Anda di halaman 1dari 21

SEMINAR BAITUL MUSLIM 3.

0
SESI 1 : SEBELUM AKU BERNIKAH oleh Salim A. Fillah

Kisah Aisyah ra ketika ditanya kepada beliau, seperti apakah akhlaq


Rasulullah? Jawab beliau akhlaq Baginda seperti Quran.
Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan
pasangan-pasangan untukmu dari jenis dirimu sendiri, agar kamu
cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di
antaramu rasa kasih (mawaddah) dan sayang (rahmah). Sungguh pada
yang demikian itubenar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi
kaum yang berfikir. (Ar-Rum: 21)
Manusia ini berbeza dalam pelbagai sudut, namun Allah menciptakan
daripada pasangan kita satu persamaan. Dalam Tafsir Ar-Razi, min
anfusikum ditafsirkan sebagai:
1) Daripada diri2 kalian. Seperti Allah menciptakan ibu kita. Sabda
nabi, wanita adalah satu belahan yang tidak akan terpisah daripada
seorang lelaki. Bukan dari ubun2 atau kepala, kerana ia akn menjadi
bahaya jika menjadikannya sekadar disanjung @ dipuja. Bukan juga
daripada tulang kaki, kerana tidak sepatutnya diinjak. Tetapi
dijadikan dari tulang rusuk, dekat pada hati utk dicintai dan dekat
utk dilindungi. Allah menciptakan seorang lelaki sebagai pelindung,
penjaga dan pembimbing. Wanita dijadikan sebagai penguat,
tempat untuk bersandar dan mencari kedamaian dalam
menghadapi cubaan di luar.
2) Daripada jiwa2 kalian, dijadikan daripada satu jiwa, sama dari
pelbagai sudut. Wanita dinikahi kerana 4 perkara: cantik, keturunan,
harta, agama. Sangat sedikit yg berkahwin krn agama. Maka yg
sedikit itu istimewa. Maka, pilihlah yang mempunyai agama. Bukan
yang mempunyai ilmu agama yg baik, tetapi agama dan amal itu
seiring. Mahu terus belajar dan beramal.Iman yang membuatkan
kita lebih cepat mengenali bakal pasangan. Maka pilihlah yang
sejiwa dalam keimanan, supaya tidak terus berselisih dan cepat
mengenali. Ruh2 itu seperti satu pasukan (hadis) ruh kita sudah
saling mengenali sejak di alam ruh. Begitu jg suami isteri yg
memilih kerana iman. Aisyah berkata, pernikahan itu suatu perkara
yang sensitive. Kita tidak pernah tahu bagaimana kita menjemput
pasangan, dengan cara halal @ haram. Diberi @ tidak diberi, ia
terkadang ditentukan bagaimana cara kita memberinya. Contoh
wang satu juta yg diberikan samada:

- Diberi dengan baik


- Diberi dengan cara dilemparkan
Ia persoalan keredhaan Allah. Bagaimana kita menjemput jodoh
dengan cara yang diredhai. Maka ambillah, jemputlah jodoh dengan
cara yang baik. Mengambil jodoh dan rezeki haruslah diambil dgn
cara yang diredhoi Allah. Bersangka baik dengan Allah dan ruhiah
yg terjaga, kita xperlu banyak bertaaruf atau bercinta. Kaedah
mencari jodoh bukanlah hanya satu, ibarat dua sungai yg bertemu
dan menjadi satu lautan.Ada mirip dan persamaan yang
bersatu.Namun ada juga yg berbeza, ibarat lautan yg tenang
bertemu angin yang kuat, mereka juga ada persamaan. Ibarat R yg
ibarat semnagt angina yang kuat bertemu angina yg tenangkadijah

3) Ada nafas dalam kehidupan berumahtangga. Maksudnya seorang


lelaki dan seorang wanita yg bernikah hendaklah menjadi nafas
kepada pasangannya dan masyarakat. Tanda keberkahan dari
pasangan yg sejiwa, berdasarkan kpd agama dan iman, mereka
akan mendapat pasangan. Jangan pernah mencari pasangan yg
sempurna, kerana tidak ada pasangan yg sempurna. Yg ada
hanyalah pasangan yang tepat utk kita. Utk saling mnyempurnakan.
Jangan pernah menyesali pasangan anda. Dia akan bertambah baik
kalau kamu mensyukuri. Ramai mencari pasangan spt khadijah yg
lemah lembut, tetapi bila ditanya mahukan pasangan spt khadijah
yg 15 tahun lbh tua. Tidak mahu. Ada yang mencari pasangan
seperti Aisyah, tetapi mahukah isteri yg cemburu sehinggakan
pernah membaling pinggan berisi makanan. Tidak mahu. Jika sudah
berkahwin,
bersyurkurlah
moga2
Allah
akan
menambah
kebahagiaan.
Dalam Tafsir Ar-Razi, litaskunuu ilaiha ditafsirkan sebagai:
1) Supaya kalian merasakan sakinah dengan adanya pasangan hidup.
Imam Tabari menyatakan sakinah bermakna, boleh menjaga
kesucian dan iffah. Hadirnya seorang suami utk menjaga isteri.
Hadirnya seorang isteri, yang pertamanya adalah utk menjaga
suaminya dripada hal2 yang rosak dan maksiat. Bukanlah
bermaksud sehingga tiada prselisihan, tetapi terjaga daripada
perbuatan yang dimungkari oleh Allah. Bukanlah aman bersama,
tetapi dibelakang melakukan maksiat. Khusyu itu pertama2nya
bukanlah kamu dapat menangis atau tidak. Tetapi apakah engkau
antara satu solat ke satu solat yang seterusnya, engkau tidak

berbuat rosak, keji dan mungkar. Bukti solatmu khusyu adalah,


antara dua solat itu kamu takut utk berbuat maksiat.
2) Supaya kau mempunyai ikatan batin yang kukuh. Mithaqan ghaliza.
Hanya dipakai 3 kali dalam al-Quran. Perjanjian Allah dengan para
nabi. Yg kedua, perjanjian Allah dengan bani Israel. Ketiga, ikatan
pernikahan. Sekiranya suami tergoda dengan wanita di luar, yang
seharusnya dilakukan ialah pulang kerumah berjumpa isteri. ~Sajak
Matahari~
3) Supaya kalian sentiasa terus2an memikirkan tentang pasanganmu
tanpa henti, mengingati dan mendoakannya setiap masa. Sampai
nantinya, mereka boleh bicara tanpa kata.
4) Wa litatmainnu biha, supaya engkau dapat tenteram ketika bersama
mahupun tidak. Sang isteri melepaskan suaminya bekerja dengan
doa dan redha. Saling bantu utk bangun qiamullail, mendidik anak,
menyemak bacaan Al-Quran dll. Kisah solat jumaat: Isterinya
teringin makan mee kuah dan menghantar sms kpd ustaz. Tetapi
ustaz tertinggal hp di rumah. Namun krn keterikatan hati, ustaz
membeli mee kuah tanpa mengetahui isterinya ada mengirim.

