Anda di halaman 1dari 11

PROPOSAL – POSTER INFOGRAFIK 23

KOD KURSUS : GIG2012


NAMA KURSUS : FALSAFAH DAN ISU-ISU SEMASA
PENSYARAH : ENCIK NURIZWANFAIZI BIN NORDIN
KUMPULAN KULIAH : 23
NO. KUMPULAN : 8
SEMESTER / SESI : SEMESTER 1, 2022/2023

TAJUK : Isu Kemorosotan Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Universiti

Bil. Nama Nombor Matrik


1. Muhammad Hafiy Ikhwan Bin Khairur Rijal 22003374

2. Muhammad Amirul Rashid Bin Abdul Rahman U2101851

3. Muhammad Izz Naufal Bin Mohd Razif 22004648

4. Muhammad Zarif Haikal Bin Hamdan U2101957

5. Muhammad Afiq Dhiya Bin Mohd Isamani 22004582

6. Farah Nur Nabila Binti Affendy S2119341

7. Noor Irham Mardhiah Binti Noor Azmi U2102210

8. Nur Khaleeda Safiah Binti Hamzah 22003103

9. Nur Adrianna Atira Binti Shamsul Azhar 22003085

10. Aiman Bin Ibrahim 22003077

GIG1012-FIS
1.0) PENGENALAN
Kesihatan mental adalah keadaan di mana seseorang menyedari tentang keupayaan diri,
mengendalikan tekanan yang baik dan mampu menyumbang kepada masyarakat.
Kesihatan mental yang baik dan tidak sukar untuk dibezakan kerana ia boleh berubah
setiap masa namun ia bergantung kepada beberapa faktor seperti faktor individu dan
persekitaran sosial. Kesihatan mental terjejas terjadi apabila seseorang sukar untuk
menyesuaikan diri atau menangani tekanan. Antara bahagian utama yang terjejas adalah
fisiologikal, tingkah laku dan psikologi. Malangnya, tiada rawatan ubatan yang diperlukan
untuk kesihatan mental namun langkah pencegahan harus dilakukan. Isu kesihatan mental
bukanlah sesuatu yang asing terutamanya dalam kalangan pelajar universiti. Semakin hari
semakin banyak kes yang berlalu disebabkan gangguan kesihatan mental yang teruk.
Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 mendedahkan satu
per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah mental. Lantas,
isu kesihatan mental ini harus menjadi perbincangan yang normal bagi mengelakkan stigma
negatif masyarakat.

Selain itu, sama ada secara sedar atau tidak, kita sering terdedah kepada falsafah
kita sendiri. Malah, secara tidak sedar juga, kita kadang-kadang menganuti salah satu dari
beberapa aliran falsafah yang telah wujud dalam dunia pada hari ini. Falsafah merupakan
aliran pemikiran yang wujud dalam dunia pada hari ini. Ahli falsafah juga memainkan
peranan yang sungguh penting dalam kelompok masyarakatnya. Hal ini kerana, ahli
falsafah memberikan sumbangan yang mendalam dalam memberikan tunjuk ajar serta
membimbing masyarakatnya ke arah jalan yang benar. Tujuan mempelajari falsafah adalah
untuk mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan menyingkap tabir
kebatilan yang menutup kelemahan fikiran. Oleh itu, kami menghasilkan poster ini bagi
meningatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai isu kesihatan mental
menurut dua falsafah yang berbeza agar dapat melahirkan sebuah generasi yang
mementingkan kesihatan mental yang baik.

