Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah Pertolongan Cemas

1. BETULKAN KEPALA. Duduk di sebelah mangsa sama betul dengan bahunya

letak satu tangan di atas dahinya di bawah sedikit dari garis rambutnya dan tolak
sedikit kepala mangsa ke belakang. Mulut mangsa akan jadi terbuka sedikit.
2. ANGKAT DAGU. Letakkan dua batang jari anda dari tangan satu lagi pada hujung
dagu mangsa, kemudian angkatnya. Tindakan ini akan membuatkan lidah mangsa
terangkat dari belakang kerongkongnya, membuka laluan udara ke paru-parunya.

Periksa pernafasan
mangsa. Rasa hembusan nafas dengan muka dan lihat pergerakan dada mangsa.
3. PERIKSA PERNAFASAN. Letakkan telinga anda sedekat boleh dengan mulut dan

hidung mangsa sambil melihat pada dadanya. Dengar bunyi bernafas, rasa hela
nafasnya dengan kulit muka anda dan perhatikan sama ada dadanya bergerak.
Lakukan ini selama 10 saat.
4. JIKA TIDAK BERNAFAS. Panggil bantuan kecemasan. Mulakan resusitasi
kardiopulmonari (CPR). Jika anda di tempat awam, minta seseorang untuk
mendapatkan mesin AED, yang boleh membetulkan ritma jantung.
5. JIKA BERNAFAS SEPERTI BIASA. Periksa dan rawat sebarang keadaan yang

menjejaskan peredaran, seperti pendarahan teruk atau lecur. Panggil bantuan


kecemasan. Jika mungkin, letakkan mangsa dalam posisi pemulihan. Perhatikan
sebarang perubahan keadaan mangsa sepanjang anda menunggu bantuan tiba.

Amaran

Jika mangsa tidak bernafas, jantung boleh berhenti berdegup, jadi lakukan CPR sertamerta.
Jika mangsa adalah kanak-kanak atau bayi, rujuk kanak-kanak pengsan atau bayi
pengsan terdapat perbezaan cara mengendalikan mangsa yang tidak sedarkan diri
golongan ini.

Dapatkan Bantuan

Lihat sama ada mangsa yang pengsan ini bernafas atau tidak sebelum membuat
panggilan perkhidmatan bantuan kecemasan, kerana ini mungkin soalan yang pertama
yang akan ditanya pada anda oleh anggota bantuan cemas.
Jika anda tidak bersendirian, hantar seseorang untuk mendapatkan pertolongan sejurus
anda mempastikan pernafasannya. Minta orang itu untuk datang kembali pada anda
dan pastikan panggilan telah dibuat.
Jika anda ada rakan membantu, apabila anda meletakkan mangsa dalam posisi
pemulihan, seorang boleh memberi sokongan kepada kepala mangsa semasa anda
memusingkan mangsa kepada keadaan mengiring.

Anda mungkin juga menyukai