan janganlah karnu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasiq ..
Syarat Saksi
1. Ke empat-empat lelaki 2. Baligh. 3. Sempuma akal. 4. Orang yang adil iaitu orang menjauhi dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Dengan kata-kata lain, ia tidak fasiq, diketahui keadilannya dan bukan orang yang hasad atau khianat. 5. Beragama Islam. 6. Benar-benar melihat kejadian zina sehingga dapat memberi keterangan dengan jelas, tempat dan tiada keraguan tentang pelakunya, cara pelakuan, tempat dan masa berlaku perbuatan zina.
Sekiranya tidak cukup saksi atau didapati saksi itu tidak apat membuktikan tuduhan tersebut atau mereka berlaku anat, maka mereka wajib menerima hukuman qadzaf iaitu 80 kali sebat. (Surah al-Nur 24: 4) Ertinya: Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan~perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan.
Imam Syafil 1. Saksi-saksi boleh datang secara serentak atau berasingan. Semuanya dikira sah. 2. Saksi yang datang secara berasingan lebih baik,kerana boleh mengelakkan daripada berlaku dusta atau mungkin mereka sama-sama berpakat memberi keterangan palsu.
Imam Abu Hanifah, 1. Saksi mesti datang beramai-ramai serentak tidak boleh secara berasingan. 2. Sekiranya mereka datang berasingan penyaksian mereka tidak sah dan dikenakan had qazaf.
Pengakuan zina
Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hanbal, 1. Pengakuan oleh penzina mestilah 4 kali untuk menyamai 4 orang saksi 2. Keterangan yang diberikan itu mestilah di majlis bersingan. 3. Berdasarkan hujah di mana Rasulullah s.a.w merejam Maiz selepas beliau membuat pengakuan sebanyak 4 kali.
Uama Syafil dan sebahagian besar Ulama maliki 1. Pengakuan yang dibuat oleh penzina tidak semestinya 4 kali
2. Tidak perlu pada majlis yang berasingan. 3. Pengakuan menjadi sah selagi tidak ada keraguan terhadap pengakuan penzina yang menyebabkan ia boleh ditolak.
Qarinah
Malik 1. Jelas bukti dan qarinah yang menunjukkan ia berzina mesti dikenakan had.
2. Contoh seorang perempuan yang tidak bersuami didapati mengandung dan ia bukan perempuan yang suci dan terhormat. 3. lni kerana qarinah mengandung dan ia pula perempuan yang tidak suci adalah kukuh.
Abu Hanifah,Imam Syafil dan Ahmad 1. Qarinah tidak semestinya diterima dan bukan sebab yang membolehkan sescorang dikenakan had. 2. Seseorang perempuan yang didapati mengandung tanpa suami tidak semestinya berzina walaupun bukan perempuan baik. 3. Kemungkinan besar ia dirogol atau berlaku persetubuhan syubhat atau dipaksa.
Had zina
a.
i. sampai mati
b.
Sebatan 100 kali dan buang daerah Hamba pula dikenakan sebatan separuh daripada
iii. Hukuman buang daerah adalah wajib dan hendaklah dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan.
1. Dalam hukuman rejam orang ramai yang akan merejam selain saksi dan imam (pemerintah) supaya nyawa pesalah dapat dihabiskan dengan segera. 2. Batu yang digunakan untuk merejam, batu yang sederhana besamya. Jika terlalu kecil akan lama pesalah itu menderita dan jika terlalu besar akan terlalu cepat nyawa pesalah dihabiskan dan luput maksud keseksaan dan had zina. 3. Pesalah akan disebat dengan cemeti sebanyak 100 kali sebatan sederhana. 4. Cemeti hendaklah kering dan tidak bercabang dengan tidak perlu ditanggalkan palkaian kecuali jika ia memakai pakaian tebal seperti pakaian musim sejuk. 5. Sebatan itu tidak bolch ditumpukan kepada satu-satu bahagian anggota supaya tidak luka kerana tujuan sebatan bukan untuk membunuh atau membinasakan, tetapi untuk mencegah pasalah daripada melakukan kejahatan. 6. Hukuman ini juga tidak boleh dijalankan pada masa pesalah sakit, kedatangan nifas dan sedang hamil, pada hari terlalu panas atau terlalu sejuk.
