Anda di halaman 1dari 22

Aurat

Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

Soalan-soalan: 1. Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar 2. Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar 3. Aurat Mertua dengan Menantu 4. Batas Aurat 5. Batas Aurat Wanita 6. Menutup Aurat Bagi Wanita 7. Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna 8. Bersalaman Bukan Muhrim 9. Suara Perempuan 'Sautul Mar'ah Aurah' 10. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya 11. Makna 'Muhrim' 12. Bersentuhan dengan Mak Mertua dan Ipar 13. Hukum Bersentuh Lelaki dan Perempuan 14. Tinggal Serumah yang Bukan Muhrim 15. Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki (Yang Bukan Muhrim) 16. Berbual Dengan Perempuan Yang Bukan Muhrim 17. Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam 18. Kedudukan Wuduk Terhadap Sepupu 19. Rambut Tergolong Aurat 20. Bertudung Namun Aurat Terdedah 21. Aurat Wanita Terdedah Ketika Wudhu 22. Ibu Melarang Anak Menutup Aurat

1. Masalah Mahram dan Hubungan Soalan:

dengan Ipar

1 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

Istilah 'mahram sementara'. Bagaimanakah hubungan diantara suami adik/kakak ipar perempuan dan isteri dengan adik/abang ipar lelaki aurat? Man Sulong, KL

dengan dari segi

Jawapan: Maksud muhrim adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun untuk sementara waktu sahaja. Wanita yang haram dikahwini secara garis besar dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua, wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.

Haram dikahwini secara abadi ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat 23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.

Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara iaitu, wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain. (lebih jelas sila rujuk Perkahwina n & Kekeluargaan Dalam Islam - Abdul Ghani Azmi Hj Idris terbitan Dinie Publishers) Mengenai hubungan dengan ipar, maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)

DN 237 40 Peranan Suami Cemerlang - Siri Keluarga Gemilang

2 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

Kembali ke atas

2. Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar Soalan: Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar? Hashimah, KL Jawapan: Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai) Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.

Kembali ke atas

3 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

3. Aurat Mertua dengan Menantu Soalan: Sampai setakat manakah aurat anak menantu lelaki terhadap emak mertuanya? Hadifah,KL Jawapan: Kedudukan ibu dan ayah mertua itu sama dengan ibu sendiri. surah An Nur ayat 31. Untuk lebih jelas sila rujuk

Kembali ke atas

4. Batas Aurat Soalan: Dari pemerhatian saya, ramai daripada kalangan kita yang tidak mengendahkan larangan bersalaman tanpa alas dengan yang bukan muhrim. Apa yang menghairankan...mereka yang melakukan perkara ini adalah mereke yang warak dan alim..contohnya ustaz2 & imam2. Yang paling ketara ialah bersalam dengan ipar, anak saudara sebelah pasangan dan sepupu. Mungkin kerana dirasakan seperti keluarga dan tanpa niat. Bolehkah kita menerima hakikat ini dan adakah ianya dibenarkan? Begitu juga dengan larangan menutup aurat yang dipandang ringan di kalangan ipar dan saudara-mara. Harap dapat penjelasan daripada Darul Numan. Fatimah, KL Jawapan: Dalam Islam telah menggariskan ketentuan tentang batas aurat ini, tidak kiralah siapa orang itu, jika ia bertentangan dengan ketentuan Islam maka hukumnya tetap berdosa. Dalam Surah An Nur ayat 31 ada dijelaskan tentang muhrim yang membolehkan mereka menampakkan perhiasan mereka. Untuk lebih jelas sila rujuk surah An Nur ayat 31 ataupun rujuk soalan yang telah lalu yang telah ditanya.

Mengenai menutup aurat dengan ipar telah dijelaskan

oleh Rasulullah SAW bahawa ipar

4 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

itu adalah maut. Maksud maut disini adalah bahaya yang sangat besar yang akan terjadi jika pergaulan di antara mereka tidak diatur sesuai dengan tuntunan Islam.

Kembali ke atas

5. Batas Aurat Wanita Soalan: Bolehkah ustaz terangkan kepada saya beberapa perkara seperti berikut: 1. Aurat saya terhadap suami kepada emak saudara saya. 2. Aurat saya terhadap bapa saudara sebelah suami saya. 3. Bolehkah saya menyambut salam mereka(yang disebut di atas) dengan tujuan sebagai memberi penghormatan. Untuk pengetahuan ustaz mereka sudah berusia dan telah terlebih dahulu menghulurkan salam kepada saya. Dan adakah batal air sembahyang saya? Saya harap ustaz dapat memberi penjelasan. Sekian, terima kasih. Auziera, KL Jawapan: Untuk menjawab batas aurat seorang wanita ini maka cukuplah kami utarakan maksud surah An Nuur ayat 31, kerana didalamnya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada: suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba-hamba yang mereka miliki,

5 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita, Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Kembali ke atas

6. Menutup Aurat Bagi Wanita Soalan: Apakah hukum orang perempuan yang tidak memakai tudung? Jika ianya keluarkan ayat al-quran dan hadis yang mengatakan ianya haram. Mohd Kir ,Shah Alam

haram,

Jawapan: Wanita yang solehah iaitu wanita yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai dikalangan wanita di zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menututp semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas. Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26 ) Jilbab atau tudung adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas , kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman, serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh' . Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59)

6 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

DN 027 Muslimah Sejati

Kembali ke atas

7. Tutup Aurat Namun Tidak Sempurna Soalan: Apakah hukum bagi seorang wanita yang memakai tudung, tetapi pakaiannya tidak menutup aurat, seperti memakai 'jeans' dan baju ketat yang menampakkan tubuh. Adakah mereka akan menerima azab di akhirat kelak? Adi, Kuching Jawapan: Perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang pada hakikatnya masih dikatakan mendedahkan auratnya berdasarkan kepada sebuah hadis yang menceritakan ramalan Rasulullah SAW tentang akan ada sesetenagah kaum wanita di kalangan umatnya yang akan berpakaian tetapi bertelanjang.

Ini kerana tatacara berpakaian yang dilakukan olehnya masih belum boleh dikatakan sebagai teknik berpakaian yang sebenar menurut kaca mata Islam, apalagi jika bentuk badannya jelas kelihatan. Ia tetap dikira berdosa kerana melakukan suatu perbuatan yang haram di sisi Allah SWT. Jika ia meninggal tanpa sempat bertaubat maka ia akan merasai azab neraka Allah. Nauzubillah.

Tatacara berpakaian yang lengkap di sisi Allah ialah memakai pakaian yang boleh menutupi seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan sahaja. Pakaian itu pula tidak ketat dan warnanya pula tidak menarik perhatian kaum lelaki. Seeloknya yang berwarna hitam atau kelabu.

7 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

DN 027 Muslimah Sejati DN 148 Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas

8. Bersalaman Bukan Muhrim Soalan: Adakah batal wuduk saya jika saya bersalam dengan kakak ipar saya dan dia bukan muhrim saya. Bagaimana pula kedudukan isteri kepada anak saya? Jazakallah. Azhar, Johor Bahru

adakah saudara

Jawapan: Bersalaman dengan orang yang bukan muhrim hukumnya haram. Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Uqbah bin Amir, ujarnya, Rasulullah SAW sesungguhynya telah bersabda: Jauhlah olehmu sekalian masuk ke tempat wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?. Sabda Rasulullah: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i) Namun untuk mengelakkan salah faham (fitnah) dalam keadaan tertentu, dibolehkan bersalam tetapi beralaskan kain yang tidak lut sinar.

