Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

DEFINISI LATIHAN BERASASKAN KOMPETENSI

37

CIRI CIRI LATIHAN BERASASKAN KOMPETENSI

78

PERANCANGAN PERLAKSANAAN PdP DALAM

9 - 10

LATIHAN BERASASKAN KOMPETENSI.


RUMUSAN

11

RUJUKAN

12

PENDAHULUAN
Seiring dengan transformasi pendidikan yang dilakukan oleh kementerian pendidikan
Malaysia, banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh kementerian pendidikan Malaysia
dalam memantapkan lagi sistem pendidikan di negara ini. Antaranya ialah memperkenalkan
format standard kurikulum kolej vokasional yang berkonsepkan Pembelajaran berasaskan
kompentensi sebagai penambah baik kurikulum sedia ada. Begitu juga dalam kurikulum
standard sekolah rendah di mana mata pelajaran kemahiran hidup telah ditukar kepada mata
pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi. Mata pelajaran ini juga menerapkan konsep
pembelajaran berasaskan kompentensi bagi mendedahkan murid murid sekolah rendah
kepada pembelajaran yang berbentuk kemahiran yang melibatkan aktiviti hands on, minds on
dan juga hearts on.
Untuk melaksanakan pembelajaran berasaskan kompentensi ini, guru guru haruslah
bersedia dan melengkapkan diri dengan maklumat dan ilmu yang mencukupi bagi
menjayakan transformasi sistem pendidikan di negara ini. Guru merupakan agen pelaksana
perubahan kurikulum, dimana secara umumnya, penglibatan guru guru dalam proses
inovasi kurikulum ini memberikan pelbagai cabaran dan rintangan dalam melaksanakannya
dengan berkesan.
Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan apa itu pembelajaran berasaskan
kompentensi dan juga bagaimana perancangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dilakukan bagi memastikan murid murid tampil dalam ketiga tiga domain dalam
pembelajaran berasaskan kompentensi.

DEFINISI LATIHAN BERASASKAN KOMPENTENSI (CBT )


Banyak pandangan dan kajian mendapati pendidikan dan latihan berasaskan
kompetensi berjaya memberikan kemahiran asas yang diperlukan oleh kebanyakan industri.
Kemahiran generik yang disatukan dalam kemahiran-kemahiran khusus dan spesifik yang
diperlukan di tempat kerja dijelmakan dalam pendidikan berasaskan kompetensi berupaya
menjadikan individu/pelajar itu lebih 'marketable' di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Standad kompetensi yang ditetapkan dan perlu dicapai oleh individu/pelajar ini adalah
standad yang ditetapkan oleh industri berkenaan untuk memenuhi keperluan kemahiran
industri tertentu. Pada umumnya, sistem pendidikan selama ini yang menggunakan
pendekatan konvensional secara 'time-based' telah menunjukkan kejayaan, terutama dalam
menguji pencapaian kognitif (cognitive) dan pengetahuan (knowledge) namun pendekatan
pendidikan berasaskan kompetensi adalah sangat berkesan digunakan bagi pendidikan yang
bermatlamatkan melahir dan melatih individu/pelajar dalam aspek kemahiran berkaitan
pekerjaan (job related skills) dan menguji aspek nilai dan sikap. Dari itu bagi melaksanakan
pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi, komitmen yang tinggi dari organisasi terlibat
dan ciri-ciri utama program latihan berasaskan kompetensi perlu difikirkan
Latihan Berasaskan Kompetensi atau Competency Based Trainning (CBT) adalah
Pembelajaran berpusatkan pelajar atau pengajaran berpusatkan murid, merupakan satu
pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian
berfokuskan kepada murid. Murid merupakan tumpuan utama dalam model CBT. Bagi model
CBT, fungsi kurikulum bukan hanya membentuk asas yang kukuh dalam disiplin tetapi juga
mengembangkan kemahiran belajar dan self-awareness. Peranan guru lebih kepada menjadi
fasilitator dalam membimbing murid. Tanggungjawab untuk belajar lebih tertumpu kepada
murid. Proses dan tujuan penilaian bukan hanya memberi gred tetapi termasuk memberi
maklum balas untuk penambahbaikan sepanjang proses pembelajaran.
Latihan berasaskan kompetensi memberi penekanan kepada konsep melaksanakan
dan bukan hanya mengetahui serta memberi tumpuan kepada hasil pembelajaran. Latihan
berasaskan kompetensi adalah kaedah pembelajaran dan pentaksiran di mana pelajar boleh
menunjukkan tugas secara spesifik sebagaimana yang dikehendaki oleh industri, majikan,
organisasi dan individu. Pelajar yang kompeten ialah pelajar yang boleh menunjukkan
pengetahuan dan kemahirannya sendiri serta tidak bergantung kepada orang lain untuk
melakukannya. Latihan berasaskan kompetensi adalah pendekatan yang berfungsi untuk
3