QADZAF
Pengertian Melontarkan sesuatu. Menuduh seseorang yang baik dan suci dengan tuduhan zina atau menafikan keturunannya. 1. Tuduhan zina mempunyai kuatkuasa hukum qadzaf, 2. Tuduhan-tuduhan yang lain seperti tuduhan mencuri, kafir, minum arak, mengata, mencuri, mencerca dikenakan hukuman tazir
1. 2. 3. 4.
Antara lelaki dengan lelaki Antara perempuan dengan perempuan Antara lelaki dengan perempuan Antara perempuan dengan lelaki
Kadar Had
1. Kadar had qadzaf ialah 80 kali sebat 2. Tidak diterima persaksiannya dalam perkara-perkara lain 3. Dicela sebagai orang yang fasiq.
Sebab Wajib Qadzaf Kerana tuduhan zina merupakan tuduhan yang berat yang memberi kesan buruk dan keji kepada yang dituduh melakukan zina. Oleh itu, dikenakan had qadzaf sebagai melindungi maruah dan kehormatan diri orang yang dituduh.
Rukun Qadzaf
1. Orang yang menuduh 2. Orang yang dituduh. 3. Lafaz tuduhan zina atau menafikan kandungan atau anak yang dilahirkan.
Tuduhan
Tuduhan yang dilemparkan kepada yang tertuduh hanya meliputi dua perkara: 1. 1. Tuduhan zina. i. 1. 1. Menafikan anak yang dikandung atau dilahirkan. i. wahai anak zina wahai orang yang berzina
Lafaz Qazaf
1. Taridh (sindiran) 1. keturunanku tidak pemah melakukan zina, i. ii. yang kotor. Syarat yang Menuduh isterimu sudah rosak masakan engkau rela hidup dengan perempuan
1. Berakal sempuma. 2. Baligh. 3. Gagal membuktikan tuduhan zina dengan empat orang saksi yang adil. 4. Bukan bapa, datuk sehingga turutan keturunan ke atas, begitujuga bukan ibu, nenek sehingga turutan keturunan ke atas 5. Bukan paksaan. 6. Berpegang dengan ahkam. 7. Tidak mendapat keizinan daripada orang yang kena tuduh.
1. Muhsan sama ada lelaki atau perempuan 2. Berakal sempurna, 3. Baligh, 4. Merdeka,
5. Islam, 6. Baik dan tidak pernah berzina 7. Tertentu. Jika tuduhan ke atasnya sebagai tuduhan rambang seperti dikatakan salah seorang daripada kamu adalah penzina atau dalam kumpulan ini seorang penzina maka tidak wajib had ke atas orang yang menuduh.
Keterangan saksi:
1. Kesalahan qadzaf dapat disabitkan melalui keterangan saksi yang menuduh (alqadzif) tidak dapat mengemukakan saksi yang dapat memberi keterangan atas kebenaran tuduhan zina terhadap tertuduh 2. Saksi penuhi syarat iaitu Islam, baligh, berakal sempuma, dapat bertutur, dapat mengingatkan dan tidak ada hubungan keluarga. 3. Bilangan saksi itu memadai dua orang sahaja. Maka sabitlah kesalahan qadzaf terhadapnya (al-qadzif) dan dia dikenakan had qadzaf.
Pengakuan (ikrar):
1. pengakuan tertuduh dapat mensabitkan kesalahan qadzaf 2. Orang yang tertuduh (al-maqdzul) membuat pengakuan dengan sekali pengakuan di hadapan hakim.
Sumpah orang yang tertuduh 1. pihak tertuduh bersumpah atas permintaan orang yang menuduh bahawa tidak melakukan zina. Sekiranya ia bersumpah, maka sabitlah kesalahan qadzaf. Tetapi, jika ia tidak mahu bersumpah maka tidak sabit kesalahan Qazaf
MINUM ARAK
Arak ialah segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya baik yang diproses melalui buah tamar,anggur, gandum,nira,tapai,beras atau sebagainya. Apa yang penting nunuman itu memabukkan.