Kembali ke atas

8 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

9. Suara Perempuan 'Sautul Mar'ah Aurah' Soalan: Apakah hukum suara perempuan menurut pendapat jumhur ulamak? Dan bagaimanakah kedudukan hadis Nabi SAW yang mengatakan 'Sautul Mar'ah Aurah'? Athief, Taman Daya, JB

Jawapan: Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi sebab suara wanita itu tergolong aurat. Allah telah memerintahkan melalui firman-Nya supaya jangan berbicara dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan kepada lelaki lain, kerana ia boleh menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik kepadanya.

Firman Allah SWT maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucaplah perkataan yang baik". (Al Ahzab 32)

Jelaslah bahawa dalam Al Quran dengan tegas menjelaskan tentang wanita ini.

kedudukan suara

DN 027 Muslimah Sejati

Kembali ke atas

10. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya Soalan: Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini; a. Kakak, adik ipar saya?

9 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

b. Biras saya? c. Isteri pak cik saya? Halim, Kota Tinggi Jawapan: Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.

Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.

Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.

DN 027 Muslimah Sejati DN 148 Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal ) DN 224 Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih

Kembali ke atas

10 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

11. Makna 'Muhrim' Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan MUHRIM? Zainal, Serdang Jawapan: Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain. Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.

Kembali ke atas

12. Bersentuhan dengan Mak Mertua dan Ipar Soalan: Adakah batal air sembahyang jika menantu lelaki bersentuhan dengan dan adik ipar perempuannya? Zainal, Serdang

mak mertua

11 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

Jawapan: Air wuduk seseorang akan batal apabila ia bersentuhan dengan adik iparnya, kerana ia halal berkahwin dengan adik iparnya itu. Pengharaman berkahwin dengan adik iparnya itu sekadar untuk sementara sahaja, iaitu selagi mana ia masih berkahwin dengan kakak kepada adik iparnya itu. Jika sudah berlaku perceraian atau kematian kepada kakak terlibat, di kala itu halal kepada suami terlibat berkahwin dengannya. Justeru itu kedudukan air wuduknya adalah batal apabila berlaku persentuhan dengannya. Bagaimanapun bersalaman dengan ibu mertua tidak membatalkan air wuduk kerana ibu mertua haram dikahwini oleh menantunya.

Kembali ke atas

13. Hukum Bersentuh Lelaki dan Perempuan Soalan: Saya hanya ingin bertanya tentang hukum, bila seseorang yang sedang keadaan berwudhu, kemudian disentuh seorang wanita. Apakah batal atau tidak? Heri Wiyanta, Jakarta

dalam wudhunya

Jawapan: Mengikut mazhab Shafie, diantara perkara yang membatalkan wudhuk ialah bersentuh kulit diantara lelaki dan wanita bukan mahram tanpa alas antara keduanya samada ia menimbulkan syahwat atau tidak, dan samada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak melainkan kuku dan rambut berdasarkan nas Al Quran dari surah An Nisa' ayat ke 43 yang bermaksud: " Atau jika kamu menyentuh perempuan (bukan muhrim) kemudian kamu terputus bekalan air maka hendaklah kamu bertayammum." Adapun jika wanita bersentuh dengan wanita selain dari kemaluan maka tidak batal wudhuknya.

DN 224 Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih

Kembali ke atas

12 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

14. Tinggal Serumah yang Bukan Muhrim Soalan: Apakah batas aurat adik lelaki saya dengan emak mertua saya sedangkan mereka tinggal serumah dengan saya dan adakah dibolehkan dalam islam mereka ini tinggal serumah? Azizah ,KL Jawapan: Adik lelaki saudari dengan emak mertua saudari bukan muhrim oleh sebab itu didalam berpakaian hendaklah memenuhi tuntutan Islam agar tidak menimbulkan sebarang fitnah dan sebagainya. Mengenai tinggal serumah dengan saudari dan emak mertua serta ahli keluarga yang lain dibolehkan asal menjaga adab dan nilai-nilai ajaran Islam. Sila rujuk ayat mengenai muhrim surah An Nisaa' ayat 22 dan 23.

