Anda di halaman 1dari 48

1.

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.

Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi

pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

2.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU

:SITI NORAINUL AFIFAH BT MOHD ANUAR :NUR IZUWA BT SALLEHUDDIN

SEKOLAH MASA TARIKH MATA PELAJARAN KELAS HARI

:SK TITI GAJAH :9.10 PAGI-10.10PAGI :20 SEPTEMBER 2011 :BAHASA MELAYU :3 PINTAR :SELASA

KUMPULAN Nama Murid

A 1)Mohd Norazman B Zabidin. 2)Aisyah Bt Mohd Kamarulzaman. 3)Nur Syawalwani Bt Yusof.

B 1)Mohd Hasif Bt Zakaria. 2)Mohd Amiruddin B Iskandar.

C 1)Mohd Azam B Razak.

Tajuk /Tema Kemahiran

Haiwan 1. Huruf huruf bd, s-h, g-j 11. Perkataan KV+KVK 32. Bacaan dan Pemahaman

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Menyebut sekurangkurangnya 3 daripada 6 huruf iaitu b-d, s-h,dan g-j.

1.Memadankan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 suku kata KVKVK dengan gambar yang diberikan.

1.Membaca 3 daripada 4 ayat berdasarkan gambar yang diberi dengan betul. 2. Membaca dan

2.Menulis sekurang2. Menulis sekurangkurangnya 3 daripada 6 huruf dengan betul. . 3.Melengkapkan 3 daripada 5 suku kata KVKV.

menjawab sekurang-

kurangnya 3 daripada 5 kurangnya 2 daripada 5 perkataan berdasarkan gambar. soalan pemahaman.

Pengetahuan Sedia Ada:

Telah mengenal huruf konsonan selain daripada bd, s-h dan g-j dan huruf-huruf vokal.

Telah menguasai suku kata KV dan KVK.

Boleh membaca dan membina ayat mudah.

Bahan Bantu Belajar Nilai-nilai murni

LCD,komputer riba, dan bahan bantu belajar Muka buku.

Menyerap nilai-nilai kasih sayang antara makhluk Tuhan, dan saling menghormati hak masing-masing.
3

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir melalui soalan yang diutarakan oleh guru kepada murid dan memerlukan pemikiran kritis dan kreatif untuk menjawab dan membentuk ayat ringkas melalui persoalan yang dikemukakan. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis juga terdapat pada aktiviti di dalam bahan bantu belajar iaitu Muka Buku.

Kemahiran berfikir yang melibatkan,penyelesaian masalah atau membuat keputusan. Langkah Set Induksi (5 Minit) Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C

1. Murid-murid dipertontonkan sebuah tayangan video haiwan peliharaan 2. Murid-murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang akan diutarakan oleh guru berdasarkan tayangan video tersebut . 3. Murid-murid diperkenalkan dengan tajuk pembelajaran pada hari tersebut oleh guru.

Lembaran Kerja Langkah 1 (20 minit)

Aktiviti Pengukuhan

Interaksi P&P

1. Murid diedarkan dengan beberapa lembaran kerja yang mengandungi huruf-huruf seperti b-d, s-h dan g-j.

1.Guru bahan

memberikan 1. Pertama sekali guru bantu belajar akan memilih gambar

iaitu Muka Buku yang secara rawak. akan dilaksanakan oleh murid-murid berkumpulan. secara 2. Murid-murid perlu menjawab beberapa soalan yang dikemukan oleh guru berdasarkan
4

2. Murid -murid diedarkan pula dengan beberapa ketul tanah liat dan diminta untuk membentuk huruf yang terdapat pada lembaran kerja tersebut.

gambar yang telah dipilih.

3. Murid-murid akan menulis ayat berdasarkan soalan 2. Murid dikehendaki yang ditanya oleh guru. untuk memadankan Contoh soalan :

perkataan-perkataan KVKVK berdasarkan

3. Murid-murid dikehendaki menyalin semula huruf yang terdapat pada lembaran kerja. 4. Seterusnya, murid dikehendaki untuk untuk mengoyak helaian kertas warna menjadi cebisan kecil, dan

gambar yang diberikan.

I.

