Anda di halaman 1dari 11

Ba b 3

VISUAL BUKAN TAYANGAN

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Membezakan visual bukan tayangan 2D dan 3D dengan tepat. 2. Memilih visual bukan tayangan yang tepat untuk pengajaran. 3. Menggunakan visual bukan tayangan dengan berkesan.

3.1 PENGENALAN
Secara umumnya, visual bukan tayangan atau media bukan tayangan terbahagi kepada 2D dan 3D. Contoh bahan 2D adalah peta, gambar, fail tegak, carta, gambar, guntingan akhbar, gambarajah, kad-kad cantuman atau imbasan. Manakala contoh bahan 3D adalah glob, relia ( benda sebenar ), model, diorama, mock-ups (topeng serkup ), topeng, contoh-contoh spesimen, mobail, boneka dan akuarium. Untuk mengelaskan visual atau bahan pengajaran, ciri-ciri fizikal media tersebut dijadikan rujukan. Jadual berikut merupakan pengkelasan media bukan tayangan.

Bil 1 2 3 4

Jenis Media Bahan Grafik Gambar Kaku/Pegun Bahan Pameran 3 Dimensi Papan Pengajaran

Contoh Lukisan, Poster, Kartun, Carta dan Graf. Gambar Foto, Kad Imbasan dan Poskad. Model, Boneka, Diorama dan Pupet. Papan kapur, Papan putih, Papan Fannel dan Papan buletin

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

3.2 JENIS-JENIS DAN PENGGUNAAN PAPAN PENGAJARAN


Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya. Biasanya papan paparan digunakan. Antara papan paparan yang boleh digunakan ialah: Papan Tulis Papan putih Papan Magnetik Papan Flip Papan Pameran / Papan Kenyataan Papan Flanel Papan Gulung Papan Slip Papan Elektronik Untuk memilih papan paparan yang bersesuaian, kriteria berikut boleh dijadikan rujukan: Sesuai dengan kurikulum Tepat dan kemaskini Bahasa yang digunakan jelas Dapat meningkatkan minat pelajar Tidak bias Mudah Penggunaan warna yang sesuai

3.2.1

PAPAN TULIS

Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam atau Papan Hijau. Ciri-ciri papan tulis ialah: Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa. Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

3.2.2

PAPAN PUTIH

Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan. Ciri-ciri papan ini ialah: Tidak ada habuk

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz. Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut. Boleh dihasilkan sendiri.

3.2.3

PAPAN MAGNETIK

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut. Ciri-ciri papan ini ialah: Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa. Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu.

3.2.4

PAPAN FLIP

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Ciri-ciri papan ini ialah: Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid. Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan. Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

3.2.5

PAPAN PAMERAN / PAPAN KENYATAAN

Papan ini digunakan untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja pelajar seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. Ciri-ciri papan ini ialah: Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat Senang ditampal maklumat Tidak memakan ruang Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

3.2.6

PAPAN FLANNEL

Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah. Ciri-ciri papan ini ialah: Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit. Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek. Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut. Menggalakkan penglibatan pelajar sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya. Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

3.2.7

PAPAN GULUNG

Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada pelajar. Ciri-ciri papan ini ialah: Mudah dibuat Mudah dibawa, digunakan atau disimpan Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna. Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah.

3.2.8

PAPAN SLIP

Papan ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain. Ciri-ciri papan ini ialah: Boleh dibuat sendiri Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat. Menggalakkan penglibatan pelajar dalam kelas.

3.2.9

PAPAN ELEKTRONIK

Papan elektronik lebih biasa dipanggil Smart Board atau Interactive White Board. Papan jenis ini berciri interaktif. Ia merupan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini.Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini.

3.3

BAHAN 2 DIMENSI (2D)

Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.

3.3.1

GAMBAR ATAU GAMBAR FOTO

Gambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera digital atau kamera bimbit.

3.3.2 GRAFIK Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

3.3.3

CARTA

Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Umumnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf.

Carta Organisasi Carta yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya. ataupun

Carta Klasifikasi Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahanbahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

Carta Masa Carta yang menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

Carta Jadual Carta yang menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang member penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.