GIG1012-FIS
2. 0 PERNYATAAN MASALAH/PERSOALAN KAJIAN
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan terhadap kesihatan mental.
Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental
dan penyakit mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun
ke tahun. Peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak
sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Lazim dikatakan isu
yang disebutkan ini berkait rapat dengan golongan muda termasuklah pelajar universiti.
Persoalannya, apakah perkara sebenarnya yang mengundang kepada peningkatan
kemorosotan kesihatan mental? Apakah juga kesan yang akan dialami bagi seseorang
yang menghadapi kemerosotan kesihatan mental? Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi
memahami isu-isu kesihatan mental dengan lebih mendalam seperti punca berlaku
kemorosotan kesihatan mental, kesan dan juga langkah-langkah yang boleh dijalankan bagi
menangani masalah ini. Kajian ini juga dijalankan bagi mengupas isu kemorosotan
kesihatan mental berdasarkan dua falsafah yang berbeza iaitu falsafah barat : Teori
Humanistik daripada Carl Rogers dan falsafah agama : Teori Kaunseling Psiko Spiritual
daripada Al-Ghazali.
Isu kemorosotan kesihatan mental menurut falsafah barat yang boleh didapati ialah
dari segi kefahamannya terhadap kesihatan mental. Menurut Carl Rogers, sebab
berlakunya masalah dalam jiwa apabila terhalangnya kehendak manusia untuk mencapai
kesempurnaan kendiri dan gagal memenuhi tuntutan kemahuan seseorang. Selain itu,
kaedah doktor merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam kesihatan mental.
Kebiasaaannya, mereka akan menolak unsur unsur kerohanian dan hanya berpegang pada
unsur yang saintifik. Contohnhya, ubat- ubatan digunakan seperti Antidepresssant untuk
merawat pesakit yang tertekan. Ahli psikologi lebih kepada logik berbanding amalan
beragama atau ketuhanan.
Manakala kemorosotan kesihatan mental menurut falsafah agama pula ialah
seseorang akan mengalami kemorosotan kesihatan mental sekiranya mempunyai sifat-sifat
tercelah seperti tidak menunaikan kewajipan sebagai seorang penganut agama. Menurut
Imam Al-Ghazali kesempurnaan kendiri ialah manusia yang mengutamakan iman daripada
nafsunya. Jiwa yang disulami nafsu sentiasa melanggar perintah dan ingkar untuk menjadi
hamba yang taat. Di samping itu, menurut perspektif agama, kemorosotan kesihatan mental
ini dapat diatasi dengan menghayati 3 perkara iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak dan juga
mendalami psikoterapi islami.

GIG1012-FIS
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
a) Membandingkan falsafah-falsafah yang relevan untuk menganalisis kemerosotan
kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti.
a) Mengenal pasti punca-punca kemerosotan kesihatan mental dalam kalangan pelajar
universiti.
b) Mengenal pasti kesan-kesan kemorosotan kesihatan mental dalam kalangan pelajar
universiti.
c) Mengenal pasti langkah-langkah bagi mengatasi kemerosotan kesihatan mental dalam
kalangan pelajar universiti.

GIG1012-FIS
4.0) SKOP KAJIAN

Skop kajian ini akan memfokuskan isu kemorosotan kesihatan mental dalam kalangan
pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Skop kajian ini juga dijalankan dengan mengambil kira
dua falsafah yang berbeza iaitu falsafah barat dan agama mengenai isu kesihatan mental.
Skop kajian ini juga akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang punca-punca
berlakunya kemorosotan kesihatan mental, kesan dan langkah mengatasi kemorosotan
kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Tambahan pula, kajian ini
akan melibatkan ulasan literatur berdasarkan buku, jurnal dan internet yang relevan kepada
isu kemorosotan kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Akhir
sekali, kajian ini ingin memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia bahawa masalah
kemorosotan kesihatan mental di Malaysia masih berlaku dan rakyat mestilah berusaha
untuk menangani masalah ini demi menghasilkan satu negara yang sihat sejahtera tanpa
sebarang masalah mental mahupun fizikal.

GIG1012-FIS
5.0) ULASAN LITERATUR (LITERATURE REVIEW)

Bagi Tanner (1977), beliau melihat kemorosotan mental dari sudut pandangan yang negatif.
Menurut Tanner, kemorosotan mental akan menyebabkan seseorang itu menjadi tidak
stabil kerana memerlukan pemerhatian khusus. Seseorang yang mengalami tekanan yang
melampau akan mengambil tindakan yang membahayakan dirinya atau orang-orang di
sekelilingnya sebagai contoh mencederakan orang lain atau diri sendiri. Oleh itu, golongan
ini memerlukan bantuan dan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan untuk
mengurangkan stres yang dialami.

Menurut Fariza (2016) dalam kajiannya telah menerangkan bahawa pengharapan


yang tinggi kepada Allah berjaya menghilangkan segala kesedihan dan kesusahan yang
dialami sebagaimana kisah Nabi Yaakob a.s dalam surah Yusuf: 86. Hal ini jelas
membuktikan bahawa Allah adalah tempat manusia mengadu segala kelemahan dan
kesulitan yang dialami dalam kehidupan seharihari. Menurut Al-Ghazali, semuanya
bergantung kepada hati (al-qalb) yang merupakan pusat segala ketenangan mahupun
kecelaruan jiwa manusia. Menurut beliau, kebahagiaan sebenar seseorang manusia ialah
apabila tingkah laku hidupnya mendapat keredhaan Allah.

Menurut Razali (2010) dalam bukunya yang bertajuk “Pengendalian Stres dan
Kebimbangan: Penilaian Kognitif dan Tingkahlaku” menjelaskan mengenai model stres
yang telah dicipta oleh Lazarus. Model ini menerangkan bagaimana fikiran seseorang
individu itu bertindak apabila menerima rangsangan yang boleh menyebabkan kemorosotan
kesihatan mental. Menurutnya, kemorosotan mental hanya terbentuk apabila terdapat
punca stres yang boleh mengancam diri seseorang individu sama ada dalam bentuk fizikal
atau psikososial, sekadar imaginasi atau benar-benar berlaku.

Menurut Yeap dan Low (2009), status negara membangun ataupun lebih sesuai
dipanggil proses urbanisasi telah menjadikan hidup masyarakat lebih kompleks dan
mengakibatkan wujudnya masalah-masalah yang berkaitan dengan sosial, budaya dan
ekonomi. Kesemua masalah ini membawa kepada gaya hidup tidak sihat dan mampu
meningkatkan tekanan sehingga menyebabkan masalah kesihatan yang rumit termasuk
kesihatan mental.

Menurut Shyangwa (2003), pengetahuan mengenai masalah kesihatan mental


adalah sangat penting, namun sikap masyarakat umum terhadap penyakit mental dan
pesakit mental adalah negatif. Hal ini menunjukkan bahawa sikap negatif masyarakat
terhadap kesihatan mental mampu menyebabkan mereka jahil tentang kesihatan mental
sedangkan maklumat atau pengetahuan kesihatan mental ini sangat penting.
GIG1012-FIS
6.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam bahagian ini, semua bahan maklumat dan rujukan telah dikumpulkan dan dianalisis
menggunakan kaedah pengumpulan data sekunder. Kajian ini menggunakan bahan-bahan
dari sumber yang bertauliah bagi menjawab objektif kajian.

6.1 Data Sekunder

Pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data


sekunder seperti bahan rujukan daripada sumber internet. Kajian ini akan meniliti
jurnal-jurnal yang berkaitan untuk dijadikan rujukan kajian. Kajian ini juga mengkaji
bahan dan data yang telah dikumpul oleh penyelidik lain sebelum ini dengan teliti. Di
samping itu, sumber internet seperti portal rasmi kerajaan atau kementerian juga
dilayari bagi mendapatkan data yang tempat berkenaan dengan kajian. Selain itu,
perbincangan dalam talian sesama ahli kumpulan juga dilakukan misalnya, melalui
aplikasi WhatsApp. Perbincangan seperti ini membolehkan semua ahli kumpulan
menyumbangkan fikiran dan pendapat mereka tentang tafsiran dan analisis data
yang berkaitan dengan kajian ini.

GIG1012-FIS
7.0 RUJUKAN

Fariza Md Sham. ( 2005). Tekanan Emosi Remaja. Jurnal Islamiyyat 27(1): 3-24.

https://www.academia.edu/613357/Tekanan_emosi_remaja_Islam

Fariza Md Sham. Salasiah Hanin Hamjah dan Mohd Jurairi Sharifudin. (2015). Personaliti
Dari Perspektif Al-Ghazali. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Nadiah. (2018). Teori Personaliti Humanistik dan Sosiokognitif. Dipetik dari
https://www.slideshare.net/MainMainSaje/teori-personaliti-humanistik-dan-sosiokognitif

Izzat Hazmir B.Ismaal. (2017). Stress Dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi
Malaysia, Pusat Kesihatan Universiti. Dipetik dari
https://kl.utm.my/pendaftar/files/2017/10/Stress-dan-kesihatan-Dr.-Izzat-Hazmir-bin-
Ismaal.pdf

Mohd Razali Salleh. (2010) Pengendalian Stres Dan Kebimbangan: Penilaian Kognitif Dan
Tingkah Laku. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Dipetik dari
https://www.worldcat.org/title/pengendalian-stres-dan-kebimbangan-penilaian-kognitif-
dan-tingkah-laku/oclc/742980067

MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Definisi Kesihatan Mental. Dipetik dari
https://care.upm.edu.my/artikel/definisi_kesihatan_mental-56729

Noor Atiqah Sulaiman. (2022). Makin Ramai Sakit Mental Di Malaysia. Harian Metro
Mutakhir Dipetik dari https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/860359/makin-
ramai-sakit-mental-di-malaysia

Tanner, O. (1977) . Stress. Nederland : Time Life International. Dipetik dari


https://journals.co.za/doi/pdf/10.10520/AJA10113487_1315

Shyangwa, P., M. Singh, S. dan Khandelwal. S., K. (2003). Knowledge And Attitude About
Mental Illness Among Nursing Stuff. Journal Of Nepal Medical Association. Dipetik dari
http://www.jnma.com.np/jnma/index.php/jnma/article/download/713/1419/

Yeap, R., dan Low, W., Y. (2009). Mental Health Knowledge, Attitude and Help-seeking
Tendecy: a Malaysian context. International Medical University. Kuala Lumpur. Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/41089633_Mental_health_knowledge_attitude
_and_help-seeking_tendency_A_Malaysian_context

GIG1012-FIS
8.0) PEMBAHAGIAN TUGAS

Nama Ahli Kumpulan Tugas

Muhammad Zarif  Penulisan pengenalan proposal.


