Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERKHEMAHAN PERDANA UNIT

BERUNIFORM 2019

ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SK CHINCHIN

BIL ATURCARA SKRIP


1. PENGUMUMAN **Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu diminta semua
hadirin mengambil tempat di dalam dewan.
** Prof Teknologis Dr
Rabiah binti Hj Ahmad **Dinasihatkan kepada murid-murid untuk duduk dalam keadaan
senyap dan terkawal serta tidak membuat bising.
Yang di Pertua Persatuan
Ibubapa dan Guru.
Diumumkan perarakan masuk ................. dengan diiringi pihak
pentadbir masuk ke dewan.
**En Zarudin bin Zaid
NYDP PIBG

2. KATA-KATA ALUAN Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam Mendidik dari Hati
** Prof Teknologis Dr dengan Penuh Integriti, Berjiwa Kawan bukan Berjiwa Tuan,
Rabiah binti Hj Ahmad Salam Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih.
Yang di Pertua Persatuan
Ibubapa dan Guru.
Yang Berusaha Pn Norsina binti Abdul Rahman, Guru Besar
**En Zarudin bin Zaid Sekolah Kebangsaan Chinchin.
NYDP PIBG Yang Berusaha En Abdul Hasnan bin Sharif, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Chinchin,
Yang Berusaha Tuan Hj Khairul bin Hj Ariffin Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Chinchin,,
Yang Berusaha En Esa bin Osman, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Chinchin,
Yang Diraikan Prof Teknologis Dr Rabiah binti Hj Ahmad Yang
di Pertua Persatuan Ibubapa dan Guru, En Zarudin bin Zaid Naib
Yang Dipertua PIBG SK Chinchin,

AJK PIBG, Guru-guru, Pengakap Kelana Daerah Jasin dan


Pengakap Kelana Sekolah Menengah Iskandar Shah serta murid-
murid yang dikasihi sekalian.
3. ALUAN PROGRAM Hadirin dan Hadirat sekalian

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun
dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform,
Sekolah Kebangsaan Chinchin bagi Tahun 2019 yang telah
berlangsung selama 3 hari bermula 23 Ogos 2019 dan berakhir
pada hari ini iaitu 25 Ogos 2019.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform ini dijalankan bermatlamat


untuk memupuk semangat dan jati diri murid. Disamping itu
perkhemahan ini juga dapat mencungkil dan menggilap potensi
diri murid. Tambahan lagi perkhemahan sebegini juga dapat
meningkatkan kekuatan dari segi fizikal dan mental murid untuk
mengharungi pelbagai cabaran pada masa akan datang.

4. BACAAN DOA Hadirin yang dihormati sekalian,

Lebat Kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dibacakan oleh al fadhil ustaz Zahir Zubairi b
Zainol. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar


tadi.

5. UCAPAN GURU BESAR Hadirin yang dihormati sekalian

Melilit rotan di dahan Ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan alu-aluan pembuka bicara
Puan Guru Besar bermadah kata

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini, majlis
menjemput Pn Norsina binti Abdul Rahman, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Chinchin bagi menyampaikan ucapan seterusnya
menyempurnakan “Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana
Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Chinchin bagi tahun
2019”.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada kepada Puan Norsina binti Abdul Rahman
Guru Besar SK Chinchin atas ucapan itu tadi.

6. PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dihormati sekalian

**Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada


ahli pengakap Sekolah Kebangsaan Chinchin. Untuk itu, majlis
menjemput Yang Berusaha Pn Norsina binti Abdul Rahman, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Chinchin dengan diiringi En Esa bin
Osman Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan
sijil penyertaan tersebut.

Dipersilakan ….

Mendahalui senarai,

Ahli Pengakap Tahun 4 Lelaki, dipersilakan

Ahli Pengakap Tahun 4 Perempuan, dipersilakan

Ahli Pengakap Tahun 5 Lelaki, dipersilakan

Ahli Pengakap Tahun 5 Perempuan, dipersilakan

Ahli Pengakap Tahun 6 Lelaki, dipersilakan

Ahli Pengakap Tahun 6 Perempuan Lelaki, dipersilakan

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Norsina binti Abdul


Rahman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chinchin atas kesudian
beliau untuk menyampaikan sijil penyertaan tersebut.
7. PENYAMPAIAN SIJIL Tanam selasih ditepi halaman
PENGHARGAAN DAN Selasih berbunga buat hiasan
CENDERAMATA Terima kasih kami abadikan
Lewat sebuah cenderamata kenangan

**Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan


dan cenderamata kepada Pengakap Kelana Daerah Jasin dan
Pengakap Kelana Sekolah menengah Iskandar Shah yang telah
menyumbangkan bakti dalam Perkhemahan Perdana Unit
Beruniform, Sekolah Kebangsaan Chinchin bagi Tahun 2019.

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha


……………………………….. dengan diiringi
………………………………… untuk menyampaikan sijil
penyertaan dan cenderamata tersebut.

Dipersilakan ….

Mendahalui senarai,

1.

2.

3.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………atas


kesudian beliau untuk menyampaikan sijil penghargaan dan
cenderamata sebentar tadi. Setinggi penghargaan juga diucapkan
kepada Pengakap Kelana di atas kerjasama dan sumbangan dalam
Perkehmahan Perdana ini.

8. PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dihormati sekalian


KESELURUHAN
Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan pertandingan diketahui sudah
Ada yang menang ada yang kalah.

Kini, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ahli pengakap


sekalian iaitu penyampaian hadiah kepada ahli-ahli pengakap yang
telah bertungkus lumus menyertai pelbagai pertandingan dan
aktiviti yang telah dipertandingkan sepanjang perkhemahan 3 hari
2 malam ini.

Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha


………………………………. untuk menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

*** (Rujuk senarai Pemenang)

Mendahalui senarai, dipersilakan kumpulan………………

Saguhati
Tempat ke3
Johan
Naib Johan

Perserta Terbaik Lelaki …………………………………


Perserta Terbaik Perempuan …………………………

Majlis mengucapkan terima kasih kepada …………………atas


kesudian beliau untuk menyampaikan hadian pertandingan
sebentar tadi.

8. NYAYIAN LAGU Hadirin yang dihormati sekalian,


NEGARAKU DAN LAGU
SEKOLAH Majlis diteruskan lagi dengan 2 buah lagu. Justeru itu, marilah
sama-sama dengan penuh semangat kita menyanyikan Lagu
Negaraku dan Lagu Sekolah.

Terima kasih di atas nyanyian sebentar tadi.

9. PENGAKHIRAN
Majlis berakhir di sini. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada para
pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang
terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Perdana Unit
Beruniform, Sekolah Kebangsaan Chinchin bagi Tahun 2019.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum


Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh.

p/s:

Anda mungkin juga menyukai