Anda di halaman 1dari 9

INFO PPKI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


Posted on 3 Januari 2015 by admin

Definisi dan konsep Pendidikan Khas

Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan
khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran,
serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.

Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada


kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak
tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau
terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.

“Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of
exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)

“…Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan


pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-
peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau
biasa.” (Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999).

Falsafah Pendidikan Khas

“Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”
Objektif Pendidikan Khas

 Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan


keperluan khas
 Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan
keperluan khas
 Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan
keperluan khas
 Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
 Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan
khas

Ciri-ciri ‘Khas’ Pendidikan Khas

 Guru-guru terlatih khas


 Pendekatan pelbagai disiplin
 Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)
 Kurikulum yang khas
 Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.
 Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
 Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai
 Kaedah pengajaran yang khas
 Kaunseling ibu bapa

Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan


Masyarakat (Maklumat Pendidikan Khas 2007)

 Cacat fizikal yang teruk


 Rencatan akal sederhana dan teruk
 Pelbagai kecacatan dan
 Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah
yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian


Pendidikan Malaysia adalah:

 Sindrom Down
 Autisme ringan
 Attention Deficit Hyperaktif Disorder
 Terencat akal minimum
 Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)
Konsep Program Khas menurut Akta Pendidikan 1996

Program Khas bererti:

1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh
menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.

* Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961

Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-
murid yang kurang upaya.

SENARIO PENDIDIKAN KHAS

Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab


Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar
(educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:

 Kanak-kanak Down Syndrom


 Kanak-kanak Autistik Ringan
 Kanak-kanak kurang keupayaan mental
 Kanak-kanak bermasalah emosi
 Kanak-kanak bermasalah kesihatan
 Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan

1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan


Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).

Syarat Penyertaan Program Khas:

Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik
adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang:

1. Cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa
2. Mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang terlalau
serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Jadi murid
berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus
diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang
terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan
pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM

Dikendalikan oleh:

 J.P. Khas (JPK)


 J.P. Negeri (JPN)
 J.P. Teknikal (JPT)

3 jenis program:

 Sekolah Pendidikan Khas (SPK)


 Program Inklusif
 Program Pendidikan Khas Integrasi

STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:


 merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah,
 merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman),
 merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang
pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas
dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas
 merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,
 menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,
 menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan
 menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.
PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)

 Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
 Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
 Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang
boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.

JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS:

(1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)

 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)


 Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah pendengaran
dan penglihatan (rendah dan menengah).

(a) Prasekolah

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

 berumur tidak kurang dari lima (5) tahun


 disahkan oleh pengamal perubatan
 boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
(b) Pendidikan Rendah

Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan Malaysia


ialah:

 berumur 6+ hingga 14+ tahun


 Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)
 disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
 Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)
mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan
menduduki UPSR semasa Tahun Enam.
 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah
asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi
mereka yang berdaftar sebagai OKU).
 Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum
kebangsaan atau kurikulum alternatif

(c) Pendidikan Menengah

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia


ialah:

 berumur 13+ hingga 19+ tahun


 Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)
 disahkan oleh pengamal perubatan
 boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
 Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
 Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan
menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program
Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK
Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK Setapak)
 Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di arus
perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas
Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat
sekolah.
 Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan
pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan
akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.
 Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah
menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas
Integrasi.

(d) Pendidikan Pasca Menengah


Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah
pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus
teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.

(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

 Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


 Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
 Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap
yang minimum (LRE).
 Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul
dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
 Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah
teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL

 Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab terhadap


perkara-perkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
 Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata
pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah
pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.

PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS

 Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki


peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)
 Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:
 Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard
Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
 Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti
penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas
Vokasional.

(3) PROGRAM INKLUSIF (PI)


 Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan
khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
o Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif
bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam
kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
 Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada
tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di
sekolah biasa.”
 Ditadbir oleh JPN
 Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh
guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
 Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan
seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup
bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang
dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
 Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping
memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil
kira perbezaan individu.
 Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid
khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.
 Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
 Terdapat 2 jenis PI:
o Inklusif Penuh
o Inklusif Separa/Separuh Inklusif
 Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di
SM. Methodist (L), KL.
 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
(pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2 atau 3 orang
dalam 1 sekolah).
 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah
 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah Pendengaran
(24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).
 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah
Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.
 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada Jun
2000.

(4) PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar
yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira
(3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas
3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir
semua sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas
Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1),
IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal)
(5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA

KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid
yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai
kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.

 Syarat kemasukan ke program ini:


o murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1
sekurang-kurangnya 6 bulan,
o murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik
darjah atau pemulihan khas,
o keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan
mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.
 Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:
o 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3
buah)
o sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan
o jumlah: 31 buah
 Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi
melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan

Like this:

Berkaitan

PengenalanDalam "PPKI SK Padang Pekan"

Sistem belajar SBP lebih teratur, terancangDalam "Pendidikan"

SURAT PEKELILING

Anda mungkin juga menyukai