Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH

CITRA SESI 2016

1.0 LATAR BELAKANG


1.1 LATAR BELAKANG
Projek penerbitan majalah sekolah CITRA merupakan projek dokumentasi
peristiwa, program dan aktiviti yang telah berlangsung sepanjang sesi persekolahan 2016 di
SMK Taman Kota Kulai. Projek penerbitan majalah ini juga merupakan wadah utama yang
dapat dijadikan medan bagi murid-murid mengasah bakat dan kreativiti masing-masing di
samping menjadi saluran yang paling signifikan dalam usaha menyerlahkan potensi yang
ada pada murid itu sendiri. Malah, segala peristiwa dan aktiviti yang dicatat juga akan
menjadi tanda kenangan yang ingin dikongsikan bersama seluruh warga SMKTKK

2.0 TUJUAN
2.1 Tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak
JPN / PPD bagi menerbitkan majalah yang berjudul CITRA.
2.2 Memohon kebenaran dari pihak JPN/PPD untuk membuat kutipan daripada murid-
murid yang ingin mendapatkan naskhah CITRA ini sekaligus menampung kos penerbitan
majalah tersebut.

3.0 ASAS ASAS PERTIMBANGAN


3.1 Projek ini dikendalikan oleh Sidang Redaksi yang diterajui oleh guru-guru yang
mempunyai komitmen tinggi bagi menghasilkan majalah CITRA ini.
3.2 Seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatan Kuasa Sidang Redaksi, nama
majalah dikekalkan iaitu CITRA SESI 2016.
3.3 Isi kandungan majalah adalah seperti berikut:
3.3.1 Kata kata Aluan
3.3.2 Sejarah Sekolah
3.3.3 Jawatankuasa Sidang Redaksi
3.3.4 Senarai Warga SMKTKK
3.3.5 Laporan Unit Kurikulum, HEM, Kokurikulum
3.3.6 Laporan Wakil Sekolah
3.3.7 Aktiviti Sepanjang Tahun
3.3.8 Album Kelas
3.3.9 Kenangan Murid Tingkatan 5

OBJEKTIF
3.3.10 Hasil Karya Murid dan Guru
4.0 OBJEKTIF
4.1 Mendokumentasikan segala aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang tahun
2016.
4.2 Memberi peluang kepada murid dan guru untuk menghasilkan karya berdasarkan
kreativiti masing-masing.
4.3 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada guru terutamanya Jawatan Kuasa Sidang
Redaksi berkenaan prosedur penerbitan majalah.
4.4 Sebagai tanda kenangan kepada murid Tingkatan 5 yang akan meninggalkan bangku
sekolah menengah.

5.0 CADANGAN

5.1 Cadangan penerbitan adalah sebanyak 800 naskhah majalah untuk semua
warga SMKTKK.

6.0 IMPLIKASI
6.1 Menjadi bahan bukti tentang rekod penglibatan dalam pelbagai program dan aktiviti
yang dijalankan.
6.2 Menjadi suatu warisan yang memaparkan pencapaian dan kejayaan yang telah diraih
oleh murid-murid di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.
6.3 Menjadi penanda aras kepada pencapaian sekolah di peringkat yang lebih tinggi
6.4 Mencungkil bakat murid-murid dalam bidang penulisan dan hasil karya kreatif

7.0 ANGGARAN KOS


Anggaran kos adalah seperti Lampiran 1

8.0 JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI MAJALAH PERMATA SD 1


Jawatankuasa Sidang Redaksi adalah seperti Lampiran 2

9.0 CARTA ALIRAN KERJA


Carta aliran kerja adalah seperti Lampiran 3
10.0 CARTA GANT
Carta Gant adalah seperti Lampiran 4

11.0 KESIMPULAN
Diharap agar permohonan bagi penerbitan majalah ini dapat diluluskan dengan segera
supaya tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan bagi merealisasikan projek penerbitan majalah
ini dan sekaligus sebagai tanda kenangan kepada semua murid yang bersekolah di SMKTKK
khususnya murid Tingkatan 5 yang akan meninggalkan zaman persekolahan sekolah Menengah.

Disediakan oleh,
..
(NURUL HUDA BT AHMAD)
Setiausaha,
Sidang Redaksi CITRA

Disemak oleh,

(SADALI BIN BOSTAM)


PK KOKO,
SMK Taman Kota Kulai

Disahkan oleh,
..
(HASRAM BIN OMAR)
Pengetua,
SMK Taman Kota Kulai
LAMPIRAN 1
ANGGARAN KOS

PERKARA KOS
Kos Senaskah Majalah CITRA RM12 x 800
Hard Disk RM200
JUMLAH RM9800
JAWATANKUASA SIDANG REDAKSI MAJALAH CITRA SESI 2016
PENGERUSI
En. Hasram Bin Omar
(Pengetua SMK Taman Kota Kulai)
NAIB PENGERUSI
En. Sadali Bin Bostam
(Guru Penolong Kanan Kurikulum)
NAIB PENGERUSI 1
PN. Hajah Norasilawati
(AJK PIBG)
EDITOR
Pn. Yusmaliza Bt Yusoff
PENOLONG EDITOR
EN. Mohd Zoolfadli Bin Mashudi
SETIAUSAHA

Pn. Nurul Huda Bt Ahmad


BENDAHARI
Pn. Siti Hartini Bt
AHLI JAWATANKUASA
Jurufoto : En. Mohd Zoolfadli Bin Mashudi
: En. Shahrul Fatimi Bin Isa
Karya Murid : En Pragash (Bahasa Tamil)
: Pn. Anita Dewi (Bahasa Inggeris)
: pn. Chen (Bahasa cina)
: Pn. Hayati Bt Abdullah ( Bahasa Melayu)
Grafik : Pn. Taty Azariah Bt Zakaria
Promosi dan Iklan : En. Rahaizad bin Mat Rashid
: Pn. Suriani binti Husin
: Pn. Azilah binti Tamjet

Anda mungkin juga menyukai