Dalil pengharaman
Maksudnya;Mereka bertanya kepada mu (wahai Muhammad)mengenai arak dan judi.Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya (Surah AI-Baqarah2-.219)
Hikmah pengharaman
1. Boleh melemahkan akal fikiran 2. Menghilangkan kewarasan akal 3. Membahayakan kesihatan seperti barah 4. Membazirkan wang 5. Sanggup melakukan apa saja tanpa segan silu 6. Dosa besar 7. Membahayakan diri sendiri dan orang lain
1. pengakuan peminumnya sendiri dengan syarat yang cukup 2. Disaksikan oleh dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan yang adil dan cukup syaratnya.
Syarat Peminum Arak yang Dikenakan Hukuman Had 1. Berakal, terkecuali orang gila. 2. Baliqh, terkecuali kanak-kanak.
3. Muslim, terkecuali orang kafir 4. Kehendak sendiri bukan dipaksa. 5. Bukan terpaksa meminumnya seperti tercekik 6. Tahu bahawa yang diminumnya arak. 7. Tahu bahawa arak itu haram.
MENCURI
Ambil barang orang lain secara sembunyi atau tanpa kebenaran daripada tempat simpanan yang sepatutnya.
Dalil
Maksudnya:Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri makahukumannya ialah potong tangan.
Syarat Pencuri
1. Dengan sukarela atau tidak dipaksa 2. Harta yang ada nilai. 3. Tempat simpanan yang khas. 4. Diletakkan di bawah kawalan. 5. Tidak termasuk buah yang masih di atas pokok atau barang yang diletakkan di tempat awam. 6. Cukup kadar harta (nisab):
1. Keterangan dua orang saksi yang memenuhi syaratsyarat saksi, 2. Setelah orang yang mengalami kecurian atau wakilnya membuat pendakwaan.
1. Memadai dengan sekali pengakuan. 2. Pengakuan itu hanya akan diterima setelah orang yang mengalami kecurian atau wakilnya membuat pendakwaan.
1. Tuan barang menafikan orang yang dituduh mencuri hartanya atau menafikan keterangan saksi-saksi. 2. Pencuri menarik balik pengakuan, sedangkan pertuduhan ke atasnya dibuat tanpa bukti, hanya bersandarkan semata-mata kepada pengakuannya. 3. Pencuri mengakui bahawa barang yang dicuri adalah miliknya dengan bukti yang sah yang dapat diterima kesahihannya.
ROMPAK DAN SAMUN Tindakan mengganggu laluan awam dengan tujuan untuk menakut-nakutkan manusia, merampas, mengambil harta secara paksaan dan kekerasan
2. Hukuman bunuh dan salib. 3. Hukuman potong kaki dan tangan secara berselang seli secara sekali gus. 4. Hukuman buang daerah.
Imam Malik
Membunuh
Syafei dan Abu Hanifah
1. Hukum Bunuh tanpa salib Imam Malik 1. Hukum Bunuh tanpa salib 2. Hukum Bunuh serta salib
Abu hanifah
1. Bunuh dan Salib 2. Bunuh tanpa potong tangan dan kaki 3. Salib dahulu baru bunuh tanpa potong tangan dan kaki
Perompak Bertaubat
Jumhur berpendapat 1. Orang bertaubat sebelum ditangkap terserah kepada Allah Tidak dikenakan had 2. Orang yang menjadi mangsa. 3. Barang yang disamun. 4. Tempat kejadian dan alat yang digunakan.
1. Hendaklah ia baligh dan sempurna akal. 2. Tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan.
1. Hendaklah ia seorang muslim atau kafir zimmi yang patuh kepada undang2. la hendaklah menjadi pe@lik harta yang disamun atau wakilnya. 3. Tiada pertalian kekeluargaan antara yang menyamun dan yang disamun, atau ada pakatan antara keduadua pihak.
1. Harta itu dirampas daripada tempat barang itu disimpan. 2. Harta itu mempunyai nilai menurut kaca mata Islam, oleh itu arak dan barang yang diharamkan oleh Islam tidak dianggap bemilai. 3. Barang yang disamun itu bukan milik penyamun. 4. Barang yang disamun sampai pada nisabnya.
