Anda di halaman 1dari 3

AAM TAFSIR SURAH (114) AN-NAS

MUQADDIMAH SURAH AN-NAS (‫)ال َّناس‬

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 6 ayat. Dinamakan surah “An-Nas –


‫( ”ال َّناس‬Manusia), kerana pada awal surah ini, Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan
memohon perlindungan kepada Allah Pemelihara Sekelian Manusia.

Intisari Kandungannya: Sebagaimana surah “Al-Falaq – ‫ “ال َفلَق‬yang lalu mengajar kita
memohon perlindungan kepada Tuhan dari segala bahaya zahir, maka surah ini mengajar
kita memohon perlindungan dari bahaya-bahaya batin iaitu dari bahaya perasaan syak ragu-
ragu dan ingatan buruk yang datangnya dari angkara makhluk yang tidak kelihatan kepada
kita – (syaitan atau jin), dan dari tipu daya makhluk yang berupa manusia; perasaan dan
ingatan buruk yang tersebut adalah menjadi penyakit yang besar yang menyebabkan
kerosakan iktikad kepercayaan, amal ibadat dan segala bawaan hidup.

*****
ِ ‫ِيع ْال َعل ِِيم ِمنْ ال َّش ْي َط‬ ‫َأ ُ هَّلل‬
‫ان الرَّ ِج ِيم‬ ِ ‫عُوذ ِبا َ ِ ال َّسم‬
‫ِبسْ ِم هَّللا ِ الرَّ حْ َم ِن الرَّ حِيم‬
{Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani}

𝐀𝐲𝐚𝐭 1–

ِّ ‫قُ ْل َأعُ وذُ بِ َر‬


ِ َّ‫ب الن‬
‫اس‬
{Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian
manusia.}

𝐀𝐲𝐚𝐭 2–

ِ ِ‫م ل‬
ِ َّ‫ك الن‬
‫اس‬ َ
{"Yang Menguasai sekalian manusia,}

𝐀𝐲𝐚𝐭 3–

ِ َّ‫ِإ ٰلَ ِه الن‬


‫اس‬
{"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,}

𝐀𝐲𝐚𝐭 4–

ِ ‫ِم ْن َش ِّر الْ َو ْس َو‬


ِ َّ‫اس ا خْلَ ن‬
‫اس‬
{"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - [1867]}

Yakni yang “timbul” menjalankan bisikan dan hasutannya apabila manusia lalai daripada
[1867]

mengingati Allah dan hukum ugamanya, dan “tenggelam” mengundurkan dirinya pada ketika
seseorang ingat kepada Allah dan memikirkan balasan buruk yang disediakan Tuhan bagi
orang yang melakukan kejahatan yang dibisik dan dihasutkan itu.

𝐀𝐲𝐚𝐭 5–

ِ ‫ص ُد‬ ِ َّ
ِ َّ‫ور الن‬
‫اس‬ ُ ‫س يِف‬ ِ
ُ ‫ال ذ ي يُ َو ْس و‬
{"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -}

𝐀𝐲𝐚𝐭 6–

ِ ‫ِم ن ا جْلِ ن‬
ِ َّ‫َّة َو الن‬
‫اس‬ َ
{"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". [1868]}

Sebagaimana surah yang lalu mengajar kita memohon perlindungan kepada Tuhan dari
[1868]

segala bahaya yang zahir, maka surah ini mengajar kita memohon perlindungan dari
bahaya-bahaya batin iaitu dari bahaya perasaan syak ragu-ragu dan ingatan buruk yang
datangnya dari angkara makhluk yang tidak kelihatan kepada kita – (Syaitan atau Jin), dan
dari tipu daya makhluk yang berupa manusia. Perasaan dan ingatan yang tersebut adalah
menjadi penyakit yang besar yang menyebabkan kerosakan iktiqad kepercayaan, amal
ibadat dan segala bawaan hidup.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan bahawa ayat-ayat dua surah ini (Surah Al-
Falaq dan Surah An-Nas) tidak ada tolok bandingnya untuk seseorang memohon
perlindungan dari segala jenis bahaya. Demikianlah disebutkan hadithnya oleh Iman Muslim.
At-Tirmidzi, Abu Daud dan An-Nasai’ pula menyebut satu hadith yang maksudnya:
ُ ‫ قُ ْل َأع‬, ‫ قُ ْل ه َُو هَّللا ُ َأ َح ٌد‬dan ‫اس‬
“Bacalah surah-surah: ‫ُوذ ِب َربِّ ْال َفلَ ِق‬ ُ ‫ قُ ْل َأع‬tiga kali apabila
ِ ‫ُوذ ِب َربِّ ال َّن‬
engkau berada pada waktu petang, supaya engkau terpelihara dan terselamat dari segala
bahaya dan bencana”.
Ingatlah! Perintah Allah ‘Azza wa Jalla dan ajaran Rasulullah s.a.w adalah untuk kita
mencapai keselamatan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat dengan cukup
sempurna.

*********

Anda mungkin juga menyukai