Anda di halaman 1dari 5

b)

Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi

melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh yang
demikian, sebelum seseorang kaunselor memberi perkhidmatan kaunseling, mereka
perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran yang perlu di dalam proses
menolong. Dia antara kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti
kemahiran melayan, kemahiran mendengar, dan akhir sekali kemahiran memberi
respond.
Kemahiran melayan adalah kemahiran yang digunakan pada prasesi oleh
kaunselor melibatkan cara mengendalikan sesi kaunseling dan membina hubungan
mesra dengan murid. Ia juga bermaksud kaunselor memberikan perhatian kepada
setiap perkara yang dilakukan atau yang dikatakan oleh klien.

Hubungan baik

hendaklah dijalin pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya temubual


kaunseling diteruskan dengan mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan.
Misalnya, kaunselor boleh menyambut kedatangan klien dengan mengucapkan katakata berikut, selamat datang dan saya berasa gembira. Bolehlah saudari
berkongsi masalah dengan cikgu dan kita sama-sama mencari ikhtiar
untuk menyelesaikannya. Silakan.

Dengan mendengar secara aktif,

kaunselor akan dapt menggalakkan murid tersebut terus bercerita dengan


selesa dan tenang.
Menurut Mohammad Aziz Shah Et Al. (2009), Ivey Dan Ivey (1999)
menyatakan bahawa kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien
meluahkan

cerita

atau

permasalahan

mereka.

Manakala

Covey

(2001)

menyatakan perbuatan melayan melibatkan kombinasi seperti kontak mata, kualiti


vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, tahap tenaga,
kedudukan dan jarak, dorongan minima dan mendengar.
Kontak mata memainkan peranan penting dalam aktiviti sosial, kaunselor
memandang murid mengikut keselesaan peribadi dan budaya. Kaunselor boleh
menduga

perasaan

murid

dengan

memerhati

mata

murid.

Akan

tetapi,

kebarangkalian kontak mata mesti bersesuaian untuk mengelakkan ketidakselesaan


murid. Contohnya, bagi budaya orang muslim, apabila bercakap dengan klien yang
berlawanan jantina, kaunselor mesti elakkan dari kontak mata yang terus dengan
murid tersebut.

Nada suara (tinggi atau rendah;lembut atau keras) dan kelajuan percakapan
(cepat atau lambat) kaunselor adalah selesa dan mengikut kesesuaian situasi.
Melalui bahasa badan, klien dapat mengetahui dan memahami bahawa kaunselor
berminat hendak mendengar dan membantu klien secara ikhlas. Ia dapat dilakukan
melalui cara kedudukan, riak wajah, gerakan badan dan sebagainya. Misalnya,
kaunselor akan condongkan badan ke hadapan sedikit untuk mendengar apa yang
diperkatakan oleh murid sebagai tanda memberi perhatian kepada murid.
Kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang
diingininya. Selain itu, kemahiran ini sangat berguna sekiranya klien mempunyai
klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau klien yang tidak berfokus
dalam penceritaannya. Ia bertujuan mengelakkan klien lari daripada topik
perbincangan atau permasalahan utama. Kaunselor memperlihatkan kesungguhan
dan keikhlasan menolong melalui kontak mata, mimik muka dan senyuman. Tahap
tenaga kaunselor adalah tahap mood atau semangat kaunselor dalam sesi
kaunseling. Hal ini dapat ditunjukkan melalui gaya duduk, berjalan, nada suara dan
air muka. Misalnya kaunselor yang kelihatan keletihan akan menimbulkan keraguan
klien.
Kedudukan dan jarak yang sesuai adalah antara tiga hingga empat inchi dan
perlu disesuaikan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, umur,budaya dan lainlain. Terbahagi kepada verbal dan non verbal. Dorongan minima verbal adalah diberi
secara lisan manakala non verbal melibatkan bahasa badan. Contoh dorongan
minima verbal seperti perkataan teruskan, berkata ya, dan sebagainya. Bagi
dorongan minima non verbal pula seperti anggukkan kepala.
Kaunselor juga boleh melayan secara selektif dimana kaunselor membuat
pilihan untuk memberikan perhatian yang kursus kepada elemen tertentu tentang
apa yang diperkatakan oleh murid tersebut.
Dalam

kemahiran

membina

perhubungan

ini

termasuklah

memberi

penerangan kepada murid supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor
mesti berusaha membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan
menunjukkan kemesraan kepada klien. Dibawah kemahiran membina perhubungan
ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling,
suasa teraputik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak
mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam
kaunseling.