Apakah jenis gambar haiwan

3. Selain itu, muridmurid juga perlu suku bagi III. 4. Gambar-gambar dan perkataan-perkataan yang bahan terdapat bantu pada belajar IV. II.

yang guru tunjukkan? Apakah makanan haiwan ini? Apakah warna haiwan ini? Apakah ciri-ciri yang ada pada haiwan ini?

mengenalpasti kata-suku KVKVK. kata

boleh ditukar supaya menguji 4. Murid akan menulis ayat tersebut pada buku latihan masing5. Setelah murid-murid masing. menyelesaikan pengukuhan murid-murid aktiviti tersebut, diminta

menampal cebisan dapat kertas warna yang telah dikoyak diatas huruf b dan juga huruf d yang telah di cetak pada lembaran kerja murid.

kefahaman murid.

untuk menyalin semula


5

perkataan KVKVK yang 5. Kemudian, guru b d betul di dalam buku akan memberikan latihan. petikan pendek bersama dengan soalan kefahaman dan bersama-sama dengan murid-murid menjawab soalan tersebut.

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti Pengukuhan

Interaksi P&P

Lembaran Kerja

1. Murid-murid

1. Setiap murid di

1. Murid akan diedarkan dengan satu lembaran kerja yang mengandungi beberapa gambar haiwan serta ayat yang tidak

akan diberikan alat dalam kumpulan ini bantu belajar iaitu Muka Buku yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan. 2. Guru akan memilih seorang murid secara rawak kemudian guru akan meminta murid yang dipilih untuk akan menerima sekeping gambar haiwan .

lengkap.

2. Melalui gambar tersebut, murid perlu mengisi ruangan

menyebut gambar yang kosong berdasarkan telah murid itu dapat. gambar yang berkaitan.

2. Pertama sekali, murid-murid akan

3. Guru akan menyuruh 3.Guru akan murid supaya meniru menyemak lembaran kerja yang dilakukan bersama-sama murid dan guru akan membeikan jawapan yang betul, bagi setiap jawapan murid yang salah. 4. Selepas itu, guru akan mengeja

memilih huruf yang gaya, bunyi atau disebut oleh guru sama ada huruf b atau huruf d'. Murid-murid perlu menyebut huruf tersebut secara kuat. perbuatan haiwan tersebut di dalam kumpulan supaya pembelajaran menjadi lebih seronok.

3.Kemudian murid- perkataan tersebut murid diminta untuk melakar huruf yang dipilih sebentar tadi di atas beberapa permukaan yang berbeza seperti di 5. Setelah murid mendengar perkataan yang dieja oleh guru, murid-murid manakala murid-murid akan mendengar.

atas kertas, di atas akan mengikut ejaan tapak tangan, di yang dieja oleh guru

awangan, dan juga bersama-sama. diatas permukaan meja. 6. Kemudian, barulah murid-murid mengeja 4. Kemudian, murid-murid seterusnya akan memilih gambar bagi mewakili
7

bersama-sama perkataan tersebut tanpa bantuan guru.

huruf yang dipilih. Murid-murid akan menyebut gambar yang telah dipilih. 7. Akhir sekali, muridmurid diminta untuk mengeja perkataanperkataan tersebut 5. Seterusnya, murid-murid perlu menyelesaikan suku kata bagi perkataan yang mewakili gambar dan menyebut suku kata tersebut. secara individu. 8.Guru akan mengulang langkah tersebut bagi mengajar perkataan KVKVK yang lain.

6. Kemudian, murid-murid perlu mencari perkataan bagi mewakili suku kata yang telah digabungkan dan menyebut perkataan tersebut pada ahli kumpulan yang lain.

6. Setelah muridmurid dapat menyelesaikan kesemua aktiviti tersebut dengan


8

betul, murid-murid perlu menyalin semula huruf dan suku kata tersebut.

7. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bergilir-gilir taupun guru akan memilih hanya beberapa orang sahaja murid di dalam kumpulan dan memastikan semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti ini.

Langkah 3 (15 minit)

Interaksi P&P

Lembaran Kerja

Aktiviti Pengukuhan

1. Murid-murid

1. Murid akan

1. Murid-murid akan diberikan alat bantu belajar iaitu Muka Buku yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan.

akan diminta untuk diedarkan dengan menyentuh huruf b dan d yang dibina diatas permukaan atau tekstur yang berbeza-beza. lembaran kerja yang menggunakan teknik kloz.

