Anda di halaman 1dari 10

SURAH AN-NAS DAN TERJEMAHANNYA

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian


manusia.

"Yang Menguasai sekalian manusia,

"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam

"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -

"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".


ASBABUN NUZUL

Dalam satu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah terkena sakit yang
agak parah sehingga datang kepadanya dua Malaikat,satu duduk di sebelah kepalanya & satu
lagi duduk disebelah kakinya.

Berkatalah malaikat yang duduk di sebelah kakinya kepada malaikat yang duduk di sebelah
kepalanya : "Apakah yang engkau lihat?"Malaikat itu menjawab : "Dia terkena guna-
guna".Malaikat itu bertanya lagi : "Apakah guna-guna itu?"Malaikat itu menjawab : "Guna-
guna adalah sihir"

Kemudian malaikat itu bertanya lagi : "Siapakah yang membuat sihirnya?"Malaikat itu
menjawab : "Labid bin al Asham Alyahudi.Sihirnya adalah berupa gulungan yang disimpan
di dalam sumur keluarga si Fulan dibawah sebiji batu besar.Datanglah ke sumur itu,timbalah
airnya & angkatlah batunya.Kemudian ambil gulungan tersebut & bakar."

Pada keesokan paginya Rasulullah mengutus Ammar bin Yasir beserta kawan-
kawannya.Apabila tiba di sumur tersebut,tampaklah airnya merah seperti air inai.Air itu
ditimbanya & diangkat batunya serta dikeluarkan gulungan tersebut & terus dibakar.Ternyata
di dalam gulungan tersebut terdapat tali yang terdiri daripada sebelas simpul.

Maka penurunan kedua surah diatas adalah berkenaan dengan peristiwa tersebut.Setiap kali
Rasulullah saw membaca satu ayat maka terbukalah simpulannya.

(Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam kitab Dala'ilun Nubuwwah dari al Kalbi dari Abi
Salleh dari Ibnu Abbas)

Keterangan :

Didalam kitab Bukhari terdapat syahid(penguat hadis) yang menceritakan seperti di atas
tetapi tidak menyebut tentang sebab turunnya kedua surah tersebut.Manakala dalam riwayat
lain pula ada syahid yang menceritakan seperti di aats & menyebut sebab turunnya kedua
surah itu.

Dalam riwayat lain pula ada dinyatakan bahawa kaum Yahudi menyediakan makanan untuk
Rasulullah.Setelah makan makanan tersebut, tiba-tiba Rasulullah jatuh sakit sehingga
sahabat-sahabatnya merasakan bahawa penyakit itu timbul dari perbuatan Yahudi itu.Maka
turunlah Jibril membawa dua surah ini dan membacakan ta'udz ( adalah ucapan a’udzu billahi
minasy syaithonir rojim. Artinya, aku berlindung kepada Allah dari (godaan, kejahatan,
bisikan) setan yang terkutuk)

Seketika itu juga Rasulullah keluar menemui sahabat-sahabatnya dalam keadaan sihat
walafiat

(Kitab Asbabun Nuzul : Sejarah Turunnya Ayat Al-Quran karya Imam Jalaluddin As
Sayuthi)

Nota kaki :

Dua surah yang pendek namun banyak khasiat & fadhilatnya.Antaranya seperti yang
dinyatakan di atas iaitu pelindung dari pada sihir dengan izin Allah.Dalam kisah di atas juga
di riwayatkan bahawa Rasulullah saw pun terkena sihir,inikan pula kita umatnya yang lemah
dan jahil ini.Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu terdapat penyembuh penyakit.Kita sahaja
yang lalai & tidak bergantung kepada Allah.Malah hanya bergantung pada makhluk &
selebihnya tawakkal pada Allah swt.

Oleh itu amalkanlah membaca surah Al Falaq & surah An Naas.Mudah-mudahan dengan
amalan yang kita lakukan itu maka terhindarlah kita dari sihir & tipu daya syaitan.
TAFSIR

Gambaran Keseluruhan Ayat:

Surah ini adalah surah yang ke-114, yakni terakhir dalam susunan surah-surah Al-Qu’ran.
Susunan surah ini diletak oleh Allah melalui Jibril. Walaupun surah ini adalah surah
Madaniyah, tetapi fikrah ayat-ayatnya adalah mirip kepada surah Makkiyah.