Carta Urutan Carta yang menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkahlangkah satu persatu.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

CARTA FLIP Carta flip secara umumnya mempunyai fungsi yang sama dengan slaid atau filem jalur projektor di mana ia mempamerkan gambar visual dalam sesuatu tempoh tertentu sahaja. Satu siri carta akan selaku seperti jalur filem untuk menerangkan sesuatu subjek. Seperti jalur filem, keberkesanannya bergantung kepada sejauh manakah integrasi antara perbincangan dengan visualnya. Carta ini jarang disediakan untuk menyampaikan sesuatu dengan mendalam. Biasanya ia adalah rumusan daripada isi-isi penting sahaja. Terdapat beberapa prinsip semasa untuk menghasilkan carta flip yang berkesan. Antaranya: Peraturan 7 x 7 (7 perkataan dalam 1 baris, 7 baris dalam 1 muka surat) Menyusunkan teks dan grafik dalam bentuk C, O, S, Z, L dan T. Huruf bersaiz 2-3 inci (5-7.5cm) Huruf untuk tajuk bersaiz 4 inci (10cm)

3.3.4

POSTER

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan.

3.3.5

KAD IMBASAN (FLASH CARD)

Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas manila.

3.3.6

KAD GAMBAR

Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya selalu berukuran daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

3.4

BAHAN 3 DIMENSI (3D)

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Antara kekuatan bahan 3D ialah: Pelajar boleh mempelajari tentang masa ini kerana objek-objek yang digunakan adalah mudah didapati dalam kehidupan harian. Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pengalaman konkrit. Menambahkan dan melanjutkan pengetahuan pelajar. Membantu dalam perkembangan konsep dari segi kronologi, perubahan dan tujuan. Namun begitu, bahan 3D juga terdapat kelemahannya iaitu: Terdapat bahan 3D yang sukar diperolehi dalam pasaran. Kekangan masa untuk membina bahan 3D tertentu. Memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan bahan 3D yang berskala besar.

3.4.1

RELIA

Realia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan relia ialah pelajar boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar sesuatu yang sebenar. Terdapat 2 jenis relia iaitu relia asli dan relia awet.

Relia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya atau bahan sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan lain-lain.

Relia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bekas tertentu.

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

3.4.2

MODEL

Model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak atau kayu.

Model Berskala / Model Pepejal Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal atau dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contoh model kapal terbang dan model glob.

Model Olok-Olok/ Model Pergerakan Model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenar untuk menunjukkan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal. Biasanya model olok-olok dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenar.

Model Keratan Rentas Model ini merupakan model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Contohnya model keratan rentas gigi

3.4.3

DIORAMA

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang mempamerkan pemandanganpemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

3.4.4

AKUARIUM

Akuarium adalah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Ianya boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca, ataupun balang-balang plastik. Ikan-ikan tropika boleh dibela dalam akurium tersebut

1 0

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

3.4.5

TERRARIUM

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptelia-reptelia kecil yang tidak merbahaya. Kotak-kotak, botol atau bekas yang diperbuat daripada kaca atau plastik boleh digunakan untuk membina terrarium. Kemudian, masukkan tanah, tumbuhan, batu dan kayu untuk melengkapkan terrarium dan ditutup rapi.

3.4.6

BONEKA, PATUNG, TOPENG

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan. Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk kegunaan guru termasuklah: Boneka sarung tangan Boneka tali Wayang kulit Topeng

Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Malah tangan yang dilukis boleh dijadikan boneka. Pelbagai watak boleh diwujudkan seperti haiwan dan kartun.

Boneka Bertali Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti Plaster of Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan pada bahagian-bahagian tertentu yang boleh digerakkan. Semasa digunakan, tali-tali ditarik-tarik atau digoyangkan untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Wayang kulit Rupa bentuk boneka ditulis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar. Lidi-lidi dilekatkan untuk menggerakkannya berdasarkan cerita tertentu. Selain itu, OHP juga boleh digunakan untuk memainkan boneka manakala skrin putih digunakan untuk menayangkan bayang-bayang boneka

BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1 1

Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan kertas yang dipotong halus-halus dan gam. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan.

3.5

TUGASAN

Pilihkan satu tajuk kecil dalam mana-mana subjek dan bangunkan satu carta flip untuk tajuk kecil yang dipilih. Carta flip tersebut harus mengandungi pelbagai bahan 2D seperti gambar, grafik, foto, jadual atau rajah.

Anda mungkin juga menyukai