2. Murid akan melengkapkan perkataan berdasarkan gambar yang diberi. 2. Berdasarkan sentuhan taktil pada kedua-dua huruf tersebut, murid-murid perlu menulis huruf tersebut dengan besar di atas helaian kertas yang disediakan. 3. Murid-murid perlu mencari ayat bagi mewakili gambar yang telah dipilih dan membaca ayat tersebut 3. Guru akan membantu murid untuk menulis huruf b dan d dengan bantuan nyanyian seperti: Dari atas, turun ke bawah, dari kanan separuh bulatan. 4. Setelah murid-murid dapat menyelesaikan kesemua aktiviti tersebut dengan betul, murid-murid perlu menyalin semula ayat pada ruangan yang disediakan. pada ahli kumpulan yang lain.

2. Murid-murid akan memilih gambar secara rawak. dan menyebut gambar yang telah dipilih.

10

5. Murid perlu menyebut dan menulis huruf tersebut secara berulang-ulang kali.

6. Akhir sekali guru akan memberikan contoh objek atau gambar berdasarkan huruf b dan d bagi membezakan kedua-dua fungsi huruf tersebut.

Penutup (5 minit)

Penutup Sosial: 1-Guru menyerap nilai-nilai murni dalam diri murid tentang pemuliharaan dan sayangi haiwan. 2-Guru memberi ganjaran kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan. 3- Pengajaran berakhir dengan nyanyian lagu Anak Ondeng Lembu Patah Tanduk 4-Murid-murid menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

11

3.0

NOTA 3 JENIS UNSUR SENI (PENGETAHUAN KEMAHIRAN SENI ASAS SENI VISUAL,MUZK DAN PERGERAKAN

I-

PENGATAHUAN ASAS ASAS DALAM SENI VISUAL

Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,

meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.

Pendidikan Seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni melukis dan membuat gambar seperti membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.

Bidang-bidang dalam seni visual: Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang: Melukis dan membuat gambar Membuat rekaan corak Membentuk dan membuat binaan Kraf tradisional
12

(a) Melukis dan Membuat Gambar

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan.

Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanakkanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.

13

Catan Lukisan Kolaj

Mozek

Montaj

Capan

TEKNIK MENGGAMBAR

Cetakan

Garisan

Resis

Percikan
Stensilan

Gosokan

14

(b) Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:

(i) Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan (ii) Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting (iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat (iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

15

Jenis Susunan Corak Terdiri Daripada:

Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun separa Sisik ikan Selang seli Tampak dam dan tampak catur Siku keluang Pucuk rebung Orgee Batu bata Tunggal Berpusat Sendeng Berombak Jidar Berjalur Cerminan

Teknik Corak

Dibuat secara terancang dan tidak terancang. Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan corak ini dihasilkan

16

Tarikan Lipatan Titisan

Pualaman

CORAK TIDAK TARANCANG


Ikatan dan Celup

Renjisan

Tiupan

17

Lukisan Koligrafi Catan

Kolaj

CORAK TERANCANG

Cetakan

Resis

Lipatan dan guntingan

Capan

`c) Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah merangkumi: Arca timbul Arca asemblaj Arca bergerak
18

Arca stabil Model Diorama Boneka Topeng Origami

Tema dan Subjek

(i) Alam semulajadi (ii) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis (iii) Aliran dan tema sejagat (iv) Keperluan dan pengalaman harian

(d) Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun-temurun mengikut kaum masingmasing.

Jenis-jenis Kraf :

19

(i) Alat domestik (ii) Alat permainan (iii) Alat mempertahankan diri (iv) Batik (v) Seni tekat (vi) Tembikar (vii) Anyaman (viii) Kelarai (ix) Ukiran

Estetika dalam Pendidikan Seni Visual : Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu daripadanya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan.

Burgurt

(1961)

berpendapat

semua

orang

yang

terlibat

dengan

pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya.

20

(a) Peniruan (menterjemah secara langsung objek) sebagai Representasi Gambar dan Imej (b) Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi sedih , gembira

(c) Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa.

(d) Keaslian- keunggulan idea atau gagasan

II-

Unsur Seni

(a) Garisan (i) Garisan merupakan cantuman satu siri titik. (ii) Garisan boleh dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. (iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. (iv) Melalui garisan, kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti:

21

Teknik koyakan Teknik tampalan Teknik kolaj Teknik gosokan Teknik cetakan Teknik capan

(b) Warna Warna terdiri daripada;

1. Warna asas 2. Warna sekunder 3. Warna tertier

Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning .Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam roda warna, apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna akan membantu pelajar dalam kerja-kerja mewarna yang melibatkan subjek yang dihasilkan.