Surah yang terakhir ini memberi tasawwur terhadap Aqidah, yakni tauhid uluhiyah dan
rububiyah. Manusia hamba Allah yang lemah dan hatinya yang berbolak-balik mudah
terdedah kepada gangguan syaitan. Maka perlunya ikatan kepada Allah 100%. Gangguan
syaitan yang wujud sejak dari Nabi Adam a.s hinggalah ke hari ini akan terus berlaku.
Bisikan manis tipu daya yang mempersonakan akan melekakan kita. Tempat tumpuan
gangguan adalah hati; iaitu tempat untuk kita memahamkan ad-din. Ia menjadi titik-titik
hitam. Maksiat di anggap baik, bisikan was-was berlaku, bukan sahaja kepada ibadah tetapi
juga kepada perkara yang lebih besar lagi iaitu Aqidah. Namun ramai yang tidak menyedari.

Surah an-Nas dan al-Falaq merupakan satu perintah/arahan dari Allah untuk mendapatkan
perlindungan dari-Nya. Ada 2 bentuk gangguan kepada iman – dalaman dan luaran. Surah
An-nas menceritakan gangguan dalaman dan Al-Falaq menceritakan gangguan luaran.

Pemahaman surah ini menguatkan iman dan iktiqad kita. Jika kita baca hanya sebagai
mengambil fadhilatnya tetapi tidak memahaminya, maka larilah dari konsep iman dan Al-
Qur’an.

Terdapat beberapa athar mengenai penurunan surah ini. Dari Uqbah ibn `Amir (ra) ,
Rasulullah saw telah bersabda “ Tidakkah engkau mengetahui ayat-ayat yang telah
diturunkan pada malam ini, iaitu ayat-ayat tidak didapati tolok bandingnya iaitu :

ِ ‫ب ٱل َّن‬
‫اس‬ ِ َ‫ب ۡٱلفَل‬
ِ ِّ ‫ قُ ۡل أَعُوذُ بِ َر‬dan ‫ق‬ ِ ِّ ‫" قُ ۡل أَعُوذُ بِ َر‬

Dari Jabir r.a katanya: Sabda Rasulullah saw “Bacalah, wahai Jabir! Aku menjawab, Demi
bapaku dan ibuku, baca apa wahai Rasulullah?” Sabdanya:

ِ َّ‫ب ٱلن‬
Bacalah ‫اس‬ ِ َ‫ب ۡٱلفَل‬
ِ ِّ ‫ قُ ۡل أَعُوذُ ِب َر‬dan ‫ق‬ ِ ِّ ‫ " قُ ۡل أَعُوذُ ِب َر‬lalu aku pun membaca kedua-duanya, kemudian
beliau bersabda “ Bacalah kedua-dua surah ini dan engkau tidak akan dapat membaca surah
yang serupa dengan kedua-duanya.”
ِ ‫( ِإلَ ٰـ ِه ٱل َّن‬٣) ‫اس‬
‫اس‬ ِ َّ‫( َملِكِ ٱلن‬٢) ‫اس‬ ِ ِّ ‫( قُ ۡل أَعُوذُ ِب َر‬١)
ِ َّ‫ب ٱلن‬

"Katakanlah: Aku pohon perlindungan pada Rabb yang memelihara manusia (1) Yang
menguasai manusia (2) `Ilah’ yang disembah manusia (3)"

Fikrah Ayat

1. ‫ قُل‬- Ia adalah satu arahan. Kita kena ikut, iklankan, ceritakan, dan mengajak

hamba Allah untuk berlindung kepada Allah

2. Pada hakikatnya manusia adalah hamba Allah lemah dan memerlukan perlindungan dari
Allah. Hanya hamba Allah yang mukhlis akan selamat dari gangguan syaitan.

3. Dinyatakan nama Allah 3 kali dalam surah ini – Robb, Al-Malik, Ilah. Robb ialah sifat
Allah yang memelihara dan melindung. Al-Malik ialah sifat Allah yang memilik, memerintah
dan mentadbir. `Ilah’ ialah sifat Allah yang menguasai segala-galanya. Semua sifat-sifat ini
berkuasa memberi pertolongan dari kejahatan-kejahatan yang meresap ke dalam hati manusia
yang tidak mengetahui bagaimana hendak menolak kejahatan-kejahatan yang tersembunyi
itu.

