Anda di halaman 1dari 8

Terapi Hati

Sesungguhnya Al Quran dan zikir itu akan membuatkan hati menjadi tenang.

Cinta monyet dalam kalangan anak-anak


Menarik sungguh isu yang dikupas dalam Majalah Anis bulan Oktober ni.Saya rasa terpanggil untuk membelinya (memang setiap bulan saya cuba jangan tak beli majalah ni).Isu kali ni berkisar mengenai bermulanya cinta monyet itu sendiri, menangani kemaruk cinta monyet anak-anak, sebab-sebab anakanak terjebak dengan cinta monyet dan cara-cara penyelesaian untuk berdepan dengan anak-anak yang dilamun cinta monyet ni. Fuhh...ibubapa mana yang tak risau jika anak-anak terjebak dalam cinta monyet ni.Termasuk saya juga sebenarnya.Memandangkan anak gadis sulung saya semakin meningkat remaja, risau dan rasa bimbang memang sentiasa bersarang di dalam hati sekarang ni.Bukan tak mempercayai dia, cuma saya rasa langkah berhati-hati memang perlu ada untuk berdepan dengan situasi sebegini.Nau'zubillahiminzalik...semoga di jauhkan apa yang tak baik kepada keluarga kami.

Gambar ihsan: Google Apa kata saya kongsikan beberapa tips yang boleh saya simpulkan untuk menangani cinta monyet di kalangan anak-anak kita.(melalui pembacaan majalah Anis tersebut) 1. wujudkan budaya usrah dalam keluarga, iaitu perbincangan sesama ibubapa dan anak-anak.Tanya siapa kawan-kawan mereka.Kalau boleh kenal siapa kawan-kawan mereka. Perbincangan juga untuk mendengar luahan hati mereka, permasalahan mereka agar mereka merasa diri mereka disayangi.

2. Dampingi mereka selalu , jadi sahabat mereka.Kebanyakkan anak-anak yang terjebak dengan cinta monyet ini adalah mereka yang kekurangan kasih sayang ibubapa. 3. Ayah perlu mengasihi anak perempuan dan menjaga kebajikan mereka.Hingga satu hari nanti ayahnya akan menjadi role model yang terbaik untuk mencari bakal suami seperti ayahnya. 4. Anak lelaki hendaklah disibukkan dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan aktiviti bersukan.Sehingga tiada ruang untuk nya memikirkan untuk terjebak dengan cinta monyet.Sayangi lah mereka, peranan ibubapa penting dalam hal ini. ...dan banyak lagi tips nya..saya ringkaskan sepadat mungkin seperti yang di atas.Semoga Allah pelihara anak-anak kita dari terjebak dengan cinta monyet.Amin..rabbala'lamin...

MysDear - Cinta monyet memungkinkan kepada bunga-bunga zina...nau'zubillah.

Cinta bukan tiket gadai maruah


Oleh Muhammad BHOnline Ruangan Agama (2011/12/06) Remaja mesti bijak jaga penampilan elak digoda lelaki PENGUMUMAN di akhbar tempatan berkenaan isu pembuangan bayi, keterlanjuran gadis dan masalah sosial di kalangan remaja agak merunsingkan. Statistik menggambarkan betapa seriusnya krisis itu. Fokus kita bukan sekadar menyalahkan remaja perempuan. Ia juga membabitkan lelaki yang tidak bertanggungjawab meragut kesucian wanita. Namun, kita cuba mengatasi detik bagaimana wanita begitu mudah terpedaya pujuk rayu lelaki. Mereka akhirnya terpaksa menanggung beban hamil anak luar nikah, ditinggalkan lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab, maka anak tidak bersalah itu dibuang begitu saja. Pengharaman pembuangan bayi jelas bagi kita. Firman Allah bermaksud: Jangan kamu membunuh anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar. (Surah al-Israk, ayat 31). Menariknya, ayat berkenaan pengharaman membunuh ataupun membuang anak itu diiringi ayat yang menghalang zina. Ayat berikut dalam surah yang sama bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surah al-Israk, ayat 32) Kesinambungan ayat ini menggambarkan cara Islam yang menitikberatkan mencegah lebih baik daripada merawat. Namun, jika ditanya kepada si pelaku, adakah mereka tidak mengetahui pengharaman zina? Jawapan yang pasti ialah mereka mengetahui hukumnya. Namun, nafsu sudah menguasai diri dan lebih kuat dalam menolak wahyu. Asyraf