(c) Jalinan

22

Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis:

(i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalinan secara sentuhan.

Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi.

Jalinan boleh dihasilkan melalui: Teknik cetakan Teknik pualaman Teknik kolaj Teknik campuran Teknik binaan Teknik cantuman

(d) Rupa

23

Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri(bentuk yang khusus). Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kon, kubus, silinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan dengan bantuan alat geometri.

Jenis-jenis rupa:

(i) Rupa positif dan negatif (ii) Rupa dan corak (iii) Rupa dan lambang (iv) Rupa dan muka taip

(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton dan jalinan ruang diaplikasi sekaligus.

Bentuk terdiri daripada dua jenis:

(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto, (ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. (f) Ruang
24

Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Prinsip rekaan terdiri daripada yang berikut: (a) Harmoni Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, terapeutik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap-melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.

(b) Penegasan Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan.

(c) Imbangan Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruang kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang
25

seimbang (kiri dan kanan, atas dan bawah). Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri.

(d) Kontra Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi si pemerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.

(e) Pergerakan Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh dijadikan kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna.

(f) Kesatuan Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama, ia akan mewujudkan kesatuan.

(g) Kepelbagaian Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan

26

kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

Penyerapan unsur seni visual di sekolah Rendah Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama pembelajaran di kalangan pelajar. Dr. Abd. Rahman Saleh (1976) berpendapat bahawa sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat,

memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sistematik dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Persoalannya: bagaimanakah Seni Visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Dr. Abd. Rahman Saleh, ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara:

(a) Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca, taman permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut. (b) Memilih metod atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran

Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara total.

27

AKTIVITI SENI VISUAL iBil. 1. Menggambar Jenis Teknik Lukisan Bahan Kertas, kanvas, kain, papan lapis Alat Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus 2. Catan Kertas, kanvas, kain, papan lapis, minyak linsid, air, turpentin Berus, pisau palet, kekuda, kadbod, papan

28

3.

Kolaj

Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan

Gunting, pisau, mangkuk

4.

Montaj

Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam

Gunting, pisau, pembaris

5.

Cetakan

Dakwat cetak, gam, turpentin, minyak tanah, minyak linsid, papan

Penggelek, papan, Spatula, cermin, kertas surat khabar Berus, pengikis

6.

Resis

Kertas, lilin, minyak, air, warna air

7.

Gosokan

Warna, kertas, pensel warna, pensel, warna pastel

Kain, papan

8.

Stensilan

Profilem, kertas, dakwat cetak, pencelup

Squeezy, penggelek dan kain

9. 10. 11.

Percikan Gurisan Capan

Warna, air, kertas, Kayu, kertas, lilin, dakwat Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam

Berus, straw, berus gigi Alat geometri, pembaris Papan, gunting, pisau

12.

Mozek

Gam, kertas tebal, kertas warna

Gunting, pisau

ii-

Membuat rekaan dan corak

a- Corak Terancang Bil. Jenis Teknik Bahan Alat

29

1.

Lukisan

Kertas, kanvas, kain, papan lapis

Pensel, pensel warna, pen teknikal, warna pastel, krayon, arang, berus

2.

Catan

Kertas, kanvas, kain, papan lapis, minyak linsid, air, turpentin

Berus, pisau palet, kekuda, kadbod, papan

3.

Kolaj

Kertas warna, gam, kapas, bahan-bahan tampalan

Gunting, pisau, mangkuk

4.

Montaj

Kertas, gambar, majalah, surat khabar, gam

Gunting, pisau, pembaris

5.

Cetakan

Dakwat cetak, gam, turpentin, minyak tanah, minyak linsid, papan

Penggelek, papan, spatula, cermin, kertas surat khabar

6.

Resis

Kertas, lilin, minyak, air, warna air

Berus, pengikis

7.

Capan

Warna, dakwat, kertas, bahan-bahan terbuang, gam

Papan, gunting, pisau

8.

