Anda di halaman 1dari 3

ASIA PACIFIC SMART SCHOOL

PANITIA SAINS SOSIAL

Nama: _____________________ Kelas: 6 ____________ Tarikh: ___________

Pelajaran 10: Beriman dengan Sam’eiyat

Maksud Sam’eiyat:
 Perkara-perkara yang tidak dapat digambarkan dengan akal dan pancaindera manusia
dan ia hanya dapat diketahui melalui Al-Quran serta Hadith.

Hukum Beriman dengan Perkara Sam’eiyat:


 Kita wajib meyakini perkara-perkara Sam’eiyat dengan menjadikan keimanan kepadanya
sebagai asas membentuk diri menjadi seorang Muslim yang dikasihi dan diredhai Allah.

Dalil Naqli

ِ ‫الَّ ِذين يُ ْؤ ِمنُو َن بِالغَْي‬


‫ب‬ َ
Maksudnya: iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib.

(Surah Al-Baqarah: Ayat 3)

Perkara-Perkara Sam’eiyat:

1. Alam Barzakh
 Alam kubur yang dihadapi oleh semua manusia sebelum dibangkitkan kelak pada hari
kiamat. Dalam alam ini, semua manusia akan didatangi oleh malaikat Munkar dan Nakir
serta menghadapi soalan-soalan kubur. Allah menjanjikan nikmat atau azab bergantung
pada amalan semasa di dunia.

2. Padang Mahsyar
 Tempat perkumpulan semua makhluk Allah setelah dibangkitkan daripada kubur. Semua
makhluk Allah akan dihidupkan semula dan dikumpulkan di sini untuk menerima
pengadilan atas perbuatan mereka ketika di dunia sama ada yang baik atau yang buruk.
Keadaan di padang Mahsyar sangat dahsyat sehingga menimbulkan rasa sangat takut
dan cemas. Dalam sebuah hadith ada menceritakan keadaan matahari yang sangat terik
berada hampir di kepala sehingga manusia ditenggelami peluh mereka sendiri. Para
Nabi, Rasul dan orang yang soleh sahaja yang berada dalam keadaan aman dan tenang.

Panitia Sains Sosial


3. Mizan
 Timbangan amalan yang akan dilalui oleh semua makhluk. Sesiapa yang berat timbangan
amalannya maka beruntunglah mereka tetapi jika timbangan amalan mereka ringan,
mereka tergolong dalam golongan ahli neraka. Timbangan seseorang itu menjadi berat
kerana amalan baik yang dilakukan semasa hidup di dunia.

4. Sirat
 Titian yang merintangi neraka Jahannam yang akan dilalui oleh semua manusia. Hanya
orang beriman dan bertaqwa sahaja yang akan berjaya melintasi titian itu dengan
selamat untuk menuju ke syurga. Hadith Nabi mengambarkan kepantasan melintasnya
bergantung pada amal soleh semasa hidup di dunia. Ada yang melintasnya sepantas kilat,
dan ada juga yang tidak berjaya melintasinya lalu terjatuh ke dalam neraka. Mereka
ialah orang-orang yang mengingkari perintah-perintah Allah.

5. Syurga
 Disediakan kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Keadaan syurga itu sangat
indah, nyaman dan dipenuhi dengan kenikmatan. Terdapat taman-taman syurga yang
indah dan mempesonakan dengan pancaran mata air dan sungai-sungai yang mengalir. Di
dalam syurga ini, para penghuninya akan menikmati rehat dengan sepuas-puasnya, sambil
menikmati pemandangan yang sangat indah dan ditemani oleh bidadari-bidadari.
Penghuninya dipakaikan pakaian yang cantik daripada sutera serta dihiasi perhiasan
daripada emas dan mutiara. Mereka akan dijamu dengan makanan dan minuman yang
lazat serta mereka kekal di dalamnya.

6. Neraka
 Disediakan kepada mereka yang tidak mentaati perintah Allah. Keadaan neraka banyak
digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith seperti keadaannya yang sangat panas dengan
api yang marak menyala. Hal ini menyebabkan penghuninya berasa amat terseksa dan
terlalu dahaga. Selepas itu, mereka diberikan minuman seperti tembaga cair yang
sangat panas. Kepanasan air menyebabkan muka-muka mereka hangus terbakar dan
ususnya terputus-putus.

Panitia Sains Sosial


Kesan beriman dengan perkara Sam’eiyat:

1. Menjadi manusia yang bertaqwa


 Yakin dengan keadilan Allah dan kekuasaanNya
 Menginsafi azab di hari akhirat

2. Menjadikan redha Allah sebagai matlamat hidup


 Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah panduan hidup
 Mengisi masa dengan perkara berfaedah

3. Mentaati perintah Allah dan menjauhi perbuatan dosa


 Istiqamah melakukan ibadah fardhu dan sunat
 Menghindari maksiat dan sifat keji

4. Mendorong seseorang melakukan kebaikan sebanyak mungkin


 Membantu mereka yang memerlukan
 Bersikap pemurah dan dermawan

5. Melahirkan masyarakat yang sukakan kebaikan dan menghindari kemungkaran


 Tolong-menolong dalam perkara kebaikan
 Bersama-sama mencegah kemungkaran

Rumusan:

Kita wajib beriman dengan perkara Sam’eiyat dan membuktikan keimanan kepadaNya dengan
istiqamah melakukan ibadah fardhu dan banyak amalan sunat serta menjauhi segala larangan
Allah.

Panitia Sains Sosial

Anda mungkin juga menyukai