Sebelum menuding jari ke pihak lain, remaja perempuan perlu mengetahui sifat mereka dari segi fizikal dan jiwa yang berbeza. Antara sifat wanita yang banyak dipergunakan lelaki adalah kelemahan dan kelembutan fizikal mereka. Begitu juga naluri cinta dan setia serta kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap pasangan membuatkan wanita mudah terpedaya. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum bersahabat dengan lelaki walau apa saja latar belakang mereka. Islam tidak membezakan lelaki baik atau tidak, tetapi menjelaskan bagaimana wanita dapat menghindari gangguan lelaki dengan menjaga penampilan diri. Firman Allah bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab, ayat 59). Ayat ini memberi panduan kepada wanita menjaga penampilan supaya menutup aurat yang secara tidak langsung memberi gambaran kepada lelaki mereka wanita baik dan sukar digoda. Ayat ini juga antara janji Allah SWT bahkan syarat pertama bagi wanita mengawal daripada diganggu. Islam menitikberatkan tanggungjawab bapa mengawal anak gadis. Kaedah mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza. Anak perempuan hadiah syurga kepada ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Siapa memiliki tiga puteri atau tiga saudari atau dua puteri atau dua saudari dan mendidiknya dengan baik serta menjadikannya bertakwa kepada Allah, maka baginya syurga. (Hadis riwayat Tirmizi) Syeikh Jamal Abdurrahman dalam kitabnya Athfal Muslimin Kaifa Rabbahum an-Nabiyyu al-Amin, menyatakan Nabi SAW melarang anak berusia 10 tahun tidur bersama dalam satu selimut dan dipisahkan tempat tidur mereka. Ayah juga perlu menjadi tempat bermanja bagi anak perempuan untuk mengelak mereka menagih kasih lelaki bukan mahram. Contohi saja kemesraan Nabi SAW dengan puteri kesayangannya, Fatimah. Walaupun Rasulullah SAW mesra dan cinta kepada anaknya, kecintaan itu tidak menjadikan Baginda mengambil mudah terhadap tanggungjawab anak. Baginda mendidik Fatimah mengikat tali hubungan yang utuh dengan Allah SWT bersesuaian manfaat agamanya. Sejarah Islam juga menunjukkan tanggungjawab menjaga anak perempuan terletak di bahu abang atau saudara lelaki. Malangnya, hari ini, abang atau saudara lelaki yang membuka ruang untuk adik mereka diganggu. Selain menjaga diri, ibu dan ayah, lelaki bertanggungjawab menjaga anak atau adik perempuan. Setiap manusia akan ditanya Allah sejauh mana mereka memenuhi amanah itu.

Ana lampirkan jawapan yg berkisar mengenai suara, apakah ianya aurat. Jwpn ana petik dari al-Ahkam bagi ------suara wanita bukanlah aurat. Kalau tidak masakan kaum wanita zaman nabi boleh berbicara dgn nabi malah dibaiah; umar ditegur oleh wanita dalam isu mahr; banyak hadith diriwayatkan oleh Aishah R.A; dsb. Cuma Firman yang dilarang seperti yang Allah disebut di dalam al-quran: S.W.T: menjimatkan masa.

"Oleh itu jgnlah kamu berkata-kata dgn lembut manja (semasa bercakap dgn lelaki asing) kerana yg demikian boleh menimbulkan keinginan org yg ada penyakit di dlm hatinya (menaruh tujuan buruk kpd kamu) dan berkatalah dgn kata-kata yg baik (sesuai dan sopan)." (Surah Al-Ahzab: ayat 32) Ayat ini merujuk kepada kata-kata yang lembut manja menggoda, bak kata orang...tergedik2..inilah yang terlarang. Adapun komunikasi biasa (kata2 baik sesuai dan sopan), tidaklah terlarang. Oleh ----Suara wanita bukanlah aurat dan ia dituturkan didalam batas-batas syara' yang telah ditetapkan. Suara wanita perlulah dibataskan agar tidak berbentuk menggoda, atau kerana ingin menarik perhatian dan membangkitkan syahwat lelaki, dan supaya tidak menimbulkan fitnah. Ia akan menjadi haram jika timbulnya Fitnah. Berkata Dr Nasr Farid Wassel, Mufti Mesir mengenai wanita membaca Al-Quran di hadapan lelaki : Sheikh Ziyad

: ( ) ( : 32).
Kesimpulan jawapan Mufti tersebut :