Kembali ke atas

15. Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki (Yang Bukan Muhrim) Soalan: Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak, keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki. Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita membiarkan perkara itu terjadi di depan kita

13 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

sedangkan mungkin kita boleh mencari wanita ataupun bidan? Keluarga Muslim, KL

alternatif lain seperti mencari doktor pakar

Jawapan: Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak.

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut sekadar mengelakkan dari mati.

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun

14 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

telah ramai di negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin selamat melahirkan anaknya.

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut. Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja.

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki. Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik. Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan profesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara serius, lama kelamaan akan

15 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar dari seksa api neraka. Wallahu A'lam.

Kembali ke atas

16. Berbual Dengan Perempuan Yang Bukan Muhrim Soalan: Apakah hukum berbual dengan orang perempuan yang halal kahwin [bukan muhrim]? Norizam, Johor Jawapan: Allah SWT telah memerintahkan melalui firmannya supaya jangan berbicara dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan di hadapan kaum lelaki yang ajnabi kerana ia boleh menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik kepadanya. Firman Allah SWT maksudnya: "Dan janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". (Al Ahzab 32) Suara perempuan adalah aurat, Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi. Maka berbual-bual yang sekedar menghabiskan masa dan membincangkan perkara yang tidak bermanfaat dengan lelaki yang bukan muhrim sudah tertentu berdosa. Jika percakapan itu mengandungi perintah menjalankan syariat agama, itu sangatlah terpuji kerana dapat menambah ketaqwaan kepada Allah.

DN 027 Muslimah Sejati

Kembali ke atas

16 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

17. Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam Soalan: Saya sebagai pelajar di IPT tempatan ingin mengajukan soalan mengenai penempatan pelajar bukan muslim di bilik pelajar Islam. Apakah aurat pelajar perempuan muslim dengan pelajar perempuan bukan muslim? Shikin, Shah Alam

antara

Jawapan: Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.

Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana kehancuran orang-orang bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka dengan orang-orang kafir dan mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab itu hindarilah perbuatan tinggal serumah dengan orang yang bukan Islam kerana ia mengganggu akidah dan ibadah kita.

DN 091 Fardhu Ain Khusus Wanita

Kembali ke atas

17 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

18. Kedudukan Wuduk Terhadap Sepupu Soalan: Saya mempunyai seorang adik angkat lelaki yang dibela oleh keluarga saya sejak kecil lagi. Adik angkat saya ini adalah anak kepada adik bapa saya sebapa. Saya ingin tahu adakah batal air sembahyang saya apabila tersentuh dengannya dan apakah aurat saya terhadapnya? Haida, JB Jawapan: Dari segi kedudukan sepupu dalam Islam membolehkan keduanya untuk berkahwin atau bernikah. Jika kedudukannya menghalalkan perkahwinan maka batal wuduk jika bersentuh.

Kembali ke atas

19. Rambut Tergolong Aurat Soalan: Adakah batal sembahyang saya apabila ada rambut terjulur keluar dari telekung saya sedangkan rambut tersebut apabila ditarik ia adalah rambut yang telah gugur? Zuza, JB Jawapan: Rambut seorang wanita tergolong aurat, itulah sebabnya agama Islam menganjurkan atau mewajibkannya kepada kaum muslimah untuk menutupnya ketika mengerjakan solat dan menutupnya kepada yang bukan muhrim. Namun jika rambut tersebut telah gugur dari kepala seorang wanita, maka ia tidak lagi tergolong bahagian dari aurat wanita

18 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

tersebut sehingga tidaklah

menyebabkan membatalkan solat.

