Anda di halaman 1dari 2

Praktis 10 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebabsebab pengambilan makanan segera

perlu dihentikan dan faktor-faktor yang menggalakkan pengambilan makanan segera. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Makanan segera sebenarnya bukan sekadar makanan yang dijual di rangkaian restoran makanan segera sahaja. Hal ini berdasarkan penjelasan seorang pakar pemakanan ketika diminta memberikan definisi makanan segera yang sudah menjadi bualan hangat masyarakat kebelakangan ini. Perkara ini timbul apabila Menteri Kesihatan mengesyorkan supaya iklan makanan segera diharamkan kerana makanan segera tidak berkhasiat dan menjadi punca kepada penyakit kronik. Sememangnya, kebanyakkan makanan segera memudaratkan kesihatan manusia dan menyebabkan masalah obesiti dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, memang ada makanan segera yang berkhasiat dan ada yang memudaratkan, tetapi perkara ini bergantung pada jenis makanan dan cara penyediaannya, contohnya ayam goring yang dijual di restoran makanan segera. Hal ini demikian kerana ayam yang digunakan mengandungi antibiotic atau hormon yang tidak diingini. Kemungkinan bagi ayam goreng disediakan di pasar malam, restoran atau di rumah mungkin lebih rendah kualitinya sekiranya minyak tersebut digunakan berulang kali. Dalam hal yang sama, minyak yang digunakan di restoran segera yang dikawal kualitinya dan sering ditukar mengikut jadual, mungkin lebih baik tahap kualitinya. Oleh itu, jika dilihat daripada perspektif ini, tidak bermakna makanan segera di restoran makanan segera kurang berkhasiat, berbanding dengan yang terdapat di tempat lain. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan bergoreng yang berlebihan tidak digalakkan kerana hal ini akan meningkatkan pengambilan lemak yang menyebabkan peningkatan risiko obesiti. Selain itu, orang yang kerap mengambil makanan segera akan menghadapi komplikasi kesihatan akibat penyakit yang berkaitan. Banyak orang yang beranggapan bahawa makanan segera seperti mi segera, snek, makanan sejuk beku, dan produk seumpamanya ialah makanan yang tidak berkhasiat dan memudaratkan kesihatan. Kebanyakkan makanan segera itu sebenarnya tinggi kandungan lemak, garam, dan gula. Perkara ini memudaratkan kesihatan jika diambil secara kerap dan berlebihan. Walau bagaimanapun, jika mi segera dimasak dengan menambah ramuan berkhasiat seperti sayur-sayuran, telur, daging dan sebagainya, sudah tentu akan menjadikannya makanan yang lengkap dan seimbang.

Mi segera sememangnya mengandungi bahan tambahan yang digunakan semasa penghasilannya tetapi kadar penggunaan bahan tambahan tersebut mestilah pada tahap yang dibenarkan di bawah Akta dan Peraturan Makana 1985. Perkara ini kan memudaratkan manusia jika diambil secara berlebihan. Selain itu, makanan sejuk beku juga mengandungi bahan pengawet yang berbahaya dan perlu dihindarkan. Pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak tepu yang tinggi, lemak tidak tepu, kandungan gula dan garam yang tinggi akan meningkatkan risiko terhadap penyakit berkaitan dengan jantung, tekanan darah tinggi,dan diabetes. Sebenarnya, kalori berlebihan yang terdapat dalam makanan segera dan disimpan tanpa sebarang tindak balas seperti melakukan riadah juga boleh menyebabkan obesiti. (Dipetik dan diubah suai daripada Minda Pengarang Baik Buruk Makanan Segera, Oleh Sadatul Mahiran Rosli Mingguan Malaysia, 4 Mac 2007) Berdasarkan petikan Praktis menggunakan ayat anda sendiri. i. ii. 10,jawab soalan-soalan yang berikut dengan

Apakah maksud rangkai kata sudah menjadi bualan hangat? Berdasarkan petikan,Menteri Kesihatan telah mencadangkan agar pengharaman iklan makanan segera dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Nyatakan sebab-sebab cadangan tersebut dikemukakan oleh Menteri Kesihatan. Cadangkan empat langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah pengambilan makanan segera dalam kalangan kanak-kanak

iii.

Anda mungkin juga menyukai