Anda di halaman 1dari 7

10 tanda wajib kahwin

Sekadar gambar hiasan..



..

Pernah kah anda berasa sunyi dihati walaupun dikellilingi ramai orang? hah
itu dah ade tanda2 wajib kahwin tu. Jalan jalan ke blog kawan, baca tentang
artikal 10 tanda wajib kahwin. Ceh kalau bab kahwin ni memang cepat je klik
nak baca. oh tidak. Gatal eh. Mane ade mane ade.
Cinta bertambah indah dengan ikatan pernikahan..
10 tanda wajib kahwin
1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.
Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak
(berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba
sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan
mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha
Mengetahui. (Surah an-Nur : 32)
Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang
kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong
dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta
kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan
berasa kesedihan tersebut.
Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya,
maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin.
Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat
mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh
seseorang yang dipanggil sebagai buah hati. Apabila didatangi perasaan sunyi yang
pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah
kejadian dan penyakit lebih berat.
Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua. Hadith
sahih riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.
Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran
tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika
itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan
sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke
dalam jurang maksiat.
2. Kehidupan yang tidak terurus.
Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan
serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu
peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga.
Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat
ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta
pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru
orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih
bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik
dan juga bersistematik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang
solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim
yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya. Hadith sahih riwayat
Muslim no. 4589.
3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina
Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada
berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya ya dan jika keadaan sudah menjadi
parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat
wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat
petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa.
Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan
menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya
ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita
mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka
Surah an-Nur: 30-31
Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa
pandangan itu seperti panah beracun.
Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang
meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan,
yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya. Hadith riwayat at-Tabrani dan alHakim.
Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah
pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
ALLAH berfirman:
Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa
DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu
bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri)
kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.
Surah ar-Rum: 21
4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.
Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada
kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan
berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada
banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah
hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang
mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor
psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian
dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling
mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi
setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada
berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat
kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH;

sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang
beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat
yang baik di dalam Syurga Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar
kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. Surah at-Taubah:
71-72
5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.
Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama
ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara
kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang
melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad.
Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka,
sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.
di dalam sabdanya:
Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan
sebagaimana api membakar kayu. Hadith riwayat Abu Daud.
Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:
Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara.
Hadith riwayat Muslim.
Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan
tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawankawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain
berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan.
Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita
berasa cemburu.
6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila
perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan
peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini
menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga
sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini
iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia
dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga). Surah ali-Imran : 14
Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya.
Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah
mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta
menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah
tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.


Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan
suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta
manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan
begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah
menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah.
Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.
Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya
menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara
fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza
dengannya. Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.
ALLAH berfirman:
DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA
menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya Surah al-Araf: 189
8. Desakan hawa nafsu
Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya
terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan,
golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan
ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka
mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh

mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani
desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat
dilangsaikan menurut tatacara Islam.
Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa
Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda.
Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan
hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:
Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur
dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu
berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat
menolak penyakit yang ada dalam hatinya. Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud,
al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari
Abu Zubair.
Maksud wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan bukan menunjukkan satu
penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh
syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang
memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan
menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.

9. Beronani.
Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan
intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa
besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafie dan Imam
Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T.
di dalam al-Quran:
Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada
isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang
siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang
melampaui batas. Surah al-Mukminun: 5-7
Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal. Hadith riwayat alBukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasai dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu
syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui
perkahwinan.
10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.
Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk
melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan
untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat
lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:
Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat.
Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang
sahaja Surah an-Nisa : 3.
Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki
kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat
bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang
halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.
Wayne Mcfred@Gempak.Org

Anda mungkin juga menyukai