4. Allah memerintah manusia mencari perlindungan kepada-Nya. Agar manusia hampir


kepada Allah.
ِ ‫( مِ نَ ۡٱل ِجنَّ ِة َوٱل َّن‬٦) ‫اس‬
‫اس‬ ِ َّ‫ُور ٱلن‬
ِ ‫صد‬ُ ‫س فِى‬ ِ َّ‫اس ۡٱل َخن‬
ُ ‫( ٱلَّذِى ي َُوسۡ ِو‬٥) ‫اس‬ ِ ‫( مِن ش ِ َِّر ۡٱل َوسۡ َو‬٤)

"Dari kejahatan (syaitan) pembisik yang datang dan menghilang (4) Yang membisik
(kejahatan) di dalam dada manusia (5) Iaitu dari (syaitan) jin dan manusia (6)"

Fikrah Ayat

1. Allah swt mengingatkan bahawa syaitan ialah musuh kita yang nyata. Ini adalah sumpah
mereka sejak dihalau keluar oleh Allah dari syurga. Setiap manusia akan ada syaitannya.
Gangguannya berlaku sehingga hari kiamat. Ia berusaha menyesatkan manusia sedaya upaya
dengan pelbagai tipu daya, namun mereka tiada mempunyai kuasa. Syaitan hanya berupaya
menakluk orang yang lalai dari Allah.

Firman Allah, Surah al-Isra: (61-65)

‫ِيس قَا َل َءأَسۡ ُج ُد ِل َم ۡن َخلَ ۡقتَ طِ ً۬ينا‬ َ َ‫ڪ ِة ٱسۡ ُجدُواْ ِل َ َد َم ف‬


َ ‫س َجد ُٰٓواْ إِ ََّّل إِ ۡبل‬ َ ‫( َوإِ ۡذ قُ ۡلنَا ل ِۡل َملَ ٰـٰٓ ِٕٮ‬٦١) ‫ى لَ ِٕٮ ۡن أ َ َّخ ۡرت َِن‬
َّ َ‫عل‬
َ َ‫ڪ َّرمۡ ت‬َ ‫قَا َل أ َ َر َء ۡيتَكَ َه ٰـذَا ٱلَّذِى‬
ً۬ ‫( إلَى ي ۡوم ۡٱل ِقيـم ِة َل َ ۡحتَنِك ََّن ذُريَّتَهُ ۤۥ إ ََّّل قَل‬٦٢) ‫ورا‬
‫ِيل‬ ً۬ ُ‫( قَا َل ۡٱذه َۡب فَ َمن ت َ ِب َعكَ مِ ۡن ُه ۡم فَإ ِ َّن َج َهنَّ َم َجزَ آ ُؤ ُك ۡم َجزَ ً۬آء َّم ۡوف‬٦٣) ‫َوٱسۡ ت َۡف ِز ۡز َم ِن‬
ِ ِّ ِ َ َٰ ِ َ ٰ ِ
‫غ ُرورا‬ ُ ‫ط ٰـ ُن ِإ ََّّل‬ َّ ‫َار ۡك ُه ۡم فِى ۡٱلَمۡ َوٲ ِل َو ۡٱل َ ۡولَ ٰـ ِد َو ِع ۡده ُۡمۚ َو َما يَ ِع ُد ُه ُم ٱل‬
َ ‫ش ۡي‬ ِ ‫علَ ۡي ِہم بِخ َۡيلِكَ َو َر ِجلِكَ َوش‬ َ ‫ص ۡوتِكَ َوأ َ ۡجل ِۡب‬
َ ِ‫طعۡ تَ مِ ۡن ُہم ب‬ َ َ ‫ٱسۡ ت‬
ً۬ ‫ڪ‬ ِ ‫ط ٰـ ً۬نۚ َو َكف َٰى بِ َربِِّكَ َو‬ َ ‫س ۡل‬
ُ ‫علَ ۡي ِه ۡم‬
(٦٤) ‫يل‬ َ َ‫س لَك‬ َ ‫( إِ َّن ِعبَادِى لَ ۡي‬٦٥)

“Dan (kenangilah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam. Lalu mereka sekalian pun sujud kecuali iblis, ia berkata: Adakah wajar aku sujud
kepada yang telah Engkau ciptakannya dari tanah? (61). Dia berkatan lagi: Terangkanlah !
Inikah orangnya yang telah engkau muliakan lebih dariku? Sesungguhnya jika dapat Engkau
memberikan tempoh kepadaku sehingga Hari Qiamat nescaya akan ku sesatkan zuriatnya
kecuali sebahagian yang kecil (62). Lalu Allah menjawab: Baiklah pergilah! Sesiapa dari
mereka yang mengikut engkau, maka Neraka Jahannamlah balasan yang sungguh padan
untuk kamu (63). Dan kejutkan dengan suaramu siapa saja dari mereka yang dapat engkau
lakukan, dan kerahkan angkatan berkudamu dan kerahkanlah angkatan jalan kakimu untuk
menyerang mereka, dan berkongsilah harta benda dan anak-pinak dengan mereka dan
kemukakan janji-janjimu kepada mereka, dan sebenarnya tiada apa yang dijanjikan syaitan
kepada mereka melainkan hanya tipu daya sahaja (64). Sesungguhnya engkau tidak
mempunyai kuasa untuk menguasai hamba-hamba kesayangan-Ku, dan cukuplah Tuhanmu
itu menjadi penjaga (65)”