Kaligrafi

Kertas, warna, dakwat

Pen kaligrafi, buluh, resam

b) Corak Tidak Terancang Bil. Jenis Teknik 1. Pualaman Kertas, air, cat kilat, cat Besen, berus Bahan Alat

30

minyak 2. Tiupan Kertas, kanvas, warna air, warna batik 3. 4. Titisan Ikatan dan celupan 5. Renjisan dan percikan Warna air, lilin, api Kertas, tisu, warna batik, getah gelang, kain Warna air, kertas, kanvas Berus, bekas warna Pembaris keluli Besen warna, berus Straw, berus

iiiBil. 1.

Membentuk dan membuat binaan Jenis Teknik Arca timbul Bahan Kepingan kayu, kapur Paris, batu, kayu, plastik, kertas lumat, papier-mache, tanah liat Pahat, Alat penukul, alat pengukir,

pengikis, kikir pari, kertas pasir

2.

Asemblaj

Kayu, logam, batu, simen, bongkah kayu,

Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, sepana hidup, pemutar skru

31

barang ganti kenderaan, bahan kutipan, besi 3. Bergerak Besi, dawai, kertas, tali Gunting besi, alat pateri, sepana, temali, plastik, kepingan logam, zink, kadbod 4. Stabil Simen, kepingan logam, plastik, barang ganti kenderaan, besi, logam, papan 5. Model Kertas tebal, loyang, gangsa, papan lapis, zink, akar kayu, papan 6. Diorama Papan lapis, papan, zink, cermin lutsinar, patung, karangan laut 7. Boneka Tekstil, span, plastik, tali, cat, spray warna, gam dunlop/UHU 8. Topeng Papier-mache, plastik, kertas surat khabar, habuk papan, gam, piring plastik, warna 9. Origami Kertas, tekstil, benang Gunting, pisau Gunting, pisau, besen Gunting, pisau, playar, pemutar skru Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru Alat pateri, skru, paku, gergaji, ragum, gerudi, sepana hidup, pemutar skru gerudi, pemutar skru

ivBil.

Kraf tradisional Jenis Teknik Bahan Alat

32

1.

Alat domestik

Kepingan kayu, tempurung, besi, kayu, manik

Pahat, penukul, alat pengukir, pengikis, kikir pari, kertas pasir, gergaji kecil Gunting, pisau, gam, gergaji kecil, pemutar skru, skru Gunting besi, alat pateri, sepana, gerudi, pemutar skru Gunting, pisau,gergaji kecil, pemutar skru, ragum Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat pemanas, periuk, besen besar

2.

Alat permainan

Buluh, kertas, benang, gam, kertas warna, kayu

3.

Alat pertahanan diri

Kayu, timah, besi, plumbum, loyang Benang, tekstil, prada, gam, butang, kayu Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu soda, pelembut kain/fabrik

4.

Alat perhiasan diri

5.

Batik

6.

Tekat

Benang emas, benang putih, kain dasar, baldu, kertas tebal, gam, rotan saga

Pemidang kayu berkaki, cuban

7.

Tembikar

Tanah liat, kaolin

Pisau, span, penggelek, papan golek, gergaji kecil, pengayak, dawai, pemotong, kayu ukur, angkup luar, pinggan, kayu, pengguris dan berus

8.

Anyaman

Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis, daun serdang, rotan, rumputrampai

Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk, penyisip, pisau kecil

9.

Ukiran kayu

Kayu

Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun


33

mempelas, berus, syelek

II-PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK Definisi Muzik - satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu. Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik #Mengajar bunyi-bunyian dahulu sebelum tanda-tanda

34

#Mendidik pelajar dengan memberikan galakan kepada mereka supaya memerhati, mendengar, meniru, sereta membezakan bunyi-bunyi yang didengarnya itu (kaedah penemuan kendiri). #Mengajar satu unsur muzik sahaja (melodi, harmoni, irama, ekspresi, bentuk, warna ton atau jalinan) pada satu ketika. (pembelajaran mengikut urutan). #Prinsip-psinsip dan segala teori harus diberi hanya selepas amalan praktik dijalankan (pembelajaran heuristik). # Pelajar harus diberi peluang yang mencukupi untuk mengkaji muzik dan membnuat latihan-latihan (kaedah pendekatan berkonsep). # Nama-nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental harus diselaraskan. Kaedah-kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 1.Edwin Gordon boleh dikatakan lebih diberi keutamaan kerana mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat atau sequential.

