Anda di halaman 1dari 8

Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional Malaysia: Cabaran dalam Memperkasa PLTV Oleh: Nur Husna bt Abd Wahid

Senario Pendidikan Teknik Vokasional Malaysia Pendidkan dan Latihan Teknik Vokasional (PLTV) telah memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sosial masyarakat sejajar dengan pembagunan ekonomi negara. Sejak diperkenalkan pada awal 1900-an, Pendidkan Teknik dan Vokasional telah melalui

pelbagai trasformasi dan perubahan dalam usaha menjadikannya relevan dengan kehendak semasa. Pada awal pengenalanya, Pendidikan Teknik dan Vokasional bertujuan memberikan latihan kemahiran bagi mewujudkan pekerja yang berkemahiran tinggi. Hasil dari laporan kabinet 1979 berhubung pelaksanaan dasar pendidikan telah menyarankan dua aliran sistem pendidikan yang dikenali sebagai sistem pendidikan akademik dan sistem pendidikan vokasional. Sehinga kini, Malaysia mempunyai kira-kira 7,531 buah sekolah rendah, 1861 buah sekolah menengah dan 90 buah sekolah teknik dan vokasional (termasuk tiga buah pusat matrikulasi teknikal yang baru). Kedua-dua struktur pendidikan tersebut sentiasa mengalami perubahan sejak diperkenalkan bagi menyesuaikanya dengan kehendak semasa. Antara perubahan yang ketara dalam Pendidkan Teknik dan Vokasional ialah pengenalan kepada elemen teknik dan vokasional dalam kurikulum pendidikan sekolah rendah pada 1989. Pentadbiran Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam sistem persekolahan adalah dibawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE), manakala Kementerian Pengajian Tinggi (MHE) bertanggungjawab bagi program-program selepas peringkat sekolah menengah.

Latihan Vokasional atau Kemahiran pula adalah merujuk kepada program yang dikendalikan oleh pusat-pusat latihan industri atau pusat-pusat latihan dibawah pelbagai kementetian dan agensi kerajaan selain dari MOE. Antara kementerian dan agensi yang memainkan peranan penting dalam memberi latihan kemahiran adalah, Kementerian Sumber Manusia, Kementeian Belia dan Sukan dan Majlis Amanah Rakyat (dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi). Latihan Kemahiran dibawah pelbagai kementerian dan agensi ini dapat dilihat secara langsung berkait rapat dengan menyediakan persediaan memasuki alam pekerjaan bagi lepasan sekolah. Pendidikan Teknik dan Vokasional di Sekolah Dalam sistem persekolahan, pendidikan vokasional diintegrasikan di dalam kurikulum melalui penerapan beberapa matapelajaran diperingkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas di sekolah-sekolah aliran akademik. Kompenen vokasional di sekolah-sekolah akademik adalah lebih umum jika dibandingkan dengan sekolah teknik dan vokasional. Di sekolah menegah teknik dan voksional, mata pelajaran atau kursus yang ditawarkan adalah lebih berorientasikan teknik dan vokasional. Sesetengah kursus yang ditawarkan bagi tujuan persediaan memasuki alam pekerjaan setelah tamat persekolahan dan sebahagian lagi bagi tujuan memberi asas kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, para pelajar didedahkan kepada elemen pendidikan vokasional melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup (tahun empat hingga enam). Mata pelajaran ini betujuaan manjadikan para pelajar lebih berpengetahuaan tentang teknologi dan pengenalan kepada keusahawanan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup di teruskan dan di perkembangkan pada

