Anda di halaman 1dari 3

 Doa cepat dimakbulkan

Menuntut ilmu bukan sahaja mempelajari ilmu untuk keperluan diri,


masyarakat dan negara atau lebih dikenali sebagai Fardu Kifayah. Namun, ilmu
Fardu Ain seperti ilmu Akidah, Syariah dan Akhlak juga sangat penting wajib
dipelajari oleh semua masyarakat tidak tanpa mengira kaum, agama dan darjat.
Oleh kerana mereka menunjukkan usaha untuk belajar tanpa rasa lelah dan
penat, Kesannya, doa mereka cepat dimakbulkan sekaligus dipermudahkan
untuk mencapai apa yang dihajati. Tambahan pula, segala aktiviti yang
dilakukan oleh mereka dapat dilancarkan dan dipermudahkan. Apabila seorang
itu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan untuk membantu
negara menjadi lebih maju, mereka akan ditingkatkan darjat serta kemuliaan di
sisi Allah S.W.T. di dunia dan diakhirat.

 Dikurniakan nikmat kesabaran.

Sekiranya masyarakat di negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti


dapat melahirkan masyarakat yang bersifat proaktif dalam semua
perkara. Mereka juga dikurniakan nikmat kesabaran dalam mencapai kepuasan
dalam menuntut ilmu. Perkara ini menunjukkan bahawa mereka yang berilmu
akan senantiasa berfikir secara optimis tentang sesuatu masalah dan tidak
berfikir secara pesimis dan mudah berputus asa. Sebagai contohnya, seseorang
yang berfikir secara optimis, sudah tentu masalah yang dihadapi itu sebagai
cabaran dan bukannya halangan untuk mencapai objektifnya. Oleh itu, apabila
kita mengetahui bahawa pentingnya nikmat kesabaran dalam menuntut ilmu,
kita akan mengamalkan budaya yang sentiasa dahaga akan ilmu dan menjadikan
budaya pembelajaran sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai amalan
dalam kehidupan.
 Melahirkan masyarakat minda kelas pertama

Kesan lain dalam menuntut ilmu ialah dapat melahirkan individu yang
memiliki minda kelas pertama. Individu yang mempunyai minda kelas pertama
ini ialah seseorang yang boleh diangkat menjadi pemimpim yang
berketerampilan serta peneraju dan pengganti kepimpinan negara kelak. Hal ini
kerana, mereka sudah tentu memiliki jati diri dan akhlak yang terpuji hasil
daripada menuntut ilmu. Bahkan juga, mereka tidak akan mudah ditipu oleh
sesiapa yang ingin mengambil kesempatan oleh. kerana mereka telah
mengganggap bahawa ilmu itu adalah harta yang paling bernilai berbanding
harta yang lain. Seiring itu apabila rakyat mempunyai ilmu yang tinggi, maka
lahirlah masyarakat yang bertamadun seterusnya pemacu dalam membentuk
sebuah negara yang maju dan terkenal di seantero dunia.

 Menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

Pada era globalisasi kini telah membuktikan bahawa menuntut ilmu akan
menetukan kejayaan seseorang sekiranya ilmu yang itu dimanfaatkan dengan
baik. Mereka yang mementingkan penguasaan ilmu dalam kehidupan mereka,
sudah pasti akan menjadi insan yang berjaya dan menjadi contoh teladan kepada
masyarakat. Apabila seseorang itu berilmu, sudah tentu ramai yang mengambil
sifat yang terbaik untuk dijadikan suri teladan. Namun, masih lagi ada pelajar
yang alpa, dan mengganggap penguasaan ilmu tidak penting dalam kehidupan,
mereka bagaikan menongkah arus globalisasi. Jadi, tuntutlah ilmu agar dapat
dicontohi oleh generasi cilik.

 Dihormati dan disanjungi oleh guru-guru, kawan-kawan dan masyarakat


 Ilmu yang dipelajari mendapat manfaat

Anda mungkin juga menyukai