Anda di halaman 1dari 6

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM KALANGAN MURID

BERMASALAH PEMBELAJARAN PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS


DI MALAYSIA

BAB 1

1.1 PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan satu kebolehan atau keupayaan yang perlu dikuasai pada
peringkat permulaan pembelajaran. Brunni (2006) menyatakan bahawa kemahiran menulis
menjadi asas kepada beberapa perkara seperti menentukan corak genggaman sewaktu
memegang pensel dan juga asas pergerakan yang melibatkan otot halus pada bahagian tangan
yang melibatkan penulisan atau kemahiran motor halus.

Satu kajian telah dilaksanakan bagi melihat permasalahan yang dihadapi oleh murid-
murid pendidikan khas dalam aspek kemahiran menulis huruf kecil dan huruf besar dengan
betul. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan intervensi bagi membantu murid-murid
pendidikan khas menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul. Pada masa kini, murid-
murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran didapati menulis tetapi mereka tidak dapat
menulis huruf kecil dan huruf besar dengan betul samada di awal, pertengahan atau akhir ayat
dengan betul. Hal ini sependapat dengan Nursyazwani (2011), kanak-kanak dengan usia yang
lebih muda sebenarnya memerlukan pendekatan pengajaran membentuk huruf dengan cara
yang berbeza berbanding dengan mereka yang lebih dewasa. Kanak-kanak yang diajar
membentuk huruf dengan cara yang betul akan merasa selesa dan seronok untuk menulis.
Oleh hal yang demikian, kemahiran pratulisan adalah salah satu kemahiran yang dapat
membantu kanak-kanak sekolah rendah membentuk huruf kecil dan besar dengan betul.
Pratulisan merupakan salah satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok masyarakat.

Menurut Sassoon (1989) dalam kajian Norain et.al (2005), tujuan dan keutamaan
mengajar kanak-kanak menulis supaya kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang cantik,
kemas, dan mudah dibaca. Mereka sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul
pada peringkat awal lagi kerana tulisan adalah satu bentuk komunikasi. Melalui penulisan
yang dihasilkan oleh kanak-kanak, mereka sebenarnya diberi peluang untuk menyalurkan
sesuatu idea yang terkandung di dalam pemikiran mereka dengan kemampuan yang ada pada
peringkat usia tersebut. Sesungguhnya kaedah pengajaran yang tidak betul akan
membantutkan kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan memberikan ruang kepada mereka
untuk mengembangkan tabiat buruk ketika menulis.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pengkaji diberi tanggungjawab mengajar kelas Pendidikan Khas Harapan bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengajar dan memeriksa hasil kerja bertulis murid-murid
pendidikan khas, pengkaji mendapati sebilangan besar murid-murid mempunyai masalah
mencampur adukkan huruf kecil dan huruf besar dalam ayat. Setelah melakukan pemerhatian,
pengkaji mendapati banyak dalam kalangan murid ini mengalami masalah menulis huruf-
huruf. Pengkaji menghadapi isu tulisan ini sehingga minggu kedua mengajar walaupun
setelah kerap kali menegur murid-murid berkenaan untuk memperbaiki tulisan mereka.
Setelah beberapa kali diuji, murid-murid terbukti tidak berupaya membezakan dan
menyatakan penggunaan huruf besar dan huruf kecil.

Akhirnya, pengkaji membuat kesimpulan bahawa isu memcampuradukkan huruf besar


dan huruf kecil ini berlaku kerana aspek teknikal tulisan murid-murid itu sendiri. Oleh itu,
pengkaji membuat keputusan untuk membetulkan masalah mencampuradukkan huruf kecil
dan huruf besar sebilangan murid pendidikan khas dalam kajian ini. Masalah ini turut
berlaku di beberapa buah sekolah di daerah ini. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
keputusan membantu murid menambah baik kemahiran menulis perkataan dan ayat tanpa
mencampuradukkan huruf kecil dan huruf besar selain menambah baik amalan kendiri
sebagai seorang guru pada.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Realitinya, ramai kanak-kanak masih tidak dapat menulis dengan betul walaupun pada
hakikatnya Falsafah pendidikan Negara menekankan penguasaan 3M ( membaca, menulis dan
mengira) dalam pendidikan di sekolah dan masa sekarang penekanan diberikan kepada
penguasaan kemahiran 4M ( membaca, menulis, dan mengira dan menaakul ) pula. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang digubal pada tahun 1987 menyatakan bahawa:-
“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.

