Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD MARZILAN BIN ABDULLAH

HBEF2803
790714105429001

PROSES SEBELUM PERLAKSANAAN SEMINAR.


Sebelum merancang untuk mengadakan program seminar, kami telah mengadakan satu
mesyuarat bersama sama pentadbir dan guru guru untuk membentuk ahli jawatankuasa
bagi program seminar tersebut.Selain itu juga guru guru diberi tugas dengan kecekapan
dan kepakaran masing masing. Mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan
perlaksanaan program seminar. Di mana dalam mesyuarat tersebut juga membincangkan
penceramah yang akan dijemput. Pengetua SMK Tun Hussein Onn iaitu En. Ahmad Ezzat bin
Ismail sudi untuk hadir sebagai penceramah pada hari dan masa yang telah kami pilih dan
cadangkan. Saya dan rakan-rakan telah menghantar surat jemputan sebagai penceramah
kepada En. Ahmad Ezzat yang sudi hadir pada tarikh tersebut.
Setelah selesai mencari penceramah, saya dan rakan-rakan serta pihak pentadbir
berbincang untuk membuat persediaan dari segi tempat program ini akan diadakan serta
peralatan yang akan diguna pakai, kami juga mengambil bilangan guru yang dapat
menghadirkan diri yang tidak terlibat dengan mana-mana kursus pada hari tersebut. Tujuan
kami mengambil bilangan guru yang dapat hadir adalah untuk mengetahui jumlah makanan
yang akan disediakan oleh pihak kantin, ini untuk mengelak dari berlakunya pembaziran jika
jumlah makanan yang dipesan melebihi jumlah guru yang dapat hadir pada hari tersebut.
Selepas selesai membincangkan mengenai jamuan, pihak pentadbir telah mengarahkan
setiausaha program seminar ini untuk membentangkan kertas kerja program yang telah
dibuat. Pihak pentadbir amat berpuas hati dengan pembentangan kertas kerja mengenai
program tersebut. Selain itu juga isu keselamatan juga tidak dilupakan dimana tempat dan
lokasi program yang dipilih adalah selamat. Peti pertolongan cemas juga dalam keadaan yang
baik dan terkini.
SEMASA PERLAKSANAAN PROGRAM SEMINAR
Pada hari program ini dijalankan saya dan rakan-rakan memastikan bahawa semua AJK yang
dilantik telah bersiap sedia dengan tugas yang telah diamanahkan dan memastikan mereka
dapat hadir bagi menyempurnakan program ini. Kami juga memastikan tempat sesi ceramah
diadakan iaitu makmal Komputer dalam keadaan bersih dan meja kerusi dalam keadaan
teratur. Kami juga menghubungi penceramah bagi memastikan bahawa beliau akan dapat
hadir seperti yang telah dijanjikan. Selain itu saya dan rakan-rakan yang bertugas juga ada
memastikan jumlah makanan yang disediakan adalah seperti yang telah ditempah. Kami juga
memastikan AJK yang dilantik telah menyiapkan dan menyediakan segala peralatan seperti
1

MUHAMMAD MARZILAN BIN ABDULLAH


HBEF2803
790714105429001

PA sistem, LCD dan Kamera video dan peralatan ini dipasang dan dalam keadaan baik serta
boleh digunakan sepanjang program ini berlangsung.
Kami telah mengambil kehadiran guru-guru pada hari tersebut dan apabila
penceramah tiba, saya selaku pengerusi dan juga rakan-rakan lain mengalu-alukan
kedatangan beliau. Saya yang bertindak dan ditugaskan untuk menjadi pengerusi majlis
dalam program ini telah pun menyediakan teks lebih awal dan membaca teks yang telah saya
sediakan bagi memastikan perjalanan majlis dan program ini berjalan dengan baik dan dalam
keadaan teratur.
Semasa sesi ceramah diadakan, AJK yang bertindak sebagai jurufoto telah
menjalankan kerjanya dengan sebaik mungkin. Semua guru yang hadir mendengar sesi
ceramah yang diberikan oleh En. Ahmad Ezzat yang bertajuk Guru dan Akauntabiliti
Profesionalisme. Saya dan rakan-rakan guru mencatat segala isi penyampaian dan ilmu
yang diperoleh untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kerjaya sebagai seorang pendidik.
Pada akhir ceramah, saya yang bertugas selaku pengerusi majlis dan mewakili rakanrakan lain mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Ahmad Ezzat dan guru-guru yang
lain kerana sudi hadir serta menjayakan program pada hari ini. Saya juga

menjemput

Penceramah untuk menikmati jamuan yang telah disediakan dengan diiringi oleh Tuan Guru
Besar di bilik jamuan, dan tidak lupa juga menjemput guru-guru dan rakan-rakan yang hadir
bagi menjayakan program ini untuk sama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan.
SELEPAS PERLAKSANAAN PROGRAM SEMINAR
Selepas aktiviti dilaksanakan, penganjur, pengelola atau pengerusi jawatankuasa perlu
memastikan beberapa perkara untuk diselesaikan. Fungsi jawatankuasa pengelola akan
berakhir apabila semua laporan dan laporan penilaian diserahkan kepada pihak pentadbir
sekolah. Pihak yang bertanggungjawab juga harus membersihkan kawasan yang telah
digunakan untuk program seminar tersebut. Pengelola program juga harus membayar semua
bil bil perbelanjaan selepas tamatnya program seminar tersebut.Selain itu pengelola juga
harus memastikan peralatan yang digunakan semasa program berlangsung dipulangkan ke
tempat asalnya. Pengelola juga harus memastikan ahli jawatankuasa yang terlibat dengan
peralatan, untuk memastikan peralatan yang digunakan tidak rosak semasa dipulangkan.
Pengelola juga harus memastikan ahli jawatankuasa yang terlibat dengan dokumentasi
program atau laporan harus menyelesaikannya dalam masa yang terdekat untuk diserahkan
kepada pihak pentadbir sekolah seperti laporan kewangan, laporan laporan aktiviti dan

MUHAMMAD MARZILAN BIN ABDULLAH


HBEF2803
790714105429001

sebagainya. Pihak pengelola juga harus menghantar dan memberi surat atau sijil penghargaan
kepada penceramah atau ahli jawatan kuasa yang terlibat dengan program tersebut. Selain itu
pihak pentadbir dan pihak pengelola harus membuat mesyuarat post mortem seperti
membincangkan masalah masalah yang dihadapi semasa melaksanakan program tersebut
dan cara menyelesaikan masalah masalah tersebut. Semasa mesyuarat post mortem ini,
setiausaha harus mencatat semua cadangan dan kritikan yang diluahkan oleh setiap ahli
jawatankuasa.

Anda mungkin juga menyukai