Anda di halaman 1dari 25

Tajuk : Aktiviti rasmi kendalian sekolah mampu memperkembangkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar secara

seimbang, menyeluruh dan bersepadu


1

Nama ahli kumpulan : 1. Nurul Aziani bt Ishak 2. Zuriana bt Mohd Noor 3. Nor Azila bt Adenan 4. Ren Emazaifita bt Rezali@Razali 5. Suriani bt Hasan
2

Kandungan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Definisi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani Elemen dalam FPK Peranan Pendidikan Definisi dan Keperluan Kokurikulum Dasar Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah Pengenalan Aktiviti Perkhemahan Objektif Aktiviti Perkhemahan Aktiviti-aktiviti dalam Perkhemahan Implikasi Aktiviti Perkhemahan Penutup

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
4

Definisi Intelek, Rohani, Emosi, dan Jasmani.


Intelek
Kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dan

sebagainya), akal budi; golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendiakawan, golongan terpelajar. Terbahagi kepada 2 iaitu Orientasi ( interaksi dan komunikasi) dan Kemahiran kendiri (kognitif).

Rohani
Batin dan berkaitan dengan jiwa yang melawan jasmani.

Emosi
Perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira,takut dan lain-lain

Jasmani
badan atau tubuh,
5

Elemen dalam FPK


Elemen-elemen FPK
Unsur Intelek

Implikasi
Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira; Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar; Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif; Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu). Menyedari dan percaya kepada Tuhan; Bersyukur dengan pemberian Tuhan; Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.
6

Unsur Rohani

Sambungan
Elemen-elemen FPK
Unsur Emosi

Implikasi
Mempunyai emosi yang matang dan stabil; Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang; Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.
Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial; Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat

Unsur Jasmani

Peranan Pendidikan
memperkembangkan potensi yang ada dalam diri pelajar (JERI) melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berbudi pekerti,

bersopan, bertanggungjawab dan berketrampilan membekali pelajar dengan maklumat, kefahaman, kesedaran serta kemahiran membentuk sesuatu sikap yang menjadi dasar kepada perlakuan, tingkah laku dan tindakan seseorang membina fikiran yang rasional melahirkan pelajar yang seimbang pada domain kognitif, efektik dan psikomotor membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara bijaksana kemampuan berkomunikasi dengan berkesan, berinteraksi dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan persekitaran
8

Definisi dan Keperluan Kokurikulum


Definisi kokurikulum - aktiviti amali sebagai lanjutan
kepada matapelajaran di bilik darjah.

Keperluan Kokurikulum
memupuk imbangan ciri-ciri keilmuan dengan nilai-nilai

rohaniah dan kemanusiaan dalam kurikulum serta imbangan antara ciri-ciri formal dan akademik dengan ciriciri informal dan amali. berinteraksi melalui kumpulan masing-masing bagi membina semangat berpasukan. membentuk semangat kerjasama yakni Esprite the Corps dalam kalangan pelajar.
9

Dasar Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah


Warta Kerajaan bertarikh, 28hb. Disember, 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956.
kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan

Warta Kerajaan bertarikh 31hb. Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan N0.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang

lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
10

Sambungan
Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei, 1998, Jilid 42. No.11 Tambahan No.41 Perundangan P.U(A)196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:
1. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan

dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 2.Hobi dan rekreasi; 3.Sukan dan Permainan; 4.Badan beruniform; atau 5.Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pihak pentadbiran sekolah

11

Sambungan
Seksyen 18, Akta pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan

(Kurikulum Kebangsaan) 1997


Dasar-dasar sokongan Perkara 5.3 SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah SPI Bil 24/1998-Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pakaian Seragam Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan SPI Bil 12/2000- Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan SPI Bil 18/2000-Penggalakan aktivit Fotografi di Kalangan Murid Sekolah Subperkara 8.2.4 SPI Bil 1/1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

12

Pengenalan Aktiviti Perkhemahan


Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003 : 65
Aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti yang menyentuh semua

aspek dalam FPK. Pengembangan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani perlu dilakukan secara bersepadu dan tidak terasing.

Tn. Hj. Samsuddin bin Hj Abd. Hamid, 1995:31


Perkhemahan diistilahkan sebagai cara hidup sementara di alam

persekitaran luar yang memerlukan seseorang melakukan sendiri tugas-tugas bagi memenuhi keperluan hidupnya sehari-hari dengan menggunakan bekalan dan peralatan yang seminimum mungkin.

13

Objektif Aktiviti Perkhemahan


Aktiviti perkhemahan ini mempunyai 9 objektif utama: mempertingkatkan kebolehan diri ke tahap yang lebih maksimum yang mampu dicapai oleh mereka. menjadi pelajar yang berketrampilan dalam merancang, mengurus dan mengelolakan kehidupan seharian. membentuk dan membina ketahanan diri dan keyakinan diri ke tahap yang lebih tinggi supaya mereka mampu bersaing dengan orang lain. membina mental dan fizikal yang sihat dan mampu bertindak cemerlang bagi mencapai matlamat yang diimpikan.

