Anda di halaman 1dari 3

‫بتول‬-‫احلمكه يڠ برهوبوڠ دڠن الت دان سرتاتيڬي دعوة هندقهل دڬوانكن بتول‬

‫سسواي دڠن متڤڽت اونتوق منڬه برالكوڽ كروساكن دامل ڬرقن دعوة‬.
Rasulullah s.a.w. mengajar orang badwi tersebut dengan lemah lembut
kerana perbuatannya bukannya sengaja tetapi disebabkan kejahilannya
tentang hukum syara’. Oleh sebab itu, layanan Rasulullah s.a.w.
terhadapnya tidak sama dengan orang yang sengaja dan berdegil. Dalam
riwayat yang lain baginda memberi peringatan:
ِّ ‫س ِرينَ َولَ ْم ُت ْب َع ُثوا ُم َع‬
َ‫س ِرين‬ ِّ ‫إِ َّن َما ُب ِع ْث ُت ْم ُم َي‬
Sesungguhnya kamu diutuskan sebagai memudahkan dan bukanlah kamu
diutuskan sebagai menyusahkan. (Abu Dawud dan al-Tirmizi)

mengutamakan pendekatan yang lemah lembut, penuh hikmah dan


hendaklah menjauhi sikap keras dan menyusahkan.
‫سنَ ِة‬ ِ ِ ِ ِ َ ِّ‫يل رب‬
َ ‫ك بِالْح ْك َمة َوال َْم ْوعظَة ال‬
َ ‫ْح‬
ِ
َ ِ ‫ا ْدعُ إِلَى َسب‬

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat


kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. (surah al-Nahl: 125)
Rasulullah s.a.w. bersabda:
َ ‫ش ْيءٍ إِاَّل‬
‫شا َن ُه‬ َ ْ‫ش ْيءٍ إِاَّل َزا َن ُه َواَل ُي ْن َز ُع مِن‬ ْ
َ ‫الرفقَ اَل َي ُكونُ فِي‬
ِّ َّ‫إِن‬

Sesungguhnya tidak lemah lembut itu pada sesuatu melainkan ia akan


menghiasinya dan tidak dicabut dari sesuatu melainkan menjadikannya
pelik. (Muslim)

Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu


‘alaihi wa Sallam dalam menangani orang yang jahil. Iaitu dengan cara
lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah
suatu kesalahan dan termasuk perbuatan membuat kekotoran di masjid,
tetapi Rasulullah tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa
kemaslahatan dan sebab-sebab tertentu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam menasihati dan menunjukkan contoh yang tepat kepada para
sahabatnya dalam menghadapi karenah orang-orang jahil.
-‫احلمكه يڠ برهوبوڠ دڠن الت دان سرتاتيڬي دعوة هندقهل دڬوانكن بتول‬
‫بتول سسواي دڠن متڤڽت اونتوق منڬه برالكوڽ كروساكن دامل ڬرقن‬
‫دعوة‬.

Justeru itu seorang da’i hendaklah memahami kadar kecerdasan dan kejahilan mad’unya (sasaran
da’wahnya) dengan cara memperhatikan latar belakangnya, ucapannya dan tingkah lakunya. Dengan
ini, da’i dapat mengambil sikap yang tepat, berpatutan, penuh empati dan tidak emosional apabila
berhadapan dengan mad’u. Maka InsyaAllah, da’wahnya akan terkesan di hati mad’unya, terutama
dari kalangan orang awam yang merupakan juzuk terbesar daripada umat.

Baginda, seorang Rasul yang bersifat fatanah, sangat memahami bahawa orang a’rabi ini datang dari
sebuah tempat yang terpencil dan jauh daripada peradaban Islam. Yakni sebuah perkampungan
a’rabi yang masih terbelakang, penduduknya cenderung bersikap kasar dan jarang berinteraksi
dengan dunia luar.

Para da’i perlu bersikap sabar terhadap kejahilan mad’u. Baginda juga mencegah para sahabat yang
hendak mengherdik dan bertindak kasar terhadapnya dengan berkata: Janganlah kamu
menghentikan kencingnya, biarkanlah ia meneruskannya.  Justeru itu sikap sabar dan tutur kata yang
baik daripada seorang da’i akan meraih keberkesanan dan kejayaan dalam berda’wah.
Da’i adalah seorang yang sentiasa mengharapkan kebaikan untuk mad’unya. Juga mengharapkan
mad’unya terhindar daripada kemudharatan atau keburukan. Tindakan Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam menegah para sahabat daripada mengherdik orang a’rabi kerana kencing di
dalam masjid mengisyaratkan beberapa hikmah:

 Menyelamatkan mad’u baginda daripada rasa sakit kerana terpaksa menghentikan


kencingnya secara tiba-tiba sebelum sempat menyelesaikannya.

 Mengelakkan pakaiannya daripada terkena najis jika ia terpaksa kencing sambil berlari (atau
mengelakkan semakin banyak kawasan masjid terkena najis).

Anda mungkin juga menyukai