Anda di halaman 1dari 18

1.

9 jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran


Pengenalan

Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oeh guru
untukmenyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap
bilik darjah secara kekal atau mudah alih.

Terdapat beberapa jenis papan unjuran:

1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis
Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah.
Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan
sejak lama dahulu.

 Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah


 Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau pealatanistimewa.
 Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
 Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Papan Putih

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan
dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan
menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.
 Tidak ada habuk
 Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.
 Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.
 Boleh dihasilkan sendiri.

Papan Magnetik

Papan Magnetik di perbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas
permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.

Kelebihan :

 Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah
 Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan.
Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat
dan masa.
 Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan
mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ketempat baru atau dapat tindan tindihkan
visual-visual iu.

Papan Flip

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu
dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan
keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

Kelebihan.
 Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.
 Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk berlajar berkumpulan.
 Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan

Papan Pameran atau papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau
papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja
muriseperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus
pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.
Kelebihan

 Sangant mudah untuk menyebarkan maklumat


 Senang ditampal maklumat
 Tidak memakan ruang
 Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

PAPAN KENYATAAN

Papan Flanel

Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-
guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain
flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini
mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keeping kain flannel boleh bercantum apabila
dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan
secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada
bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan keatas
permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :
 Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.
 Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.
 Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan
 Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta
melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual
tersebut.
 Menggalakkan pengelibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan
seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan
sebagainya.
 Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau ndisimpan dan papan tersebut
boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada
kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan
terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut
kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam
bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan;

 Mudah dibuat
 Mudah dibawa, digunakan atau disimpan
 Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan
sempurna.
 Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik
darjah.
Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh
diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-
bahan lain.
Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.

Kelebihan :

 Boleh dibuat sendiri


 Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah
 Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.
 Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

1.10 Jenis dan Penggunaan Media bukan Unjuran

Bahan-bahan Dua Demensi


Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau
digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.
Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar
b. Grafik
c. Carta
d. Peta
e. Graf
f. Poster
g. Kad Imbasan
h. Kad Gambar
Gambar atau gambarfoto
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar
rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas
foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau
dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis
gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti
harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain.

Kelebihan Gambarfoto

a. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsepabstrak kepada ide-ide


yang maujud dan formal.
b. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.
c. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya
terlalu kecil.
d. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat
pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup
e. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru
kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto

a. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam
sesuatu bilik darjah yang besar.
b. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar ssuatu benda kerana gambar
berbentuk dua demensi.
c. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang
ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.
d. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan
kesahan tidak dapat dibuktikan
e. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu
mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.

Panduan Penggunaan Gambarfoto.

a. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat
dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.
b. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau
diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.
c. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.
d. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak
terganggu kerana terlalu banyak visual.
e. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan
dengan gambarfoto yang dipamerkan.
Grafik
Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam puti atau berwarna warni.
Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya
perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap
individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu
garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna
‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personality seseorang.

Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut
boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin
banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul
diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Carta
Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang
kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya
mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan
sesuatu.

Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan
bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi
satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui
visual.

Jenis-jenis Carta
 Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun
pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.
 Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-
bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat,
kumpulan dan sebagainya.

 Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk


meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

 Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan
mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku

 Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara
atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar
perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.
Graf

Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan
boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu.
Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam
bilik darjah bergantung kepada dua factor penting;

 Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan


 Tahap fahaman atau penerima murid.

Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan
keperluan factor-faktor di atas.

Jenis-jenis graf

 Graf Bar atau Batang


 Graf Gambar atau Pictograf
 Graf Bulat atau Pie
 Grag Garisan

Graf Bar

Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf
ini dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti

Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok
yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah
dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Graf Gambar atau Pictograf

Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai
tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat
Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat
menulis unit niali setiap gambar atau symbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bulat atau Pie

Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen.
Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set
data.

Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami
oleh murid-murid.

Graf Garisan
Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan
kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik
ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.
Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.

Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi
seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu
Poster
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan,
huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau
lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu
peristiwa atau acara yang bakal diadakan

Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk
yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya
dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas
sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.

Kelebihan poster

a. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu
kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.
b. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah,
perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-
lain.
c. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi-
situasi tertentu.
d. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang
baik atau sikap yang murni.

Bahan Tiga Dimensi


Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai
bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

Kelebihan Bahan 3D

a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar
daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar
c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu
dengan lebih baik
d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau
hasilan.
f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep
pembelajaran melalui penyelidikan.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain
termasuklah :

 Realia
 Model
 Diorama
 Akuarium dan terrarium
 Boneka
 ‘Mobile
 Topeng

Realia
Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
seperti berikut:

(a) Realia Asli


Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti
cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang
kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

(b) Realia Awet


Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia.
Contoh, ikan dan serangga.

(c) Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan
hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang
lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen
didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.

Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun bolh digunakan sebagai


spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.
Model
Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada
bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Beberapa pecahan jenis model:

(a) Model Berskala


Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama
besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil
denganberpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu.
Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b) Model Olok-olok


Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk
benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan
kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar
daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu
tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.

Contoh: model enjin keretapi dan neraca.


(c) Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian
tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian
dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih
meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kuli
manusia

Diorama
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat
menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan
diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau
keadaan semasa zaman silam.

Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti
matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan
menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan
buangan lain
Akuarium dan Terrarium
Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah
tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.

Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang


plastik. Ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut

Terrarium
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-
kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh
digunakan sebagai terrarium.

Boneka atau Patung


Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran
Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru
termasuklah

(a) Boneka sarung Tangan


(b) Boneka Lidi
(c) BonekaKulit
(d) Wayang Kulit
(e) Boneka Bertali
Boneka Sarung Tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan
boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk
menghidupkan anggota boneka.

Boneka Lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan
pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya, boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk
menggerakkan anggota bandan boneka tersebut.

Wayang Kulit
Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar.
Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa
memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan
dan baying-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan
untuk menggerakkan anggota boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber
cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka Bertali
Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache,
plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka
yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-
anggota boneka tersebut bergerak.

Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat
sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan
Moral.
Latihan

Nyatakan jenis graf yang manakah anda akan gunakan bagi setiap situasi berikut:

Mengaitkan jualan keluaran kepada kertiga-tiga bahagian sesuatu syarikat bagi tempoh
tahun.
Menunjukkan penggunaan tenaga berkadar dengan purata rumah bagi pemanasan dan
untuk menjalankan mesin.
Memberi ilustrasi penggunaan minyak petrol dalam sesuatu negeri bagi suatu siri bulan
yang panjang.
Membandingkan jumlah kalori yang ditemui dalam 10 makanan yang berlainan.
Menunjukkan perubahan melampau dalam populasi spisies yang hampir pupus bagi
sepuluh tahun yang akhir.

Anda mungkin juga menyukai