Kembali ke atas

20. Bertudung Namun Aurat Terdedah Soalan: Aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Kemusykilan saya ialah ramai wanita sekarang memakai tudung tetapi mendedahkan bahagian bawah dagu tetapi bila sembahyang mereka menutupkan bahagian bawah dagu itu. Tolong perjelaskan samada trend memakai tudung sekarang ini dibenarkan atau tidak? Ahmad, Shah Alam Jawapan: Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Pakaian tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti bawah dagu (dada), betis, seluar ketat dan sebagainya merupakan pakaian fesyen bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

DN 027 Muslimah Sejati DN 148 Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas

19 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

21. Aurat Wanita Terdedah Ketika Wudhu Soalan: Diberi dua pilihan - satu untuk mengambil air sembahyang di satu tempat di mana aurat mungkin terdedah kepada wanita bukan Islam atau berwudhuk di dalam tandas iaitu terdapat mangkuk tandas. Yang mana satukah patut dipilih? Setahu saya, yang pertama hukumnya haram & yang pilihan kedua hukumnya makruh...benarkah Ustaz? Siti Farhanah, KL Jawapan: Menurut Imam Syafei wajah wanita dan juga kedua belah tapak tangannya dihadapan lelaki bukan muhrim adalah tetap aurat, sebaliknya dihadapan wanita kafir bukan aurat. Tujuan menutup aurat adalah agar aman dan tidak tertimbulnya fitnah dan akhlak yang buruk. Maka sewajarnyalah kaum wanita menjaga diri mereka sendiri dari terfitnah atau menyebabkan orang lain terfitnah olehnya. Jadi bagi wanita kafir hanya boleh melihat bahagian muka dan tapak tangan wanita muslimah, selain daripada itu jika diperlihatkan dikhuatirkan akan menimbulkan fitnah. Wajib bagi wanita muslimah menjaga auratnya dari disaksikan oleh orang lain. Jika demikian kedudukannya maka lebih baik berwuduk di dalam bilik tandas daripada di tempat awam yang boleh mendedahkan aurat kita kepada wanita kafir. Wallahu A'lam.

Kembali ke atas

22. Ibu Melarang Anak Menutup Aurat Soalan: Apakah hukumnya berpurda/berjilbab. Adakah hadis bagi wanita berpurda/berjilbab. Masalahnya adalah emak saya melarang adik saya memakai jilbab/purdah kerana masyarakat sekeliling memandang serong pada orang yang berjilbab tetapi adik saya melanggar perintah emak saya, apakah adik saya berdosa atau bagaimana nak selesaikan masalah ini?

20 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

Anies, Tawau Jawapan: Wanita solehah adalah wanita yang menutup aurat ketika berpakaian, kerana ramai dikalangan wanita zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang, maksudnya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas (jarang atau ketat). Firman Allah SWT maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26) Jilbab adalah fesyen pakaian yang dapat menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita disebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik. Firman Allah SWT maksudnya: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59) Dengan tegas ayat Al Quran memerintahkan kepada wanita yang beriman agar memakai jilbab demi untuk meninggikan martabat kaum wanita itu sendiri, sebab dengan pakaian taqwa tersebut akan menghinarkan fitnah dan gangguan daripada orang-orang yang jahat dan munafik. Sedangkan memakai purdah dibolehkan jika kita khuatir akan menimbulkan fitnah demi menjaga diri dan akhlak kita.

Seandainya ibu kandung sendiri menghalang anak wanitanya memakai pakaian taqwa, maka anak tetaplah dengan ketentuan hukum syarak iaitu meneruskan dengan pakaian taqwa tadi dan tolaklah kehendak orang tua tersebut dengan cara yang baik dan jangan sakiti hatinya. Walaupun dari hukum syarak orang tua seperti demikian akan menanggung dosa kerana melalaikan ketetapan Allah, namun dari segi hubungan antara anak dan ibu tetap harus dijaga. Anak tidak berdosa melanggar perintah ibu yang bertentangan dengan hukum syarak Wallahu A'lam.

DN 091 Fardhu Ain Khusus Wanita DN 148 Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH ( Kulit Nipis | Kulit Tebal )

Kembali ke atas

21 / 22

Aurat
Ditulis oleh Sidang Pengarang Sabtu, 19 Mac 2011 15:30

22 / 22

Anda mungkin juga menyukai