2. Dalcroze menggunakan gerak geri tubuh badan untuk menanam kefahaman dan menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspekaspek muzik

3. Pendekatan Carl Orff memberi penekanan kepada beranika jenis pengalaman muzikal. (i) Imitasi (Mengajuk Balik) (ii) Eksplorasi (Fasa Cari Sendiri) (iii) Improvisasi- Belajar dari asas ton . Skel pentatonik ialah skel yang mempunyai lima ton. (iv) Creation (Mencipta)- penciptaan dengan menggunakan bahan asas dari fasa-fasa. (v) Literasi menulis dan membaca nota muzik

35

4)Suzuki-menamakan kaedahnya talent education atau pendekatan bakat 5) Gordon mengutamakan prinsip sound before symbol dimana keutamaan diberikan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbol-simbol muzik diperkenalkan. Jalinan Monofoni: Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja.

Jalinan Homofoni: Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang berharmoni yang mempunyai kod. Jalinan Polifoni: Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan dengan menggunakan alat iringan. Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik. Kemahiran Muzikal Nyanyian Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan Kemahiran muzikal Permainan alat muzik. Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan da eknik pengeluaran suara.

Muzik dengan pegerakan memberi peluang kepada pelajar menggunakan tubuh badan sebagi respon kepada muzik. Permainan alat muzik melatih pelajar dalam kordinasi mata, pendengaran dan psikomotor melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan permainan alat muzik.

36

III-PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN Proses yang memandu pelajar untukmemperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan

penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar.

- Di bahagikan kepada dua kategori.

37

a. Pergerakan kreatif b. Gimnastik

- Penekanan kepada aspek-aspek berikut; i. ritma asas ii. ritma kreatif iii. lagu pergerakan iv. permainan dan v. kemahiran gimnastik

Pergerakan asas yang penting yang menjadi kata kunci dalam aktiviti pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat, memintal, berpusing, meregang dan menguncup. Umpamanya, gabungan aktiviti berjalan dengan melompat mengikut iringan muzik merupakan bentuk pergerakan asas dalam tarian zapin dan joget.

Pergerakan Lokomotor Bukan Lokomotor Lokomotor

Membongkok Meregang Memulas Berpusing

Berjalan Berlari Meloncat Melompat


38

Mengangkat badan Merebah Menghayun

Lari skip Memacu seperti kuda Meluncur

Satu daripada tujuan program pendidikan pergerakan di prasekolah ialah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Antara

kemahiran yang perlu diajar kepada mereka adalah kemahiran lokomotor. Kemahiran ini membolehkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Keupayaan kanak-kanak memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemupukan kemahiran-kemahiran yang berikut:

(a) Berjalan (b) Berlari (c) Melonjak (d) Melompat (e) Meloncat (f) Melungsur (g) Memacu seperti kuda (h) Skip

Kemahiran Lokomotor Asas Berjalan Berjalan ialah kemahiran yang paling asas yakni kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain, selain kaki, dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh

39

dikurangkan. Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.

Berlari Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan. Yang berbeza ialah semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat dari mencecah bumi. Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa ke arah hadapan. Tangan dibengkokkan di bahagian siku sambil diayun ke arah hadapan dan belakang bertukar ganti dengan arah pergerakan kaki.

Berlari serta Berlonjak (Leap) Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari, cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari, lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.

Melompat Ketingting Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kaki yang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah. Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

PENDIDIKAN PERGERAKAN Pendidikan pergerakan adalah suatu kaedah pengajaran yang unik kerana apabila pelajar sedang belajar untuk bergerak, mereka juga belajar sambil
40

bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung. Dia akan belajar pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri. Antara lain dia boleh tahu :

(a) Apa yang mampu dilakukannya; (b) Bagaimana dia boleh mengawal diri; (c) Bagaimana dia dapat mengawal sesuatu yang berada di sekelilingnya; (d) Bagaimana dia dapat menyesuaikan dan menghubungkan dirinya dengan alam sekitar (ruang manusia dan lain-lain yang bernyawa dan yang tidak bernyawa); dan (e) Bagaimana dia dapat melahirkan perasaan dan ideanya.

Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh bagi diri kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul di antara satu dengan lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya juga turut berkembang melalui pelbagai pergerakan itu.