Jika dilihat pada FPK, ternyata kemahiran intelek dan kemahiran jasmani juga
sebenarnya ditekankan dalam kemahiran menulis. Pada peringkat awal menulis (pratulisan),
kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran jasmani yang baik supaya dapat memegang pensel
dengan cara yang betul. Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh seseorang. Dari segi kognitif pula, peringkat awal menulis
memerlukan kanak-kanak mengingati cara membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul
di samping mengingati bentuk-bentuk kesemua abjad ( huruf kecil dan huruf besar ) dengan
baik.

Untuk menguasai tulisan cantik dan kemas juga seseorang itu haruslah bermula
daripada perkara yang asas terlebih dahulu. Tiada orang yang lahir di dunia ini sempurna dan
terus hebat. Mempelajari perkara senang terlebih dahulu dan kemudian mempelajari perkara
susah dikenali sebagai ansur maju. Kaedah ansur maju turut digunakan oleh Wan Afandy
(2010), Nor Ilyana (2010), dan Ariza (2009) dalam kajian mereka. Mereka berpendapat
bahawa kaedah ansur maju merupakan satu kaedah untuk murid mempelajari sesuatu
kemahiran itu bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih
sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya.

1.4 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan teknik ansur maju
dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, kajian ini adalah bertujuan meningkatkan kemahiran penulisan huruf kecil dan
huruf besar dalam kalangan murid-murid pendidikan khas melalui pengaplikasian kaedah
ansur maju berbantukan aktiviti alternatif bagi meningkatkan kemahiran menulis murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

b) Objektif khusus kajian ini ialah:


(i) mengenalpasti kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
(ii) meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ansur
maju berbantukan aktiviti alternatif
(iii) keberkesanana kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternative dalam
meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah
pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Yang berikut adalah soalan kajian dalam penyelidikan ini:

(i) Apakah masalah yang dihadapi murid-murid pendidikan khas masalah

pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.

(ii) Adakah kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif yang diaplikasikan

berkesan dalam meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas

masalah pembelajaran dalam pengajaran guru sebagai intervensi awal.

(iii) Bagaimanakah kaedah ansur maju berbantukan aktiviti alternatif dapat

meningkatkan kemahiran menulis murid-murid pendidikan khas masalah

pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran guru

1.7 HIPOTESIS Nol


(i) Murid menghadapi masalah dalam kemahiran menulis iaitu mencapur adukkan

huruf kecil dan huruf besar dalam perkataan

(ii) Kaedah ansur maju yang diaplikasikan berkesan dalam meningkatkan kemahiran

menulis murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran

(iii) Kaedah ansur maju dapat meningkatkan kemahiran menulis murid-murid

pendidikan khas masalah pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran guru

dengan berbantukan aktiviti alternatif

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk mengetahui keberkesanan kaedah ansur maju berbantukan aktiviti
alternatif dalam meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil dan huruf besar dalam
perkataan semasa sesi pengajaran murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran.
Kemahiran menulis penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu bagi memastikan murid
boleh menulis dengan baik dan cemerlang. Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas
Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah terutamanya murid-murid pendidikan khas
masalah pembelajaran lebih lagi diberi penekanan. Hal ini amat penting untuk mereka
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa

1.9 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya melibatkan murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran di beberapa
buah sekolah di seluruh Malaysia. Kebenaran daripada pihak yang terlibat untuk melakukan
kajian adalah perlu sebelum kajian dijalankan. Kajian ini juga hanya melibatkan murid-murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran daripada pelbagai kategori murid yang berdaftar di
bawah program pendidikan khas integrasi sekolah rendah.

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

Aktiviti : kegiatan yang dilaksanakan

Ansur maju : melakukan secara sedikit demi sedikit

Menulis : mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena


Campur aduk : campur baur, sudah bergaul dengan yang lain lain-lain

Anda mungkin juga menyukai