pendidikan yang menekankan kemahiran hidup dan menilai penguasaan kemahiran mengikut
prestasi sebenar pelajar (U.S Office of Education, 1978). Kompetensi mengandungi aspek
pengetahuan, kemahiran dan nilai/sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan
dan sikap yang merujuk kepada prestasi standard di bidang pekerjaan. Latihan dan
pendidikan vokasional berasaskan kompetensi dilihat sangat sesuai dilaksanakan kerana
kemahiran perlu diajar dan ditaksir dengan lebih spesifik berbanding mata pelajaran
akademik.
Model kompetensi merupakan salah satu rujukan yang boleh menilai tahap
kompetensi sumber guna tenaga teknikal dengan mengaplikasikan pendekatan pendidikan
teknikal dan vokasional. Pendidikan Berasaskan Kompetensi merupakan satu alat ukur bagi
pendidikan teknikal dan vokasional yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan formal. Ia
bertujuan bagi memudahkan pentaksiran terhadap kesesuaian sesuatu program yang
dilaksanakan diperingkat sekolah, universiti dan pusat latihan. Dalam pendidikan yang
berasaskan kompetensi, pelajar perlu menguasai kemahiran,kebolehan dan pengetahuan
dalam proses pembelajaran. Aspek ini akan membolehkanpelajar tersebut dinilai berdasarkan
kepada perubahan ciri-ciri dan tingkah laku sebelum dan selepas pelajar melalui
pembentukan proses pembelajaran.
Ashworth dan Saxton (1990) menyatakan bahawa kompetensi bermaksud aspek
deskriptif tentang aktiviti yang dilakukan oleh manusia, walau bagaimanapun ia masih lagi
tidak merujuk kepada perlakuan yang spesifik. Aktiviti ini termasuklah sumbangan atau hasil
daripada

tindakan

yang

diambil

dalam

memenuhi

perlakuan

atau

pemikiran.

Aktiviti di tempat kerja yang dilakukan oleh sumber guna tenaga teknikal seringkali

diukur

mengikut kompetensi kerja berdasarkan kepada perlakuan atau pemikiran dalam


menyempurnakan tugasan yang diberi. Menurut Hoffmann (1999) kompetensi merujuk
kepada perlakuan-perlakuan psikomotor atau tingkah laku yang perlu dipamerkan oleh
individu serta ia boleh dinilai atau diukur. Kompetensi juga boleh dijadikan sebagai penanda
aras atau alat ukur bagi menjamin hasil kerja yang berkualiti. Walau bagaimanapun
kompetensi perlu dilihat sebagai satu bentuk yang mewakili prestasi keseluruhan organisasi
dan tidak hanya tertumpu kepada individu sahaja kerana kompetensi individu dan kompetensi
keseluruhan yang diwakilioleh organisasi mempunyai perkaitan yang sangat kuat. Homer
(2001) pula menyatakan kompetensi ialah aras yang utama kepada organisasi kerana kesan
berantai yang diwujudkan dan ia melibatkan proses, keuntungan, masa, latihan dan
sebagainya. Ini bermakna, Pendidikan Berasaskan Kompetensi boleh dijadikan sebagai tanda
4

