Anda di halaman 1dari 4

Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian

kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk
mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:
(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.
(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.
(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.
(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid.
(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan
penggunaan warna, grafik, jadual).
(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat dibahagikan
secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian.
Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah
kanan.
Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan
pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri.

Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga
digunakan sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan.
Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung.

Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil
proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan
korelasinya dengan indikator hasil belajar.

Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di papan tulis
kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan kepentingan
maklumat selama proses pembelajaran.

Penggunaan lain papan tulis

 Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan
maklumat.
 Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila dapat
ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis.
 Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat
dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD
Projektor.

Perbincangan
Nyatakan setiap kelebihan dan kekurangan papan pengajaran.
Apakah papan pengajaran yang terbaik pada zaman ICT ini? berikan alasan anda.

Posted by razaliayob at 7:39 AM 1 comments


Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran

Pengenalan
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk
menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik
darjah secara kekal atau mudah alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran:
1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis
Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah.
Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan
sejak lama dahulu.
• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah• Penggunaannya tidak
memerlukan bakat atau peralatan istimewa.• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan
dengan cepat dan mudah.• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan
sampingan

Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan
dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan
menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.
• Tidak ada habuk• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.• Mudah dicuci dengan
menggunakan pemadam berkain lembut.• Boleh dihasilkan sendiri

Papan Magnetik
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas
permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.
Kelebihan :
• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah• Kesan tarikan
magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian
papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.• Boleh digunakan
untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti
mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu.
Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat
kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan
keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.
Kelebihan.
• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.• Papan Flip ini berbentuk
mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.• Dapat menunjukan carta jenis bersiri
dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan


Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau
papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid
seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada
bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.
Kelebihan
• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat• Senang ditampal maklumat• Tidak memakan
ruang• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-
guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel,
iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini
mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila
dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan
secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada
bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas
permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :
• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.• Sesuai untuk berbagai-bagai jenis
tajuk dan subjek.• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan• Perubahan atau
perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual
ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya
dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi
bercerita dan sebagainya.• Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan
tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat
daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh
disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan
bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru
yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan
masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan;
• Mudah dibuat• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan• Bahan-bahan pengajaran yang sukar
boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.• Sesuai untuk semua matapelajaran
dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah.

Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh
diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-
bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.
Kelebihan :
• Boleh dibuat sendiri• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah•
Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai