Anda di halaman 1dari 10

1

KAEDAH FIQH

KAEDAH KE-4: ‫المشقة تجلب التيسير‬


o KONSEP KAEDAH:
 Pengertian
 Huraian pengertian
 Contoh
 Dalil
o SYARAT ‫المشقة‬
o SEBAB TAKHFIF
o BAHAGIAN TAKHFIF
o PENGERTIAN & CONTOH RUKHSAH
o BAHAGIAN RUKHSAH
o KAEDAH TERBITAN:
‫اذا ضاق األمر اتسع‬ o
‫اذا اتسع األمر ضاق‬ o
o PERBEZAAN ANTARA KAEDAH ‫ اذا ض اق األم ر إتسع‬DENGAN KAEDAH ‫اذا إتس ع‬
‫األمرضاق‬
o CONTOH SOALAN SEBENAR

1. KONSEP KAEDAH ‫المشقة تجلب التيسير‬


PENGERTIAN Kesukaran membawa kemudahan/ keringanan
HURAIAN Apabila terdapat sesuatu kesusahan/ kesulitan dalam melaksanakan perintah Allah,
PENGERTIAN maka perintah itu diringankan, tidak seperti asalnya.

CONTOH Harus mengqasar/ menjamakkan solat dalam keadaan musafir.


Harus meninggalkan puasa bagi orang yang sakit.
Harus solat sambil duduk/ baring / isyarat bagi orang yang sakit.
Harus doktor lelaki merawat pesakit perempuan.

DALIL o Al-Baqarah: 185


‫يريد اهلل بكم اليسر وال يريد بكم العسر‬
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu“
”.menanggung kesukaran
2

o Al-Maidah: 6
‫ما يريد اهلل ليجعل عليكم من حرج‬
”.Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan “

o Al-Hajj: 78
‫وما جعل عليكم ىف الدين من حرج‬
Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam“
”.perkara agama

o Hadis riwayat Anas RA:


‫يسروا وال تعسروا‬
”.Permudahkanlah dan jangan menyusahkan“

2. SYARAT ‫المشقة‬
o Masyaqqah/ kesukaran yang membawa keringanan berdasarkan kaedah ini ialah
masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada
kebiasaannya, bahkan ia boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari
melakukan amal ibadat.
Contoh: Orang sakit diharuskan meninggalkan puasa

o Masyaqqah itu umum berlakunya. Adapun masyaqqah yang jarang-jarang berlaku, maka
ia tidak diambil kira.
Contoh: Wuduk perempuan yang istihadah bagi setiap kali solat fardu.

o Masyaqqah biasa yang pasti wujud dalam melaksanakan ibadat/ kerja-kerja untuk
keperluan hidup yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan,
maka masyaqqah ini tidak diambil kira.
Contoh: Masyaqqah bekerja/ mencari rezeki, Masyaqqah dalam berjihad menentang
musuh.
3

3. SEBAB TAKHFIF

BIL SEBAB HURAIAN/ CONTOH


TAKHFIF
1 MUSAFIR o Orang bermusafir boleh mengambil rukhsah.
o Contoh:
- Qasar/ jamak solat
- Menyapu khuf lebih daripada sehari semalam
- Berbuka puasa
2 SAKIT o Orang yang sakit boleh mengambil rukhsah.
o Contoh:
- Bertayammum bagi sakit yang tidak boleh terkena air
- Solat sambal duduk/ baring/ isyarat
- Diharuskan doktor lelaki merawat pesakit wanita
- Berbuka puasa ketika sakit dan menggantikannya apabila sembuh.
3 PAKSAAN o Orang yang dipaksa/ diugut dengan kekerasan dan kejam serta ia tidak
mampu melawan / membantah.
o Contoh:
- Harus melafazkan kalimah kufur kerana terpaksa untuk
menyelamatkan nyawa (al-Nahl: 106)
- Harus makan bangkai kerana kelaparan yang mengancam nyawa
- Harus minum arak kerana dahaga yang mengancam nyawa.
4 LUPA o Tidak dianggap bersalah/ berdosa seseorang yang melakukan sesuatu
dengan sebab terlupa.
o Contoh:
- Tidak batal puasanya jika makan/ minum secara terlupa ketika
berpuasa.
5 KEJAHILAN o Kejahilan dikira salah satu kesukaran membawa keringanan.
o Contoh:
- Harus difasakhkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang
suami/ isteri sekiranya keaiban itu disembunyi.
- Seseorang yang bercakap ketika solat kerana bodoh, solatnya tidak
batal.
4