aras dalam mengenal pasti dan menilai keberkesanan dalam bekerja serta sebagai penambah
baikan terhadap pendidikan atau latihan dengan keperluan yang diperlukan di tempat kerja
(Kerka, 1998). Ini adalah kerana pendidikan berasaskan kompetensi merupakan pendekatan
dalam menyatukan idea-idea yang bernas dan kreatif yang boleh dilaksanakan dalam alam
pekerjaan. Ia juga simbol kepada pengiktirafan pendidikan yang diperolehi oleh sumber guna
tenaga teknikal. Kesan yang positif dapat dilihat apabila seseorang pekerja memenuhi ketigatiga aspek yang berkaitan dengan mewujudkan tingkah laku yang lebih positif.
Terdapat beberapa model kompetensi yang boleh dijadikan rujukan atau tanda aras
dalam menilai prestasi individu dalam melaksanakan kerja melalui pendekatan pendidikan
teknikal dan vokasional. Antara model yang boleh dirujuk ialah mode lkompetensi yang
diadaptasi dan diubahsuai daripada model for HRD Practice (McLagan, 1989). Model for
HRD Practice ini merupakan rujukan bagi memudahkan penilaian dijalankan terhadap
individu atau organisasi (McLagan, 1991). Prinsip asas model kompetensi ini menerangkan
bahawa prestasi individu akan meningkat sekiranya mereka memiliki semua ciri-ciri
kompetensi yang diperlukan dalam melaksanakan tugas atau tanggung jawab yang
diberikan.Ciri kompetensi dalam penilaian model ini merujuk kepada pengetahuan,
kemahiran dan tingkah laku yang perlu ada pada individu bagi melaksanakan sesuatu tugas
atau

tanggung

jawab.

Keberkesanan

Model

McLagan

terhadap

kompetensi

ini

telahdibuktikan oleh pengkaji terdahulu (Holton & Trott, 1996 ) yang telah mengkaji tahap
kompetensi pelajar yang mengikuti program Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Lousiana
State University Amerika Syarikat .Model kompetensi McLagan dibahagikan kepada empat
peringkat utama iaitu Kompetensi Teknikal, Kompetensi Perniagaan, Kompetensi
Interpersonal dan Kompetensi Interlektual. Walau bagaimana pun tujuh daripada sepuluh sub
kompetensi yang melibatkan Kompetensi Teknikal dihuraikan secara eksplisit sebagai elemen
saranan dalam tugasan ini.
1) Kompentensi Teknikal
i) Kefahaman Pembelajaran Kompentensi ini menguji kefahaman pelajar serta mengenal
pasti tahap keperluan dan penggunaan kemahiran, pengetahuan, dan sikap dalam proses
pembelajaran. Ia juga berkaitan dengan kefahaman pengajar atau ketua tentang kaedah
memahami pelajar belajar dengan cara yang berbeza di antara satu sama lain. Pembelajaran
d lebih kepada self-directed learning . Oleh yang demikian, penilaian yang perlu dijalankan
haruslah secara berterusan dan mengambil kira pengalaman yang telah dilalui oleh mereka.
5