14

Sambungan
mampu menentukan prioriti (keutamaan) dan membuat

pilihan yang tepat pada perkara yang melibatkan kegiatan harian serta boleh menyelesaikan masalah dan membuat keputusan kepada isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan mereka. melahirkan pelajar yang sempurna dan seimbang dan boleh mengenali diri serta memahami erti kehidupan yang sebenar. memantapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti kerohanian dan kesedaran agama. menguasai kemahiran-kemahiran asas aktiviti perkhemahan mengikut kemampuan diri pelajar apabila menghadapi cabaran-cabaran semasa. meningkatkan pembelajaran menerusi pengalamanpengalaman yang menyeronokkan dalam aktiviti perkhemahan. 15

Aktiviti-aktiviti dalam Perkhemahan


Membina Khemah

Membuat gajet
Memasak masakan rimba Aktiviti Kerohanian Latihan Dalam Kumpulan(LDK) Senaman Pandu Arah(Orienteering) Aktiviti Fizikal

Merentas Sungai(River Crossing) 2. Flying Fox 3. Trekking 4. Rappelling 5. Berkayak Malam Kebudayaan Majlis Perasmian dan Penutupan
1.

16

Implikasi Aktiviti Perkhemahan

Membina Khemah Intelek Rohani Emosi Jasmani berfikir secara kritis dan kreatif untuk memilih tapak perkhemahan dan merancang pelan lokasi. membentuk akhlak mulia dengan bersikap tidak mementingkan diri sendiri. semangat kekitaan dan perpaduan. menggunakan tenaga fizikal yang kuat dalam mendirikan khemah.
17

Sambungan

Membuat Gajet Intelek Rohani berfikir secara kritis dan kreatif - menaakul idea sedia ada dan idea baru. perasan syukur dengan anugerah Tuhan - guna sumber sebaik mungkin. Membina akhlak mulia - pembersih dan sabar. Memupuk semangat kekitaan bersaing secara sihat. Menilai hasil kesenian hasilkan gajet yang sempurna bakat dan kemahiran teknikal akan terserlah teknik potong kayu Menjaga kesihatan badan

Emosi Jasmani

18

Sambungan

Memasak Masakan Rimba Intelek Rohani Emosi berfikir secara kreatif - masak guna teknik baru. membentuk disiplin- pertandingan perlu mematuhi kriteria. mensyukuri pemberian pencipta - berjimat-cermat. bijak mengawal emosi dan tingkahlaku tenang, tidak tertekan memupuk semangat kekitaan/kasih sayang - menikmati juadah bersama. mengembangkan kemahiran memasak- pengalaman baru yang mencabar meningkatkan daya pengeluaran warganegara berdaya saing

Jasmani

19

Sambungan

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Intelek Rohani Emosi Jasmani berfikir secara kritis dan kreatif . membina kemahiran 4M . memupuk dan membina disiplin diri. memupuk perasaan kasih sayang. mengembangkan kemahiran teknikal dan meningkatkan penggunaan tenaga fizikal.
20

Sambungan

Senaman Intelek Rohani Emosi Jasmani memperoleh ilmu dan teknik baru serta menyebarkan ilmu. menyemai disiplin diri. membentuk akhlak yang mulia . gembira, tenang, tidak bosan . menghilangkan tekanan belajar. menjaga kesihatan tubuh badan.
21

Sambungan

Pandu Arah (Orienteering)

Intelek Rohani
Emosi Jasmani

memperoleh ilmu baru . bijak menaakul pembacaan kompas dan peta. memupuk dan membina disiplin kendiri.
mendidik sifat yang baik dalam diri. mengembangkan kemahiran teknikal.
22

Sambungan

Aktiviti Fizikal Intelek Rohani Emosi Jasmani menggunakan teknik dan kemahiran yang betul demi keselematan. memupuk dan membina disiplin yang tinggi. perasaan tenang dan tingkah laku terkawal memiliki semangat kekitaan dan perpaduan memanfaatkan tenaga fizikal untuk mengembangkan kemahiran teknikal.
23

Penutup
Aktiviti perkhemahan menawarkan pakej yang

lengkap dalam membentuk potensi diri para pelajar. Pendidikan bersepadu berdasarkan FPK sangat penting kerana pengembangan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah tidak terasing (compartmentalized). Sebaliknya ia perlu dilakukan secara bersepadu (integrated).

24

SESI SOAL DAN JAWAB

25

Anda mungkin juga menyukai