6 UMUM o Iaitu kesukaran umum yang tidak dapat dielakkan.


AL-BALWA o Contoh:
- Lumpur di jalan yang terpercik pada kain/ badan seseorang pada
hari hujan, dimaafkan solat dalam keadaan tersebut.
- Orang yang berpenyakit sentiasa keluar air kencing/ istihadah,
dimaafkan solat dalam keadaan tersebut.
- Segala najis yang sukar dihilangkan, dimaafkan. Seperti najis
burung yang tinggal dalam masjid.
- Harus memakai sutera bagi lelaki berpenyakit
- Harus jual beli salam
- Dimaafkan gharar yang sedikit dalam jual beli.
7 KEKURANGAN o Kekurangan menjadi sebab keringanan.
o Contoh:
- Kanak-kanak tidak dibebankan dengan takhlif/ tanggungjawab
syar’ie.
- Wanita tidak diwajibkan solat Jumaat
- Wanita tidak diwajibkan keluar berperang
- Orang gila tidak dibebankan dengan takhlif
- Perempuan harus memakai sutera dan barang kemas
- Hamba digugurkan beberapa takhlif berbanding orang merdeka.
Seperti diyat hamba separuh diyat orang merdeka.

4. BAHAGIAN TAKHFIF

BIL BAHAGIAN TAKHFIF HURAIAN/ CONTOH


1 Keringanan dengan menggugurkan o Contoh:
kewajipan. (‫إسقاط‬ ‫)تخفيف‬ - Digugurkan kewajipan solat Jumaat ke atas
perempuan
- Gugur solat Jumaat kerana ada halangan
tertentu seperti hujan lebat/ peperangan
- Gugur kewajipan jihad disebabkan
keuzuran.
- Gugur kewajipan puasa disebabkan sakit
- Gugur kewajipan haji disebabkan tidak
mampu.
2 Keringanan dengan mengurangkan o Contoh:
bebanan. (‫تنقيص‬ ‫)تخفيف‬ - Dikurangkan solat empat rakaat menjadi dua
rakaat.
5

3 Keringanan dengan penggantian o Contoh:


(‫إبدال‬ ‫)تخفيف‬ - Ditukarkan wuduk kepada tayammum ketika
ketiadaan air/ sakit yang tidak boelh terkena
air.
- Ditukarkan kedudukan solat daripada berdiri
kepada duduk/ baring/ isyarat dalam
keadaan sakit.
- Ditukarkan puasa orang tua yang uzur
kepada membayar fidyah.
4 Keringanan dengan mendahulukan o Contoh:
(‫)تخفيف تقديم‬ - Didahulukan solat Asar dengan ditunaikan
dalam waktu Zuhur.
- Didahulukan zakat sebelum cukup haul.
5 Keringanan dengan mengakhirkan/ o Contoh:
- Ditangguhkan solat Zuhur ke waktu Asar.
menangguhkan (‫تأخير‬ ‫)تخفيف‬
- Ditangguhkan solat demi menyelamatkan
orang lemas/ terbakar.
6 Keringanan dengan mendapat rukhsah/ o Contoh:
kelonggaran (‫ترخيص‬ ‫)تخفيف‬ - Diharuskan minum arak kerana terlalu
dahaga/ tiada air
- Diharuskan makan bangkai kerana
kelaparan/ kebuluran
- Diharuskan berlafaz dengan kalimah kufur
ketika dipaksa.
7 Keringanan dengan mengubah/ menukar o Contoh:
(‫)ختفيف تغيري‬ - Perubahan cara solat ketika berperang

5. PENGERTIAN & CONTOH RUKHSAH

PENGERTIAN RUKHSAH CONTOH RUKHSAH


Hukum syarak yang diberi pengecualian/ o Harus tidak berpuasa bagi musafir
keringanan disebabkan terdapat keuzuran yang o Harus menqasar/ menjamakkan solat ketika
berat, namun mengikut batas keperluan sahaja. bermusafir
o Harus Makan bangkai bagi mereka yang
kebuluran. Sekiranya tidak makan menyebabkan
mati.
o Minum arak bagi mereka yang terlalu dahaga
dan tiada air. Sekiranya tidak minum
menyebabkan mati.
6

6. BAHAGIAN HUKUM RUKHSAH [skema]

BIL BAHAGIAN RUKHSAH HURAIAN/ CONTOH


1 Rukhsah wajib dilakukan o Contoh:
- Makan bangkai bagi mereka yang kebuluran.
Sekiranya tidak makan menyebabkan mati.
- Minum arak bagi mereka yang terlalu dahaga dan
tiada air. Sekiranya tidak minum menyebabkan
mati.
- Berlafaz dengan kalimat kufur ketika dipaksa/
diugut. Sekiranya enggan boleh menyebabkan mati.
2 Rukhsah sunat dilakukan o Contoh:
- Jamak/ qasar solat semasa musafir yang lebih
daripada 3 marhalah
- Melihat calon isteri
3 Rukhsah harus dilakukan o Contoh:
- Jual beli salam1
- Jual beli istisna’2
4 Rukhsah makruh dilakukan o Contoh:
- Qasar solat bagi musafir kurang daripada 3
marhalah.
5 Rukhsah lebih baik ditinggalkan o Contoh:
- Jamak solat bagi mereka yang tidak mengalami
kesukaran/ tiada kemudaratan.
- Berbuka puasa bagi musafir yang tidak mengalami
kesukaran sepanjang perjalanannya.

1
Menjual sesuatu barang yang tidak dilihat tetapi ditentukan sifat-sifatnya.
2
Membeli barang yang tertentu yang akan diperbuat oleh tukang (pengusaha) yang mana barang tempahan dan
pembuatannya itu adalah dari pengusaha.
7

7. KAEDAH TERBITAN

‫) اذا ضاق األمر اتسع‬1(


PENGERTIAN Apabila sesuatu perkara itu sempit, hukum pelaksanaannya menjadi luas
HURAIAN Sesuatu perkara apabila ada kesukaran untuk melakukannya, maka syarak
PENGERTIAN mengizinkan keringanan/ kemudahan sebagai penyelesaian.
CONTOH o Diharuskan qasar/ jamak solat ketika musafir
o Sudah memadai saksi perempuan berkaitan perkara orang lelaki sukar
mempastikannya seperti kecacatan pada anggota/ kemaluan perempuan.
o Harus berwuduk dengan menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas/
perak kerana ketiadaan bekas lain.
o Harus mana-mana lelaki menjadi pengganti wali bagi wanita yang ketiadaan
wali ketika bermusafir.
o Wajib memberi kelonggaran/ penangguhan pelunasan hutang terhadap
penghutang yang belum mampu membayar hutangnya.
o Harus isteri yang dalam iddah kematian suaminya keluar rumah apabila ada
keperluan mendesak seperti mencari rezeki/ sakit.

‫) اذا اتسع األمر ضاق‬2(


PENGERTIAN Apabila sesuatu perkara itu luas/ longgar/ mudah, hukum pelaksanaanya menjadi
sempit.
HURAIAN Perkara yang diberi kemudahan/ keringanan/ kelonggaran dalam keadaan
PENGERTIAN masyaqqah/ kesukaran, akan kembali kepada asal sebelumnya apabila telah
hilang/ terlaksana masyaqqah tersebut.

CONTOH o Membanyakkan/ memanjangkan bacaan ketika mengimamkan solat adalah


dituntut, namun sekiranya ada perkara terdesak/ kesukaran seperti ada ahli
Jemaah yang uzur, maka bacaan perlu diringkaskan.
o Orang yang kebuluran harus mengambil makanan orang lain sekadar
keperluannya sahaja.
o Seseorang yang dalam keadaan lapang harus menunaikan solat di awal waktu.
8

8. PERBEZAAN ANTARA KAEDAH ‫إتسع‬ ‫ اذا ضاق األمر‬DENGAN KAEDAH ‫اذا إتسع األمرضاق‬

‫اذا ضاق األمر إتسع‬ ‫اذا إتسع األمرضاق‬


Apabila sesuatu perkara itu sempit, hukum Apabila sesuatu perkara itu luas, maka hukum
pelaksanaannya menjadi luas. pelaksanaanya menjadi sempit.

Iaitu sesuatu perkara apabila ada kesukaran Iaitu perkara yang diberi kemudahan/ keringanan/
untuk melakukannya, maka syarak mengizinkan kelonggaran dalam keadaan masyaqqah/ kesukaran,
keringanan/ kemudahan sebagai penyelesaian. akan kembali kepada asal sebelumnya apabila telah
hilang/ terlaksana masyaqqah tersebut.
Contoh: Contoh:
o Diharuskan qasar/ jamak solat ketika musafir o Membanyakkan/ memanjangkan bacaan ketika
o Sudah memadai saksi perempuan berkaitan mengimamkan solat adalah dituntut, namun
perkara orang lelaki sukar mempastikannya sekiranya ada perkara terdesak/ kesukaran
seperti kecacatan pada anggota/ kemaluan seperti ada ahli Jemaah yang uzur, maka bacaan
perempuan. perlu diringkaskan.
o Harus berwuduk dengan menggunakan bekas o Orang yang kebuluran harus mengambil
yang diperbuat daripada emas/ perak kerana makanan orang lain sekadar keperluannya
ketiadaan bekas lain. sahaja.
o Harus mana-mana lelaki menjadi pengganti o Seseorang yang dalam keadaan lapang harus
wali bagi wanita yang ketiadaan wali ketika menunaikan solat di awal waktu.
bermusafir.
o Wajib memberi kelonggaran/ penangguhan
pelunasan hutang terhadap penghutang yang
belum mampu membayar hutangnya.
o Harus isteri yang dalam iddah kematian
suaminya keluar rumah apabila ada
keperluan mendesak seperti mencari rezeki/
sakit.

9. CONTOH SOALAN SEBENAR

o [STPM U2/2013]

(a) Terangkan kaedah ‫التيسري‬ ‫ املشقة جتلب‬dari segi pengertian dan dalil. [4]
(b) Jelaskan lima sebab takhfif yang diharuskan oleh syarak. [10]
(c) Dengan memberikan contoh, huraikan perbezaan antara kaedah ‫ر اتسع‬00 0‫اق األم‬00 0‫اذا ض‬
dengan kaedah .‫ضاق‬ ‫اذا اتسع األمر‬ ]6[
9

o [STPM P2/ 2014]

(a) Dengan memberikan contoh dan dalil, terangkan maksud kaedah al-Masyaqqah tajlib al-
taysir. [6]
(b) Jelaskan empat bahagian rukhsah yang diberikan oleh syarak. [8]
(c) Huraikan dua kaedah terbitan daripada kaedah al-Masyaqqah tajlib al-taysir. [6]
_____________________________________________________________________________________

o [STPM U2/ 2015]

(a) Terangkan kaedah ‫التيسري‬ ‫ املشقة جتلب‬berserta dalil. [4]

(b) Berdasarkan kaedah ‫قة جتلب التيسري‬00 0 ‫املش‬, terangkan dua syarat al-masyaqqah yang
menjadi sebab keringanan berserta contoh. [6]

(c) Bincangkan kaedah ‫ر اتسع‬00 0 ‫اق األم‬00 0 ‫ اذا ض‬dan pengaplikasiannya dalam permasalahan
hukum. [10]
_____________________________________________________________________________________

o [STPM U2/ 2016]

(a) Terangkan maksud rukhsah berserta dua contoh. [4]


(b) Jelaskan maksud kaedah ‫اتسع‬ ‫ اذا ضاق األمر‬dengan mengemukakan tiga contoh. [8]

(c) Tunjukan kaitan kaedah ‫ضاق‬ ‫ اذا اتسع األمر‬pada permasalahan yang berikut:
(i) Hutang yang tertangguh untuk dibayar ketika ketiadaan wang mesti dibayar
segera setelah berkemampuan untuk membayar. [2]

(ii) Solat fardu seseorang yang telah pulang daripada bermusafir mesti ditunaikan
dengan sempurna bilangan rakaatnya; tidak boleh lagi qasar. [2]

(iii) Keperluan untuk pergerakan yang kecil sewaktu menunaikan solat boleh
dilakukan walaupun berulang-ulang kali; tetapi jika tidak perlu lagi, pergerakan
tersebut dilarang. [2]

(iv) Seseorang yang diharuskan untuk memakan sesuatu yang haram kerana lapar
tidak boleh lagi makan makanan haram itu setelah hilang lapar. [2]
10

o [STPM P2/ 2017]

(a) Huraikan kaedah ‫املشقة جتلب التيسري‬ ]4[

(b) Jelaskan empat bahagian hukum yang berkaitan dengan rukhsah berserta contoh.
[8]

Kerana kecederaan parah pada kaki, Ahmad terpaksa mengerjakan solat secara duduk
dalam tempoh yang lama. Setelah kecederaannya sembuh, dia mahu terus melakukan
solat dalam keadaan duduk kerana telah terbiasa dengan keadaan demikian.

(c) Berdasarkan situasi di atas, bincangkan hukum bagi masalah tersebut berdasarkan kaedah

‫املشقة جتلب التيسري‬ ]8[

o [STPM U2/ 2017]

(a) Terangkan kaedah ‫ املشقة جتلب التيسري‬. ]4[

(b) Jelaskan empat bahagian takhfif yang diberikan oleh syarak berserta contoh. [8]
(c) Bincangkan maksud kaedah .‫اتسع‬ ‫اذا ضاق األمر‬ ]8[

Anda mungkin juga menyukai