ii) Teknik Kefahaman dan Teori Pembentukan Kerjaya Pengetahuan adalah sesuatu yang
berkaitan dalam pembentukan kerjaya. Ia juga menekankan aspek-aspek kefahaman
individu dalam membentuk kerjaya masa hadapan. Secara keseluruhan ia merupakan
penggabungan diantara kebolehan, teknik kefahaman dan kaedah yang digunakan dalam
pembangunan kerjaya.
iii) Kemahiran mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
menyelesaikan sesuatu pekerjaan, tugasan serta mengetahui fungsi sebenar kedudukan
individu dalam organisasi. Ia melibatkan tugasan dan arahan yang diterima daripada guru.
Kebolehan pelajar dalam menyelesaikan sesuatu tugasan banyak dipengaruhi oleh
kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki. Ini dapat menunjukkan aras
kompetensi yang dimiliki oleh seseorang pelajar.
iv)Kemahiran Penilaian menentukan keberkesanan sesuatu latihan dan kesannya terhadap
organisasi. Peningkatan terhadap kualiti dan hasil kerja dipengaruhi oleh latihan yang
diperolehi oleh pelajar. Walau bagaimanapun majikan atau guru kerap kali lupa untuk
menilai kesan latihan atau kursus yang diberi kepada pelajar atau pekerja.Kemahiran
penilaian akan membantu majikan atau guru untuk mengenal pasti latihan dan kursus yang
sesuai dan juga latihan susulan yang berkesan bagi seseorang pelajar. Bagi organisasi yang
berkesan setiap pekerja yang dihantar menjalani latihan atau berkursus haruslah memberi
latihan semula atau sekurang-kurangnya menyediakan latihan kepada rakan-rakan sekerja
yang lain.
v)Kemahiran Penyediaan Objektif Menyediakan pernyataan yang lengkap dan spesifik yang
berkaitan dengan hasil kerja yang ingin dicapai. Objektif yang disasarkan atau ditetapkan
haruslah objektif yang boleh dicapai. Ia terdiri daripda objektif secara umum,objektif secara
khusus dan juga penentuan latihan sekiranya perlu bagi mencapai setiap objektif khusus.
Kemahiran ini juga melibatkan penyediaan objektif jangka pendek dan objektif jangka
panjang. Kemahiran dalam menyediakan objektif akan menjadikan seseorang pekerja atau
pelajar fokus dengan tugasan yang diberikan oleh majikan atau guru.
vi)Kemahiran PenyelidikanMemilih, membangunkan dan menggunakan metodologi yang
sesuai seperti statistik dan pengumpulan data bagi pertanyaan serta tugasan yang diberikan
dalam bentuk formal. Kemahiran penyelidikan akan membantu meningkatkan tanda aras
yang telah ditetapkan. Ia adalah sebahagian daripada penambahbaikan pada sistem yang
sedia ada. Kemahiran ini akan memudahkan majikan melihat peningkatan atau keperluan
6

kompetensi berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan. Ia juga menyediakan ruang


bagi melihat dan mengkaji trend pekerja dalam melaksanakan tugasan yang diberi.
vii)Teori Latihan dan Pembangunan dan Teknik PemahamanMengetahui teori dan kaedah
yang sesuai digunakan dalam latihan dan pembangunan sesebuah organisasi serta
menggunakan teknik pemahaman yang sesuai dan tepat. Ini dapat menjimatkan masa dan
kos apabila seseorang pekerja memerlukan latihan tambahan kepada pengetahuan dan
kemahiran sedia ada. Teknik ini juga merupakan suatu keperluan kepadamenyediakan
latihan dan kursus yang sesuai kepada pekerja. Majikan boleh menyediakan perancangan
bagi latihan dan pembangunan staf denganmengambil kira peningkatan yang disasarkan
pada tahun penilaian.
CIRI CIRI LATIHAN BERASASKAN KOMPENTENSI
Dalam usaha untuk memperkenalkan program pendidikan dan latihan berasaskan
kompetensi, beberapa ciri utama pendidikan dan latihan berasaskan kompetensi seperti yang
disarankan oleh Foyster (1990), Delker (1990) dan Norton (1987) perlu dipertimbangkan
iaitu:
Kompetensi dikenal pasti dan dipilih dengan teliti mengikut keperluan industri. Teori
diintegrasikan dengan kemahiran. Pembelajaran pengetahuan disampaikan untuk menyokong
pelaksanaan dan pencapaian kemahiran. Bahan pembelajaran disediakan dengan teliti untuk
mencapai kompetensi yang ditetapkan dan direkabentuk untuk memperoleh pengetahuan
yang menyokong kepada penghasilan kemahiran. Kaedah pembelajaran (instructional
methodology) melibatkan pembelajaran masteri (pengetahuan) dan kontekstual (kemahiran)
dan dijalankan sehingga seseorang individu/pelajar berkenaan menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi dan sewajarnya. Pentaksiran terhadap pencapaian pengetahuan
dan kemahiran individu dijalankan pada awal pembelajaran dan penguasaan pembelajaran
dan kemahiran terdahulu diambil kira bagi menyokong pembelajaran yang sedang berjalan.
Murid diberi peluang memilih kursus/program yang ingin diikuti.Struktur program
dilaksanakan secara modular dan berfokuskan murid. Penyediaan program kurikulum dan kokurikulum yang mempunyai ciri pembelajaran aktif, menekankan kepada perkembangan
kemahiran insaniah termasuk kefahaman dan pengetahuan isi kandungan disiplin. Penulisan
Rancangan Sesi Latihan (RSL) dan Rancangan Pembelajaran (RP) berasaskan hasil di mana
fokusnya adalah apa yang murid dapat lakukan. Kurikulum CBT bukan hanya menumpukan
7

