Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014


PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3

NAMA : KELAS : .

BAHAGIAN A

Jawab semua 20 soalan.

Baca dan bulatkan jawapan yang betul.

1. Apabila kawan ingin meminjam buku cerita kesukaan saya, saya akan
_________________.
A meminjamkan kepadanya dan menyuruhnya supaya menjaga buku
tersebut baik-baik
B menyimpannya dan menyatakan bahawa buku itu sudah hilang

2. Apabila pengawas menyuruh saya supaya tidak berbuat bising, saya akan
__________________________.
Ameminta maaf dan berhenti berbuat bising
B memarahinya dan terus berbuat bising

3. Apabila guru masuk ke kelas, saya akan __________________________.


A duduk dan menunggu guru memberi salam
B berdiri tegak dan mengucapkan salam

4. Apabila saya hendak bercakap dengan pekerja sekolah, saya akan _______.
A memanggilnya Pakcik atau Makcik
B memanggil namanya sahaja

5. Rakan kamu dituduh mencuri wang. Kamu tahu dia tidak bersalah.
A Berjumpa guru kelas dan menerangkan perkara yang sebenar
B Berdiam diri dan membiarkan dia dikenakan tindakan disiplin

6. Sebagai pengawas, kamu terlihat rakan karib kamu lewat datang ke sekolah.
A Kamu hanya tersenyum dan tidak menahannya
B Kamu menahannya dan menasihatinya supaya datang awal lain kali
7. Buku rujukan kamu terkoyak selepas dipinjam oleh rakan.
A Terus memarahi rakan tanpa usul periksa
B Bertanya terlebih dahulu bagaimanakah buku itu boleh terkoyak

1
8. Kamu terdengar dua orang murid dari sekolah lain bercakap buruk tentang
sekolah kamu.
A Buat tidak tahu dan mendengar sahaja percakapannya
B Menegur tindakannya dan berusaha mempertahankan nama sekolah

9. Kawan kamu mengajak kamu ponteng sekolah dan melepak di kafe siber.
A Bersetuju dengan ajakannya
B Menasihatinya supaya tidak ponteng sekolah

10. Rakan kamu menuduh kamu mencuri wangnya sedangkan kamu tidak berbuat
demikian.
A Menafikan tuduhan itu dengan tenang dan mempertahankan diri
B Mendiamkan diri dan membiarkan sahaja tuduhan itu

11. Rakan-rakan kamu bersama-sama menyiapkan mural di dinding sekolah.


A Membiarkan rakan yang pandai melukis sahaja melakukan mural
B Menyumbangkan idea dan membantu melakukan mural bersama-sama

12. Loceng telah berbunyi. Kamu mengemas beg sekolah untuk pulang ke rumah.
Tiba-tiba rakan kamu datang dan bertanya tentang cara menyelesaikan
latihan matematik.
A Memberitahunya yang kamu mahu cepat balik
B Membantunya menyelesaikan latihan tersebut

13. Kamu ternampak beberapa ekor anjing masuk ke kawasan sekolah dan
menyelongkar tong sampah kantin.
A Mendiamkan diri sahaja kerana takut anjing tersebut akan menggigit
kamu
B Segera memberitahu pekerja kantin atau pengawal sekolah

14. Kamu ternampak guru dan beberapa orang murid sedang mengemaskan stor
peralatan sukan sekolah.
A Buat tidak tahu sahaja
B Menghulurkan bantuan dan bersama-sama mengemas
15. Tegurlah rakan-rakan dengan menggunakan tutur kata yang ____________
supaya rakan tidak memarahi kita.
A kasar
B lembut
C perlahan

16. Elakkan daripada menggunakan kata-kata keji kerana boleh ____________


perasaan orang lain.

2
A menyinggung
B menjaga
C membelai

17. Gunalah kemudahan dan peralatan sekolah dengan ________________


kerana hal ini merupakan suatu tanggungjawab.
A berhati-hati
B cermat
C perlahan

18. Kawan kamu menuduh kamu mencuri pensil warnanya.


A Memberitahunya dengan baik bahawa kamu tidak mengambil pensil
warnanya itu
B Menengking kawan kamu yang membuat tuduhan itu

19. Kamu pengawas sekolah. Kamu ternampak dua orang murid sedang
bergaduh.
A Kamu berusaha meleraikan pergaduhan itu
B Kamu terus menjerit sekuat hati menyuruh kedua-duanya berhenti
bergaduh

20.Seorang murid menumpahkan makanannya pada kamu.


A Menolak murid itu dan memarahinya
B Mengawal diri daripada memarahi murid itu

[ 20 markah ]

BAHAGIAN B

A. Lengkapkan petak di bawah tentang cara mengamalkan pergaulan yang


bersopan dengan warga sekolah.

3
[ 14 markah ]
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

4
[ 12 markah ]
C. Isi teka silang kata dengan jawapan yang sesuai.

5
[ 10 markah ]
D. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

6
[ 8 markah ]
E. Gariskan jawapan yang sesuai.

7
[ 8 markah ]
F. Baca petikan di bawah. Kemudian, isi tempat kosong dengan jawapan yang
sesuai.

[ 8 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT


Disemak oleh,
Disahkan oleh,
Disediakan oleh, .............................
........................................
8
............................. (RINA MAIZURA BT YAHYA)
Ketua Panitia
(MARZILAN BIN MAN) Pendidikan Moral
9

Anda mungkin juga menyukai