Kesemua kemahiran-kemahiran ini adalah bertujuan untuk memperbetulkan


ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.
Bagi membina suasana persekitaran selalunya berlangsung selama tiga
puluh minit atau lebih sedikit sementara tajuk yang dibincangkan mungkin serius,
maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu
digunakan supaya tidak menyakitkan pinggang atau bergiyang sehinga bleh
menghilangkan tumpuan terhadap sesi yang dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu
panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak
menyakitkan mata klien dan kaunselor.
Sesi kaunseling memerlukan suasana teraputik iaitu suasana yang aman
tanpa gangguan yang boleh membuatkan perasaan dan idea-idea terasa terancam.
Oleh itu, suasana teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi
kaunseling berjalan dengan baik dan lancar. Dalam kaunseling, kemahiran
mengurus ruang penting dalam menentukan proses kaunseling dapat berjalan
dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau psikologikal. Kaunselor perlulah
memahami beberapa petunjuk berhubung masalah ruang ini seperti peraturan
agama, perbezaan jantina, umur, budaya, latar belakang etnik dan isu yang
dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara kaunselor dan klien
haruslah tidak terlalu hamper atau terlalu jauh sehingga boleh menyukarkan
interaksi kedua-dua pihak.
Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan
yang bakal terjalin di antara kaunselor dank lien. Sebagai contoh, kaunselor dank
lien harus berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan yang luar biasa
pula boleh mengganggu tumpuan semasa sesi seperti berpakaian dengan pakaian
yang menjolok mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau badan busuk atau bau
minyak wangi yang terlalu kuan dan meransangkan.
Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia
menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi
muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama
dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut
tersenyum tapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan sebagai
ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek.

Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah
kemahiran menyoal. Menyoal disini bermaksud keupayaan kaunselor untuk
mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien
terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang
dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu
proses bimbingan yang sedang berlangsung. Kemahiran menyoal ini dapat
dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup.
Soalan terbuka mestilah bentuk soalan yang dikemukakan kepada klien yang
memerlukan penerangan atau penjelasan yang panjang. Memberi banyak ruang
kepada klien untuk terus bercakap contohnya bagaimanakah suasana itu
berlaku? Ataupun cuba anda terangkan apakah tindakan yang harus anda
lakukan? Manakala soalan tertutup pula berbentuk soalan langsung yang
memerlukan jawapan pengesahan secara ringkas, iaitu ya atau tidak. Ruang untuk
terus bercakap terhad. Sebagai contoh siapakah yang melakukannya?
Ataupun

sanggupkah

anda

menceritakan

peristiwa

sebenar,

apa

sebenarnya yang berlaku?


Kemahiran yang seterusnya merupakan satu kemahiran yang paling asas dan
penting dalam tahap membina hubungan semasa sesi kaunseling iaitu kemahiran
mendengar. Menurut Mohammad Aziz Shah Et Al. (2009), Muhd Mansur Dan
Siti Nordinar (1993) menyatakan kaunselor yang baik akan meluangkan lebih
banyak masa mendengar daripada menyampuk ataupun berkata-kata. Kaunselor
menumpukan sepenuhnya perhatian kepada klien. Selain itu, pemahaman yang
tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Terdapat
tiga jenis cara mendengar yang dapat digunakan oleh kaunselor iaitu mendengar isi,
mendengar perasaan serta mendengar makna atau pengalaman. Mendengar isi
iaitu mencari pokok persoalan utama dan menyatakan semula persoalan yang
diutarakan oleh klien. Manakala mendengar perasaan pula bertujuan mencari erti
dan makna perasaan dan membantu klien melihat perasaannya. Akhir sekali,
mendengar makna atau pengalaman bertujuan mengetahui isi,perasaan dan makna
pengalaman dan memahami ruang rujukan klien. Oleh itu dikatakan bahawa proses
mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor.
Walaubagaimanapun, sebagai kaunselor juga perlu memahami perasaan
yang dialami murid tersebut pada suatu situasi. Kemahiran mendengar juga

membantu kaunselor memahami luahan dalaman murid berbentuk perasaan,


pandangan dan pemikiran. Jadi, seseorang kaunselor perlu menjadi seorang
pendengar yang aktif, maka kaunselor boleh memahami serta menyatakan semula
kepada klien bahawa dia sedang mendengar dan memberi respon yang tepat.
Tambahan pula, mendengar dengan aktif juga menggalakkan klien menceritakan
permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Justeru, kaunselor perlu mengamalkan
kemahiran mendengar dari semasa ke semasa sepanjang sesi kaunseling supaya
dia mampu memahami masalah klien dengan jelas.
Secara dasarnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak
mudah kerana ia memerlukankemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus
mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong
klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasi
tidak sesuai digunakan, maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling seperti
menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan
dan kepercayaan terhadap kaunselor.

Anda mungkin juga menyukai