perolehan ilmu atau pengetahuan semata-mata, tetapi ianya memberi penekanan yang lebih
kepada proses pembelajaran dan kompetensi murid.
Dalam menjayakan model latihan berasaskan kompetensi atau CBT ini, aspek minda
murid dan guru serta pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu selaras dengan
falsafah pembelajaran berpusatkan murid. Di antara strategi yang boleh diamalkan ialah
menjadikan murid lebih aktif dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti
kerja lapangan, tugasan, dan penggunaan ICT secara optimum. menggalakkan murid
bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan murid lebih sedar apa
yang dipelajarinya. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan model CBT amat
bersesuaian dengan peringkat pembelajaran, termasuk pembelajaran koperatif, pembelajaran
kolaboratif, pembelajaran komuniti, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran
berasaskan projek, kajian kes, pembelajaran berasas rakan sebaya, pembelajaran
konstruktivisme dan pembelajaran berasaskan inkuiri.
Model CBT atau latihan berasaskan kompetensi ini memerlukan beberapa teknik
penilaian yang berkualiti sebagai maklum balas perkembangan prestasi murid. Kaedah
penilaian melalui latihan berasaskan kompetensi akan menyediakan peluang untuk murid
mendapat memberi maklum balas dari guru, bagi penambahbaikan sepanjang proses
pembelajaran murid tersebut. Penilaian yang sering digunakan adalah berbentuk formatif,
dimana ia akan menyumbang kepada penilaian dan penaksiran di penghujung proses
pembelajaran. Antara teknik penilaian bersifat formatif yang berpusatkan murid ini, adalah
persediaan portfolio projek, dan kerja kumpulan. Penggunaan penilaian berasaskan rubrik
perlu digalakkan untuk penilaian yang objektif dan berkesan dalam menilai tugasan pelajar.

PERANCANGAN PERLAKSANAAN PdP DALAM LATIHAN BERASASKAN


KOMPETENSI.
Guru memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu inovasi
kurikulum. Tanpa penglibatan guru secara aktif, matlamat kurikulum yang dirancang sukar
untuk dicapai. Menurut Mohd Izham dan Noraini (2007), kesediaan guru merupakan salah
satu elemen penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan
diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta didedahkan dengan penggunaan
teknologi baru. Sekiranya guru tidak bersedia, maka segala program yang sedang dan akan
8

dilaksanakan oleh pihak KPM yang melibatkan teknologi dan pasaran baru tidak akan dapat
dijayakan dengan berkesan. Hal ini menjadi cabaran terbesar bagi guru di mana mereka perlu
mempersiapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan penampilan yang boleh diiktiraf
agar kesinambungan hasrat negara dapat diteruskan mengikut seperti yang dirancang (Hussin,
1993).
Dalam sistem pendidikan konvensional, yang bersifat rujukan norma, kemajuan
pembelajaran bergantung kepada masa (time related) dan bertumpukan guru (teacher
centered). Manakala dalam sistem pendidikan berasaskan kompetensi, yang bersifat rujukan
kriteria, kemajuan pembelajaran ialah masteri dalam pengetahuan atau kemahiran yang
spesifik dan bertumpukan pelajar (learner centered). Oleh itu, kaedah pembelajaran CBT
merujuk kepada keupayaan pengetahuan dan kemahiran setiap pelajar, bukan antara pelajar.
Prinsip CBT ialah pelajar yang lemah akademik dibimbing sehingga kompeten walaupun
mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu kemahiran manakala pelajar yang
pandai akademik tidak akan disekat kemahirannya.
CBT dilaksanakan di sekolah menengah teknik yang pada peringkat permulaannya,
guru telah diarahkan supaya menggunakan Rancangan Sesi Latihan (RSL) bagi
menggantikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RSL merupakan rancangan pengajaran
yang ringkas tetapi lebih spesifik dan jelas dalam rangka konsep pembelajaran vokasional
dan kemahiran. RSL dapat menunjukkan bentuk perancangan dan menjelaskan kemahiran
dan sub-kemahiran yang perlu dipamerkan oleh pelajar. RSL juga mampu membantu guru
merancang bentuk eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya
dirancang dengan jelas dan terbukti. Manakala Rancangan Pembelajaran (RP) adalah
rancangan guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel. RP juga
merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk kepada hasil pembelajaran (learning
outcomes), susunan proses pembelajaran, bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP
akan membantu guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan terkawal.
Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP kerana telah dinyatakan di dalam
RSL. Tindakan yang lebih penting di dalam proses penilaian kurikulum ialah pelaksanaan
CBT perlu dipantau bagi memastikan keakuran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
(SKPM). Pematuhan standard ini adalah penting supaya pelajar yang dilahirkan nanti mampu
bersaing dibidang pekerjaan khusus masing-masing.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam reformasi kurikulum perlu
memberikan pertimbangan seimbang dari segi akademik dan bukan akademik berpaksikan
ilmu pengetahuan, teori dan aplikasi secara kontekstual dalam kehidupan mengikut
kebolehan dan keupayaan pelajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002). Kebanyakkan
pelajar belajar dengan berkesan melalui pengalaman peribadi, aktiviti hands-on dan
peluang untuk penemuan kendiri (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Proses pengajaran
dan pembelajaran bukan lagi berpusatkan kepada guru tetapi adalah berpusatkan pelajar,
kerana fokus utama dalam pendidikan adalah berpusatkan pelajar baik secara individu atau
kumpulan (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003)
Dalam konteks mata pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah pula, guru haruslah
bijak merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan konsep Latihan
berasaskan Kompetensi agar murid murid dapat melibatkan diri dalam ketiga tiga domain.
Sebagai contoh dalam mata pelajaran kemahiran hidup tahun 4 telah diperkenalkan topik reka
bentuk, dimana dalam topik ini , murid akan dapat mereka cipta sesuatu untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Dalam topik inilah guru dapat menggunakan Latihan Berasaskan
Kompetensi ini terhadap murid murid bagi mendedahkan murid murid ini terlibat dengan
ketiga tiga domain dalam CBT. Seperti minds on, murid merancang sesuatu untuk projek
reka ciptanya. Domain hearts on pula murid sudah tahu bagaimana hendak melaksanakan
projek mereka dan domain hands on pula murid melakukan kerja tangan untuk menyiapkan
projek yang sudah mereka rancangkan.Dengan perancangan yang sistematik dalam
menggunakan kaedah Latihan Berasaskan Kompetensi ini, guru akan dapat melibatkan murid
murid dengan situasi kerja yang lebih efisien dan mantap seterusnya dapat melahirkan
murid murid yang kompeten dalam bidang kemahiran.