Soal jawab
1) Wan Ahmad Faruk
-berkaitan campur tangan ibu bapa dalam memilih pasangan.Ibu bapa
bersetuju, namun gadis tidak bersetuju. Sejauh mana ibu bapa dapat
campur tangan
-komunikasi selepas pertunangan
-adakah rasulallah bertunang dengan khadijah
Jawapan
-

Hadis nabi berkenaan ayah memilih suami. Sunnah ialah ibubapa


bermesyuarat dengan anaknya. Anak punya hak utk berbincang, dan
redho ibu bapa adalah syurga.
Perhubungan yang maaruf. Cthnya ketika berjumapa, hendaklah
ditemani oleh orang yang amanah agar boleh mendidik komunikasi
agar tidak terjatuh dlm perkara maksiat.

2) Aiman Azlan
-Nasihat utk pasangan lama yang sudah luntur rasa mesranya

3) Solat istikharah. Keliru dalam memilih pasangan. Bila waktu yg sesuai


utk melakukan istikharah, dan apa yang perlu dilakukan jika ragu2.
Tidak boleh disandarkan kepada sesuatu.Contohnya mimpi.Kita meminta
petunjuk dan menyerahkan segalanya kpd Allah. Tidak akan mnyesal orang
yg istikharah dan tidak akan rugi orang yang bermesyuarah. Orang soleh itu
basornya jernih.
Nasihat imam syafie, jika engkau bingung dengan pilihan2 kebaikan di
depanmu, maka pilihlah yang berlawanan dengan hawa nafsumu.Kerana
hawa nafsu itu membawa kepada keburukan.Jika kamu suka pada
kecantikan, maka pilihlah yang kurang cantik.etc
4) Tips kepada isteri nak menarik suami untuk bersembang
Kita diciptakan berbeza.Saling melengkapi.Lelaki mencari solusi.Kisah
rasulallah
pulang
dari
mendapat
wahyu,
bagaimana
Khadijah
menyelesaikannya. Ketika isteri menangis, jangan minta dia
berhenti
menangis tetapi menyediakan tempat utk menangis.
5) Adakah kita memerlukan kewangan yang stabil jika mahu bersambil.

SESI 2 : PENGURUSAN JIWA oleh Ust Redhauddin

Muhasabah ayat Taqwa daripada Surah Al-Hasyr, ayat yang ke 18.

Selalunya selepas ayat


mesti selepas itu ayat perintah. Ayat ini memerintahkan supaya kita
sentiasa membuat muhasabah / post mortem / recheck tentang diri.
Pengurusan jiwa is a common sense. Sangat2 common sense.Akan tetapi
pengurusan jiwa yg sangat2 common sense ini tidak diuruskan dengan
jiwa.Contohnya dalam keluarga tidak diuruskan dengan penuh kejiwaan.
Seterusnya kenapa Allah menggunakan perkataan Khabir, bukan Alim? Ini
kerana nama Allah Khabir ini ialah sighah mubalaghah yang mana setiap
apa yang kita lakukan (tamalun), kita kena buat secara law of nature.
Rumahtangga tidak akan bahagia jika berpakaian secara sunnah, tetepi
muamalah dengan isteri tidak ikut sunnah.
Kenapa lelaki berubah watak selepas berkahwin? Kenapa isteri bila masuk
pasaraya, tidak boleh fokus dengan apa yang dia nak? Kita (lelaki dan
perempuan) memang berbeza, memang tidak sama. Tapi kenapa tidak kita
cipta kesenian dalam perbezaan. Apa yang kita nampak akan menentukan
reaksi kita dan reaksi kita akan membentuk sikap kita.
Surah Taha ayat 90. Kita lebih cenderung menguruskan rumahtangga
mengikut nafsu. Tidak akan bahagia. Tetapi akan bahagia jika kita
mengurusnya dengan nilai agama.
Kisah Saidatina Khadijah, membuat sesuatu yang berlawanan dengan sifat
wanita, iaitu ketika mana Rasulullah saw pulang drpd mendapat wahyu
yang
pertama,
Baginda
saw
berkata
zammiluni..zammiluni..zammiluni..(selimutkan aku..3x). Tapi Saidatina
Khadijah tidak menjadi macam kebiasaan seorang wanita. Beliau tidak
bertanya banyak akan tetapi terus ambil selimut dan memeluk Baginda
saw. Itu sebabnya Rasul saw sangat2 sayangkan Saidatina Khadijah.
Refleksi ialah apa2 yang kita nampak atau tengok. Kebanyakannya tujuan
lelaki kahwin dan tujuan wanita kahwin sangat berbeza. Lelaki kahwin
kerana sexual intercourse manakala wanita kahwin kerana untuk
seseorang melindunginya dan disayangi. Lelaki sewaktu bercinta banyak

merembeskan hormon testeron menyebabkan dia menjadi lemah lembik


sebelum kahwin.
Aku ingin suami aku yang cinta Allah. Letak prinsip ini dahulu, barulah
mencari pasangan.
Suami penentu anda ke syurga atau neraka. Isteri pula boleh menentukan
nerakakah tempat kembali kita.
Seek to understand. Cuba untuk memahami. Faham2 ni bukan hukum
hakam tapi hukum hati. Selalunya kalau orang melenting, kita pun akan
react melenting. Tapi cuba cari punca kenapa dia melenting. Kita
cenderung menghukum sesuatu dengan apa yang kita nampak, tapi x
pernah mencari punca. Kesimpulannya, cara kita melihat pasangan akan
menentukan sikap kita.
Jiwa manusia tidak akan pernah menerima hukuman, tapi jiwa manusia
akan sentiasa menerima pengurusan hati.
Kisah Nabi Allah Harun dan Musa.
Letak pasangan pertama ialah Allah. Kemudian fahamilah pasangan
sebelum kita difahami oleh pasangan. Kerana perkahwinan itu saling
memberi. Suami memberikan syurga buat isteri, isteri berilah ketaatan
kepada suami.

Soalan
1) Isteri cuba menjadi yang terbaik, tetapi ada melakukan dosa. Dia mati
dalam kerdhoan suaminya. Adakah dia akan terus ke syurga?
Redho
itu
di
hati.
Aku bersama sangkaan baik hamba aku kepada aku

2) Berfikir positif dan jangan berfikir negative dalam perkahwinan.


Pengurusan perkahwinan jarak jauh.
Cinta penting dalam perkahwinan.Ia didahului dengan thiqah, rasa
percaya. Andai pasangan tersebut curang sewaktu dalam perhubungan
sebelum perkahwinan, andai dia setia, syukurlah dia setia.Andai dia
curang, syukurlah anda terselamat.

3) Bagaimana nak tahu lelaki itu soleh?


Mohonlah fatwa daripada hati. Hati yang dekat dengan tuhan tidak
akan menipu dengan penipuan. Bila hati yang tenang dan cenderung.

Kisah seorang pakcik yang menikahkan anaknya. Ada dua orang lelaki
masuk meminang pada masa yang sama. Bila ditanya tentang mas
kahwin, pihak wanita menyerahkan kpd pihak lelaki.
Banyakkan solat dan kurangkan suuzhon pada orang, maka hati akan
berfatwa.

SESI 3 : ANAKKU BUKAN ANAKKU oleh Ust Redhauddin

Kenapa kita berkahwin? Untuk invest pahala hingga ke akhirat. 3 perkara


yang akan dibawa ke syurga:
- Sedekah jariah
- Ilmu yang bermanfaat
- Anak soleh yang mendoakan
Target hidup jangan hanya sampai ke syurga, tetapi sampai syurga firdaus
ala, syurga tertinggi.
Anak2 adalah investment di akhirat. Hendak di bawa ke mana anak itu?
Bawa hingga ke syurga. Anak kita berpotensi untuk bersikap dengan sikap
yang sama dengan kita, faktor genetik. Faktor genetic memainkan
peranan kurang 3% dalam membentuk sikap. Fizikal dan sikap ada potensi
untuk diwarisi oleh anak-anak. Faktor genetik yang solehah dan soleh akan
menghasilkan zuriat yg soleh.
Faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap
anak seperti jiran, biah sekolah, TV etc. Tapi kalau anak sudah ditanam
dengan prinsip Islam, maka jangan risau.
Tinggallah dalam kawasan yang selamat, dan hantarlah anak kepada
orang yang menjaga solatnya.
Sesekali dalam hidup berumahtangga perlu mengada2 dan gedik, jangan
serius sangat. Tapi kalau selalu sangat mengada2, serius menyampah!
Kanak2 mula belajar daripada ibu bapa dengan mendengar dan melihat.
Rumah tangga bukan berkenaan hukum hakam, tetapi seni yang
dibolehkan.
Kita semua para ibubapa mahukan impian setinggi gunung, tapi adakah
kita mempersiapkan diri kita kearah itu?
Tulis impian kita terhadap anak dengan memulakan ayat, Saya mahukan
anak yang. Sebagai contoh, Saya mahukan anak yang suka menolong
ibubapanya tanpa disuruh, Saya mahukan anak yang rajin beribadah.
Kemudian gantikan perkataan mahukan dengan adalah. Tampal besar2.
Kesimpulannya,

1) Siapkan diri menjadi apa yang kita mahukan anak kita jadi. Lazimi AlQuran. Anak akan mewarisi sikap kita. Jaga DNA, bentuk diri kita
bermula dari saat ini!
2) Kurangkan menjadi dictator dalam rumah, jadilah demonstrator. Allah
bagi anak, zero software. Ibubapa yang install pelbagai program dalam
diri anak itu.
3) Waktu solat anak2 jangan diasingkan. Solat bersama. Nilai tarbiah
anak ialah dengan meningkatkan akalnya, meninggikan akhlaknya dan
ikat mereka dengan syurga. Sentiasa ingatkan anak dengan matlamat
kehidupan iaitu syurga. Anak ini menjadi hujah ke syurga, bukan
membawaku ke neraka.
Soalan:
Iman tidak dapat diwarisi
Jawapan dosa tidak diwarisi, hanya pahala..(cari hadis).ak haq masyarakat,
bukan hak seorang. Apa-apa pun perkara dosa pahala itu wallahu alam.
Soalan:
Apa tips untuk mendidik anak-anak hasil zina dan berakhlaq buruk?
Jawapan Kajian menunjukkan mana-mana pasangan yang panas baran, .
Jangan menunjukkan sikap kejijikan kepada anak-anak hasil zina kerana
mereka tidak bersalah.
Keadaan yang berlaku di Palestin itu ujian untuk merekakah?Atau untuk
kitakah???Sama seperti dengan anak zina.Masyarakat sekeliling juga
bertanggungjawab membangunkan jiwa dan akhlaq mereka.Rapati mereka.
Soalan:
Apakah sebenarnya asas-asas yang perlu untuk melahirkan anak-anak yang
suka berjuang.
Jawapan:
Asas pernikahan mestilah mendahulukan Allah dan agama Islam.Pasangan
aku yang pertama ialah Allah dan rasul.Tapi kalau dah kahwin, buat retreat.
Soalan: Bagaiman nak cure anak-anak yang dah jahat, nakal dan seumpama
makna dengannya?

Jawapan: Manusia secara fitrahnya baik, suci. Tapi bila sudah dinodai dengan
perkara2 buruk tidak ada apa yang boleh mengubah mereka kecuali diri
mereka sendiri. Cuma peranan kita ialah get close to them, rapati mereka.
Soalan: Environment di Sarawak yang tidak sama dengan di Semenanjung
Msia?
Jawapan: Perkara pertama mesti rasa bersyukur kerana kita akan jadi salah
seorang penyelesai masalah itu atas sebab kewajipan yang tertunggak di
bahu. Mesti rasa beruntung. Step yang pertama ialah SOLAT!
Kalau mendidik anak dengan paksaan dan suruhan, di rumah anak akan baik
tetapi di luar rumah tidak menjadi.
Soalan:

SESI 4 : FULUS OH FULUS $$$ oleh Tuan Shamsuddin Kadir

Ada hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin sebagai
contoh pinjaman peribadi. Malah kewangan menjadi antara punca
penceraian. Pasangan merasa tidak puas hati dengan cara pasangan
masing2 menggunakan wang.
Tapi ada juga hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya.
Jangan tetapkan wang hantaran jika tidak mahu mengambil risiko
perselisihan pendapat dengan mertua. Nak kahwin bagi lelaki, pilih bapa
mertua yang tahu agama iaitu yang tidak meletakkan wang hantaran.
Apabila kita meletakkan wang hantaran, kita telah menciptakan persepsi
negatif.
Honeymoon jangan pergi gaya import, pergi gaya tempatan. Masuk dalam
keluarga suami, masuk dalam keadaan selamat. Jangan pergi selepas baru
beberapa hari kahwin. Honeymoon tidak semestinya manis. Honeymoon
gaya tempatan ialah berziarah ke rumah sanak saudara dan mengenali ibu
mertua dengan lebih dekat.
Majlis kahwin. Menjadi raja 4 jam, hamba seumur hidup. Pembelanjaan
kahwin yang paling banyak ialah pembiayaan membiayai perbelanjaan
seronok dan menunjuk2. Kajian menunjukkan orang yang merasakan
dirinya mahal, dia tidak memerlukan apa2 yang mahal utk dilekatkan
disekelilingnya. Lihat orang yang lebih susah supaya kita bersyukur.
Jumlah gaji yang boleh dibelanja ialah 70% sahaja.
Jangan mencederakan perasaan orang lain dengan show off diri kita.
Jangan kira apa orang kata.

Menyambut birthday, satu budaya yang tidak elok.


You cannot solve financial problem with money.
Money cant solve financial problems.
Hutang yang sebenar ialah hutang perangai. Sikap kita yang
menyebabkan kita ada masalah kewangan.
Ada 3 pelaburan yang paling menguntungkan:
1) Ilmu
2) Hartanah
3) Emas
Matlamat hidup bukanlah untuk kaya atau menghimpun harta, tetapi
membantu orang yang memerlukan.
Beli hartanah secepat yang mungkin, simpan 20% duit gaji.
Kalau kita ingin terbang, jangan berkawan dengan ayam.
Cipta filem box office kita untuk ditayangkan di padang mahsyar nanti.

SESI 5 : KENAPA PERLU POLIGAMI, KENAPA TIDAK PERLU (FORUM)


Moderator: Orang dahulu berpoligami kerana perjuangan islam. Apakah
syarat2 utk melayakkan seseorang itu berpoligami?
Dr Nik: Syarat umum ialah mampu, adil dan bertaqwa. Kalau kepada isteri
yang pertama mampu dan adil dari segi harta benda, material, layanan,
maka insya Allah dia mampu untuk adil pada isteri yang kedua.
Sirah Rasul SAW, pelayan isteri Rasulullah yang lain menghantar makanan ke
rumah Aisyah untuk Rasul SAW. Aisyah cemburu lalu tercuit sedikit lengan
pelayan tersebut, maka terjatuhlah pinggan makanan tersebut.Nabi kutip,
ambil pinggan baru dan berkata, telah cemburu ibu kamu.
Sirah Rasul SAW yang menggunakan kaedah cabutan undi untuk berdamping
dengan Rasul SAW.
Bertaqwa adalah sifat yang paling penting kerana fitnah boleh terjadi
disebabkan lelaki yang tidak ada rasa taqwa pada Allah.
Rasulullah bangun malam minta izin pada isteri walau kulit dah bersentuh
dengan aisyah. Aisyah kata, aku berasa senang kulit kita bersentuhan akan
tetapi aku lebih senang melihat engkau beribadah. Kemudian aisyah juga
turut serta beribadah bersama Baginda.
Ada juga kes isteri kedua setuju untuk kahwin tapi tak perlu nafkah
zahir.Maka perkahwinan itu dibenarkan.

Moderator: Apakah respond atau pegangan sbgai seorang isteri pertama


sekiranya suami ingin berkahwin dua kerana Islam?
Ustzh Mashitah: Pertamanya kita mesti menangis. Kerana kalau tak
menangis, mungkin kita x sihat.Tapi bukan menangis yang mengikut
perasaan.Kemudian istikharah.Suami isteri mesti beristikharah.Suami tanam
niat pd isteri untuk berpoligami sejak tahun pertama perkahwinan dengan
isteri pertama. Cabaran seterusnya ialah untuk memberi pemahaman
kepada ahli keluarga.Tindakan menyerahkan 100% urusan kpd si suami
adalah tidak bijak.Cuba jadi duta yang dapat menjernihkan keadaan agar
dilihat diri tidak teraniaya dan isteri kedua tidak nampak jahat di mata
keluarga.Kemudian mesti sentiasa berada di sisi suami sehinggalah saat
mereka bernikah supaya suami tidak rasa berbelah bahagi untuk berkahwin
dia.
Moderator: Bagaimanakah
mengikut syara?

cara

yang

sebenarnya

hidup

berpoligami

Kapt Hafiz: Persiapan awal ialah menceitakan hal reality sebenarnya kepada
para isteri. Poligami mahupun monogamy, ianya adalah sebuah pasukan.Jadi
setiap ahli pasukan mesti memainkan peranan masing-masing.
Keadilan adalah memberi pada tempatnya, bukan bahagi atau memberi
samarata.
Moderator: Media memainkan peranan dalam sikap penerimaan para wanita
terhadap poligami. Komen.
Dr Nik: Sekiranya Media arus perdana tidak mampu highlight keindahan dan
sisi positif. Jadi media social harus mangambil peranan untuk menampakkan
keindahan poligami.
Moderator: Hidup berpoligami mengikut syara sebagai seorang wanita.
Ustzh Mashitah: Untuk menambahkan umat Nabi Muhammad SAW.

SESI 6 : CINTA DI RUMAH RASULULLAH SAW oleh Ust Ebit Lew

Apa2 pn majlis yang menyebut nama Allah dan rasul, sangat2 diberkati.
Ianya adalah satu rahmat yang diberikan Allah. Dalam pengharapan (roja)
dan rasa takut (khauf) semoga Allah menerima amalan kita.

Saidina Umar ra meninggal dalamkeadaan yang begitu takut kepada Allah


sehinggakan sahabat2 terpaksa menenangkan beliau bahawa dia adalah
orang yang dijamin masuk syurga.
Orang yang sangat dekat dengan Allah, x akan pernah meninggalkan apa2
amalan kecil yang selalu dibuat walau dia diangkat menjadi khalifah.
~Kisah Saidina Abu Bakar ra~
Saidina Umar sehingga berkata, Wahai Abu Bakar, kamu meninggalkan
satu jalan yang sangat2 susah untuk kami contohi.
Apa makna kehidupan tanpa Allah swt.
Hidup lelaki bukan untuk wanita, hidup wanita bukan untuk lelaki. Hidup
kita hanya utk mendapat redha Allah. Dapat redha Allah, kita dapat
segala2nya, hilang redha Allah kita hilang segala2nya.
Dengan hanya menyebut perkataan Allah, nama Allah, mampu
memberikan kesan dalam jiwa. Tapi kita macam mana? Kita mungkin hidup
lama di dunia dan menyebut nama Allah, tetapi nama Allah itu tidak ada
kesan kepada kita. Maka, hidup lama itu tiada maknanya.
Kita adalah juara di antara 2 juta pelari. Duduk di dalam gelap air selama 9
bulan.
Saidatina Fatimah adalah diantara contoh paling baik untuk dicontohi oleh
muslimat. Saidina Ali ra selalu tidak bersama dengan Saidatina
Fatimah.Rasulullah saw sangat suka memegang tangan dia dan bila
berpegangan tangan, dosa akn berguguran. Riwayat Abu Daud.
Nabi saw tidak akan melepaskan tangan seseorang sehigga orang itu
melepaskn tangannya. Seseorang yang berjumpa nabi untuk mendapatkan
sesuatu, tidak akan dilepaskan pergi sehingga dia mendapat sesuatu. Nabi
tidak akan melepaskan telinganya sehingga orang yang bercakap itu habis
cakap.
Hargai masa2 yang sekejap ketika kita berada bersama keluarga. Ketika
kita rasa sayang pada keluarga kita, ketika itu Allah pun lagi sayang
kepada kita. Kasih sayang yang paling mahal ialah pada waktu sekejap2
berjumpa.
Dalam Sahih Bukhari mengatakan, nabi saw tidur tapi hatinya berjaga.
Nabi saw ialah orang yang selalu senyum. Abdullah Ibnu haris berkata, Aku
tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyum kecuali
Rasulullah saw. Baginda senyum ketika sedih dan juga gembira. Tuntutan
senyum adalah pada masa kita sedih. Senyumlah pada orang yang x
senyum pada kita.
Orang yang paling kuat iman ialah orang yang paling baik akhlaknya.
Kata Nabi saw kepada Anas bin Malik yang mempunyai sangat ramai anak,
berakhlaklah kamu dan mulakanlah ia dengan senyuman.

Tidak ada seorang pun yang Nabi saw bertemu melainkan Nabi buat
kebajikan pada dia.
Jangan buat sesuatu kerana manusia. Jikalau itu, nescaya seluruh hidup
kamu musnah. Jangan kahwin kerana manusia.
Hidupkan amalan Nabi saw dalam rumah:
1) Kasih Sayang (Senyum, Salam dan Sentuhan)
2) Solat. Bangun subuh berjemaah dan jagalah solat di awal waktu.
Sahabat menceritakan, Apabila azan dilaungkan, Rasulullah saw
seolah2 tidak mengenali kami lagi, tidak mengenali ahli
keluarganya. Sepanjang solat, nabi akan menangis. Ketika qiam,
Nabi menangis. Sepanjang ruku, itidal, sujud Nabi saw menangis.
Pernah Nabi saw solat, jantung baginda kedengaran seperti air yang
mendidih. Kejutlah keluarga untuk solat tahajud. Seronok menangis
di hadapan Allah pada malam hari. Nabi ajar pada ahli keluarga
baginda, bila ada masalah, baginda akan kejut semua ahli
keluarganya bangun solat. Saya menangis sebab yang sama abang
menangis.. Sebab apa isteri dia boleh cakap macam ni? Sebab
mereka sentiasa borak hal yang sama iaitu mengenai agama.
3) Saling mendoakan. Doa selepas melakukan perkara baik akan
dimakbulkan walaupun mengangkat halangan di tengah jalan. Dia
Tuhan, kita hamba. Dia sentiasa memenuhi permintaan kita. Dia
sentiasa tetapi kita selalu mengingkari larangannya. Dia Tuhan, kita
hamba. Allah yang sama yang membantu Nabi, Allah yang samalah
yang akan membantu kita jika kita bertaqwa. Sentiasa doakan ahli
keluarga kita. Jangan cepat sangat membenci orang. Mengenal Allah,
buat kita bahagia. Memanggil nama yang baik ketika marah,
mendoakan orang tersebut walaupun marah, mengeluarkan
perkataan yang baik, adalah sifat nabi saw.
4) Katakanlah salah saya. Tidak malu mengaku kesalahan. Bila
orang lain dapat kebaikan, aku x pernah rasa iri hati, aku tumpang
gembira dengan mereka dan aku sentiasa memaafkan orang lain.
Peluklah isteri 10 saat sebelum bekerja setiap hari. Ia akan
menyihatkan dan menambah kasih sayang.
5) Tidak pernah berkata kenapa macam ni, kenapa tidak macam ni?
Apa yang berlaku, yang kita suka atau yang kita tidak suka adalah
rahmat daripada Allah.
6) Hidupkan majlis talim/motivasi.
7) Baca Al-Quran/Manzil.
8) Khidmat diri sendiri.
9) Keluar rumah dengan kaki kiri. Bacalah bismillahi tawakkkaltu ala
Allah. La haula wala quwwata illa billah. Doalah semoga Allah:

- Memberi rezeki
- Melawan bisikan syaitan
- Dibimbing Allah ke jalan yang lurus
Belajar mendoakan orang lain..belajar kasihankan orang lain..
Nabi dulu berpenat lelah dan menangis untuk membawa Islam kepada
kita. Adakah kita sanggup melambatkan solat hanya kerana sebuah drama
atau sebuah handset???

SESI 7 : HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI oleh Ustazah Isfadiah dan
Ustaz ?

Perkahwinan adalah sebuah perkongsian. Daripada tidak tahu apa2


mengenainya, kini tahu segala-galanya. Apa yang paling penting dalam
rumahtangga ialah sharing. Untuk menjadi hebat dalam sesebuah
perkahwinan adalah ongoing proses.
5 Bahasa cinta Rasulullah saw:
1) Bahasa dan kata-kata manis. Pujuklah ketika merajuk. Panggillah
dengan panggilan yang baik. Luahkan rasa kasih, apabila anda
menyayangi seseorang.
2) Hadiah. Tahaddu Tahabbu. Orang yang memberi hadiah akan
disayangi.
3) Sentuhan.
4) Masa yang berkualiti.
5) Khidmat. Iaitu saling membantu.
Asas kepada hak dan tanggungjawab adalah adanya perasaan cinta dan
kasih sayang. Begitu juga apabila kita cinta kepada Allah dan Rasul saw,
kita x akan mempersoalkan kenapa solat mesti 5 waktu etc.
Orang yang memberi lebih baik daripada orang yang menerima. Suami
Isteri sepatutnya berlumba-lumba melakukan tanggungjawab, bukan
menunggu-nunggu haknya. Jangan persoalkan hak yang belum ditunaikan,
tetapi lihatlah pada tanggungjawab kita yang belum ditunaikan. Mudahkan
urusan
kita
menjawab
di
hadapan
Allah
nanti.
Erti hidup pada memberi.
3 rukun usrah itu sebenarnya adalah roh keluarga kita iaitu:
1) Taaruf - mengenali. 5 tahun pertama perkahwinan, paling banyak
berlaku penceraian.
2) Tafahum - memahami. Fahami kelemahan dan kelebihannya.
3) Takaful - melengkapi. Tahu kelemahan pasangan, maka kita jadilah
pelengkapnya.
Jangan masuk perangkap 5 tahun pertama.

Dalam proses berumahtangga, yang penting ialah usaha. Kisah Maryam


sewaktu sakit ingin melahirkan bayinya, terpaksa pula menggoncang
pokok kurma. Perbuatan menggoncang pokok kurma itu adalah usaha.
Yang menjatuhkan kurma ialah Allah swt. Allah tidak melihat keputusan,
tetapi Allah melihat usaha. Menjadi pasangan yang baik, ialah on going
proses. Jangan memandang rendah kepada pasangan. Tetapi sebutlah I
am here to complete you. Teruslah berusaha untuk terus belajar dan
memahami kerana matlamat kita ialah redha Allah.
Tanggungjawab suami sebenarnya lagi berat daripada isteri.
Tanggungjawab isteri:
1) Ketaatan
2) Penuhi tuntutan fitrah
3) Layan yang baik
4) Menjaga maruah suami
5) Menjaga harta suami
Tahu kewajipan iaitu majlis akad nikah dan maharnya. Berjumpa dan
berbincanglah dengan bakal mertua.
Bagaimana merijalkan semua lelaki zaman sekarang?
Lelaki perlu turunkan ego, dan rendahkan diri sedikit. Isteri perlu patuh
kepada ibu ayah. Isteri pujilah suami dan berilah penghargaan yang dia
melakukan tugas tersebut. Bangunkan potensi dan talent dia. Sentiasa
membimbing dengan contoh. Dapatkan bantuan dengan doa kepada Allah.
Nak dapat jodoh, istighfarlah banyak-banyak dan sentiasa improve diri
sendiri. Jangan lupa berdoa. We can do it! Tidak mendapat jodoh di dunia,
tidaklah bermakna kita tidak dapat ke syurga. Mungkin cinta kita bukan di
dunia. Tidak mengapa tidak mendapat cinta manusia di dunia, kerana
mungkin cinta kita menunggu di akhirat sana. Tetapi jangan kita tidak
mendapat cinta Allah. Jika di dunia pun sudah gagal mendapat cinta Allah,
apatah lagi di akhirat sana.

SESI 8 : KESIHATAN SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA oleh Dr Harlina Siraj

Kesihatan holistik menjamin kebahagiaan sejati. Ia merangkumi aspek


fizikal, emosi dan mental, spiritual dan social serta reproduksi (seksual).
Kesihatan adalah mahkota kehidupan. Kesejahteraan, kecantikan,
kekayaan, kesempatan dan kasih sayang.
Islam dan kesihatan. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..sihat sebelum
sakit.
Portion dlm pinggan makanan ruji, protein yg sihat, 2/5 fruits, 3/5
vegetables.

Barah ialah sel-sel abnormal yang dihidapi hasil drpd gaya pemakanan
manusia, tidak dapat menguruskan emosi stress. Barah payu dara adalah
yang paling tinggi di kalangan wanita.Barah paru2 bagi lelaki.
Penyebab barah:

1) gaya pemakanan & gaya hidup merokok, minum alcohol, makanan


tinggi lemak
2) factor persekitaran & jenis pekerjaan radiasi & bahan kimia
3) jangkitan virus & bakteria HPV (barah serviks), limfoma, barah perut
4) factor baka genetic

1:20 wanita akan menghadapi barah payudara


1:16 wanita kaum cina dan india
1:28 wanita kaum melayu (kurang kerana penyusuan bayi)
Minimum 9 bulan penyusuan untuk mencegah barah payudara
Kanser organ reproduksi wanita boleh injek HPV sehingga unur 45 tahun
- Kanser Serviks ; Pengesanan awal: pemeriksaan calitan PAP
(PAPsmear) mengesan lesi pra kanser, setiap 3 tahun selepas dua pap
yang normal (bagi wanita usia 20-65)
- Kanser Endometrium
- Kanser Ovari
Cek sendiri samada ada ketulan di payudara atau tidak selepas mandi
wajib.
Kalau berlaku pendarahan selepas melakukan seks, hendaklah segera
berjumpa dengan doctor.

Kesihatan Mental & Emosi

Perempuan lebih banyak depress berbanding lelaki.


Tanda kemurungan lelaki dan wanita berbeza : opposite symptom
Lelaki depress lebih cenderung untuk melakukan jenayah kerana
mereka sangat agresif pada masa kemurungan.
Cabaran Surah Furqan : 20
EMOSI - Cemburu adalah perasaan yang sangat kompleks kerana
mengandungi campuran perasaan marah, sayang dan lain-lain.
Emosi positif datangnya daripada fikiran yang positif
Masalah sekarang kerana tidak pandai mengenal pasti emosi
Orang yang cerdas emosi akan mempunyai kejayaan

Mengenal pasti emosi, mengetahui punca / memahami emosi,


menggunakan emosi, mengurus emosi.

Kesihatan Reproduksi

Kesihatan seksual
Masalah seksual 20% bergantung kepada emosi (ransangan, lambat)
Hak-hak seksual: ibadah, baqarah: 187, baqarah: 223, Hadis
(sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak terhadap kamu dan
sesungguhnya isteri mu juga mempuhyai hak daripadanya, tidak
dibenarkan seseorang mengamalkan azl tanpa keizinan isterinya,
janganlah salah seorang drpdmu mendatangi isteri sprit perbuatan
binatangdan hendaklah ada utusan diantara kamu iaitu ciuman dan
percakapan)
Hak wanita dlm seksual:
o Suami mendatangi isteri sekali setiap empat malam.
o Suami tidak mementingkan diri sendiri dan harus memenuhi
kehendak isterinya.
o Suami memenuhi isteri mencapai orgasm dahulu.

Soalan: Supplement
Jawapan:

SESI 9 : RUMAHTANGGA TAPAK PERJUANGAN oleh Ust Pahrol Md Juoi

Mendapat isteri itu nikmat, tapi mendapat isteri solehah itu rahmat.
Mendapat anak itu nikmat, tapi mendapat anak soleh/solehah itu rahmat.
Mendapat rumah itu nikmat, tapi mendapat baiti jannati itu rahmat.
Dunia ini tempat berpenat-penat, akhiratlah tempat berehat. Kita tidak
akan berhenti berlari untuk mengejar cinta Allah. Syurga adalah tempat
rehat. Tapi ianya dipagari dengan kesusahan, kesukaran. Itu yang
dinamakan mujahadah. Memang mujahadah itu pahit kerana syurga itu
manis. Mujahadah itu susah, tetapi Allah boleh menjadikan yang susah itu
mudah. Sebab itu kita dituntut untuk sentiasa berdoa.
Rumahtangga-tapak-perjuangan asasnya adalah meletakkan kalimah Allah
di tempat yang mulia. Menegakkan hukum Allah, supaya hukum Allah itu
lebih tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
Ada beza diantara I love you because I need you dengan I need you
because I love you.

Tegakkan hukum islam dalam rumah tangga, insya Allah rumah tangga
akan bahagia. Bukan nak kebahagian dahulu, baru nak ditegakkan hukum
Islam.
Setiap gelanggang ada perjuangannya dan setiap perjuangan ada
pejuangnya. Rakyat Palestine berperang dengan penjajahan senjata. Kita
berperang dengan penjajahan budaya dan fikiran. Di Malaysia, bayi
dibunuh bukan kerana perang, tetapi kerana salah menguruskan cinta.
Rumahtangga adalah alat, menegakkan Islam adalah matlamat. Jaga hak
Allah, Allah akan jaga hak kita.
Di mana Allah dalam keluarga kita? Bila kita pinggirkan Allah, maka kita
akan ada masalah sesama manusia. Selesaikan dulu hubungan kita
dengan Allah, nanti Allah akan selesaikan masalah kita dengan manusia.
Rumahtangga berbeza dengan rumah. Rumah dibina dengan kayu, besi,
batu bata. Rumahtangga dibina dengan kasih sayang, cinta, rindu.
Rumahtangga rohnya sakinah ( ketenteraman), mawaddah (cinta) dan
rahmah (kasih sayang).
Jika kita tidak mengaku kesalahan kita, kita tidak akan sedar sampai infiniti
dan x nak mengaku kelemahan. Tapi kalau kita sedar yang itu kesalahan
kita dan kita jatuh, insya Allah kita boleh naik balik.
Nilai manusia ada 2, satu nilai dia dengan Allah (taqwa) dan nilai dia
sesama muslim (yang paling baik akhlaknya).
Taqwa daripada perkataan waqa bermaksud prevention, mencegah. Ianya
pada hati. Ubay bin Kaab menggambarkan taqwa itu seperti mana kita
berjalan di atas duri. Berhati2 dan menjaga hukum Allah. Orang yang
bertaqwa ialah orang yang paling berhati2 dalam menjaga hukum Allah.
Hukum Allah yang paling besar selepas syahadah ialah solat. Solat ialah
indicator taqwa, manakala akhlak ialah indicator iman.
Nak baiki manusia kena baiki hatinya. Nak baiki hatinya kena baiki
solatnya.
90% yang ada masalah keluarga adalah keluarga yang tidak solat. Padahal
solat dapat mencegah daripada melakukan fahsya dan munkar.
80% penceraian adalah disebakan suami isteri tidak solat. Setiap 15 minit,
berlaku penceraian.
Akhlak baik ialah perbuatan baik yang dilakukan tanpa berlaku pemikiran.
Perbuatan baik yang dilakukan tanpa mujahadah itulah akhlak. Autopilot.
Tanda akhlak ialah ulfah (kelembutan).
Tanda Allah nak bagi kebaikan kepada seseorang, diberi tafaqquh fiddin.
Tanda Allah nak bagi kebaikan pada sebuah keluarga, dikurniakan
kelembutan.

