Anda di halaman 1dari 3

Kritikan Jurnal

(Jenayah Rentas Sempadan Dan Keganasan Persenjataan. Kes Yang Dikongsikan daripada
Forensik )
Keseluruhan dalam mengkritik jurnal ini adalah pembentang hanya menyentuh beberapa objektif
di bahagian pengenalan. Seterusnya, dalam bahagian sinopsis pula pembentang menyetuh
tentang undang-undang dan dominasi keganasan dalam artikel ini di mana sejarah bermulanya
hal sedemikian. Selain itu, pembentang melihat beberapa agensi harus bijak dalam memperolehi
dan mendapatkan maklumat tambahan terhadap isu ini tetapi tidak menghuraikan kaedahnya
serta impak kepada negara dan masyarakat. Di samping itu juga, pembentang hanya
mengeluarkan data dalam jurnal tersebut tanpa memberi pendapat atau kritikan terhadap jurnal
ini. Akhir sekali, bahagian kesimpulan adalh pembentang melihat Interpol Balistic Information
Network (IBIN) merupakan contoh terbaik dalam memperolehi maklumat serta pihak berkuasa
harus agresif dalam isu seperti ini.
Ulasan Pengkritik Terhadap Pembentang Dan Jurnal
Pengkritik melihat bahawa hal seperti ini adalah kabur dalam penggunaan data dan memperolehi
maklumat. Hal sedemikian dilihat dengan penjelasan teori konspirasi. 1 Contohnya, import dan
eksport berlaku dalam urusan persenjataan antara negara-negara tertentu hanya bertujuan untuk
keselamatan negaranya. Namun, apabila di manipulasi oleh pihak ketiga kesahihan itu tidak
menunjukan bukti yang kukuh. Dalam konteks ini pengkritik melihat dan mempersoalkan
bagaimana Guatemala mengimport persenjataan daripada Israel dan mengeksportnya kepada
1 J. Eric Oliver and Thomas J. Wood, Conspiracy Theories, Magical Thinking, And
The Paranoid Style(s) Of Mass
Opinion, University of Chicago: Department of
Political Science, 2012, hlm, 3-14.
1

Argentina?2 Serta dengan terjadinya rusuhan atau pemberontakan kepada siapa harus disalahkan
secara total, adakah Israel?Guatemala?Argentina?atau agensi tertentu yang sebagai dalang dalam
urusan perniagaan ini.
Oleh itu, pengkritik melihat di mana penigkatan keselamatan sesebuah negara itu? hal ini
adalah kerana negara maju seperti Amerika Syarikat tidak mampu menangani isu ini dengan
Mexico, apatah lagi negara yang tidak mempunyai kelengkapan teknologi yang canggih. 3
Lanjutanya, adalah di mana pengkritik melihat bahawa adakah kaitan isu seperti ini dengan pihak
berkepentingan, serta hal sedemikian mampu dilihat sebagai jenayah kolar putih berkaitan hal
ini menjadi isu pada sesebuah rantau dan keselamatan antarabangsa. Diperkukuhkan lagi dengan
ucapan yang pernah dilemparkan oleh Bill Clinton bahawa isu persenjataan seperti ini tidak
harus menjadi isu yang besar, fokusnya adalah tentang polisi bilateral dan rantau terhadap polisi
Amerika syarikat.4

2 Amnesty International and the International Action Network on Small Arms (IANSA), How
an Arms Trade Treaty can help prevent Armed Violence, Amnesty International and the
International Action Network on Small Arms

(IANSA) 2011, hlm, 10-12.

3 ..Strategy To Combat Transnational Organized Crime, Washington: The White


House, 2011, hlm, 7.

4 Rachel Stohl and EJ Hogendoorn, Stopping the Destructive Spread of Small Arms:
How Small Arms and Light
Weapons Proliferation Undermines Security and
Development, United States: Center of American
Progress, 2010, hlm 3840.
2

Rujukan
Buku
Rachel Stohl and EJ Hogendoorn. 2010. Stopping the Destructive Spread of Small
Arms: How Small Arms

and Light Weapons Proliferation Undermines

Security and Development. United States: Center

of American Progress.

Tesis
J. Eric Oliver and Thomas J. Wood. 2012. Conspiracy Theories, Magical Thinking,
And The Paranoid Style(s) Of Mass

Opinion. University of Chicago: Department

of Political Science.

Kertas Kerja
Amnesty International and the International Action Network on Small Arms (IANSA).
2011. How an

Arms Trade Treaty can help prevent Armed Violence,

Amnesty International and the

International Action Network on Small

Arms (IANSA).
..Strategy To Combat Transnational Organized Crime. 2011. Washington:
The White House.

Anda mungkin juga menyukai