1. Keterangan saksi yang mencukupi syarat. 2. Pengakuan tertuduh. 3. Semua pengakuan ini hendaklah memenuhi syarat-syarat kes curi.
Hukuman terhadap penyamun berbeza-beza mengikut kategori jenayah samun. 1. Menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam dengan tidak melakukan rampasan atau pembunuhan. 2. Merompak harta benda sahaja. 3. Membunuh atau mencederakan sahaja. 4. Merampas harta benda dan membunuh atau mencederakan.
sehingga ia bertaubat.
3 4
Potong tangan dan kaki dengan berselang, danMengembalikan barang yang dirampas kepada tuannya. Melakukan pembunuhan sahaja Dibunuh tanpa dipalang. Melakukan perampasan atau rompakan 1 .Dibunuh,dan2. Dipalang dalam tempoh yang dan pembunuhan. munasabah untuk diketahui oleh orang ramai atau selama tiga hari seperti pendapat setengahsetengah ahli fuqaha.
MEMBERONTAK Al-Bughah dari segi bahasa bererti pelampau atau melampaui batas Dari istilah bererti satu kumpulan orang Islam yang menentang pemimpin muslin-iin, melakukan pemberontakan terhadap pemerintahannya dan enggan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh pemerintah sama ada orang yang berkaitan dengan hak Allah atau hak manusia. Dalam istilah biasa mereka dikenali sebagai pemberontak. Mereka mempunyai dasar dan undang-undang mereka sendiri, mempunyai organisasi dan pentadbiran sendiri serta mempunyai kekuatan pertahanan, tentera dan senjata untuk melaksanakan pemberontakan. Contohnya ialah al-Khawarij dan al-Haruriyah yang menentang khalifah Ali ra.
1. 2. 3.
1. Pemberontakan itu ditujukan kepada pemerintah Islarn yang adil yang tidak sepatutnya ditentang atau digulingkan, malahan pemberontakan terhadap pemerintah yang fasiq pun diharamkan oleh Islain walaupun dengan tujuan untuk melaksanakan amar nwruf dan nahi munkar. Ini disebabkan pemberontakan itu akan memberi kesan yang lebih buruk dan tidak memungkinkan maksud amar maruf dan nahi munkar tercapai.
Unsur Niat
Niat yang dimaksudkan di sini ialah untuk melakukan pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah dan bertujuan untuk menggulingkan atau tidak mahu tunduk kepada perintahnya dan enggan melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab mengikut undangundang dan peraturan yang ditentukan olch pemerintah.
1. Pemerintah yang menghadapi pemberontakan tidak boleh terus bertindak memerangi atau menentang pemberontak dengan kekerasan sebelum langkah-langkah awal dilakukan bagi mengelakkan pertumpahan darah sesama umat Islam.
1. Langkah paling utama ialah mengajak mereka ke meja perundingan untuk mengetahui sebab mereka memberontak dan tuntutan mereka:
1. 1. Sekiranya sebab-sebab itu munasabah dan tuntutan mereka wajar, maka pemerintah tidak boleh menaflkannya, tetapi hendaklah menerimanya dan memenuhi tuntutan mereka. 2. Sekiranya pemberontak enggan memberi sebab-sebab pemberontakan dengan jelas, maka mereka perlu diberi peringatan akan bahaya peperangan iaitu mendatangkan korban nyawa dan kerugian harta benda. 3. Sekiranya mereka masih enggan, suruhlah mereka supaya kembali bersatu di bawah naungan pemerintah dan taat kepada pemerintah atau mereka akan menghadapi tindakan yang keras dan tegas daripada ,pemerintah. 4. Sekiranya mereka tetap enggan dan terus berpegang pada dasar pemberontakan mereka, maka wajiblah mercka diperangi.
1. Pemberontak menentang pemerintah secara terbuka dan mereka tidak berada di dalam kawalan pemerintah sebab mereka mempunyai pengkalan yang di luar daripada kekuasaan pemerintah. Ini tidak memungkinkan pemerintah dapat mengambil tindakan terhadap mereka secara mudah seperti menangkap dan memenjarakan mereka.
1. Pemberontak mempunyai asas yang menjadi prinsip perjuangan mereka sendiri sekalipun asas itu salah seperti asas yang dipegang oleh al-Khawarij dan alHaruriyah yang melakukan pemberontakan terhadap SayidinaAli ra.. Tidak mudah
bagi pemerintah untuk berhadapan dengan golongan yang berpegang pada prinsip tentera yang menjadi dasar perjuangan pemberontak lebih-lebih lagi prinsip yang salah. Ini bererti bertambah sukar untuk menyeru mereka supaya berdamai dan kembali kepada prinsip yang menjadi dasar pemerintah dan menghentikan penentangan terhadap pemerintah.
1. Pemberontak mempunyai pemimpin yang berpengaruh dan ditaati, pemimpin yang dapat mengatur dan mentadbir, merancang dan menyusun strategi bagi melaksanakan penentangan dan pemberontakan. Andainya mereka tidak mempunyai pemimpin, mereka mudah disedarkan dan dipujuk supaya menghentikan perjuangan yang sia-sia itu.
1. Walaupun pemerintah diharuskan memerangi pemberontak, mereka tidak boleh dianggap sebagai golongan fasiq dan kafir kerana mereka dapat dianggap sebagai golongan bermasalah berdasarkan asas atau prinsip yang mempengaruhi tindakan mereka.
Tindakan
1. Tindakan hendaklah didahului dengan memberi penerangan dan nasihat serta berunding dengan mereka supaya mereka kembali kepangkuan jemaah Islam. 2. Sesudah berlaku peperangan tentera pemerintah tidak boleh mengejar musuh yang meninggalkan medan peperangan, tidak boleh mereka menghukum yang telah lemah disebabkan luka. Hanya yang dibolehkan ialah menentang pemberontak seimbang dengan serangan yang mereka lakukan. Jelasnya mengangkat senjata hanya untuk mempertahankan diri dan jemaah serta memadamkan pemberontakan.
1. Setelah tamat peperangan atau pertempuran antara tentera pemerintah dengan tentera pemberontak, kemudian ada pula tentera pemerintah yang membunuh tentera pemberontak, pada hal pemberontak telah meletakkan senjata dan kembali taat kepada pemerintah, maka tentera yang membunuh itu dikenakan qisas, melainkan ia bersumpah bahawa ia berpendapat bahawa suatu kegiatan menentang atau cubaan rampasan kuasa terhadap pemerintah yang sah di sisi svara, sama ada dengan mengguna senjata atau merancang serta melancarkan peperangan dengan cara zalim
Pemeritah juga mestilah meneliti dan mengkaji sebab pemberontakan tersebut dan sekiranya tuntutan itu benar maka pemerintah hendaklah menerima dan melaksanakannya. Sekiranya permintaan mereka tidak benar, dan mereka masih berdegil tidak mahu mentaati pemerintah, di saat itu mereka bolehlah diperangi.
MURTAD
Tindakan seseorang yang keluar daripada agama Islam. Murtad dan kufur melalui salah satu berikut
1. Meialui itikad.
i. atau ragu-ragu dengan kebenaran al-Quran. 1. Melalui kata-kata dan ucapan. i. mencaci dan menghina Nabi s.a.w. 1. Meialui perbuatan. i. dengan tujuan menghina.
1. Hakim tahan selama tiga hari supaya bertaubat 2. Enggan bertaubat baru dihukum bunuh.
1. Mencaci Nabi Muhammad s.a.w. atau mempersendakannya seperti yang dilakukan oleh musuh Islam yang menuduh Nabi Muhammad s.a.w. kuat nafsu seks. 2. Mengingkari larangan Islam yang telah ditetapkan oleh Islam seperti mengingkari haram arak dan riba. 3. Mengingkari perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Islam seperti solat lima waktu. 4. Mengingkari perkara yang telah disabitkan dengan dalil seperti mengingkari alQuran sebagai kalam Allah. 5. Mengingkari perkara-perkara yang telah diwajibkan oleh Islam seperti ingkar wajib puasa dan zakat. 6. Mengingkari perkara-perkara yang telah diharamkan oleh Islam secara qoti seperti mengingkari haram zina dan riba.