10

RUMUSAN.
Latihan Berasaskan Kompetensi ini adalah pengajaran yang memindahkan
pengetahuan, kemahiran dan kebolehan serta memberi tumpuan kepada pembangunan
kecekapan dalam proses pembelajaran yang fleksibel. Dalam tugasan ini pembelajaran
berasaskan kompetensi digunakan untuk menggambarkan satu program pembelajaran atau
unit dalam program pembelajaran di mana fokus utama adalah kepada apa yang pelajar boleh
lakukan dalam penyempurnakan program pembelajaran, dan bukannya memberi tumpuan
kepada kandungan atau proses yang terlibat dalam menyampaikan program itu.
Latihan Berasaskan Kompetensi ini bukan sahaja penting dan berguna kepada sekolah
aliran vokasional sahaja tetapi boleh diterapkan oleh guru dalam mata pelajaran kemahiran
hidup sekolah menengah mahupun kemahiran hidup sekolah rendah. Dengan Latihan
Berasaskan Kompetensi ini juga murid murid di sekolah rendah akan dapat didedahkan
kepada budaya kerja yang lebih sistematik dan lebih kompeten bagi menghadapi suasana
pembelajaran kemahiran pada masa depan.
Industri memerlukan sumber guna tenaga teknikal yang bukan sahaja mempunyai
kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional tetapi memiliki nilai prestasi kerja yang
tinggi dan berkualiti. Justeru.industri masa kini perlu mempunyai penilaian kompetensi dalam
kalangansumber guna tenaga teknikal yang membolehkan mereka kompeten dengan tugas
yang diberi serta lebih berdaya saing.Pendidikan Teknikal dan Vokasional bukan sahaja
memberi sumbangan kepadapeningkatan ekonomi negara tetapi ia juga mempamerkan ciriciri individu dalam organisasi. Ia mempunyai ciri-ciri sustainable development melalui
penawaran program,perkembangan kurikulum dan pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang akan menjadikan sumber guna tenaga teknikal yang dihasilkan kompeten,
dinamik danlebih berdaya saing.
(2,867 patah perkataan)

11

RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof (2006) Pengurusan Sumber Manusia; Konsep, Isu dan Pelaksanaan.Prentice
Hall: Selangor
Ahmad Sipon, (2001), Ucaptama: Halatuju dan Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah
Menengah Akademik , Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional, 7 10
November 2001. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Ashworth, P.D. & Saxton, J. (1990)On

Competence .

Journal

of

Further

and

Higher Education Volume 14Boyatzis, R.E. (1982)


Hassanor Othman (2003), Kertas Kerja: Pentaksiran Kompetensi Persijilan Modular Dalam
Pentaksiran MPV di Sekolah Menengah Akademik dalam Seminar Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan 2003 dari 5 8 Mei 2003, Kuala Lumpur:
http://adamayu.blogspot.com/2010/04/kaedah-dan-pelaksanaan-kompetensi.html. Di akses
pada 8 Julai 2014.
http://mantangkak.wordpress.com/2011/04/22/kemahiran-kompetensi/.Di akses pada 8 julai
2014.
https://www.academia.edu/705541/Penilaian_Kemahiran_Teknikal_Berasaskan_Model_Kom
petensi_Bagi_Sumber_Guna_Tenaga_Menerusi_Pendekatan_Pendidikan_Teknikal
_dan_Vokasional_di_Malaysia. Di akses pada 8 julai 2014.
http://www.scribd.com/doc/131668366/Kaedah-Dan-Pelaksanaan-Kompetensi-BerasaskanSekolah. Di akses pada 8 Julai 2014.

John Wiley & Sons: New YorkDare, D.E. & Leach, J.A. (1999) Preparing Tomorrows HRD
Professionals:PerceivedRelevance of the 1989 Competency Model. Journal of Voca
tional and TechnicalEducation Volume 15.Hoffmann, T. (1999)
Nurul Huda binti Mohd Shukri. 2013. Tahap kesediaan guru terhadap perlaksanaan
Pembelajaran Berasaskan Kompetensi di Kolej Vokasional.Universiti Teknologi
Malaysia.

12

Pusat Perkembangan Kurikulum, (Oktober 2001) Buku Penerangan dan Panduan Penawaran
Mata Pelajaran Vokasional di sekolah Menengah Akademik Harian, Edisi Kedua.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (Januari 2003), Plan Induk MPV di Sekolah Harian Bagi
Tahun 2002 2003. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai