Anda di halaman 1dari 6

ISU-ISU PENDIDIKAN

Isu pemansuhan UPSR dan PMR


• Timbalan perdanan menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin, berkata cadangan pemansuhan
peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah
sistem pendidikan negara yang kini.
• terlalu berorientasikan peperiksaan
menyebabkan matlamat melahirkan modal insan
serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi
gagal dicapai.
• Isu ini mula dibangkitkan pada 21 Jun 2010.
• Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata,
cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada
peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah
kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan
mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.

sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan


peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk
mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu
menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan
awal saja.
Alasan yang diberikan mengapa UPSR
dan PMR di mansuhkan
• Memberikan tekanan kepada murid dan guru
• Murid bawah umur 12 tahun lebih kepada
belajar melalui segala yang dilihat, didengar
dan juga yang disentuh serta belajar mengenai
perkara yang mereka minat.
• Membantutkan untuk mempelajari perkara
yang diminati.
• Pemansuhan UPSR dan PMR dapat
meringankan beban pelajar
- tidak perlu menghabiskan masa yang banyak untuk
peperiksaan dan hanya dinilai melalui SPM sahaja.
- guru tidak perlu menghabiskan masa untuk membuat kelas
tambahan kerana UPSR dan PMR dimansuhkan.
Punca-punca bantahan terhadap
pemansuhan UPSR dan PMR
• Memantapkan kecemerlangan prestasi dan meningkatkan kualiti
pelajar tersebut.
• Pendorong kepada pelajar untuk meningkatkan lagi prestasi mereka
dalam pelajaran.
• Bermula daripada peperiksaan UPSR dapat menilai keupayaan
pelajar dalam menguasai perkara asas dalam pembelajaran seperti
membaca, menulis, dan mengira serta dapat menentukan tahap
pencapaian pelajar sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.
• PMR pula amat penting untuk mereka memasuki ke tingkatan 4 dan
5 di samping menilai keupayaan pelajar dalam bidang-bidang
tertentu.
• Mengurangkan masalah sosial seperti ponteng kelas dan sikap
malas belajar kerana matlamat mereka hanya ingin mencapai
kecemerlangan yang secara tidak langsung dan secara tidak
langsung mewujudkan persaingan yang sihat antara pelajar.

Anda mungkin juga menyukai