1. Menyedarkan akan kesalahan yang dilakukannya dan meminta ia bertaubat serta kembali kepada Islam dengan segera.
2. Memberi peringatan dan amaran kepadanya akan bahaya atau akibat buruk jika ia tidak mahu bertaubat malahan terus murtad iaitu ia akan menerima hukuman bunuh. 3. Wajib dihukum bunuh sekiranya ia tidak mahu kembali kepada Islam.
Hadith Rasulullah s.a.w.: Ertinya: Tidak halal darah (nyawa) seseorang muslim yang mengucap bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa aku Rasulullah melainkan salah satu daripada tiga iaitu membunuhjiwa, janda atau duda vang melakukan zina dan orang yang meninggalkan agama, keluar darijemaah Islam.
Hukumaasalnya ialah bunuh berdasarkan Hadith bererti, Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah ia. Hukuman ini wajib dikenakan ke atas setiap orang yang murtad Sekiranya hukuman bunuh itu tidak dapat dilaksanakan oleh sebab-sebab tertentu, maka hukuman gantung boleh dikenakan kepada orang yang murtad mengikut keadaan: 1. Jika pesalah telah bertaubat, maka hakim atau qadhi boleh mengenakan hukuman yang sesuai dengan keadaan pesalah seperti sebat, penjara, denda dan memberi amaran, malahan ada ulama yang menyarankan supaya diberi hukuman yang berat dan ada pula yang menyarankan diampunkan. Semuanya itu terserah kepada kebijaksanaan hakim atau qadhi dengan melihat kes dan muslihat di sebalik hukumanhukuman yang diputuskan.
1. Jika hukuman asal (bunuh) digugurkan disebabkan ada kesamaran seperti yang murtad itu perempuan atau kanak-kanak, maka hakim atau qadhi boleh menj atuhkan hukuman penjara atau ditahan di pusat pemulihan aqidah sehingga ia bertaubat.
Hukuman sampingan:
1. Murtad dan enggan bertaubat. Dirampas semua harta diletakkan di bawah pentadbiran pemerintah. 2. Penyaraan dirinya diambil daripada harta tersebut mengikut keperluan.
3. Harta itu tetap menjadi miliknya sehingga ia bertaubat baru diserahkan semula kepadanya. 4. Sekiranya ia mati, maka hilanglah hak tersebut dari sejak tarikh dia murtad. 5. Terbatal segala bentuk urusan dan perjanjian seperti jualbeli, pemberian, gadaian dan seumpamanya kerana murtad membatalkan kelahiran untuk urusan-urusan yang tersebut.
Hadith Ertinya: Tidak boleh seorang muslim mewariskannya (pusaka) kepada orang kafir dan tidak boleh seorang kafir mewariskannya (pusaka) kepada orang Islam 1. Dipisahkan antara dia dengan isterinya. Aqad perkahwinan digantung sementara sehingga ia bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh iddah. Sekiranya ia bertaubat dan kembali kepada Islam selepas Iddah dia hendaklah melakukan aqad nikah dengan mahar yang baru.
1. Orang yang murtad itu hendaklah orang yang mukalaf iaitu mempunyai akal yang sempurna dan baligh. 2. Telah diberi nasihat dan diminta bertaubat dan diberi tempoh masa untuk bertaubat. 3. Dapat dipastikan telah murtad sama ada dengan pengakuan sendiri atau dengan keterangan saksi yang adil yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Setelah orang yang murtad menjalani hukuman bunuh, maka perkara-perkara hendaklah dipatuhi: 1. Haram dimandikan, dikafankan dan solat ke atasnya kerana ia telah dihukumkan kafir.
2. Tidak boleh ditanam di perkuburan Islam, malahan hendaklah ditanam jauh dari tanah perkuburan Islam. 3. Tiada seorang warisnya pun yang boleh mempusakai hartanya kerana telah terputus hubungan keislaman dan haknya terhadap harta-harta tersebut telah gugur.