Kemahiran Hubung kait motorpenglihatan Menangkap bola

Contoh

Melambungkan bola melalui gelung rotan Menggelecek bola hoki

Pemindahan motorpenglihatan Mengulang semula sesuatu pergerakan Melakukan kedudukan pergerakan seperti yang terdapat

41

di dalam sesuatu gambar Membaca dan melakukan pergerakan seperti yang terdapat di dalam sesuatu arahan

Hubung kait motorpendengaran Menari mengikut muzik Melahirkan pergerakan kreatif mengikut muzik seperti pic yang berbunyi rendah dan kuat yang digambarkan dengan langkah yang kuat dan badan yang direndahkan.

Penukaran motorpergerakan Mendengar dan melakukan arahan Melahirkan urutan ritma seperti bertepuk atau mengetuk mengikut irama

Hubung kait motor kinestatik Aktiviti penyedaran tubuh badan Aktiviti mengimbangkan badan.

Hubung kait motortaktil Memanjat (jungle gym) Merangkak menerusi terowong.

GIMNASTIK PENDIDIKAN Gimnastik pendidikan dibahagikan kepada kategori pengalaman lantai, pengalaman atas rumput, tikar getah atau permainan yang tidak banyak memerlukan peralatan untuk meningkatkan cabaran. Pengalaman peralatan pula terdiri daripada pergerakan yang menggunakan alat-alat seperti bangku panjang, palang, alang, peti pelana dan peralatan taman permainan. Pada peringkat awal, sebahagian besar latihan
42

ditumpukan kepada aktiviti-aktiviti lantai, tetapi apabila pelajar sudah mahir, sebahagian besar tumpuan dialihkan pula kepada kegiatan-kegiatan pengalaman peralatan. Pengalaman lantai Pengalaman Peralatan

GIMNASTIK IRAMA Aktiviti gimnastik berirama ini biasanya dilakukan pada bentuk awalan dengan menggunakan peralatan seperti bola, gelang, rotan, tali dan reben. Apabila pelajar itu telah mahir menggunakan peralatan itu, bolehlah dia menggabungkan pergerakan dengan pola rutin yang mudah. Penggabung jalinan rutin-rutin termasuklah gimnastik bola berirama, gimnastik gelang berirama atau gimnastik reben berirama dan lain-lain itu ke dalam program gimnastik.

Berikut adalah beberapa saranan untuk menjayakan sesi gimnastik berirama: (a) Gunakan muzik iringan semasa berlatih; (b) Gunakan pelbagai ragam irama untuk meningkatkan kreativiti dan membangkitkan minat; (c) Jarakkan kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan; (d) Beri penekanan pada penggunaan anggota-anggota tangan dan lulut secara serentak semasa menangkap objek-objek; (e) Latihkan semua kemahiran kedua-dua bahagian tubuh; dan (f) Biarkan pelajar mencipta kemahiran dan rutin mereka sendiri. Jenis-jenis peralatan untuk gimnastik berirama: (a) Bola; (b) Belantan; (c) Gelung; (d) Reben; dan

43

(e) Tali.

Paling penting dalam gimnastik berirama ialah pergerakan yang betul dengan mengikut muzik.

GIMNASTIK ARTISTIK Berikut adalah kegiatan gimnastik artistik bagi pelajar di tahap kecekapan tertentu:

(a) Gulingan

44

Mengguling ialah lakuan memindahkan beban berat bahagian-bahagian anggota yang lain di sekeliling suatu paksi. Pelajar di tahap penggunaan boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan menggabungkan lakuan-lakuan

mengguling ke dalam aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau lakuanlakuan menangkap dan mengguling. Mereka juga boleh mempraktikkan lakuan mengguling dengan cara menjunam, atau mempraktikkan lakuan mengguling dengan kadar pergerakan yang berbeza-beza. Di tahap kecekapan, pelajar boleh belajar cara melakukan lakuan mengguling sebagai sebahagian daripada kemahiran tambahan. Mereka harus bersedia untuk menggunakan kemahiran ini apabila berlaku kecemasan, seperti terjatuh dalam permainan bola jaring, bola sepak dan sebagainya.

(b) Imbangan Mengimbang bermaksud kestabilan yang dihasilkan oleh pengagihan berat yang sama rata di kedua-dua belah paksi menegak, yang juga mempunyai ciri kesepaduan unsur-unsur estetik yang menarik. Pelajar yang sudah mencapai keupayaan perlakuan asas, sama ada di tahap aplikasi atau kemahiran, mampu menyokong beban beratnya dengan kedua-dua belah tangan dalam keadaan tetap, dalam keadaan kedua-dua kaki terlunjur ke atas, punggung lurus selari dengan kedua-dua tangan selama tiga hingga lima saat.