Haikal Bin Hamdan  Membuat lampiran rekaan untuk templet poster.
Noor Irham Mardhiah  Mencari dan menulis pernyataan masalah/persoalan
Binti Noor Azmi kajian.
 Mengarang info yang akan dimasukkan ke dalam
poster.
Nur Adriana Atira Binti  Menulis objektif kajian proposal.
Shamsul Azhar  Membuat lampiran rekaan untuk templet poster.
Muhammad Amirul  Mencari maklumat dan skop kajian.
Rashid Bin Abdul  Membuat kajian tentang kemorosotan kesihatan
Rahman mental.
Nur Khaleeda Safiah  Mengarang ulasan literasi.
Binti Hamzah  Mengarang info yang akan dimasukkan ke dalam
poster.
Aiman Bin Ibrahim  Menulis dan membuat kajian untuk mendapatkan
metodologi kajian.
 Membuat kajian tentang kemorosotan kesihatan
mental.
Muhammad Afiq  Bertanggungjawab ke atas pembahagian tugas.
Dhiya Bin Mohd  Mengatur hasil rekaan poster yang dibuat oleh para
Isamani ahli.
Muhammad Hafiy  Menyediakan rujukan kajian.
Ikhwan Bin Khairur  Mengarang info yang akan dimasukkan ke dalam
Rijal poster.
Muhammad Izz Naufal  Bertanggungjawab melukis carta gantt.
Bin Mohd Razif  Mengatur hasil rekaan yang dibuat oleh para ahli.
Farah Nur Nabila Binti  Mengumpul hasil kerja daripada ahli kumpulan dan
Affendy menyemaknya.
 Melengkapkan semua hasil rekaan dan juga
bertanggungjawab menghantarkan hasil kerja
kepada pensyarah.

GIG1012-FIS
9.0) CARTA GANTT ( Bermula Pada Minggu Ke-3 )

MINGGU 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

AKTIVITI

Penulisan pengenalan
proposal

Pembahagian tugas
kepada ahli kumpulan dan
melukis Carta Gantt

Menulis objektif kajian


proposal

Mencari dan menulis


pernyataan
masalah/persoalan kajian

Mencari maklumat dan


skop kajian

Mengarang ulasan literasi


dan rujukan

Mengumpul dan semak


hasil kerja dari ahli
kumpulan

Menghantar proposal

Perancangan Tugasan
Poster Infografik

Pembentangan Poster
Infografik

Proses kerja yang telah dilaksanakan

Proses kerja yang akan dilaksanakan


GIG1012-FIS
GIG1012-FIS

Anda mungkin juga menyukai

  • Kaedah 1
    Kaedah 1
    Dokumen14 halaman
    Kaedah 1
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Kaedah 5
    Kaedah 5
    Dokumen10 halaman
    Kaedah 5
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Kaedah 2
    Kaedah 2
    Dokumen10 halaman
    Kaedah 2
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Kaedah 3
    Kaedah 3
    Dokumen8 halaman
    Kaedah 3
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Kaedah 4
    Kaedah 4
    Dokumen10 halaman
    Kaedah 4
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Bab 3 Sistem Pemerintahan
    Bab 3 Sistem Pemerintahan
    Dokumen29 halaman
    Bab 3 Sistem Pemerintahan
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Bab 2 Masyarakat Islam
    Bab 2 Masyarakat Islam
    Dokumen47 halaman
    Bab 2 Masyarakat Islam
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • 1 Al-Quran
    1 Al-Quran
    Dokumen27 halaman
    1 Al-Quran
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • 3 Qul
    3 Qul
    Dokumen53 halaman
    3 Qul
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • 3 Ijmak
    3 Ijmak
    Dokumen15 halaman
    3 Ijmak
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Kumpulan 4 - Ulasan Isu Semasa
    Kumpulan 4 - Ulasan Isu Semasa
    Dokumen27 halaman
    Kumpulan 4 - Ulasan Isu Semasa
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat
  • Kajian Kes Group 8
    Kajian Kes Group 8
    Dokumen28 halaman
    Kajian Kes Group 8
    Farah Affendy
    Belum ada peringkat