Zaman sekarang ini ibubapa tidak ada kelembutan dalam mendidik anak2.
Bahasa dan perlakuan sudah tidak lembut. Setiap 18 minit, seorang bayi
luar nikah dilahirkan hasil daripada zina. Akibat hilangnya kelembutan
dalam didikan ayah dan ibunya.
Nabi Musa hendak berjumpa dengan Firaun, Allah minta dia bercakap
dengan lemah lembut. Rumah tangga adalah petunjuk kepada sesebuah
negara/ummah. Ia adalah kubu kita yang terakhir. Runtuh keluarga, maka
runtuhlah ummah. Qu anfusakum wa ahlikum nara.
Rasulullah saw itu dipercayai oleh ummah kerana dia dipercayai oleh suri
rumah. Pesanan dalam khutbah terakhir Rasulullah saw adalah menjaga
keluarga. Hadis sebaik2 manusia ialah yang baik dengan keluarganya.
Manusia yang baik dengan isterinya, akan baik dengan manusia lain.
Tertib perjuangan Rasulullah saw bermula dengan diri, keluarga,
masyarakat dan ummah. Allah akan tanya apa yang kita mampu buat, tapi
kita xbuat. Allah tidak akan tanya apa yang kita tidak mampu buat. Buat
dulu apa yg kita mampu, baru Allah akan bantu apa yang kita tak mampu.
Jika setiap keluarga menyapu halaman rumah masing2 maka bersihlah
Negara. -Chinese proverb.
Go home and love your family. -Mother Theresa.
Kalau nak satukan kayu dengan kayu, kita guna paku. Kalau nak satukan
batu dengan batu, kita guna simen. Kalau nak satukan hati dengan hati,
kita biar iman yang menyatukan. Iman sebagai akar tunjang. Makhluk
dengan makhluk, yang menyatukan ialah Khaliq.
Kalau syariat x menjadi rujukan, hanya ikut rasa hati dan nafsu, pasti akan
terjadi accident, pertembungan.
Hukum hakam Allah menjadi rujukan dalam rumah tangga. Iman umpama
akar, syariat adalah pohon, akhlak adalah buahnya dan buahnya akhlak
iaitu mawaddah, sakinah dan rahmah.
Banyak orang nak buah tapi x tanam pohon. Banyak orang nak buah tapi
salah benih.
Persoalan bagaimana orang yang aktif dalam berdakwah untuk menjaga
perjuangan ialah dia mesti betulkan niat. Niat kalau betul dari awal dan
dalam perjalanan terpesong sedikit, insya Allah akan dibantuNya untuk
kembali kepada niat yang betul. Tapi kalau at first memang niat kita dah x
betul, dah terpesong dari awal nak masuk ke landasan sedikit susah.
Ujian bukan menentukan kita ikhlas @ tidak, tapi ia adalah bukti samada
kita ikhlas dari awal atau tidak. Ujian bukan membuatkan dia ikhlas @
tidak, tetapi membuktikan. Umpama kertas litmus yang menguji keasidan
ataupun kealkalian sesuatu cecair.

Tujuan kita berkahwin adalah utk melaksanakan tujuan hidup yang telah
ditentukan oleh Allah. Diwujudkan manusia berpasang2, supaya beban
sebagai khalifah yang dipikul menjadi lebih ringan. Pasangan hidup adalah
untuk membantu kita menjalankan tangungjawab Allah yang berat sebagai
hamba Allah dan sebagai khalifah.
Cinta kita adalah jalan, Cinta Allah itu tujuan.
Perkahwinan adalah alat, Islam matlamat, Rumahtangga jadi alat.
Niat awal perkahwinan adalah penting.
Istikharah masih memerlukan mujahadah.
Banyakkan berzikir kepada hati manusia umpama air kepada ikan.
Rasa cukup ini qanaah.
Dua perkara yang tidak pernah cukup iaitu:
- Akal dan ilmu
- Nafsu dan dunia
Allah Maha Kaya bukan kerana Allah memiliki, tapi kerana Dia x
mengkehendaki apa pun. Jadi orang yang x nak apa2 itu yang sebenarnya
kaya walaupun dia tidak memiliki. (Allah memang empunya / pemilik dunia
dan segala isinya. Cuma persoalalan di sini jika dunia nanti dah hancur, so
Allah jadi miskinlah?)
Allah menciptakan manusia mempunyai hanya satu hati untuk diserahkan
kpd Allah. Baru ada kepuasan. Hati kita tidak boleh ada dua cinta, cinta
Allah dan cinta dunia. Pilih Allah atau pilih dunia?, bisikkan pada pasangan.
Bila seorang isteri memilih suami, dia sedang memilih pemimpin. Bila
seorang suami memilih isteri, dia sedang memilih madrasah untuk
anak2nya. Jadi, jadilah baik, ikut pilihan orang yang baik dan ikut cara
yang baik.
Tugas seorang wanita dalam Islam ialah:
- Tugas wanita sebagai isteri kepada suami ialah menjaga harta dan
maruahnya.
- Tugas wanita sebagai ibu kepada anak2nya ialah menjadi tempat
madrasah buat anak2nya. Nak dapat anak yg baik, cari ibu yang baik.
- Tugas wanita sebagai mujahidah kepada ummah ialah sebagai
seorang murabbi, pendakwah dan daie. Wanita juga ada
tanggungjawab utk membawa Islam ke dalam masyarakat. Selalu
para suami x sedar akan hal ini. So suami kena faham.
Masa Rasulullah saw ada masalah dengan Saidatina Aisyah, baginda dan
Aisyah pergi berjumpa dengan Saidina Abu Bakar, ayah Aisyah supaya
menjadi orang ketiga.
Kita tidak akan kalah selagi kita tidak mengalah. Selagi kita tidak
mengalah, selagi itu kita tidak kalah.

Ujian dan cabaran datang bukan untuk melemahkan kita. Ujian datang
sangat bagus sebab ianya akan berlaku muhasabah dalam diri. Ianya lebih
baik daripada kita rasa dah selamat. What happen in you is more
important than what happen to you. Apabila ada cabaran, pokok boleh
hidup dengan baja, dan baja adalah benda yang busuk. Begitu juga ujian,
ia nampak tidak cantik tapi itulah menguatkan.
Jangan minta hidup mudah, tapi minta kita dapat hidup yang tabah.
Para sahabat lebih takut ditimpa ujian yang senang daripada ujian yang
susah. Manusia sepeti katak di atas pokok yang ditiup angin ujian.
Apabila diuji, itu adalah isyarat untuk kita kembali kepada pemberi ujian.
Allah sedang memanggil kita..cepat..datang kepadaku... Apabila Tuhan
memanggil, cepatlah kembali kepada Allah. Kuatkan hati dengan zikir dan
solat. Paksalah diri untuk bersolat. Cintalah dengan solat. Apabila solat,
akan dibukakn pintu2 hati yang tidak akan dibuka sewaktu diluar solat.
Yang kedua ubat hati dengan ingat mati.
Bila penat berlari dengan kehidupan, istirehatlah dengan mengingati
kematian.
Ada beza pengetahuan agama dengan kemahuan beragama. Ilmu yang
sebenar ialah ketibaan makna pada hati hingga kita rasa. Manusia
bertindak atas apa yang dirasakan bukan atas apa yang difikirkan. Ilmu
tauhid tidak akan sampai membawa kepada iman, jika tidak diasah
dengan ibadah. Sejauh mana kita cinta Allah, adalah sejauh mana kita
kenal Allah. Ia bermula dengan ilmu.
Siapa yang selalu enggan dan tidak mahu hadir ke majlis ilmu, takbir
ditelinganya 4 kali. Iaitu solat jenazahkan.

Anda mungkin juga menyukai