"Islam tidak menghalang atau menutup pintu-pintu bagi seorang wanita itu meluaskan keupayaan dan kelebihannya, dan digalakkan mereka menyumbangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, dengan syarat ia tertakluk kepada batasan agama dan akhlak. Pembacaan seorang wanita tidaklah diharamkan dihadapan lelaki atau menzahirkan suaranya bagi mencapai penyampaian yang baik dan dibenarkan oleh syara', jika dengan adanya mahramnya, dan aman dari fitnah. Dengan syarat juga ia tidak perkataannya tidak membangkitkan keinginan lelaki dengan memanjang-manjangkan dan melembut-lembutkan , dengan membataskan sebutan-sebutan yang lembut dan mengajak kearah membangkitkan syahwat disisi pendengar. Firman Allah swt kepada isteri-isteri Nabi khasnya dan seluruhan Mukminin amnya :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan --------Berkata Imam Ibnu Kathir berkenaan dengan surah Al-Ahzab [53 dan 32] : kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [Al-Ahzab : 32)""

. ( ) . . : . , . .
"Ini bermakna mereka tidak boleh bercakap secara lembut. Allah merintahkan mereka bercakap secara padat dan tegas (mereka seharusnya serius dan ringkas perkataannya, dan tidak bercakap tidak tentu arah) . Tidak memungkinkan menunjukkan tanda-tanda di wajah mereka apa-apa kelembutan didalam hati mereka, sebagaimana wanita Arab (sebelum Islam) biasa melakukan apabila bercakap dengan lelaki, dengan melembutkan suara mereka seperti wanita yang menjaga kanak-kanak, atau seperti pelacur. Allah melarang wanita melakukan seperti itu.

Perkataan "menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) " membawa makna keinginan mereka yang ingin melakukan perkara yang mungkar atau syahwat. "berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) " bermakna bercakap dengan tidak melanggar syariah atau kejahatan. Wanti digalakkan apabila bercakap dengan mereka yang bukan mahram dengan keadaan yang seruis dan ucapan yang padat, tanpa meninggi suara, kerana mereka

diarahkan Oleh -------------

merendahkan Sheikh

suara

mereka" Kamin

Jadi, suara perempuan itu pada asalnya bukanlah auratm elainkan ia diluar batasan syara'. Demikian juga ketika berbual di dalam telefon. Di samping ianya perkara lagha dan membazir (jika borak2 kosong). wassalam WA.

Assalamualaikum Ustazah,

Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samada chatting atau perbualan-perbualan melalui facebook, email dsb.

Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT. Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara penting, cuma sembang-sembang, menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka. Begitu juga kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan tanpa sekatan di alam cyber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan mahram ini.

Harap ustazah dapat melayani pertanyaan saya ini. Terima kasih. Gadis Muslimah.

Ust.Shahidah Sheikh Ahmad Terima kasih atas pertanyaan itu. Gadis Muslimah dan semua wanita muslimah yang membaca soaljawab ini, Sebagaimana yang kita maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebih dikenal dengan chatting baru muncul dan populer beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui jaringan internet. Karena itu dalam kitab-kitab ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui. Namun asas bagi hukum chatting ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internet ditemukan. Chatting dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Yaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu, ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum chatting itu sendiri. Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram. Kedua, adalah hukum khalwat. Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandung kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram. Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda yaitu Saidatina Aisyah RA. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya: Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk (yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik . (QS. al-Ahzab: 32) Imam Qurtubi menafsirkan kata Takhdhana (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati. Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita. Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik.

Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Yaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan. Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja. Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang artinya: "Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim) Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidak diketahui oleh orang lain. Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepada pelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang. Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud: Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya(Hadis Sahih) Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual-bual melalui telepon di luar keperluan syar'i juga di kira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat. Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa. Dan haram juga ialah perkara-perkara syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda mudi atau remaja-remaja sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2 melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2. Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalah haram. Kesimpulan: Hukum chatting sama dengan menelepon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwah. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepada lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya. Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syaratsyarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kepada Allah dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat (yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu yang akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang-orang yang terpedaya dengan teknologi moden ini. Nauzubillah. Agak menyedihkan dengan keadaan bahawa dalam suasana nyata seseorang itu amat menjaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram, namun di alam cyber bebas berbual mesra tanpa batasan syara. Saya percaya ramai remaja muslim yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini. Internet sangat baik untuk kita, di mana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita. Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini. Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yang terdiri dari para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama yaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya. Semoga dengan itu Allah akan menurunkan rahmahNya kepada kita semua. Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata. Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat. Wallahu a'lam.

Anda mungkin juga menyukai