Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 1
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid:
OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;
OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah
mengekalkannya;
OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara
Malaysia yang demokratik;
OM4 Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan
OM5 Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai
murni masyarakat Malaysia.



PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

3


BAND
PERNYATAAN STANDARD

1

Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.

2

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia.
3

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak
mulia.
4

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang.
5

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma
masyarakat.




6

Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk
berakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan
undang-undang serta norma masyarakat.






PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

4
ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR
KOGNITIF
1
Menyatakan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri dan
kekeluargaan dengan betul.
2
Menghuraikan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri,
kekeluargaan dan alam sekitar dengan betul dan tepat.
3
Mengaplikasi nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri,
kekeluargaan, alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul.
4

Menganalisis nilai-nilai untuk berakhlak mulia.dalam bidang perkembangan diri,
alam sekitar dan patriotisme dalam situasi berkaitan dengan betul dan tepat.
5
Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak
mulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia dan demokrasi dalam
pelbagai situasi dengan betul dan berkesan.
6
Mempertimbang dan memberi respons berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak
mulia bagi bidang perkembangan diri, hak asasi manusia serta keamanan dan
keharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan secara tekal dan
berterusan.



PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

5
ASPEK/DOMAIN BAND DESKRIPTOR
PENGHAYATAN /
PENGAMALAN NILAI
1
Menerima dan menunjukkan persetujuan bagi nilai berikut dengan baik:
Amanah
Harga diri
Bertanggungjawab
Hemah tinggi
Berdikari
Mematuhi peraturan dan undang-undang
2
Menyempurnakan kerja / memberi respons bagi nilai berikut dengan jelas dan
baik:
Bertanggungjawab
Hemah tinggi
Toleransi
Kerajinan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi peraturan dan undang-undang
3
Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan baik apabila disuruh:
Hemah tinggi
Berdikari
Kerajinan
Kesederhanaan
Mematuhi peraturan dan undang-undang


PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

6

4
Boleh menunjukkan perlakuan bagi nilai berikut dengan rela hati dan tertib:
Harga diri
Bertanggungjawab
Hemah tinggi
Berdikari
Kerajinan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi peraturan dan undang-undang
5
Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam pelbagai
situasi:
Harga diri
Bertanggungjawab
Hemah tinggi
Berdikari
Kerajinan
Mematuhi peraturan dan undang-undang
6
Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam pelbagai
situasi:
Harga diri
Bertanggungjawab
Hemah tinggi
Berdikari
Kerajinan
Rasional
Kesederhanaan
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Anda mungkin juga menyukai