Anda di halaman 1dari 20

STRATEGI KESANTUNAN VERBAL DAN

BUKAN VERBAL
Nama ahli kumpulan :
Nurunnajihah Binti Mohd Sabri
Nur Zinnirah Bt Ahmad Shukri
Nurul Fatini Binti Ahmad Sukri
TEMA :PERJALANAN BALIK
KAMPUNG
Definisi kesantunan verbal

➢ Menurut Awang Sariyan(2007), mendefinisikan kesantunan


sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan dan beradab
memancarkan peribadi yang mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.
➢ Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk
kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
➢ Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan
terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau
senda dengan rakan, menyampaikan maklumat,
bertanyakan sesuatu, membuat perbentangan kepada
umum dan lain-lain.
Definisi kesantunan bukan verbal

• Kesantunan berbahasa daripada segi bukan verbal merujuk kepada


perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
• Konsep kesantunan bukan verbal merujuk kepada semua perlakuan yang
tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat
difahami.
• Justeru bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata
juga memainkan peranan dalam konsep kesantunan bukan verbal.
• Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (1999) bahasa badan
termasuklah perhubungan ruang dari jarak, orentasi, masa, gerak geri,
roman, gerak mata, sentuhan, suara dan kadar kelajuan kita bercakap.


SITUASI PERTAMA
Zin dan Jiha hendak pulang ke kampung selepas tamat kuliah.
Mereka hendak pergi ke stesen bas iaitu di Amanjaya dengan
menaiki pengangkutan Uber. Setelah beberapa minit, Uber tiba di
hadapan pintu pagar IPG Ipoh. Tanpa melengahkan masa,
mereka masuk ke dalam kereta lalu menyapa pemandu Uber
tersebut. Dalam perjalanan, Zin ternampak sampah yang terjatuh
dari beg jiha lalu dia mengambil sampah tersebut. Menyedari hal
itu, Jiha berterima kasih kepada Zin kerana mengambil sampah
tersebut.
Selepas beberapa minit, Zin membuka lagu dengan kuat.
Jiha menasihati Zin supaya memperlahankan
lagunya.Tiba-tiba sebuah kereta memotong secara
mengejut. Lalu pemandu Uber mengeluarkan kata-kata
kesat sedangkan kereta tersebut telah memberi isyarat
untuk memotong. Zin dan Jiha berbisik sesama sendiri
tentang perbuatan pemandu Uber tersebut. Setelah tiba
di destinasi, mereka mengucapkan terima kasih kepada
pemandu tersebut setelah mereka keluar dari kereta.
KESANTUNAN VERBAL

Strategi Memberi Salam

situasi:
Zin dan Jiha menyapa pemandu uber dengan mesra
sekali.
Kesantunan bukan verbal

Strategi Bertimbang Rasa

situasi:
Zin ternampak sampah yang terjatuh dari beg jiha lalu dia
mengambil sampah tersebut.
Kesantunan Verbal

Strategi Berterima Kasih

situasi:
Jiha berterima kasih kepada Zin kerana mengambil sampah
yang terjatuh dari begnya.
Kesantunan Verbal

Strategi Bertimbang Rasa

situasi:
Zin membuka lagu dengan kuat.Lalu, Jiha menasihati Zin
supaya memperlahankan lagunya.
Kesantunan Verbal

Strategi Berterima Kasih

situasi:
Setelah tiba di destinasi, mereka mengucapkan terima
kasih kepada pemandu tersebut setelah mereka keluar dari
kereta.
SITUASI KEDUA

Semasa berada berdekatan kaunter, Zin dan Jiha saling


menolak antara satu sama lain untuk membeli tiket. Akhirnya
Jiha mengalah dan bersetuju untuk membeli tiket bas. Setelah
membeli tiket, Jiha membelek tiket tersebut dan bertanya
kepada Zin cara membaca tiket. Malangnya Zin juga tidak tahu
cara membaca tiket tersebut kerana ini merupakan kali pertama
mereka pulang ke kampung dengan menaiki bas. Seterusnya
mereka kembali ke kaunter dan bertanya
kepada penjual tiket cara membaca tiket tersebut. Penjual
tiket tersebut memberi senyuman yang manis lalu memberitahu
kepada mereka bagaimana untuk merujuk tiket.
Kesantunan Verbal

Strategi Tidak Mementingkan Diri Sendiri

situasi:
Semasa berada berdekatan kaunter, Zin dan Jiha saling menolak
antara satu sama lain untuk membeli tiket. Akhirnya Jiha
mengalah dan bersetuju untuk membeli tiket bas kerana Zin tidak
terbiasa dengan situasi tersebut.
Kesantunan Bukan Verbal

Strategi Beramah Mesra

situasi:
Penjual tiket memberi senyuman yang manis lalu memberitahu
kepada mereka bagaimana untuk merujuk tiket.
SITUASI KETIGA

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Zin dan Jiha bergegas


untuk menaiki bas. Ketika sedang beratur, mereka terlihat
seorang makcik tua sedang beratur di belakang mereka. Lalu,
mereka memberi laluan kepada makcik tua tersebut untuk
menaiki bas terlebih dahulu. Ketika mereka sibuk mencari
tempat duduk, tiba-tiba makcik tua tersebut bertanyakan
dengan lembut kepada mereka di mana tempat duduknya
sambil menghulurkan tiketnya kepada mereka.Dengan senang
hati, JIha menunjukkan tempat duduk kepada makcik tua itu
dengan menggunakan ibu jarinya
Kesantunan Bukan Verbal

Strategi Bertimbang Rasa

situasi:
Ketika sedang beratur, mereka terlihat seorang makcik tua
sedang beratur di belakang mereka. Lalu, mereka memberi laluan
kepada makcik tua tersebut untuk menaiki bas terlebih dahulu.
Kesantunan Bukan Verbal

Strategi Sopan Santun

situasi:
Jiha menunjukkan tempat duduk kepada makcik tua itu dengan
menggunakan ibu jarinya.
SITUASI KEEMPAT

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, mereka berbual-bual


dengan nada yang perlahan kerana orang sekeliling yang sedang
tidur walaupun mereka terlalu teruja.Jam menunjukkan 10.00
malam.Akhirnya mereka tiba di Shahab Perdana,Alor Setar.Ketika
mereka sedang duduk mereka ternampak seorang wanita yang
sedang mengandung berdiri bersebelahan mereka, lalu mereka
memberi tempat duduk kepada wanita tersebut. Tidak lama
kemudian, ibu bapa mereka sampai di stesen bas lalu mereka
pulang dengan gembira.
Kesantunan Bukan Verbal

Strategi Toleransi

situasi:
Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, mereka berbual-bual
dengan nada yang perlahan kerana orang sekeliling yang sedang
tidur walaupun mereka terlalu teruja.
Kesantunan Verbal

Strategi Bertimbang Rasa

situasi:
Ketika mereka sedang duduk mereka ternampak seorang wanita
yang sedang mengandung berdiri bersebelahan mereka, lalu
mereka memberi tempat duduk kepada wanita tersebut.

Anda mungkin juga menyukai