Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENDAHULUAN

Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan moral adalah berkait rapat


dengan pemupukan nilai-nilai murni dalam membentuk keperibadian murid dan
bagaimana murid menghayati nilai-nilai tersebut. Dalam pendidikan moral di Malaysia
terdapat tiga jenis pendekatan iaitu pendekatan tradisional, subjektivis dan rasional.
Bentuk pendekatan tradisional adalah satu set peraturan moral yang kekal dan telah
diterima secara langsung oleh masyarakat, manakala subjektivis pula adalah bentuk
pendekatan yang memberikan pemikiran yang terbuka kepada murid. bentuk
pendekatan rasinonal menekankan penerimaan dan penolakan peraturan nilai
berdasarkan situasi tertentu dan merit.

Pedekatan dalam pendidikan moral secara umumnya boleh dibahagikan


beberapa antaranya pendekatan pemupukan nilai, pendekatan bertimbangrasa,
pendekatan rasional, pendekatan tindakan sosial, pendekatan perkembangan moral
kognitif, pendekatan penjelasan nilai dan pendekatan analisis nilai.

1.1 PENDEKATAN BERTIMBANG RASA

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertimbang rasa membawa


maksud perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Manakala Pendekatan
dimaksudkan dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi muridan, sesuatu mata
muridan atau beberapa mata muridan atau sesuatu kemahiran.

Pendekatan bertimbang rasa bermaksud murid bertindak atau melakukan


sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Murid juga bersikap
prihatin iaitu bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain, memahami pendapat yang
berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain. Teknik pengajaran yang
sesuai dalam mengajar pendidikan moral dengan menggunakan pendekatan ini adalah
simulasi, perbahasan, perbincangan, projek, dan temuramah. Situasi yang
dikemukakan adalah mengenai hubungan seseorang individu dengan orang lain, di
rumah, sekolah dan kawasan sejiran serta konflik-konflik yang wujud dari hubungan
tersebut

1
2.0 ANALISIS DAN KRITIKAN PENDEKATAN

Pendekatan bertimbang rasa merupakan kesanggupan seseorang untuk


berkorban demi orang lain. Bertimbang rasa, atau dalam kata lain mengambil berat
dan menyayangi, melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap
keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. H. Lasswell (1976)
menyatakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan tingkah laku yang mengajar
pola-pola perlakuan yang positif bagi amalan seseorang. McPhail (1973) telah
menyatakan bahawa bagi membantu murid sekolah menengah bersikap prihatin
terhadap orang lain, mereka perlu belajar membuat pilihan supaya tindakkannya tidak
menyinggung perasaan orang lain. Oleh itu, McPhail berpendapat dengan adanya
emosi dalam melakukan tindak balas, murid dapat bertimbang rasa.

Saya menggunakan pendekatan bertimbang rasa dalam kurikulum pendidikan


moral. Dengan penggunaan pendekatan ini, secara tidak langsung akan memberikan
murid nilai atau input tambahan yang bukan bersifat pengajaran dam pembelajaran
semata-mata. Murid dapat mengunakan akal fikiran dengan membuat pertimbangan
yang sejawarnya jika menghadapi konflik semasa di dalam kelas, melakukan aktiviti
persatuan atau kelab dan sebagainya. Saya menggunakan pendekatan ini dalam nilai
keadilan dengan mengaitkan situasi yang berlaku dalam kehidupan seharian murid-
murid.

Pendekatan Bertimbang rasa melibatkan keinginan, motovasi dan kemahuan


Seseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya
keinginan terhadapnya. Dalam set induksi, saya akan memberikan gula-gula kepada
beberapa murid. Selepas itu saya akan tanya perasaan kepada murid yang mendapat
gula-gula dan tidak mendapat gula-gula. Melalui ini murid dapat merasai apa yang dia
rasai sehampir mungkin adalah perkara yang penting dalam bertimbang rasa. Menurut
Chang Lee Hoon (2005), apabila murid-murid melihat realiti orang lain sebagai satu
kemungkinan dan mula merasai realitinya, mereka harus bertindak sewajarnya. Ini
berkaitan dengan sikap bertimbang rasa seseorang dan membuat pelbagai
kemungkinan dan andaian sebelum melakukan sesuatu perkara.

2
Apabila menggunakan pendekatan ini, sebagai guru Pendidikan Moral, saya
perlu meningkatkan kebolehan murid untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke
atas sendiri dan orang lain seperti yang digambarkan pada rajah di bawah:

SITUASI MORAL MEMBERIKAN


- Perhubungan peribadi. PERTIMBANGAN
- kepentingan kumpulan KEPADA ORANG LAIN.
- aoutoriti
- sedunia

HASIL

MENTAFSIRKAN
Mengukuhkan SEBAB-SEBAB DAN
pengetahuan dan KESAN-KESAN KE
penaakulan. ATAS:
- Diri
- orang Lain

Rajah 1 : Tindakan guru dalam pendekatan bertimbang rasa

Berdasarkan rajah di atas, pertimbangan yang dilakukan oleh orang lain adalah
pelbagai dan setiap pandangan mempunyai langkah penyelesaian yang berlainan.
Begitu juga dengan mentafsir kesan-kesan yang mungkin akan berlaku kepada diri
seseorang itu, terdapat pelbagai andaian dan pendapat yang mungkin akan dilakukan
berikutan tahap pertimbang moral dari aspek bertimbang rasa. Semuanya memerlukan
kesefahaman serta saling faham memahami tanpa melibatkan tindak balas emosi.
Dalam langkah 1, saya meminta murid-murid untuk menyatakan sebab-sebab perlu adil
dan kesan-kesan ketidakadilan dalam kehidupan seharian. Kaedah ini secara tidak
langsung akan menyukarkan seseorang melakukan proses penaakulan berkaitan
bertimbang rasa jika konsep bertimbang rasa dalam diri individu atau murid mudah
goyah.

3
Fokus utama adalah pendekatan bertimbang rasa ini adalah berkaitan dengan
tindak balas emosi. Menurut Maclntyre (1976), konsep-konsep moral dijelmakan dan
menjadi sebahagian unsur penting dalam kehidupan sosial. Oleh hal yang demikian,
pendekatan bertimbang rasa ini lebih memberikan kesan kepada murid kepada
kehidupan sebenar. Dalam rph, saya menggunakan kaedah lakonan dalam langkah 2.
Kaedah ini dapat melahirkan emosi dan perasaan mereka secara semula jadi. Kaedah
lakonan ini dapat menimbulkan kesan yang kuat dan mendalam ke atas seseorang
individu. Pendekatan bertimbang rasa boleh dikatakan sebagai pendekatan yang
praktis kerana bahan-bahan yang terkadung dalam pendekatan ini boleh dipraktikkan
dan mudah dilaksanakan dalam situasi sebenar. Contohnya murid dapat mengalami
perasaan orang lain apabila sesuatu berlaku tanpa adil melalui lakonan.

Pendidikan moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang
lain seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain.
Ini adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan orang yang bertindak
sedemikian dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang
rasa. Dalam langkah 3, saya akan memberikan satu aktiviti kumpulan iaitu saya
meminta murid-murid membuat satu jadual tugas harian mengikut kumpulan. Setiap
orang perlu diagihkan tugasan secara adil. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada
murid-murid untuk bertimbang rasa terhadap perasaan dan kepenting orang lain dalam
nilai keadilan. Dengan adanya pendekatan ini dalam pendidikan moral, pengurusan
bilik darjah yang melibatkan kerjasama serta beberapa pihak dapat diatas. Caranya
adalah dengan menimbang setiap pemdapat dan terguran dengan lebih bijak. Proses
bertimbang rasa juga memberikan kepuasan setiap individu yang terlibat.

Walau bagaimanapun, melalui cara ini murid tidak dititikberatkan dengan


penaakulan moral yang menggunakan akal yang rasional dengan menggunakan
konspe-konsep moral tetapi melibatkan penaakulan moral dengan menggunakan tindak
balas emosi. Kebolehan murid dalam berfikir secara logik dan membuat perimbangan
yang adil akan terganggu dan dipengaruhi oleh perasaan seseorang. Contohnya jika
seseorang pengawas telah mendapati rakannya melakukan kesalahan, sepatutnya
pengawas tersebut harus mengambil tindakan terhadap rakannya itu. Tetapi dengan
adanya perasaan dan pendekatan bertimbang rasa yang dicipta oleh McPhail,

4
pengawas tersebut akan melepaskan rakannya itu atas alasan sikap bertimbang rasa,
belas kasihan dan sayang akan rakannya itu.

Pada kesimpulannya, pendekatan bertimbang rasa perlu diterapkan dalam


setiap individu umumnya kerana melibatkan beberapa isu-isu yang sensitif. Isu sensitif
yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan isu perkauman dan perbezaan cara hidup
masyarakat berbilang kaum di malaysia. Dengan adanya sikap faham-memahami dan
bertimbang rasa, isu tersebut tidak akan menjadi isu yang serius kerana usaha
memupuk sikap bertimbang rasa dan tidak menyinggung perasaan orang lain dalam
pendekatan moral bertimbang rasa telah diterapkan.

5
3.0 PENUTUP

Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif


kepada Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa murid-murid yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama
perlu peka kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Setiap murid atau
individu memilik latar belakang yang berbeza dan tahap bertimbang rasa yang juga
berbeza. Oleh itu, pendekatan bertimbang rasa perlu dan amat sesuai diterapkan di
dalam pendidikan moral di malaysia walaupun ada cacat celanya, namun
penggabungjalinan nilai lain seperti kasih sayang dan hormati-menghormati, akan
menjadikan pendekatan ini semakin berkesan dan mudah difahami oleh murid.

Lantaran itu, guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan bertimbang rasa
supaya murid tidak akan menyalah tafsir dan keliru dengan nilai kasih sayang atau
hormat-menghormati yang seakan-akan menyerupai nilai bertimbang rasa. Kelemahan
yang ada dalam bertimbang rasa seperti tidak boleh berdiri sendiri atas nama nilai
bertimbang rasa perlu di atasi dengan bijak dan berkesan.

6
RUJUKAN

McPhail, P, Miller, D. L. 1973. The Assembling Process: A Theoretical and Empirical


Investigation. Am. Sociol. Rev. 38:721-35

Maclntyre, A (1976). A Short History Of Ethics. London : Routledge And Kegan Paul.

Lasswell, H.D. "The Garrison State." American Journal of Sociology, 1941, 46, 455-68.

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalam Moral.
Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chang Lee Hoon (2005). Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral. Diperoleh pada March
18,2017 daripada http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/kertas%20
konsep%20moral.pdf

Anda mungkin juga menyukai