2. Syaitan akan sentiasa mendampingi kita. Setiap manusia memiliki Qarin (pendamping).
Hadis Saiyiditina Aisyah dalam Riwayat Muslim “ Sesungguhnya Rasululluh saw keluar
darinya pada suatu malam, kemudian nabi saw datang dan melihat apa yang aku perbuat,
maka nabi saw berkata ‘Ada apa denganmu wahai Aisyah? Apakah engkau cemburu ?’
Aisyah berkata: `Bagaimana orang sepertiku tidak cemburu dengan orang seperti kamu’.
Maka Rasululluh (saw) berkata: ‘ Apakah syaitan datang kepadamu’ lalu Aisyah berkata: ‘
Wahai Rasululluh, apakah syaitan bersama saya?’ Nabi saw berkata `Ya’, akupun bertanya:
`Bersama setiap manusia (juga)’, Nabi saw menjawab `Ya’; Aisyah bertanya: ` Bersama
engkau juga ya Rasululluh?’ Nabi saw menjawab `Ya, hanya Allah menolongku sehingga dia
memeluk Islam’

3. Was-was yang paling utama ialah was-was aqidah. Perkara ini yang manusia lupa.
Masyarakat kita bila membicarakan was-was, maka hal yang dirisaukan ialah berkenaan niat
beribadah (masuk ke tak masuk niat).. tapi jarang-jarang was-was aqidah dibincangkan.
Itulah tujuan utama syaitan untuk membawa kita bersama-sama ke dalam neraka Jahannam.
Firman Allah:

Surah Fathir (22:6)

َ ُ‫عد ًُ۬و فَٱتَّخِ ذُوه‬


ْ‫عد ًُّو ۚا ِإنَّ َما َي ۡدعُواْ حِ ۡز َبه ُ ۥ ِل َي ُكونُوا‬ َ ‫ش ۡي‬
َ ‫ط ٰـنَ لَ ُك ۡم‬ َّ ‫ِير ِإ َّن ٱل‬
ِ ‫سع‬ ِ ‫ۡن أَصۡ َح ٰـ‬
َّ ‫ب ٱل‬

“Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana


sesunnguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannnya supaya mereka menjadi
penghuni neraka yang menyala-nyala”

Syaitan akan menjerumuskan manusia ke dalam kesyirikan dan

kekufuran Firman Allah:

Al-Hasyr ( 59:16)

َ‫ى ً۬ء ِ ِّمنك‬


ٰٓ ‫ٱڪفُ ۡر فَلَ َّما َكف ََر قَا َل إِنِِّى بَ ِر‬
ۡ ‫س ٰـ ِن‬ ِ ۡ ‫ط ٰـ ِن إِ ۡذ قَا َل ل‬
َ ‫ِۡلن‬ َ ‫ش ۡي‬
َّ ‫َك َمث َ ِل ٱل‬

“ Seperti (pujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia ‘Kafirlah kamu’
maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata `Sesungguhnya aku berlepas

dari kamu…….”

Syaitan akan menggoda kita agar tidak yakin kepada Allah (tidak Jazam yang

qat’i). Ada syak, zan atau waham.

4. Bisikan dan tipudaya syaitan adalah licik. Syaitan mengalir di dalam darah dan menggangu
Qalb (hati) yang berada di dalam dada (‫صد ُور‬
ُ )

Dari Anas dia berkata: Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya syaitan telah

masuk ke dalam manusia melalui aliran darah” (HR Bukhari dan Muslim)

5. Cara gangguan syaitan : datang dan menghilang ( ‫ ) ٱل َخنَّاس‬dan suka menunggu peluang.
.Syaitan dapat sampai ke dalam fikiran dan hati manusia dengan cara yang tidak kita ketahui.
Hal ini berkait dengan tabi’at khusus penciptaannya. Ibnu Kathir berkata ‫ ٱل َخنَّاس ٱل َوس َواس‬adalah
syaitan yang `cokol’ dalam diri manusia, maka syaitan akan membisikinya, namun jika dia
berzikir, maka syaitan akan lari. Cokol maknanya; tinggal diam tidak membuat apa-apa,
dalam konteks ini ia menunggu-nunggu peluang

6. Hati yang terpesong akibat gangguan syaitan akan memandang perkara maksiat perkara
yang baik, menjerumuskannya dalam dosa berterusan, dan mudah membuat perkara bid’ah.

Surah Al-Hijr (15:39-40).

َ‫ض َو َل ُ ۡغ ِويَنَّ ُہ ۡم أ َ ۡج َمعِين‬


ِ ‫ب بِ َمآ أ َ ۡغ َو ۡيتَنِى َلُزَ يِِّن ََّن لَ ُه ۡم فِى ۡٱل َ ۡر‬ ِ َ‫) إِ ََّّل ِعبَادَكَ مِ ۡن ُہ ُم ۡٱل ُم ۡخل‬٣٩ ( ٤٠)
ِ ِّ ‫صينَ ( قَا َل َر‬

“ Iblis berkata : ‘ Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti
aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti
aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di
antara mereka.”

Sufyan ats-Tsauri berkata “Bid’ah itu lebih disukai iblis dari maksiat; kerana pelaku maksiat
dapat diharapkan bertaubat, sedang pelaku bid’ah sukar untuk bertaubat.”

7. Syaitan juga menimbulkan was-was dalam hati agar tidak membuat kebajikan dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk merosakkan ibadah:
Dalam sahih Bukhari, dari Abu Hurairah ra “Jika azan solat dikumandangkan, syaitan
membelakanginya sambil kentut agar azan tersebut tidak sedap didengar. Jika azan telah
selesai dia kembali lagi menghadap ke depan. Ketika solat telah dimulai dia
membelakanginya. Lalu dia akan mengganggu seseorang dalam fikirannya, dia katakan :
‘ingat ini, ingat ini, mengapa kamu tidak mengingat ini ‘”. Sehingga orang tersebut lupa
berapa rakaat dia telah bersolat” - HR Bukhari dan Muslim.

Dengan bisikan inilah, syaitan menipu daya Nabi Adam dengan memakan pohon yang telah
disebut dalam Al-Qu’ran.

Surah Thaaha (20:120)

(١٢٠) ‫يَ ۡب َل ٰى‬ ‫ََّّل‬ ‫َو ُم ۡل ً۬ك‬ ‫ۡٱل ُخ ۡل ِد‬ ِ‫ش َج َرة‬
َ ‫ع َل ٰى‬
َ َ‫أ َ ُدلُّك‬ ‫ه َۡل‬ ‫يَ ٰـٰٓـَٔا َد ُم‬ ‫قَا َل‬ َ ‫ش ۡي‬
‫ط ٰـ ُن‬ َّ ‫ٱل‬ ‫ِإلَ ۡي ِه‬ َ ‫فَ َوسۡ َو‬
‫س‬

“Kemudian syaitan membisikan fikiran jahat kepadanya, dengan berkata ‘Hai Adam,
mahukah saya tunjukkah kepada pohon Khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa”

Syaitan juga menipu hati dan pemikiran manusia seolah-olah dia sedang memberi nasihat
kepada manusia. Firman Allah :

al-A’raaf (7:21)

َ ‫( ٱلنَّ ٰـصحينَ لَمنَ لَ ُك َما إنِّى َوقَا‬٢١)


‫س َم ُه َمآ‬

“ Dan dia(syaitan) bersumpah kepada keduanya (Adam dan Hawa), Sesungguhnya saya
adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

8. Syaitan membisikkan sehingga seorang hamba Allah lupa kepada perintah Allah. Perkara
ini berlaku kepada Nabi Adam dan ia akan berlaku juga kepada kita. Firman Allah:

Surah Thaahaa (20:115)

َ ‫( َعز ً۬ما ۥ لَهُ نَجد َولَم فَنَس‬١١٥)


‫ى قَب ُل من َءادَ َم إلَ ٰى َعهدنَآ َولَقَد‬

“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan
perintah itu), dan tidak Kami dapatinya padanya kemahuan yang kuat”.
9. Manusia berperangai syaitan juga wujud. Mereka terdiri dari teman-teman yang jahat,
orang-orang berkuasa yang tidak mengikut syariat Allah sehingga bertindak zalim terhadap
rakyat jelatanya; tukang-tukang umpat dan penjual-penjual nafsu.

10. Allah mengajar hamba-Nya perisai daripada gangguan syaitan. Hendaklah dia
memperingati Allah, memperbanyakkan zikir dan doa. Syaitan menjadi lemah apabila
berdepan dengan mereka yang sedar dan siap-siaga mengawal pintu hatinya. “Apabila
manusia menyebut nama Allah, ia akan mengundurkan dirinya dan apabila manusia lalai, ia
akan membisikkan kejahatan”

Anda mungkin juga menyukai