Aktiviti yang dilakukan di tahap penggunaan ini termasuklah mengimbang dalam persekitaran yang dinamik, memindah dan menukarkan bebanan menjadi tetap, sambil pada masa yang sama melakukan imbangan dalam pelbagai kedudukan. Ini adalah penting untuk membantu pelajar membuat keputusan mengenai gabungan pergerakan di samping membolehkan memilih dan mencipta cara menjalinkan satu jenis pergerakan dengan cekap.

45

Di tahap kecekapan, latihan imbangan dilakukan di atas lantai dan di atas sebarang alatan dengan menggabungkan kemahiran imbangan dengan faktor masa, daya tenaga, kuasa, tetap dan rasa keriangan untuk mengekspresikan kontras di antara pelbagai unsur. Pelajar digalakkan memperhaluskan gaya pergerakan lantai mereka dari satu kedudukan ke satu kedudukan serta membentuk cara lakuan dengan baik dan menggunakan fokus sepenuhnya.

Memindah beban seperti aksi berjalan, berlari, melompat, mengguling, meloncat dan meluncur merupakan antara lakuan memindahkan beban yang lazim. Namun lakuan memindahkan beban yang paling kerap ialah dari kaki ke kaki seperti dalam berjalan. Terdapat perbezaan yang ketara antara gimnastik pendidikan dengan gimnastik artistik. Dalam gimnastik artistik matlamatnya adalah jelas. Pelajar dikehendaki mempelajari cara melaksanakan kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan mengikut kaedah yang khusus. Sementara itu hasilan daripada gimnastik pendidikan tidak mudah diperjelaskan. Kemahiran-kemahiran yang hendak dipelajari itu tidak ditentukan terlebih dahulu dan praktiknya tidak terikat kepada kaedah-kaedah tertentu. Dalam hal ini guru akan bertindak sebagai pembantu kepada pelajar untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk bergerak sealiran dengan arus graviti, membina keyakinan diri dan sifat berdikari, serta menginterpretasikan perlakuan-perlakuan di samping menentukan cara terbaik untuk mempraktikkan kemahiran-kemahiran berkenaan.

Unsur Pergerakan Tubuh Badan, Ruang ,Masa dan daya Dalam pergerakan kreatif, pelajar akan berasa bebas untuk bergerak untuk meluahkan perasaannya. Dia tidak memerlukan orang dewasa untuk dijadikan contoh untuk dibuat peniruan. Dengan itu, pergerakan kreatif boleh berlaku di mana-mana sahaja. Antara objektif pergerakan kreatif ialah:
46

(a) Pergerakan yang bebas untuk menggerakkan anggota badan; (b) Mendapat pengalaman untuk meluahkan perasaan, masa, beban dan ruang serta idea; (c) Meningkatkan tahap kesediaan; dan (d) Mempertingkatkan tahap interpretasi ritma dan kordinasi anggota badan.

Untuk memahami unsur pergerakan dengan lebih baik, disenaraikan di bawah komponen-komponen asas pergerakan:

(a) Imbangan badan

(i) Tenaga yang digunakan untuk bergerak. (ii) Bahagian bawah anggota badan mencerminkan kekuatan tenaga badan. (iii) Bahagian atas mencerminkan keringanan.

(b) Masa

(i) Pergerakan yang cepat sedikit menggunakan masa. (ii) Pergerakan lambat banyak menggunakan masa. (iii) Kederasan pergerakan tidak semestinya berterusan. (iv) Had laju atau kederasan pergerakan bolehlah dijadikan sebagai rentak, degupan (beat) atau denyutan (pulse). (c) Ruang

(i) Merupakan lingkungan pergerakan sama ada lingkungan umum (personal space) atau lingkungan kendiri (general space). (ii) Aras: tinggi, sederhana dan rendah.

47

(iii) Arah: depan, belakang, sisi, atas, bawah.

(d) Aliran

(i)

Pergerakan yang dilakukan itu sama ada bergerak secara bebas atau terkawal.

48

Anda mungkin juga menyukai