peringkat menengah rendah (tingkatan satu, dua dan tiga). Tujuan mata pelajaran pra-vokasional yang diperkenalkan pada peringkat ini adalah untuk mengabungkan kemahiran yang telah diperoleh pada peringkat sekolah rendah dan juga merangsang pekembangan kebolehan, kreativiti dan minat terhadap bidang teknik dan vokasional terutamanya bidang keusahawanan. Disamping itu, ia betujuan mendedahkan pelajar kepada pelbagai bidang pekerjaan melalui pembelajaran hands-on. Diantara komponen kemahiran vokasional yang terkandung di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah Rekacipta, Lukisan Teknikal, Kerja Kayu dan Logam, Elektrik dan Elektronik, Jahitan dan Masakan, Perdagangan dan Keusahawanan serta Pertanian. Pada peringkat menengah atas pula, sekolah aliran akademik menawarkan subjek-subjek vokasinal sebagai subjek elektif. Antara subjek yang ditawarkan adalah, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Rekacipta, Serta Prinsip Akaun dan Perdagangan. Bagi tujuan memperkasa PLTV, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan 22 subjek vokasional baru untuk ditawarkan di sekolah akademik. Pelancaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) disekolah akademik merupakan satu inovasi besar kementerian pelajaran Malaysia. Sebagai satu kesinambungan atau kelangsungan, MPV adalah peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di tingkatan 1 hingga 3 di sekolah menengah rendah. Kurikulum MPV digubal dan ditokok tambah dengan kemahiran-kemahiran yang menjurus kepada bidang yang boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi alam pekerjaan selepas tamat persekolahan. Dengan memperkenalkan MPV dipercayai ianya boleh meningkatkan peratus penyertaan murid dalam bidang sains dan teknologi ke arah dasar 60:40.Matlamat mata pelajaran vokasional ini ialah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan diperingkat yang lebih . Kurikulum MPV bertujuan untuk

melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang releven dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan sendiri dan meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi. Ianya adalah kurikulum berbentuk kontekstual yang boleh memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu menerusi aktiviti hands-on yang berguna dalam kehidupan harian dan alam pekerjaan (Plan Induk MPV di Sekolah Harian Bagi Tahun 2002 2003 PPK, Januari 2003). Antara Mata pelajaran vokasional yang diperkenalkan adalah seperti, Pembinaan Domestik, Lanskap dan Nurseri, Membuat Perabot, Seni Reka Tanda, Pendawaian Domestik ,Rekaan dan Jahitan Pakaian, Tanaman Makanan, Hiasan Dalam Asas, Akuakultur dan Haiwan Rekreasi, Penjagaan Muka dan Dandanan, Menservis Automobil ,Produksi Multimedia dan lainlain. Sekolah Menengah Teknik menawarkan kursus-kursus dalam tiga aliran iaitu aliran teknik, vokasional dan kemahiran kepada pelajar lepasan PMR. Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang terutama didalam sains dan matematik. Objektif aliran teknikal adalah untuk menyedikan laluan kepada pelajar dan menyediakan mereka sebagai tenaga professional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (Pertanian, Perdagangan, Ekonomi Rumahtangga). Pelajar dari aliran ini diharapkan akan melanjutkan pelajaran di peringkat (Ijazah atau Diploma)yang lebih tinggi dalam bidang berkaitan sains dan teknologi . Antara jurusan yang ditawarkan dalam aliran teknikal adalah seperti Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Pertanian, Perdagangan, ERT Pengurusan Makanan, dan ERT Pengajian Pakaian. Aliran Vokasional pula memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang sedarhana dan mempunyai kencenderungan dan minat terhadap pembelajaran bercorak vokasional (berkait rapat dengan pekerjaan). Objektif aliran vokasional adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja separa professional mengikut

kehendak industri. Antara jurusan yang ditawarkan dalam aliran ini

adalah seperti

Pengaturcaraan Komputer, Automotif, Fesyen, Katering, Pelancongan, Seni Kecantikan, Pengurusan Perniagaan, Hortikultur Hiasan dan Lanskap dan lain-lain. Aliran kemahiran pula dikhususkan kepada pelajar yang mempunyai kelayakkan akademik yang rendah dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on. Untuk aliran ini penekanan diberikan kepada kerja-kerja amali untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kompitensi perkerjaan yang relevan dengan kursus yang diambil . Kursus yang ditawarkan dalam aliran ini adalah ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri. Pada peringkat lepasan sekolah, Kementerian Pengajian Tinggi menyelia 21 buah politeknik dan 37 buah kolej komuniti bagi menyedikan tenaga kerja mahir bagi keperluan industri. Latihan pra-pekerjaan formal yang dijalankan di politeknik dan kolej komuniti adalah bertujuan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih pada tahap separa professional

(Juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Institusi Latihan Kemahiran Awam Sebahagian besar PLTV adalah ditawarkan oleh beberapa kelompok instituisi latihan kemahiran dibawah pelbagai kementerian dan agensi. Kementerian Sumber Manusia adalah peneraju utama dalam sector latihan kemahiran dengan 14 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP). Hasrat Kementerian adalah untuk mewujudkan kumpulan pekerja yang kompiten dan berpengetahuan. Antara institusi latihan kemahiran awam lain adalah seperti Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Secara amnya, institutsi dan pusat

puast latihan kemahiran diwujudkan bagi tujuan memberi latihan pra-pekerjaan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah. Bagi tujuan latihan kemahiran tinggi pula, Kementerian Sumber Manusia juga menawarkan latihan dibawah the Center for Instructors and Advanced Skills Training (CIAST), the Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI) dan empat Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTECs). MARA mengoperasikan 12 buah institut latihan kemahiran dan menawarkan latihan kemahiran tinggi di tiga buah institut latihan iaitu The German-Malaysia Institute (GMI), British Malaysia Institute (BMI) dan Malaysia France Institute (MFI). Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran,

bertanggungjawab membentuk Standard Kemahiran Pekerjaan Malaysia (NOSS) yang menyatakan kompitensi minimum yang diperlukan bagi setiap jenis pekerjaan. Standard ini digunakan sebagai asas pembentukan kurikulum latihan kemahiran dan sebagai asas penilaian kepada pencapaian pelajar bagi dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Sistem Latihan Dual National Latihan yang disediakan oleh pelbagai pusat latihan mempunyai beberapa kelemahan antaranya tidak dapat menyediakan keperluan industri terutama keperluan dati syarikat-syarikat multinasional . Selain itu latihan kemahiran yang dijalankan oleh institusi memerlukan kos operasi yang tinggi. Bagi menangani kelemahan tersebut kerajaan telah memperkenalkan Sisitem Latihan Dual National (SLDN) yang mana memperkenalkan kerjasama erat antara Kerajaan dan sektor perindustrian swasta. Pendekatan ini merupakan penambahbaikan sistem PLTV sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan perindustrian negara.

Cabaran dalam Memperkasa PLTV


1.

Wawasan 2020 mengariskan cabaran ke-6 untuk mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif,mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang kehadapan dan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menjadi penyumbang saintifik dan teknologi masa hadapan. Bagai merealisasikan hasrat in Pendidikan Latihan dan Teknik Vokasional di Malaysia perlu berusaha kearah peningkatan Pemikiran Inovasi (Innovation Thinking) dalam PLTV. Ini dapat dilihat sebagai satu cabaran baru yang perlu dihadapi bagi pembangunan modal insan bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa. Memupuk Pemikiran Inovasi di dalam PLTV berupaya membentuk Modal insan yang mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Pemikiran Inovasi dalam PLTV berupaya melahirkan pelajar yang bukan sahaja mampu melakukan kerja-kerja berkemahiran tinggi malah mampu mencipta, menanbah dan memperbaharui produk atau teknologi.baru yang menyumbang kearah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan bagi ciptaan dan rekaan-rekaan perindustrian seiring dengan negara-negara maju yang lebih mendahului dalam inovasi. Walaupun pendekatan inovasi diterapkan dalam PLTV diawal persekolah contohnya sub tajuk Reka Bentuk dan Teknologi didalam kurukulum Kemahiran Hidup tahun lima dan enam dan beberapa pendekatan inovasi dalam kurikulum Kemahiran Hidup menengah rendah seperti Reka Bentuk Projek , mata pelajaran elektif menengah atas seperti Reka Cipta, PLTV perlu di perkasakan bagi melahirkan pelajar yang mempuyai daya inovasi

yang tinggi. Peningkatan Pemikiran Inovasi dalam PLTV juga adalah selaras dengan Teras Misi National iaitu untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk `minda kelas pertama dan membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) yang kukuh
2.

Antara cabaran lain yang perlu dihadapi dalam memperkasa PLTV adalah isu latihan atau pendidikan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak pembekal (provider), seperti sekolah, pelbagai kementerian (spt Kementerian Sumber Manusia), agensi-agensi awam (spt MARA) mahupun swasta dan juga pihak industi perlu mempunyai koordinasi atau rangkaian yang efektif diantara setiap satunya. Koordinasi yang baik diantara semua pembekal PLTV adalah kunci utama kelancaran serta kelangsungan PLTV di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai